Peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu
1. Baju Sejuk Waterprof (tebal), jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan
2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat) – Beli kat 7 eleven yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak
4. Head Lamp – Gunakan bateri baru
5. Sleeping Bag Nipis – Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk kat Laban Rata nanti
6. Tongkat – Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20-RM40, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide (Dulu ada, skrg xde sewa2 dah)
7. Head Cap & Kain untuk menutup hidung dan mulut. Contoh dibawah.
8. Wraping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat.
9. Tisu basah, Barang- barang Peribadi, Power Bar, Air (Water Bag) dan lastly Powerbank utk handphone (nyawa tu)
Ni adalah satu contoh pakaian lengkap untuk mendaki ke Kinabalu
2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat) – Beli kat 7 eleven yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak
4. Head Lamp – Gunakan bateri baru
5. Sleeping Bag Nipis – Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk kat Laban Rata nanti
6. Tongkat – Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20-RM40, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide (Dulu ada, skrg xde sewa2 dah)
7. Head Cap & Kain untuk menutup hidung dan mulut. Contoh dibawah.
8. Wraping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat.
9. Tisu basah, Barang- barang Peribadi, Power Bar, Air (Water Bag) dan lastly Powerbank utk handphone (nyawa tu)
Ni adalah satu contoh pakaian lengkap untuk mendaki ke Kinabalu
Rain Cot – Berguna sepanjang perjalanan mendaki jika hujan
Kasut Hiking – Sebolehnya yang bertapak kasar dan ada Grip
Glove Tebal (waterproof)
Head Lamp – berguna semasa hendak mendaki kepuncak pada jam 2.00 am
Ni adalah contoh kain yang nak menutup pada mulut.. Di atas nanti agak sejuk.. kekurangan oksigen.. So, boleh beli kain yang dapat tutup kepala mcm adik kita ni dan abang kita yang tutup mulut ini..
Pakaian lengkap berada di Puncak
Done ... See u again
Done Misi Ke Kota Kinabalu
Tips naik Gunung Kinabalu. Untuk mereka yang plan naik dan juga untuk peringatan diri sendiri... Sorry post ni panjanggggg... ๐
1) Jgn bawa banyak barang. Utk pakaian, cukuplah sekadar bawa satu wind breaker, satu dry fit shirt, satu tracksuit, satu beanie, satu headlight, sepasang stoking tebal & glove tebal. Semua ni untuk kegunaan mendaki puncak dari Laban Rata.
2) Makanan pula bawa yg ringan2 tapi manis seperti chocolate cadbury & snickers. Utk air, bawalah 100plus 1.5ml (Disarankan yg 100 PLUS ACTIV yg x carbonated tu utk hindarkan bloating stomach) & air kosong 1.5ml (Di sarankan MINERAL bukan RO). Air mineral tu dicampur ORS awal2 di Timpohon. Berapa bnyk nak bawa? Ikut nafsu sendiri. Bawa satu 100plus sma satu mineral water jer. Di Laban Rata boleh refill air masak. Ada cerek elektrik disediakan di asrama. Tp kena tunggu giliran.
3) Jgn lupa ubat-ubatan. Tab. Stemetil bagi mengurangkan loya disebabkan altitude sickness, Tab. Paracetamol untuk melegakan sakit otot. Bancuhan ORS sgt penting bg mengembalikan elektrolit badan.
4) Beritahu kumpulan masing2 utk berkumpul awal di Kinabalu Park. Sbb banyak barang nak settle. Pendaftaran, taklimat ringkas dll. Supaya tidak kehilangan banyak masa. Perjalanan dari kaunter Kinabalu Park ke Timpohon mengambil masa dalam 30 minit guna van yg disediakan. Mulakan pendakian seawal yg mungkin supaya member2 yg jenis lambat tidak tergopoh gapah & terkejar2 masa.
5) Pakaian semasa mendaki dari Timpohon saya syorkan seluar pendek & baju dry fit sahaja kerana suhu tidak berapa sejuk dan mudah untuk bergerak serta tidak berat. Kasut apa2 pun bole asal tapak kuat cengkam serta selesa dipakai. ๐
Disarankan bawa ler tongkat untuk kemudahan dan menjadi “kaki ketiga”. Tak pun sewa je...
6) Semasa mendaki dari Timpohon, salah satu petua dari guide adalah “Kecilkan langkah. Kalau naik tangga tu pelan-pelan langkah. Pijak batu2 kecil di antara jarak satu tangga sebab jurang antara tangga ada yang besar. Jadi cari batu kecil di pertengahan untk memudahkan dan mengecilkan langkah.” Bagi laluan pada malim gunung, kesian dorang angkat barang berat2.
7) Setiap satu kilometer ada perhentian (“hut”). Pastikan berkumpul dalam kumpulan masing2. Makanlah snacks yg dibawa dan minum sedikit2. Jangan minum berabis, nanti cepat cramp. Kasi basah tekak saja. Bagi yang (merokok), kalau boleh tahan, jangan setiap perhentian dok berasap tak habis2. Lagi satu, Jangan mulut celupar! Ada satu perhentian sangat “keras”. Ntah kilometer ke berapa. Macam di Paka Shelter yg ada tangki hitam siring jalan.
8 ) Bermula dari layang-layang hut, iklim sudah mula berubah. Ada yg akan merasa pening & loya disebabkan altitude sickness. Petuanya, “TARIK NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM”. Masa ni la perlu control pernafasan korang betul2. Muka bumi yg mulai mencuram, kelicinan disebabkan embun & perubahan suhu akan merumitkan lagi pendakian apalagi kalau berhujan. Masa ni bibir serta hujung jari akan pucat dan membiru.
9) Sampai saja di Laban Rata, tolong laporkan diri di kaunter ..Jadi korang akan ditempatkan bersama ahli kumpulan sendiri mengikut warna tag nama.
10) Perjalanan dari Timpohon mengambil masa dalam 6-8 jam. Bagi yg pace ala-ala tipah temenung, macam hakak..... ambil masa 8 jam jd sampai di Laban Rata dalam pukul 5-6pm. Sampai di bilik, kemaskan tempat tidur. Pastikan barangan berharga selamat dan disimpan rapi. Jujur hakak cakap, di Laban Rata korang TIDAK akan terasa nak MANDI sebab air dia macam AIS! Jadi apa saya buat, terus tukar baju yang bawa td (yang tips no. 1) dan pakai baju tu sampai kamu naik puncak esok pagi. Jangan risau, peluh korang akan mengering kena kesejukkan di Laban Rata. Tapi kalau korang bekeras jg mau mandi sebab x selesa,pergi ler try dengan kesejukkan dia sampai ke tulang!
11) Lepas kemas barang, get ready for some MAJESTIC VIEW! Oh ya, jangan lupa masa dinner di restoran. Dinner akan bermula dari jam 6-8pm.
12) Masa makan, ambilah jumlah yang berpatutan. Jangan takot rugi sebab bayar mahal, tapi takut sebab tak sampai puncak.. Dah sakit Perut kan.. Hakak de pengalaman kawan akak tak dapat nak naik sebab makan kambing terlalu banyak... Tapi kena beringat, belum lagi naik puncak. JANGAN OVERSTUFFED! Hakak syorkan signature dish durang, Black Pepper Beef/Lamb. SEDAP & boleh memanaskan badan kamurang yang tengah sejuk. Tp ingat jgn jg berabis makan makanan pedas. Takut nnt perut memulas & boleh menganggu fokus pendakian. Lepas makan, WAJIB melihat permandangan indah di koridor restoran! CANTIK!!
13) Selesai dinner, balik pegi bilik masing2, tidur dan berehat secukupnya. Tapi jujur saya cakap, korang tidak akan dapat tidur sebab sejuk dan kepenatan. Jadi pandai2 la pujuk mata untuk tidur. Paling penting sediakan peralatan utk mendaki puncak esok! Hakak cuma bawa air kosong 1.5ml+ORS saja supaya beg tidak berat.
14) Pendakian puncak akan bermula 2am. Tapi sebelum mendaki korang akan makan satu kali lagi iaitu “supper” jam 12am atau 1am kalau x silap. Korang tidur dulu dan berehat sejurus selepas habis dinner supaya tidak ketinggalan “supper” sebab terlalu syok tidur. Makan apa yang disediakan untuk membekalkan tenaga utk naik ke puncak. Untuk “supper” pilih lah makanan yang berkarbohidrat kompleks. Suhu yang sejuk membuatkan kita cepat lapar... Tapi kena ambil berpatutan supaya korang x overstuffed.... Lepas makan, sapa yg mahu ke toilet, pergi la dulu...
15) Pintu masuk akan dibuka tepat 2am & pendakian dimulakan. Macam sa pesan tadi, kawal pernafasan. “NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM.” Di sini kamurang WAJIB menggunakan headlight. Suhu sangat ekstrim SEJUK! Perlahan2 naik supaya kamurang tidak tergelincir.
16) Di kawasan yang sudah mula bertali, pastikan kamurang berpegang teguh dan kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki terasa kebas kerana suhu sejuk, jangan sesekali terlepas pegang! Suasana yang gelap, licin & sejuk akan membuatkan kamurang sukar mendaki. Teguhkan azam dan semangat! Guide kamurang akan cakap “tidak jauh lagi, kurang satu jam lagi” padahal itu semua tipu belaka. HAHAHA! Jangan hilang lokasi atau tinggal jauh dari kumpulan.
17) Pastikan korang jangan kerap berhenti & berhenti dengan lama di sepanjang pendakian ke puncak. Kena ingat, wajib melapor diri di Sayat-sayat Hut sebelum 5am! Kalau lambat, tidak dibenarkan masuk sbb suda ketinggalan jauh. Jd untuk yg sempat sampai di Sayat-sayat Hut saja, hanya dapat sijil Hitam Putih. Bagi yg berjaya limpas Sayat-sayat Hut sebelum 5am, TAHNIAH! Kamu sudah melepasi halangan terakhir ke puncak dan sijil berwarna! Teruskan usaha! Matahari akan terbit pd 6am. Jadi cepat2 la bergegas mendaki kalau nak tgk sunrise. Bg yg jenis lambat, tak kisah tu sunrise, yang penting sa berjaya sampai puncak ๐. Tp, lebih awal korang sampai, lebih lama masa korang mau menikmati permandangan puncak Kinabalu, tp lebih lama juga la bersejuk di atas. Hahaha! Masa yang diberikan kepada pendaki untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu sambil berselfie, bergroupfie, berwefie adalah 1-2 jam saja. Semua akan diarahkan untuk mulakan penurunan pada jam 7-8am. Ini kerana takut di puncak pusaran angin kuat yang akan merumitkan penurunan & supaya tidak lambat sampai Laban Rata seterusnya ke Timpohon. Jadi jangan leka bermain handphone dan peka arahan guide! *AMARAN KERAS* JANGAN BUAT BENDA PELIK2 DI GUNUNG KINABALU! Korang kini berada di tempat paling suci bagi masyarakat KDMR....
18) Kalau mendaki terasa mencabar, menurun lebih berlipat kali ganda cabarannya. Kawasan bertali yang korang daki dalam gelap tadi rupanya curam dan GAUNG yang DALAM! Masa tu la korang tahu kenapa perlu naik awal pagi. Selain mau kejar sunrise di puncak, ia juga bagi menghilangkan ketakutan pendaki. Jadi dalam gelap kamurang tidak nampak apa2. Bila turun barulah bergegar lutut ketakutan! Apa pun, turun perlahan2 dan ikut giliran. Oh ya! Jangan lupa ambil gambar di South Peak atau puncak duit seringgit!
19) Sampai di Laban Rata, balik bilik masing2, kemaskan apa semua barangan korang. Lepas kemas, korang akan dihidangkan dengan sajian terakhir di restoran iaitu sarapan pagi. Dan boleh turun pulang ... Hadap tangga yang banyak...
Jujur cakap, dari segi bentuk muka bumi, Kinabalu cuma susah dari Laban Rata ke puncak saja.. Yang dah layan G7,serupa tempat playground tapi jangan terlalu syiok sangat sebab Kinabalu tinggi weyh.. Sejuk... So, Jangan jadi AMS ya (altitude mountain sickness )
Untuk naik Kinabalu, hakak syorkan korang banyakkan latihan pernafasan semasa korang berlatih hiking. Kalau pandai kawal pernafasan, sijil berwarna sudah pasti dalam genggaman!
Suhu di Laban Rata dalam lingkungan 3 ke 4 darjah celcius waktu petang. Kalau malam dalam 1 ke 2 darjah celcius. Di puncak pula, mungkin dalam -3 ke -1 darjah celcius waktu subuh masa mendaki.
Apa pun itu adalah rezeki masing2... Sampai atau tak ... Hehehehhe... Paling penting doa serta azam supaya dipermudahkan pendakian.
Sorry kalau posting ni terlampau panjang. Semua tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman Hakak hokey. Lain orang, lain pula caranya. Bagi hakak, hakak seorang average, tidak fit dan tidak juga tidak fit... dah tua.... Yang sedang2 saja. Kalau setakat Bukit Kledang tu saya boleh naik dalam 3 jam. Hahahahahahaha
Satu je nak cakap, KINABALU SANGAT LAWA!!!! Dream do really come true! There’s a will, there’s a way!
SELAMAT MAJU JAYA!
No comments:
Post a Comment