18 Mac 2018 - Plan ke Gunung Bujang Melaka sebenarnya nak pergi hari Sabtu tapi sebab kesibukan diri so hakak tangguh la hari Ahad.... Memikirkan kaki dan badan hakak yang tak bapa larat nak naik.... Naik la jugak ye dak..... Gunung Bujang Melaka ni terletak di Kampar, Perak yang mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,050 kaki).... Para pendaki boleh memilih samaada nak tidur atau buat Daypack... Kalau bercamping ni sesuai di Kem Lebah kerana keluasan nya boleh muat bepuluh khemah... Manakala Daypack pulak korang kena start awal pagi sampai la ke petang.. Kalau pace slow pulak, tgh malam nampak gaya korang sampai.... Non stop perjalanan. Rehat kejap2 boleh la....
Log ke Gunung Bujang Melaka
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
18 Mac 2018
7am - Berkumpul di Masjid Kampar An-Nur
7 -7.30am - Breakfast di Mamaks kat Pekan Kampar
(Tapau Roti Canai)
8am - Starting point Air Terjun Batu
Berangkai
(Mula Pendakian)
(Trek Landai, semak dan terdapat Anak sungai)
(Trek Landai, semak dan terdapat Anak sungai)
9.30am - Tibe di Kem Balak
9.30-11.30am - Tibe di Kem Lebah (2 Jam)
(Pacak dan Pacak)
(Pacak dan Pacak)
11.30-12pm - Rest Minum & Makan (Buah & Roti)
12-1pm - Dari Kem Lebah Terus Ke Puncak (Pace Laju)
(Trek Pacak & Menurun)
(Trek Pacak & Menurun)
1-2pm - Berehat Di Puncak (Makan Besar, Masak Air & Buah)
2-2.50pm - Sampai Kem Lebah
2.50-3pm - Rehat 10 Minit
3-4.30pm - Kem Balak
4.30-5.30pm - Tibe di air terjun Batu Berangkai
Trek ke starting point ke Kem Lebah - 5jam
Kem Lebah ke Puncak GBM - 1 Jam
Trek turun dari puncak ke kem - 50min
Dari kem Lebah ke starting point Air Terjun
Batu Berangkai - 2 jam 30 minit (Pace Laju)
Barangan Persendirian:
Korang perlu bawa peralatan seperti pisau kecil / pisau lipat, botol air, Air Kemenangan (100 plus contohnya), makanan (power bar, roti, nasi bersama lauk pauk), kasut spare (selipar cotohnya) headlamp/lampu suluh, pinggan, cawan untuk kegunaan sendiri, personal first aid kit, tongkat bg memudahkan korang melangkah.
Korang perlu bawa peralatan seperti pisau kecil / pisau lipat, botol air, Air Kemenangan (100 plus contohnya), makanan (power bar, roti, nasi bersama lauk pauk), kasut spare (selipar cotohnya) headlamp/lampu suluh, pinggan, cawan untuk kegunaan sendiri, personal first aid kit, tongkat bg memudahkan korang melangkah.
Suka sangat menapak kat Rumah Orang Asli ni...
Nampak Lagend sangat.....
Bersama Otai-otai sementara menunggu
rakan-rakan di belakang
Jangan risau tentang Air, Jumpa saja air..
Sejuk airnya....
Bersama Adik Dilla ku sayang
Muke Capekkkkk..... Berehat di Kem Lebah
Nampak tak hakak berehat bawah khemah...
Capekkkk sgt la tu..
Salah satu Pendakian yang menggunakan tali
Bukan senang nak melintas kayu balak yang besar ni...
Kami berempat yang terawal sampai di Puncak
Tahniah di Bawah Beirut Puncak
Gunung Bujang Melaka .... Keistimewaan yang terdapat disana termasuklah kesan sejarah yang terdapat di
'Banjaran Mambang Diawan' tersebut. Ianya pernah dikenali sebagai Gunung
Mambang Diawan dikalangan orang tempatan suatu ketika dahulu disebabkan kawasan
banjaran yang sering dilitupi kabus.
Bersama-sama Cik Li n Da Gang...
Paduuuuuu
Ni adalah kenangan-kenangan hakak ke Gunung Bujang Melaka & Gunung Relau
(Pondok Orang Asli yg Lagend)