Wednesday, 1 February 2017

Petua kalau masuk Hutan Dan Sesat

Sebut je "hutan", kita dah gambarkan keadaan di dalamnya. Sunyi, gelap dan yang paling kita takutkan ialah binatang buas yang tibe2 muncul kmudian boleh datang menerjah kita dari mana-mana arah sekalipun. Ok, balik cerita asal lak..

Buat mereka yang menggemari aktiviti camping, jungle trekking mahupun hiking, pastinya anda mempunyai banyak pengalaman sewaktu berada di kawasan seperti ini. Tetapi pernah atau tidak anda terdengar bunyi-bunyi pelik seperti suara perempuan mengaji di tengah-tengah hutan, bunyi ketawa ngilai2 ataupun tetibe ade bau wangi atau busuk.... Teng... teng... teng... Hati-hati lah ye kome... Jangan tegur ok.. Tunduk je bawah then buat dek.... Bebalik cite asal lak... Nak bagi petua kalau masuk hutan then sesat lak...

1. Baca Bismillah n selawat 3x
2. Cari pokok yang mengadap matahari
3. Pegi kat pokok kmudian Baca 3 Qul, Pusing keliling   
    pokok tu lawan jam sebanyak 3 kali

Insyaallah akan nampak jalan keluar...

Ade yang tanya, kalau belah malam camna pulak... tak nampak matahari...???

Pilih saja yang mana pokok dengan yakin bahawa pokok tu mengadap kiblat  di masa darurat...
Petua Keluar Hutan Pulak ye...
1. Otw keluar hutan, ambil ranting pokok @ dahan pokok
2. Sebelum keluar hutan , Baca Bismillah, Selawat & 3 Qul
3. Patahkan dahan tadi , buang kat jalan

So apa yang ikut kita sampai dekat situ jer.. Tak ikut smpai rumah..
Insyaalah dengan Izinnya......
 





Sunday, 15 January 2017

Setelah setahun berehat Hiking.. Kledang ohhhh kledang

Salam Hikers ..

Setelah setahun hakak berenti berkhidmat menikmati ciptaan hutan dan bau hutan.. Akhirnya akak kembali juga disini.... Tapi badan akak nk membesar dgn hebatnya... naik pn dah x larat... temengah2 dibuatnya.... So akk layan je la kan.... Janji enjoykan dengan abg2 Hikers yg lain....

Serba sedikit tentang Bukit Kledang ni....
Bukit Kledang ini terletak di Pekan Menglembu dengan ketinggian 800 meter (dr paras laut) 2640 kaki. Laluan ke puncak Bukit Kledang ni boleh dikategorikan kepada dua iaitu off road (jalan trekking) dan juga on road (mendaki dengan jalan kecil yang sudah diturap) atau anda boleh buat on and off road jika ingin merasai pengalaman mendaki kedua-duanya sekali.....  So yg beginner tu layan trek 42 (pacak).. pastu 43.. 49.. 53.. Akak nk pesan kat sni ye, kalau nak naik jangan nak naik ko 8am ok, naik mestilah selepas subuh..... Masa tu matahari x naik lagi... Panas oooo kalau korg berdepan ngan matahari tepacak atas pala...

 Blurp.. blurp.. capek

 Peace....


Bahgia rsnya dah naik ats... Muke kekeriangan dah smpai jalan raya..... Jantung pun masih laju.... Azab naik Kledang ni..
Amboi tinggalkan kita lak.... 

 Kledang......

 Tangga yang agak mencabar utk turun... 

ok... ni web akk psl kledang lagi..
http://hikers82.blogspot.my/2015/03/bukit-kledang-ipoh.html

Monday, 29 August 2016

Rindu Dunia Hiking

DUNIA HIKING.....  
Dunia yang kukenali dengan lebih rapat beberapa dekad yang lalu.. Memang dan memang terlalu Indah untuk diingati..... Yang x Faham Dunia Hiking ni, Confirm orang tolak awal-awal lagi nak mendaki... Ishkkk, X letey ke.... Xde koje ke... Bek dok umah je le..... Mencari penyakit.... Tu orang kata..... Bagi aku, ni lah satu dunia nikmat yang menjadi kepuasan pada diri sendiri.... Terlalu syahdu untuk dikenangi... Setiap pendakian mesti ada memori dan kenangan yang tak dapat dilupakan......

                    Ahhhhhhhh, betapa rindu & cintanya aku pada bukit bukau, Gunung Ganang, Hutan Banat..... Rindu pada Alam ciptaannya.... Rindu yang tak bertepi yang tidak bernoktah.... Seperti rinduku pada Suami & anak2ku sekarang ni..... Ewah.... Aiceh ceh.....

                    TETAPI..... kenapa sekarang nak rindu... menyepi dengan Dunia Hiking ni... Biarlah sementara ini aku simpan dahulu perasaan Rindu Dan Cinta ku ini..... Demi kelangsungan hidup yang juga tidak bernoktah..... Pada Bukit Bukau, Gunung Ganang, Hutan Banat, In syaa allah , Kau akan ku kunjungi lagi bila semuanya telah merestui semula.....
Wherever U Go, Go with all Ur Heart....

Run with Ur Heart And Ur feet with Follow....
Study nature, love nature, stay close to nature. It will never fail you....

Monday, 20 June 2016

KAWALAN PENGUNJUNG MENDAKI GUNUNG IRAU

IRAU OOO IRAU 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menetapkan jumlah pengunjung bagi aktiviti mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands yang dibenarkan dalam satu masa adalah 100 orang sahaja. Tindakan ini dibuat untuk mengawal keunikan dan kebersihan denai sepanjang pendakian. Kawalan akan dilaksanakan di laluan masuk denai bagi memastikan setiap pengunjung mempunyai permit memasuki hutan simpan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Permohonan mesti dibuat dua (2) minggu sebelum aktiviti dijalankan.


Carta alir proses permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK).



Permohonan Mendaki Gunung

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki HSK terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
  1. Gunung Irau, Cameron Highlands
  2. Gunung Brinchang, Cameron Highlands
  3. Gunung Berembun, Cameron Highlands
  4. Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
  5. Gunung Siku, Cameron Highlands
  6. Gunung Suku, Cameron Highlands
  7. Gunung Benom, Raub
  8. Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
  9. Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
  10. Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
  11. Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
  12. Gunung Rajah, Bentong
  13. Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).

Permohonan permit boleh dibuat melalui borang pemohonan rasmi dan dihantar melalui pos kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang bertanggungjawab ke atas lokasi tersebut. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan dihantar bersama borang permohonan tersebut. Sila kenalpasti PHD berkaitan bagi tujuan permohonan permit tersebut seperti senarai di bawah:

Gunung
Nama/Alamat PHD
Gunung Irau
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Brinchang
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Berembun
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Yong Belar
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Siku
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Suku
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Benom
PHD Raub/Cameron Highlands
Pine Tree Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Rompin Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Abu Suradi Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Mageri Trail
PHD Raub/Cameron Highlands
Gunung Rajah
PHD Bentong
Gunung Nuang
PHD Bentong




SELAMAT BERHIKING DI
GUNUNG IRAU

Thursday, 7 April 2016

Korbu Datang Lagi

~ KENANGAN KORBU 2016 ~

Bersama Pelbagai Agensi
*Persatuan Rekreasi Perak 
*Kelab Basikal Perak
*Kelab 4WD
*ADTEC
*Pejabat Tanah Kuala Kangsar
*Otai-otai Berbisa En Mael & Cikgu Zul

Kami Kumpulan Pertama Gerak...
 
Aku lah yang paling depan.............
Cikgu dah bagi kepercayaan bwk dorg......
So... Moh naik Kawan-kawan
Wif My HuBBy
Letih plak Akak.. Sebenarnya penat bermain ngan pacat
dalam Air......
Hahahahahha.. Rehat ye.. Cepat masak cik Naim..
Adinda dh lapoooooo...

Depa dok bincang nak masak apa kot..

Ni Khemah Budak-budak Adtec & Lecturer Dorg

Ni Aku Snap Orang-orang Pejabat Tanah Kuala Kangsar
Masa ni otw ke Kem Seroja...
Sebelum Hp aku musnah ... Dapat aku snap gambar dorg
 
Sambil-sambil berjalan.. Sempat tembak lagi..
Alkisah dimalam hari 2, Belakang Kemah
aku berbunyi di atas pokok...
Langsuir dok terbang x tentu hala, Dorang tembak...
Senyap xde dah bebunyi malam tu.....

Last Gambar aku ....
Sadis gambar-gambar byk yang hilang...

Semoga Kenangan Korbu Aku Datang Lagi.....


Sunday, 31 January 2016

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Ketinggian ~ 1233 meter (4,048 kaki)

Hutan ~ Hutan Simpan Sahum
(Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, dan Hutan Montane)

Checkpoint ~ Kem Balak 1.245 km
Kem Lebah 2.875 km
Permatang / Kem Persi 3.575 km
Puncak Gunung Bujang Melaka 4.775 km
(setiap 1 km 1 jam perjalanan)

Famous ~ Pusat Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai

Faktor Kaji Bumi ~ Tanah Lembab sebab berdekatan dengan Air Sungai,
Pacak & mencanak (Siap sedia jika ada tongkat) &
Pacat yang tak terkira banyaknya...

Perjalanan ~ 2 Hari 1 Malam
Digalakkan bermalam di camp site (Kem Lebah) 
Papan Tanda ni dr awal kita dah nampak sebelum kita mendaki
 Us... Siap sedia
Nak tunjuk Bapa Jam lagi nak sampai...
Setiap 1 km - 1 jam kalau laju cam Rimau le
Yang cam kura-kura 1 jam 30 minit setiap 1 km
0.5 km kita akan jumpa rumah orang asli ni..
Siap tanam Bunga Raya lagi.. Bersih lak tu.. Orang Asli ni pun tau orang luar dok lalu umh dia... So, dia cntikkan lah laman rumah dia...
Begegor-gegor lantai rumah cam le akak tak tau yg dia dok ngintai akak.. Nak begambo le tu..
Hehehehehhe :)
Perjalanan diteruskan lagi.. Akan jumpa
Anak-anak sungai...
Kem Balak ni tak la besar mana. Muat la 6 kemah.. Tapi Jauh dr air.. Kena siap-siap simpan air kalau nak berkhemah sini..
Kem Lebah ~ Boleh Muat dalam 40 Pendaki &
8-12 Khemah
Pacat ada saja pun dalam stokin.... 

Kem Lebah ke Permatang hanya 700 meter saja lg..
So santai-santai je la....
Teruskan Perjalanan Untuk Kejar Masa..
1.2 km dalam 1 jam lebih
View Dari Atas Puncak..
Keadaan puncak Bujang Melaka juga agak sempit dan kurang rata sememangnya kurang sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Sinar sang suria juga mampu menyengat kulit di kawasan tanpa teduhan. Seterusnya mengambil gambar mengadap matahari..  

Matahari.....
tanpamu bumi akan gelap
tanpamu bumi akan beku
dan tanpamu juga aku akan
kehilangan semangat hidup

Oh Matahariku..
cahayamu yang semengkirlap berlian
serasa menusuk sukma
kalbuku yang sedang gembira

Matahari, kau bersinar tanpa lelah
kau bersinar tanpa letih
aku berjanji akan selalu menjagamu
agar selalu bersinar menerangi bumi ini

TERIMA KASIH MATAHARI...

Kurang-kurang 30 minit di bawah struktur beirut untuk berehat dan minum-minum bersama en sado kita.  Barulah kami meninggalkan kawasan tersebut untuk memulakan perjalanan turun ke tapak perkhemahan. Perjalanan turun yang agak pantas itu mengambil masa kira-kira 45 minit... 

Wif My Hubby...
Capek.... Jom Balik :)
Dua jam selepas meninggalkan tapak perkhemahan kami selamat tiba di Air Terjun Batu Berangkai. Tamat sudah satu lagi kisah pendakian yang bermula dan berakhir dengan jayanya. Pewai belari-lari turun mengenangkan air terjun di tempat parking kereta....

 Sampai ditempat parking kereta, terus je cari port nak mandi...  Best tolll duduk bersantai sampai menikmati kedinginan air terjun yang mampu menyegarkan tubuh badan.. Kami kemudiannya berendam dan berenang-renang dalam aliran sungai yang membentuk Air Terjun Batu Berangkai. Terasa begitu seronok dan menyegarkan badan setelah bertungkus-lumus menongkah bukit curam dan menuruni lurah licin. Tepat pukul 5.00 petang, kami pun pulang dengan membawa seribu kenangan manis kami berdua..... :)

Bukit Amba @ Bukit Wak & Labu Kubong

Assalamualaikum Hikers Kali ni hakak bawa semua Hikers ke Bukit Amba @ Bukit Wak yang berada di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Ianya be...