ASSALAMUALAIKUM
Warganegara Hikers.. 1st Kad kawen mestilah Ala-ala Forest sikit... Baru la tema Hikers sikit kan... So, ni lah hasil kreatif dari pembuat Kad Kawen.. Tq Abg Kamal kerna merealisasikan impian keme ni.....
اَلْحَمْدُلِلّهِ kami disatukan oleh sebuah hobi yang sama iaitu salah satunya adalah mendaki Gunung.... Bagi mengenangkan moment perkenalan, saya dan pasangan memilih Gunung Berumbun, Cameron Highlands yang terdekat...
Sejak perkenalan, kami mendaki gunung bersama.. Dating pun di Gunung.. Yang paling kerap Gunung Irau.. Melihat keindahan ciptaan tuhan bersama bertambah lah moment kami..
Itu al kisahnya...
Berbalik cerita photoshoot pulak, selepas bersanding, kami gerak ke cameron jam 3 pagi.. Tak sabar rasanya nak bergambar berlatar belakang dalam hutan ala Mossy kan.. Impian sejak dulu.... Hari yang memenatkan sepanjang persandingan, jam 3 bersiap untuk begerak menuju jalan ke Cameron Highland..Jam 8.00 tiba ke kaki Gunung Berembun bersama jurumekap iaitu adik sendiri& photographer adik ipar mendaki bersama-sama bagi memenuhi permintaan kami untuk bergambar di Hutan...
"Aku tercipta oleh waktu, untuk mengisi waktu, selalu memperbaiki diri di setiap waktu, dan semua waktu ku adalah untuk mencintai kamu."
Saya dan pasangan dapat bergambar latar
belakang Mossy mossy..
Mendaki bersamamu
Aku ingin mendaki bersamamu
belakang Mossy mossy..
Mendaki bersamamu
Aku ingin mendaki bersamamu
menghirup oksigen yang sama menatap bintang yang sama
berpeluh bersama
berhenti bersama
Menyentuh alam dengan kulit bermata takzim berdoa dengan tulus aku ingin mendaki bersamamu
Dengan mempunyai ketinggian 1,836m paras laut, hujan renyai-renyai dan tanah yang lembap dan basah menyulitkan lagi pergerakan kami...
berpeluh bersama
berhenti bersama
Menyentuh alam dengan kulit bermata takzim berdoa dengan tulus aku ingin mendaki bersamamu
Dengan mempunyai ketinggian 1,836m paras laut, hujan renyai-renyai dan tanah yang lembap dan basah menyulitkan lagi pergerakan kami...
Baju kami pun dah basah.. Tapi muka tetap menteng dgn makeup tebal tuh.. huhuhuhu.... Acah2 bunian berpakaian cantik melihat hutan..
Saya Tepaksa berhati-hati ketika melakukan pergerakan. AlMaklum baju pengantin mudah koyak kan...
Pergerakan begerak perlahan, kang x pasai2 jatuh lak...
Naya lah......
Mendaki gunung bersama pasangan yang kita sayang tentu menjadi sebuah perjalanan yang amat menyeronokkan untuk dilupakan... Ada suka dan duka bersama orang tercinta. Begitulah kami.... Ada sebuah ungkapan dari seorang pendaki, "Bukan kemana gunung yang akan kita daki, tetapi dengan siapa kita pergi mendaki kesana" ewahhh...
Walaweh
Hajat berlatar belakang mossy-mossy dah lama idamkan sejak bergiat aktiviti gunung.. Akhirnya dapat juga bergambar di Alam yang sangat cantik... Terima kasih Syg tunaikan permintaan Isterimu ini...
Semakin dalam merenungi alam semesta, semakin dalamlah cintaku padamu.. Hehehe... Ayat jiwang karat...
Keindahan alam lebih dari cukup untuk menyejukkan hati... Dan semakin sayanglah aku padamu Wahai Pokcik..... Mokcik Sayang Pokcik.. heheh :)
Kita bertemu : Bulan Januari 2015
Bertunang : 21 Nov 2015
Nikah & Sanding : 26 Dis 2015
Naim & Dilla
~ The End ~
~ The End ~
No comments:
Post a Comment