GUNUNG KINABALU
Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan bersemadi di Gunung Kinabalu.

GUNUNG TRUSMADI
Gunung ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi.
GUNUNG TAMBUYUKON
Gunung Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah. Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.
GUNUNG MURUD
Gunung yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.
GUNUNG MULU
Gunung ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian 1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu, peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.
****
Al-Quran menyebutnya bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)
Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali.
No comments:
Post a Comment