Tuesday, 31 October 2017

Bukit Batu Putih, Gopeng

Assalamualaikum, Kali ni hakak pegi berseorangan di Bukit Batu Putih, Gopeng. Tapi ni bukan Gunung Batu Putih, Tapah yang tinggi tu tau. Yang tu kena 2 Hari 1 malam... Lokasi dia senang jer, kalau keluar tol Simpang Pulai ambik kiri. Dalam 500 meter menuju ke Pekan Gopeng Then masuk kiri... Kat situ dah ada petunjuk hokey....

Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi 285 meter dari aras laut, jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian. Sampai je laman parking rumah orang, memang kena la bayar RM3.00 sebab kita dah park situ kan.. So, disitu dah ada kemudahan bilik air dan Tandas sekali... Jangan membuang merata-rata ok... Kawasan ini dah dijaga oleh Persatuan Kg itu sendiri.... 1st permulaan akan lalu kawasan Ladang kelapa sawit.

Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan hikers atau ahli keluarga.

Laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan 70% laluannya adalah berasaskan batu apabila di puncak. Terdapat juga banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda juga dapat melihat pemandangan Gunung- Ganang, Sungai Gopeng serta Kejauhan Lebuhraya Utara Selatan...
 Masa ni berseorangan di Ladang Kelapa Sawit... Bosan perjalanan jauh, dok keje selfie la sepanjang perjalanan...... hahahhahaha :) Dalam hati cuak dan jalan laju.... Sehinggalah bertemu Signboard naik ke atas...
Kat Signboard ni tertera Nama serta No telefon yang jaga kawasan ni... Jangan Buat pasai ok.. So hakak tarik nafas.... Relax dlu makan coklat bar n kotak milo... Nasib la de sekumpulan orang naik menuju ke tempat yang hakak nak tuju....
Penat dollllll naik 1 Napas..... Gula-gula tu ada je di tangan.... Senang masok je mulut...
Jalan menuju yang nampak cahaya tu lah dah nak sampai... Yahoooo.. 100 meter lg...
Sonok la jugak kan.. Macam rasa nak terbang... Tq adik yang x kenal tangkap gambar hakak.... Ikot je gambar yang hakak nak ye....
Peace yo... Layan je la sorg diri..
Aku ingin menjadi seperti burung..
Yang terbang bebas di angkasa..
Usah takut memikirkan apa yang akan terjadi..

Aku ingin menjadi burung…
Aku sudah lelah menjadi manusia..
Takut memikirkan apa yang terjadi..

Aku iri pada burung..
Yang boleh terbang..
Menikmati kasih sayang-Nya dalam setiap hembusan dan tiupan angin..
Namun, bila aku berpikir seperti itu..
Tidak bersyukurkah aku sebagai manusia?
 Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan sun set dan sun rise yang sangat cantik..
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.  Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang dan batu.
Wow, **bestnya!* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
 Suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.. Hokey, jom balik.... Dah 1 Jam kat atas ni..
 Otw turun, masih ada yang naik ke atas... Hakak turun dulu ye :)
Jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan
Hokey jumpa lagi.... Next .....

Tuesday, 17 October 2017

Tips Mendaki kali Pertama



Semua Org Mendaki Namun Tidak Semua Mempunyai Cara Yg Sama Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan Atau Pengalaman. Mungkin Anda Boleh Cuba Yg Ini Pula, Simple Tp Bukan Hipster , Hihihi .....

1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat ,badan bersedia bukan dlm situasi perut kosong.  

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib ... Basic ne semua org perlu tau.Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kumpulan untuk baraqah , tambah la doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu . 

4 - Pengamalan dlm trek , PERNAFASAN terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & Mulut tiada filter Seperti Hidung .

5 - Kerap PERNAFASAN dgn mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air , kekerapan minum air lebih dr keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air , badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sbb kerap buang air.

7 - Posisi PERGERAKAN , kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun pula dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jgn kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum. 

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2. 

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ne baik standby sendiri & maklumkan pd rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis / Selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda. 

Jangan mengejar padu ,kejar lah ilmu , kita berpotensi lebih lama dlm hobi ini..


Sunday, 8 October 2017

Bukit Bangkong, Chemor


Kita terjah pulak Bukit di Chemor... Iaitu Bukit Bangkong..... Dari Pekan Tg . Rambutan jalan straight je (dalam 3 km kot) sampai la jumpa Balai Polis Sebelah Kanan, Belok Kanan... Dalam 1 km dah jumpa kaki Bukit Bangkong.....Bukit Bangkong ni terletak di Tanah Hitam, Chemor. Ketinggian bukit ni rasanya 300M / 1,022 kaki.... Naik bukit ni sekejap je tak lama pun rasanya macam sama saja masa mendaki dengan Bukit Kledang.... Jalan ke atas pacak n santai.... Kalau cepat x sampai 1 jam dah sampai ke atas.. So, akak2 padu la naik......
 

Mood Kasut Bergabung.. Mana yang lain ni...



Siap sedia .. Peace No War...


Bukit Bangkong (Tanah Hitam, Perak) ini telah dipilih sebagai lokasi mendaki kami. Bukit Bangkong ni menawarkan laluan yang menarik kepada pendaki. Ia juga turut menawarkan beberapa laluan alternatif kepada pendaki (curam serta tidak begitu curam) agar mereka dapat memilih laluan yang sesuai untuk diri mereka. Bukit ini telah menjadi tarikan pendaki sejak tahun 2004 tetapi hanya sekitar 50 pendaki yang mendakinya setiap hari manakala selebihnya hanya datang sekali atau dua kali seminggu... Macam kami la... Tak dapat nak pergi selalu atas kakangan kerja dan masa....


Kami je pun......


Nampak relax je kan... 


Kawan yang lain ketinggalan di belakang...


Bile ye hakak nak bertemu Korbu lagi... 
Rindu Korbu ......

 
 View , Wow Awesome


 Hah... nampak x di belakang tu...
Cantikkan....macam kat bawah tu sawah padi pulak...


Now hakak layan Adidas semuanya....
Sedap la pakai... tak sakit bila turun n naik....
Badan akak dh berat, so ok la membantu sikit ...


Indah Ciptaan Tuhan...

Keluarlah menjelajah alam yang luas, maka anda akan menjelajah arti dari sebuah kehidupan.... Sehingga kita tahu akan kebesaran Yang Maha Kuasa.....


Seberat apapun kehidupan, orang yang 
selalu merenungi alam semesta 
selalu hidup dalam kesyukuran....


 



Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...