~ GUNUNG KORBU ~
Ketinggian ~ Ketinggian setinggi 2,183 meter.
Banjran titiwangsa@gunung ke-2 tertinggi di semenanjung Malaysia
Perjalanan ~ 3 Hari 2 Malam @ 4 Hari 3 Malam
Suhu ~ Agak sejuk Di Puncak Korbu (Terlalu Sejuk)
Digalakkan memakai baju tebal
Dari Atas puncak ~ Dapat melihat Lembah Kinta, Bukit Keledang, laut Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Brinchang di Cameron Highland. Ada stesen pemancar televisyen di Gunung Brinchang. Gunung Yong Yap di Kelantan juga jelas kelihatan.
Digalakkan memakai baju tebal
Dari Atas puncak ~ Dapat melihat Lembah Kinta, Bukit Keledang, laut Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Brinchang di Cameron Highland. Ada stesen pemancar televisyen di Gunung Brinchang. Gunung Yong Yap di Kelantan juga jelas kelihatan.
Kelengkapan yang (WAJIB):
1. Kasut yang sesuai sebab ni trek paling hardcore
2. Air Mineral 1.5 liter sekurang-kurangnya
2. Air Mineral 1.5 liter sekurang-kurangnya
3. Makanan tambahan (power bar, snickers,100 plus dan
dll) serta ubatan peribadi
dll) serta ubatan peribadi
4. RAIN SUIT (rm11 je di 7 eleven) dan rain cover (utk beg)
untuk sebarang kecemasan(in case)
untuk sebarang kecemasan(in case)
5. HEAD LAMP dan BATERI TAMBAHAN
6. Seluar panjang dan baju berlengan panjang (utk
kurangkan risiko calar-calar dan risiko keselamatan)
kurangkan risiko calar-calar dan risiko keselamatan)
7. Space dalam beg utk bawak ration dalam 3kg sorang
8. Beg sekurang-kurangnya 65 liter ke atas (Bagi yang
lelaki sahaja) Macam 40 liter (Pompuan)
lelaki sahaja) Macam 40 liter (Pompuan)
Day 1
(Berkumpul di masjid batu 8 di simpang ke empangan pada jam 7 pagi)
9 pagi: Ulu Kinta - Empangan Sultan Azlan Shah - Air Terjun Batu Besar - Kem Seroja - Kem Kijang
Day 2
Kem Kijang - Last Waterpoint - Bukit Botak - Puncak Chuban - Gunung Korbu - Gunung gayong
Day 3
Gunung Korbu - Gunung Gayong - Puncak chuban - Last Waterpoint - Kem Kijang - Kem Seroja
Day 4
Berehat Di Rumah
Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang, ekspedisi pendakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1. Ekspedisi tersebut mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentis hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan pendakian ke 6 daripada 7 buah gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa.
Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Cameron Highland. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan.
Rentis asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Perjalanan melalui rentis balak ini amat menyiksakan terutamanya pada waktu tengahari di mana pendaki terdedah kepada terik matahari secara terus dan mampu membuatkan seseorang itu dehidrat akibat kekurangan air dalam badan.
Terdapat sebuah rentis lama ke gunung ini yang jarang dilalui oleh para pendaki. Perjalanan rentis ini akan membawa pendaki melalui Sungai Seno'oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak kerana rentis ini melalui permatang yang lain untuk ke puncak Gunung Korbu.
Adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.
12 Lelaki 1 Perempuan (Aku la wakil Sorg Perempuan)
Pemandangan Di Atas Gunung Korbu
(Terlalu indah saat ini, dpt melihat seluruh Bandar Ipoh dari atas)
Akhirnya Sampai
Alhamdulillah....
Done Gunung Korbu
No comments:
Post a Comment