Sunday, 31 January 2016

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Ketinggian ~ 1233 meter (4,048 kaki)

Hutan ~ Hutan Simpan Sahum
(Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, dan Hutan Montane)

Checkpoint ~ Kem Balak 1.245 km
Kem Lebah 2.875 km
Permatang / Kem Persi 3.575 km
Puncak Gunung Bujang Melaka 4.775 km
(setiap 1 km 1 jam perjalanan)

Famous ~ Pusat Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai

Faktor Kaji Bumi ~ Tanah Lembab sebab berdekatan dengan Air Sungai,
Pacak & mencanak (Siap sedia jika ada tongkat) &
Pacat yang tak terkira banyaknya...

Perjalanan ~ 2 Hari 1 Malam
Digalakkan bermalam di camp site (Kem Lebah) 
Papan Tanda ni dr awal kita dah nampak sebelum kita mendaki
 Us... Siap sedia
Nak tunjuk Bapa Jam lagi nak sampai...
Setiap 1 km - 1 jam kalau laju cam Rimau le
Yang cam kura-kura 1 jam 30 minit setiap 1 km
0.5 km kita akan jumpa rumah orang asli ni..
Siap tanam Bunga Raya lagi.. Bersih lak tu.. Orang Asli ni pun tau orang luar dok lalu umh dia... So, dia cntikkan lah laman rumah dia...
Begegor-gegor lantai rumah cam le akak tak tau yg dia dok ngintai akak.. Nak begambo le tu..
Hehehehehhe :)
Perjalanan diteruskan lagi.. Akan jumpa
Anak-anak sungai...
Kem Balak ni tak la besar mana. Muat la 6 kemah.. Tapi Jauh dr air.. Kena siap-siap simpan air kalau nak berkhemah sini..
Kem Lebah ~ Boleh Muat dalam 40 Pendaki &
8-12 Khemah
Pacat ada saja pun dalam stokin.... 

Kem Lebah ke Permatang hanya 700 meter saja lg..
So santai-santai je la....
Teruskan Perjalanan Untuk Kejar Masa..
1.2 km dalam 1 jam lebih
View Dari Atas Puncak..
Keadaan puncak Bujang Melaka juga agak sempit dan kurang rata sememangnya kurang sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Sinar sang suria juga mampu menyengat kulit di kawasan tanpa teduhan. Seterusnya mengambil gambar mengadap matahari..  

Matahari.....
tanpamu bumi akan gelap
tanpamu bumi akan beku
dan tanpamu juga aku akan
kehilangan semangat hidup

Oh Matahariku..
cahayamu yang semengkirlap berlian
serasa menusuk sukma
kalbuku yang sedang gembira

Matahari, kau bersinar tanpa lelah
kau bersinar tanpa letih
aku berjanji akan selalu menjagamu
agar selalu bersinar menerangi bumi ini

TERIMA KASIH MATAHARI...

Kurang-kurang 30 minit di bawah struktur beirut untuk berehat dan minum-minum bersama en sado kita.  Barulah kami meninggalkan kawasan tersebut untuk memulakan perjalanan turun ke tapak perkhemahan. Perjalanan turun yang agak pantas itu mengambil masa kira-kira 45 minit... 

Wif My Hubby...
Capek.... Jom Balik :)
Dua jam selepas meninggalkan tapak perkhemahan kami selamat tiba di Air Terjun Batu Berangkai. Tamat sudah satu lagi kisah pendakian yang bermula dan berakhir dengan jayanya. Pewai belari-lari turun mengenangkan air terjun di tempat parking kereta....

 Sampai ditempat parking kereta, terus je cari port nak mandi...  Best tolll duduk bersantai sampai menikmati kedinginan air terjun yang mampu menyegarkan tubuh badan.. Kami kemudiannya berendam dan berenang-renang dalam aliran sungai yang membentuk Air Terjun Batu Berangkai. Terasa begitu seronok dan menyegarkan badan setelah bertungkus-lumus menongkah bukit curam dan menuruni lurah licin. Tepat pukul 5.00 petang, kami pun pulang dengan membawa seribu kenangan manis kami berdua..... :)

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...