Tuesday, 2 May 2017

Gunung Irau 10x

Nama: Gunung Irau Ala Ala Mossy2 Forest
 
Ketinggian: 6924 kaki (2110m)
 
Tempat: Sempadan Perak/Pahang- Banjaran Titiwangsa
Lokasi: Brinchang, Cameron Highland
Tahap: Medium
Trek: Tanah gambut, batu dan akar kayu



Keistimewaan gunung:
1-Suhu sejuk sekitar 20-18 Celcius (masa saya mendaki)
2-Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya mcam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings
3-Boleh jumpa banyak jenis bunga dan periuk kera



Alhamdullilah, 10 x sampai ke Puncak Gunung Irau....Napa ye suka Irau.. Maybe sejuk n Ontrek Layannnn.... Ok, intro sikit pasal  Gunung Irau nie terletak di Cameron Highland. Bersebelahan dengan Gunung Brinchang... Ketinggian Gunung Irau adalah 2110M dari paras laut... Tinggi kan.... Gunung Irau adalah gunung ke 15 tertinggi di Banjaran Titiwangsa. Ia terletak di antara sempadan Perak - Pahang.... Next wishlist aku, sudah pastinya ingin tawan Gunung Rinjani, gunung yang kat Lombok, Indonesia...  Kenalah dapatkan fitness dulu jika nak tawan kan ? Hihih.. Ok fine, Jangan kecam ye...  

 Banyak papan tanda dari Pejabat Perhutanan Cameron 


 Starting naik dah pacak... hahhh, ucapan Selamat Datang...

Peace, Siapa peminat LOTR , pasti tahu scene yang ada part pokok - pokok cantik . Hutan cantik dalam movie LOTR tue.. Pasni kita terjah LOTR okehhh...


Berehat amik mood.... lutut dah ketor masa ni....
huhuhuhuhu 

Persediaan ke Gunung Irau 

1) Mental dan fizikal 

Sebelum , mendaki Irau . Persediaan mental dan fizikal adalah sangat penting . Sebab laluan Irau atau route Irau teramat lah lecak . Jika tidak hujan , mungkin route tak lah lecak mana . Jika hujan , masyaallah . Teramat lecak . 



2) Dapatkan permit . 

Sekarang mereka kawal ketat sebab sudah banyak case injury berlaku di Irau . Dan , ada ramai juga pendaki masuk pagi tapi keluar malam . Untuk mengelakkan apa - apa keadaan yang tidak diingini berlaku dan demi keselamatan pendaki yang mendaki ke Irau , mereka diwajibkan dapatkan permit terlebih dahulu . 


3) Peralatan mendaki 

Boleh lihat gambar dibawah antara barang - barang yang perlu dibawa.
1. Rain Coat
2. Glove
3. Water Bag
4. Makanan Ringan (Burger, Snek, Gula2, Power Bar)
5. Beg Plastik
6. Tisu Basah & Kering
7. Extra Stokin
8. Head Lamp (Takut Keluar Malam)


Sila pakai kasut Hiking dan yg sesuai sewaktu dgnnya... Adidas Kampung pn ok..
Takut tergelincir ke bawah.....


Mini Irau
Mini Irau atau Anak Irau ataupun Puncak Irau Palsu adalah hentian rehat smtra menunggu kwn2 yang lain.... Memang ramai yang berhenti di sini. Kawasan lapang yang boleh memuatkan dalam 30 orang dalam satu-satu masa. Ada kawasan lapang di sini yang boleh di buat camp site. Perjalanan kami dari awal ke sini mengambil masa sekitar 2 jam.. Dari sini ke puncak Irau sebenar dalam 45 minit...


 Bersama suami tersayang


Kami peserta terawal sampai ke Mossy... 
Mossy dah x secantik mcm dlu...
Sedih tol...


 Di atas puncak sementara tunggu kwn2 sampai, sempat begambar dengan kasut masing2... Hahahaha... Jenuh jatuh dalam jerangkap samar.... So, Behati2 ye kwn2.. Trek sangat licin... 



Ya... Alhamdullilah aku berjaya kali ke 10 naik Ke Irau ni.....



Hebat dorg ni.... Wanita2 melayu terakhir....
Bukan je dok opis, tapi masih semangat nak turun tgk keindahan ciptaan Allah SWT....



Dekat 2 jam tunggu kwn2 smpai ke peak.... 
Akhirnya Tahniah All Hikers PTG....



Setelah berehat lama, kami turun Melalui trek yang sama. Menurun memerlukan tenaga yang tidak kurang hebat sama juga macam mendaki. Dengan kurangnya zat akibat tiada makanan yang cukup kami semua sedikit keletihan....


Aicecehhhh.. Selamat Tinggal Irau...
Jumpa Lagi ntah bile.....



Finally.........
Jom Turun



Sempat begambar masa balik, Laluan turun adalah laluan yang sama semasa mendaki. Namun kadang² view yang kita perolehi adalah tidak kelihatan sama walaupun tempat yang serupa.. Jagalah Hutan Kita. Jangan kotori mereka. Laluan ini memang best untuk bergambar .. Jangan lepas kan peluang inikalau anda ke Irau.....



Dalam jam 4.00 ptg macam tu kami tiba di permulaan pendakian tadi . Jadi perjalanan turun pun mengambil masa dalam beberapa jam juga… Tapi memang kami banyak berhenti berehat. Mencari laluan yang selamat supaya kaki tak termasuk dalam jerangkap lumpur..... Ambil gambar. Gambar ini saya shoot sewaktu  apabila sampai dari gunung irau. Waktu pagi agak berkabus. so tiada view.


Laluan tangga yang menyeksakan.... Menurun & mendaki anak tangga.. Fuhhhhh sungguh kejam.. Lutut nak tetanggal...



En Asben sempat berehat... Letih weyhhhh...


Akhir sampai dan amat² bersyukur. Terima Kasih pada sahabat yang sama² ke aktiviti kali ini..... Apapun sepanjang perjalanan turun tadi – dalam hati cakap sudah lah tak mo dah lagi naik Irau. Penat wooo tapi semasa saya menulis blog ini – macam nak repeat balik jek..... Rindu balik dengan Irau.....  hehehehehe

Next Kali yang ke - 11




Tuesday, 18 April 2017

Gunung Pulut, Gerik Perak



Gunung Pulut yang berketinggian 651 Meter yang terletak di Daerah Grik, Perak tidaklah sefemes Gunung Kenderong & Gunung Kerunai ( K2 ) tapi turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri... Ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit akan demikian pendakian ini tidaklah menghampakan anda semua kerana disajikan dengan pemandangan yang indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di disekeliling gunung.... Gunung Pulut ini terletak besebelahan dengan Gunung Papulut dan untuk sampai ke puncak dianggar sekitar 1 jam diperlukan (Itupun kalau anda laju ataupun semangat buddy anda)... Dalam hal ini Anda boleh lakukan aktiviti ini di hujung minggu sahaja tanpa perlu meminta cuti...

Trek ke Gunung Pulut agak mencabar kerana korang perlu melalui lereng-lereng yang agak curam dan berbatu. Adakalanya perlu beratur untuk melalui laluan kecil yang mana boleh memuatkan seorang dalam satu masa. Meskipun permit tidak diperlukan untuk mendaki, namun disarankan menggunakan khidmat pemandu arah untuk tujuan keselamatan...

Laluan menuju ke Gunung Pulut ini akan melalui kampung Tawai, dimana dipermulaan jalan akan melalui laluan bekas jalan balak yang sudah lama ditinggalkan  jalan yang agak mendatar sebelum cabaran sebenar bermula dimana selepas itu akan melalui trek mendaki yang agak menaik dan laluan banyak menghala ke sebelah kiri, tapi awas ini antara laluan gajah  untuk ke hutan sebelah untuk mencari makanan kerana di sepanjang perjalanan daripada bawah sehingga ke puncak akan menjumpai banyak najis gajah dan sekiranya hampa bernasib baik seperti kami akan menjumpai bekas tapak gajah dan anaknya serta bau yang masih bar...


Jam 4.00 pagi mulai gerak bersama-sama kumpulan dr kaki Gunung sehingga ke puncak.. Tepaksa menunggu giliran untuk memanjat menggunakan tali... (Hati-hati ye... Anda disarankan memakai Glove) 


Agak merbahaya untuk mendaki dan turun untuk kepuncak & menurun... Sayangilah nyawa anda.... Hehehehhe


Sakan bergambar.. Tak kisahla orang dok lalu lalang 


Rumput carpet yg awesome... Cuaca agak sejuk pd masa ni.... 


Gunung Pulut akan ku tawan sekali lagi selepas ini...




Amboi sakan begambo guna spek ye... This is My Hikers.. 
 EIla & Mas....


 Jangan ditanya mengapa kami suka mendaki..
Cubalah sendiri... 


Keadaan di Puncak Gunung pulut agak luas dan memanjang seperti Bukit Kledang dimana untuk sampai ke penghujung bukit mungkin akan melalui beberapa bukit kecil, jadi sekiranya ingin bercamping di atas banyak port yang sesuai dimana keadaan permukaan tanah yang agak berbatu tapi agak mendatar sesuai untuk mendirikan fly. Di atas banyak pokok-pokok renek yang boleh ditemui tapi yang paling menarik kewujudtan kelompok lumut dan banyak spesis-spesis orked boleh dilihat....

Fuhhhh ni buat ketor lutut... tejunam... Salah langkah, abis lah kauuuu...

Hi smua... siap sedia untuk turun

 

My Hikers PokTeh, Eila, JaiHo & Mas

 

Sepanjang Perjalanan menuju pulang, trek agak licin dan menurun dgn cepat... Trek ini masih suci belum dinodai oleh para pendaki  dimana di awal pendakian akan kelihatan banyak pokok-pokok kayu yang bersaiz agak besar yang bernilai ribuan ribu ringgit selain itu di sepanjang laluan juga agak mudah untuk menjumpai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok herba antara  tongkat ali, cendawan yang pelbagai warna dan saiz sehingga ke saiz gergasi, pokok-pokok bongsai dan juga spesis orked...

 

 Pulang dengan Jayanya...

 

Tips Mendaki Gunung Pulut :

  • Bawa air yang secukupnya minimum 2 botol x 500ml / water bag sepanjang mendaki dan juga makanan seperti roti, gula2, powerbar & snek
  • Di bahagian permulaan menuju ke waterpoint antara lokasi kegemaran pacat menunggu mangsa & ini antara laluan gajah jadi berhati-hati
  • Bawa juga Glove untuk digunakan semasa dipuncak
  • Guna kasut yang sesuai daripada waterpoint menuju ke puncak laluan sebenarnya agak licin terutama selepas hujan ( macam trek gunung baling pun ada ), kasut terbaik adidas kampung dan untuk ke puncak perlu sedikit mendaki di laluan yang agak berbatu-batu ( anggaran 15 minit )
  • Mohon jangan buang sampah merata-rata, kerana kawasan gunung ini masih terjaga dan bersih & air sungai yang mengalir merupakan sumber air dr Kampung

 

 

 

 







Friday, 14 April 2017

Bukit Batu Suloh , Ulu Kinta

Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta
Mungkin ramai yang tak tahu wujudnya Bukit Batu Suloh ni.. Laluan nak ke Bukit ini adalah laluan laluan yang sama nak ke  Gunung Korbu masuk ke kiri kawasan Rekreasi dan anda berjumpa perkampungan Orang Asli... jauh perjalanan dlm 2 km nak ke kaki Bukit Suloh ini.. Anda digalakkan mendaki waktu petang seelok-eloknya supaya anda dapat melihat lampu2 Bandaraya Ipoh dari puncak... Mmg Superb seperti anda di Puncak Gunung Korbu...

~Lokasi:  Ulu Kinta
~Latitude:  4° 40' 41.9" (4.6783°) north
~Longitude:  101° 12' 24.1" (101.2067°) east
~Ketinggian:  401 metres (1,253 feet) 

   Pertama anda akan berjalan laluan Denai agak berbukit sedikit kemudian anda akan berjumpa dengan laluan ini yang agak pacak.. Siap menongkat lutut kerana pada masa kami naik, jalan agak licin kerana ujan mulai turun...
Berehat sebentar hilang kepenatan.. Laluan ini ada pacat tau.. So... check stokin anda... :)
Kita check anggota barisan kita,,, Smua ada tenyum.. :)
Trek ni agak pacak n sangat2 licin... So behati2 apabila naik keatas.. Ianya berpaut pada akar2  yg keberangkalian xlama lagi akan teputus.. So hati2 ye... 
Ini adalah akar2 yang kita akan bepaut untuk naik keatas... Imbangkan badan anda supaya anda tidak bergantung terus dengan akar... 
Kita berhenti dulu disetiap batu2 yg agak tajam ni... Hati2 ye sebab bawah tu bukan kapas tetapi gaung.. Silap langkah, kebawah la anda... Jgn Ingke..
Kenangan Bersama -sama sahabat2 saya....
Apalagi, Sakan bergambar sambil melihat Gunung2 yang bedekatan... Dapat dilihat Gunung Korbu, Gunung Gayong & Gunung Yong Belar..
Gang Padu selama-lamanya....
Sebahagian Besar ahli-ahli dari Tapau Trekkers
Baju basah masa ini.. Lenjun sgt.... 
Kegembiraan bila sampai di Peak
Awesome....
Keindahan Alam yg xdpt kuungkapkan....

Nampak tak empangan tu.... Disitulah laluan ke Gunung Korbu...


View dari Puncak...

Jadikanlah dirimu seperti burung, yang selalu terbang mencari keindahan, namun tak pernah melupakan sarangnya..
 
~ Sekian ~ 
 

Bukit Amba @ Bukit Wak & Labu Kubong

Assalamualaikum Hikers Kali ni hakak bawa semua Hikers ke Bukit Amba @ Bukit Wak yang berada di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Ianya be...