Kita terjah pulak Bukit di Chemor... Iaitu Bukit Bangkong..... Dari Pekan Tg . Rambutan jalan straight je (dalam 3 km kot) sampai la jumpa Balai Polis Sebelah Kanan, Belok Kanan... Dalam 1 km dah jumpa kaki Bukit Bangkong.....Bukit Bangkong ni terletak di Tanah Hitam, Chemor. Ketinggian bukit ni rasanya
300M / 1,022 kaki.... Naik bukit ni sekejap je tak lama pun rasanya macam sama saja masa mendaki
dengan Bukit Kledang.... Jalan ke atas pacak n santai.... Kalau cepat x sampai 1 jam dah sampai ke atas.. So, akak2 padu la naik......
Mood Kasut Bergabung.. Mana yang lain ni...
Siap sedia .. Peace No War...
Bukit Bangkong (Tanah Hitam, Perak) ini telah dipilih sebagai lokasi
mendaki kami. Bukit Bangkong ni menawarkan laluan yang menarik
kepada pendaki. Ia juga turut menawarkan beberapa laluan alternatif
kepada pendaki (curam serta tidak begitu curam) agar mereka dapat
memilih laluan yang sesuai untuk diri mereka. Bukit ini telah menjadi
tarikan pendaki sejak tahun 2004 tetapi hanya sekitar 50 pendaki yang
mendakinya setiap hari manakala selebihnya hanya datang sekali atau dua
kali seminggu... Macam kami la... Tak dapat nak pergi selalu atas kakangan kerja dan masa....
Kami je pun......
Nampak relax je kan...
Kawan yang lain ketinggalan di belakang...
Bile ye hakak nak bertemu Korbu lagi...
Rindu Korbu ......
View , Wow Awesome
Hah... nampak x di belakang tu...
Cantikkan....macam kat bawah tu sawah padi pulak...
Now hakak layan Adidas semuanya....
Sedap la pakai... tak sakit bila turun n naik....
Badan akak dh berat, so ok la membantu sikit ...
Indah Ciptaan Tuhan...
Keluarlah menjelajah alam yang luas, maka anda akan menjelajah arti dari sebuah
kehidupan.... Sehingga kita tahu akan kebesaran Yang Maha Kuasa.....
Seberat apapun kehidupan, orang yang
selalu merenungi alam semesta
selalu hidup
dalam kesyukuran....
No comments:
Post a Comment