Thursday 16 April 2015

Gua Tempurung

GUA TEMPURUNG, GOPENG
Nampak tak... Nampak tak...Dari tepi
 jalan dah nampak Signboard tu..
So jangan risau kalau nak ke Gua
Tempurung ni...
Info tentang tentang Gua Tempurung
" Antara bukit-bukit batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia adalah Gunung Tempurung yang terletak di Daerah Gopeng, Perak. Tersembunyi di dalam bukit-bukit batu kapur ini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi dan berangkaian seolah sarang lebah yang berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 km.  Rangkaian gua ini dinamakan Gua Tempurung yang terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai beribu bentuk stalagmit dan stalaktit dan lain-lain bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang menakjubkan. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. Dipercayai telah wujud semenjak 8000 tahun sebelum masehi dahulu dan namanya diambil sempena bentuknya saperti tempurung kelapa.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia yang pernah menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu iaitu daripada tahun 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung tersebut telah dijadikan lombong bijih timah"
Pakej - pakej di Gua Tempurung
( 3 jam setengah iaitu 4 km. Umumnya ia terbahagi kepada 4 jenis ekspedisi iaitu Golden Flowstone (Dry), Top of the world (Dry) , Top of the world and short river adventure (Wet) dan Grand Tour (Wet). Masa lawatan adalah seawal jam 9 pagi hingga 4.00 petang bergantung pada jenis ekspedisi yang dipilih )
Dah bayar kat kaunter, dapat la pelekat ni.
(Nak tempek mana-mana pun ok.. Janji jgn di muka.. Hehehehe)
Lokasi ~ Exit Tol Gopeng Atau Simpang Pulai, Belok Ke Kiri. Pastu ikutlah signboard menuju ke Gua Tempurung. Kalau dari Ipoh, Sebelah kiri. Kalau Dari Bidor, Sebelah kanan Jalan.

Masa ~ Waktu pagi lebih sesuai. Kalau waktu petang, Baik melawat kawasan luar je...Tak puas nak dok bertapa dalam Gua.. 
Jarak ~ 4 km

Anak Tangga ~ 1500 anak tangga di dalam Gua. (10 platform agak mencabar)

Monumen yang dilihat dalam Gua ~ Kepala kambing gurun, kepala gajah, kaki wanita, bentuk badan wanita, wajah seorang perempuan tua, batu yang berbentuk dewa kepada umur panjang @ Smiling budha.

Setelah sampai ke Gua Tempurung, perkara yang perlu anda buat ialah ambil pamphlet yang disediakan di Kaunter supaya jelas dengan aktiviti yang ditawarkan di Gua Tempurung
 Untuk aktiviti caving, terdapat 4 pilihan tour dengan Tour 1 paling senang dan kering dan Tour 4 paling mencabar dan basah. Untuk saya...sudah tentu Tour 4. Untuk Tour 3 dan 4, persiapan untuk wet tour seperti baju gantian dan dry bag adalah perlu sebab nak kena merangkak dalam sungai dalam gua

Sejarah Mengenai Gua Tempurung
Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng Perak.

Berusia lebih 400 juta tahun, Gua Perah atau lebih dikenali sebagai Gua Tempurung..
  Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
 
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar...

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia.. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.. Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia.. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah..
Keindahan dalam Gua dengan lampu-lampu yang terang menderang

The End...

No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...