Thursday, 9 April 2015

Gunung Suku

GUNUNG SUKU, SIMPANG PULAI


Dari Simpang Pulai ( Sebelah Kanan)
Dari Cameron (Sebelah Kiri)
(Berhati-hati jika anda dari Cameron Highlands kerana anda tidak akan nampak
jalan sebelah kiri Gunung Suku) agak tersorok sikit...


Ketinggian ~  1797meter dari aras laut (5896kaki)
Lokasi ~ Dari Simpang Pulai sebelah Kanan, Jika Dari Cameron Sebelah Kiri
(Kawasan agak semak, Susah nak agak lokasi... Berhati-hati takut telepas)
Jarak Perjalanan dari Bawah ke Puncak ~ 3 Jam dan turun ke kaki bukit ambil masa 2 jam ( Ikut Masa Hikers tu sendiri)
Koordinat parking kereta ~ N04.55522 E101.32335
Koordinat puncak - N04.54264 E101.33379


Spesis yang ditemui sepanjang pendakian



 Ada sikit Mossy2 dalam perjalanan nanti. Masa ni cuaca agak sejuk.

Pendakian ini mengambil masa 3 jam  untuk sampai ke puncak Suku..  Yang daki cepat, cepat la sampai. Yang lambat tu, alamat lambat la sampai.. 1st benda penting nak beritahu, kasut sport tak sesuai kalau nak mendaki gunung ni.. Agak pacak dan mencanak... X boleh nak santai dan suka ria.. Tak ada port tempat nk berehat kecuali akan jumpa sampai anak sungai nanti... So, air bwk siap2 untuk mendaki pergi dan balik..... Puncak Gunung Suku  ini taklah lapang sangat, setakat nak pasang khemah 3 biji boleh lagi kot.. Tupun agak x selesa. Sebab sempit, berbatu dan x landai pun..  Dari puncak boleh nampak gunung-gunung lain, terutamanya Gunung Irau (Gunung Yg Aku Suka)..  Jalan ke Puncak Suku ini ada laluan ke Gunung Irau.. So, jgn pandai-pandai pergi sendiri tanpa Guide...View di puncak menarik...Dapat lihat dari bawah Highway ke Cameron dan pemandangan Gunung-gunung yang terdekat... So, Lapang la bijik mata kita yang melihatnya... Tenang je.... Kan Kan Kan Kan.... So, di bawah ni gambar bersama Hikers2 dr Key Ell..



All The Hikers...

 
Me...

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...