Tuesday, 17 October 2017

Tips Mendaki kali Pertama



Semua Org Mendaki Namun Tidak Semua Mempunyai Cara Yg Sama Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan Atau Pengalaman. Mungkin Anda Boleh Cuba Yg Ini Pula, Simple Tp Bukan Hipster , Hihihi .....

1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat ,badan bersedia bukan dlm situasi perut kosong.  

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib ... Basic ne semua org perlu tau.Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kumpulan untuk baraqah , tambah la doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu . 

4 - Pengamalan dlm trek , PERNAFASAN terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & Mulut tiada filter Seperti Hidung .

5 - Kerap PERNAFASAN dgn mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air , kekerapan minum air lebih dr keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air , badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sbb kerap buang air.

7 - Posisi PERGERAKAN , kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun pula dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jgn kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum. 

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2. 

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ne baik standby sendiri & maklumkan pd rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis / Selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda. 

Jangan mengejar padu ,kejar lah ilmu , kita berpotensi lebih lama dlm hobi ini..


No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...