Sunday, 13 December 2015

Cerita Pacat

Cerita Pacat...

Gigitan pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar....
Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana
daun kering dan tumbuhan terutama
di lantai hutan.....
Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan....
Cara Elakkan Pacat

1.  Hiking pakai kasut tidak bertutup, bukan sandal atau kasut separa tutup.

2.  Guna stoking pacat. kalau tak suka pakai stokin pacat guna stokin jenis cotton, seeloknya yang agak tebal sedikit dan masih agak baru. Stokin bola tidak membawa sebarang pelindungan sebab bila diregang ada rongga-rongga dicelah stokin. Elakkan situasi wujud rongga yang mampu diterjah pacat.


3. Pakai seluar tigh panjang. Masukkan kaki toght dalam stokin. Pacat tak mampu menerobos fabrik yang diguna untuk seluar tigh.

4. Pakai baju, Baju bodyfit juga meningkatkan protektif. Berlengging adalah mengundang kehadiran pacat.
TAMBAH PELINDUNG

Ini adalah tambahan saja, ada petua yang diamalkan beberapa pendaki,
1.Beli sabun cap 666(ker 999), biasa kotak hijau ada jual di kedai mamak. Lumurkan sabun ni di kasut dan kaki seluar. Pacat tak akan singgah atau melekat dikasut & kaki seluar.

2. Rendam stokin dengan air tembakau, buat sebelum ekpedisi dan jemur stokin sampai kering.

TEKNIK TREKKING

1. Elakkan berada di tempat ke-3 dan seterusnya bagi yg trekking dalam satu barisan. Pacat yang mula mengesan mangsanya hanya akan berjaya singgah ke insan ke-3 dan seterusnya. Jarakkan jalan anda dari orang depan.

2. Jalan lebih pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki anda.

3. Jangan jalan didalam semak atau trail yang lebih berdaun (tempat habitat pacat).
Cara Buang Pacat

Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak.
Pacat akan terjatuh selepas kenyang.

Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.

Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit.

Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk.

Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan.

Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit.

Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.

Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur.

Jika terpaksa, gunakan objek keras.

Sedap menghisap
Kekenyangan Pacat nih


No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...