10 Mac 2018, Hakak ke Gunung Yong Yap yang merupakan salah satu gunung kategori G7 iaitu gunung yang ke-6
setinggi 2167 meter atau 7110 kaki.... Jam 4 pagi (sabtu ) semua orang berkumpul di Masjid Loging.. So Hakak bertolak dari Ipoh Jam 1 Pagi.... Hakak drive bertemankan yati disebelah Hakak..... Dok borak2 sebab riso Hakak terlelap... Hahahahhaha... Group yang hakak join ni Melati Hikers... Tak kenal dan x pernah on trek atau berjumpa pun.. So belasah je la.... I don't care... Misi itu penting... Ye dak....
Nampak tak muka hakak bersedia... Cewah... Muke tak tido lg nih.....
Perjalanan kami bermula dari Masjid Loging ke perkampungan orang asli,
Kampung Kuala Regil.... Jam 7 pagi kami sudah pun berada di Kg tersebut bersama Crew2 Melati Hikers.....Pada hari pertama laluan pendakian agak mendatar & menurun bagi 3 jam pertama sehingga
simpang Y, perjalanan akan melintasi beberapa sungai besar dan anak-anak sungai...
Melintasi Sungai Besar
Jumpa sungai saja.. Bab melenjun, suke sangat..
Simpang Y
Simpang Y ni sangat luas... Hakak dan Crew Melati berehat 1 jam bagi menunggu rakan- rakan di belakang yg jauh ketingggalan...
Seterusnya menuju ke Kem Agas yang agak mencabar lebih kurang 45 darjah.... Dari Starting point ke Kem Agas memakan masa yang agak lama iaitu 5 jam perjalanan... 18 anak sungai terpaksa dilalui dan meniarap ala-ala komando di bawah pokok-pokok buluh... Fuh , masa ni azab lutut...
Leteyyy kome weyh...
Walaupun
kebanyakan gunung kategori G7 mempunyai hutan mossy, disepanjang pendakian hanya
hutan buluh dan pokok sahaja yang jelas kelihatan.... Hakak tiba di Kem Agas dengan mengambil masa 5 jam..
Kem Agas
Kem sungai jeruk dalam masa 1 jam 30 minit dan kem balak pecah dalam
masa 2 jam.... Oleh kerana kem balak pecah tidak mempunyai sumber air jadi hakak & smua crew Melati berkemah di Kem Jeruk.....
Dari Kem Agas ke Kem Jeruk terpaksa melintasi 16 anak
sungai.... Serupa ular, sekejap masuk kiri, sekejap masok
kanan... Best tollll.... Hakak bermalam di kem ini bagi menghilangkan penat dan mengumpulkan semula tenaga untuk perjalanan pada esok pagi...... Memang menyeronokkan berada di gunung, walaupun penat tapi alhamdullilah dapat hilangkan stress yang ada..... Tenang Giler bak Ang.....
Dari Kem Agas ke Kem Jeruk terpaksa melintasi 16 anak
sungai.... Serupa ular, sekejap masuk kiri, sekejap masok
kanan... Best tollll.... Hakak bermalam di kem ini bagi menghilangkan penat dan mengumpulkan semula tenaga untuk perjalanan pada esok pagi...... Memang menyeronokkan berada di gunung, walaupun penat tapi alhamdullilah dapat hilangkan stress yang ada..... Tenang Giler bak Ang.....
9 jam perjalanan amat memenatkan... Masing2 dah terduduk.....
Pada hari kedua pendakian diteruskan pada jam 3 pagi..... Perjalanan di anggarkan 3 jam dari Kem Jeruk ke Puncak Yong Yap..... Dari Kem Jeruk ke Kem Balak Pecah 2 Jam dan dari Kem Balak Pecah ke Puncak hanya 1 Jam 30 minit.... Hakak tiba di puncak
gunung Yong Yap pada Jam 7 pagi..... 30 minit sebelum menuju puncak, disepanjang pendakian barulah
jelas kelihatan hutan mossy, pemandangan ini sememangnya menakjubkan dan
menghilangkan keletihan.....Angin yang kuat dan suasana menyejukkan buat hakak seronok melayan pendakian ini......
Hakak dah smpai Peak
Bersama Group Melati Hikers... Yang lain ada yang berpatah balik dan ada yang otw ke Puncak... Tak dapat nak bergambar bersama.....
walaupun x kenal tapi kami teruja sampai ke puncak
Ya kami disini
Sejok giler kat atas ni.. Menggigil kesejukan
Jommmm Balik Ke Kem Jeruk...Setelah mengambil gambar bersama, sesi pendakian
diteruskan untuk pulang ke Kem Jeruk.... Sambil turun sambil bergambar
This is Mossy2
Simpang ke Gunung Bubu
Simpang ke Yong Yap
Last Water Point
Sempat bergambar sebelum tiba di Kem Jeruk yang memakan masa 3 jam utk turun...
Tiba di Kem Jeruk berkemas... Makan nasi Goreng yang dibuat oleh Chef Melati Hikers..
Hakak dan Yati keluar dari Kem Jeruk Jam 11.45.. Kami berdua ontrek disebabkan kakangan masa.... Takot sampai malam masa On Trek...
Hi... Jom kita redah 30 lbh sungai sepanjang perjalanan
Aiceceh... siap nyanyi lagu lagi...
"Tinggi tinggi Yong Yap,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru biru hujung Yong Yap,
Tengok dari jauh hati saya rindu"
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru biru hujung Yong Yap,
Tengok dari jauh hati saya rindu"
Bersama Abg Azam & Yati My Sweeper
Gilerrrr letey kot.. Non stop...
Kejor Sebelom Malam
Bertemu Hikers Bro Man di depan dan dibelakang sekali Bro Azam ketika pulang
Jambatan yang terakhir kene redah.....
Yesssssss....
Sudah nampak jalan Pulang... Kaki dah rs nak tercabut...
Kecut Gedi Kaki...... 38 Sungai Besar & kecil
Fuhhhhhh.....
Semoga Berjumpa Lagi
~Sekian, Terima Kasih~
Hi boleh dapat facebook anda
ReplyDeleteBape jam sebenarnye untuk saye sampai ke gunung yongyap dari kaki gunung.. Maaf hakak sye newbies xpenah hikers.. And ni 1st nak naik.. Agak² saye naik ari sabtu.. Ahad tghri dah bleh kua ke
ReplyDelete