Tuesday, 27 February 2018

Gunung Peninjau


Gunung Peninjau yang terletak di dalam Banjaran Kledang yang terletak di Perak, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,059 meter (3,471 kaki)...Gunung Peninjau bukanlah asing bagi masyarakat Ulu Chepor, Chemor. Ada generasi lama memanggil Gunung ini Gunung Kecil, mungkin keadaan gunung ini tidak sebesar gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa yang jelas kelihatan dari Ulu Chepor. Gunung Peninjau juga berada dalam Hutan Sinpan Kledang Saiong (sebut Siong) menjadi sebahagian dari Banjaran Kledang. 
Hutan sekunder ini atau hutan yang tumbuh selepas aktiviti pembalakan kini, telah kembali ditutupi pokok-pokok hutan hinggakan kebanyakan lantai hutan tidak ditumbuhi tumbuhan renek. Walaupun mukabumi bekas jalan balak masih boleh kelihatan, pendaki seperti tidak akan terasa berjalan di jalan balak.... Mungkin sebahagian hutan di sepanjang trail Gunung Peninjau tidak akan menjadi kawasan pembalakan lagi memandangkan kaki gunung ini telah dijadikan kawasan perkelahan.... Disebelah nya pula terletak gunung2 lain yg antaranya Gunung Pari yg belum lagi diterokai lagi...



Seawal Jam 3 pagi hakak dah keluar rumah dan berkumpul di Restoran Mamak di Simpang Pulai.. Disana bertemu dengan Ahli2 Group RGS.... Dah lama juga akak tak jumpa dorang ni... Femes la jugak group ni sebab dorang pun dah Grade G7 dan banyak dah keluar mendaki merata2 tempat di luar negara..... Pagi tu hakak makan Roti Canai bersama-sama ila dan yang lain2... Dorang siap2 tapau nasi goreng n Nasi Wonge lagi..... Jam 5 pagi kami gerak dari Restoran memasuki Highway Utara dan turun di Jelapang... Tiba di perkarangan Masjid Chepor Jam 5.45 pagi... Dah nak masuk Subuh....Selesai Solat, tunggu Group Cik Li n Da Gang... And last Group Pulak Group Cina2 Kledang......


Sebelum nak gerak kita begambar dulu ye dak..... Peace dari Dilla Pejabat Kesihatan.. Budak yang comel lote... Yang depan tu Dato K, Baju biru tu Krill Komando n Belakang sekali Kak Sal...

Pendakian ke puncak Gunung Peninjau mengambil masa kira-kira 4-5 jam. Pada awal perjalanan pendaki akan menyusuri tepian Jeram Sg. Ulu Chepor. 30 minit perjalanan pendaki akan melintasi air terjun. Terdapat beberapa air terjun di Sg. Ulu Chepor....


30 minit dari air terjun pendaki perlu mendaki cerun dengan kecerunan 75-85 darjah. Ketiadaan pokok-pokok untuk berpaut serta lantai hutan yang penuh dedaun kering menjadi cabaran pendaki samada sewaktu mendaki atau menuruni. Ada bahagian yang diletak tali bagi membantu pendaki tapi masih banyak tempat yang tidak bertali.... Start la pacat2 dok hidu bau darah manusia.... Hahahahahaa (jaga-jaga)


Last Waterpoint... Kena ambil air siap2... Pejalanan jauh lagi..


Selepas menyusuri kawasan air terjun pendaki perlu mendaki cerun dengan kecerunan 75-85 darjah. Ketiadaan pokok-pokok untuk berpaut serta lantai hutan yang penuh dedaun kering menjadi cabaran pendaki samada sewaktu mendaki atau menuruni. Ada bahagian yang diletak tali bagi membantu pendaki untuk naik ke atas... Tali pun masih baru lagi...
Sempat Hakak begambo ye dak... (letey sebenonye)
Selepas itu kita juga akan jumpa permatang dan perlu menyusuri permatang hingga ada satu simpang pendaki akan mendaki cerun kembali. Awas permatang ini juga merupakan bekas laluan balak...( ada yg jatuh tau) Selepas itu pendaki akan terus menyusuri bekas laluan balak ini. Trail pendaki yang agak bersih dari sampah amat menarik sepanjang pendakian ini... Macam dijaga pulak...
Disini tempat berehat dan kawasan agak luas jika didirikan tapak perkhemahan...

Hampir sejam kami berehat, kami meneruskan perjalanan sebaik sahaja laluan pokok2 balak yang agak besar.... Selain itu, kami juga diminta peka dengan keadaan sekeliling agar tidak terpegang tumbuhan berduri yang terdapat di kiri dan kanan laluan yang agak licin dan mudah terjatuh....




Beberapa pendaki dah tiba lebih awal dari kami.... Fuuhhh penat tak terkata disebabkan cuaca yang agak panas....
Puncak Peninjau ini ditandakan dengan beirut dan batu tanda. Keadaan beirut masih utuh. Bezanya piramid beirut dibuat dari atap abestos. Ada satu kawasan pemandangan dari puncak, jelas kelihatan seluruh Pekan Chemor. Puncak gunung dikelilingi pokok-pokok tinggi melepasi tinggi beirut. Luas puncak boleh menampung 100 orang tapi untuk bermalam 40-60 orang masih munasabah...
 Sampai Sudah....
Dari Hakak2 kawasan...
Hakak bersama Beirut Di Puncak Peninjau


Dari Kiri : Krill si Komando, Hakak Dilla, Dilla si Mata Bolat, Cik Li  (Otai Kami), Dato K n Kak Sal


Berehat sat...

Sakan Begamboooo..


Begabung Gambo dengan Group RGS


Udah Bergabung dengan semua pendaki...
Jom siap2 balik.... 3 jam nak rempuh turun.....

Bye2 Peninjau, Lain Masa hakak datang lagi naaa...

-DIella HaSaN-

 

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...