Tuesday, 20 March 2018

Gunung Bujang Melaka Daypack


18 Mac 2018 - Plan ke Gunung Bujang Melaka sebenarnya nak pergi hari Sabtu tapi sebab kesibukan diri so hakak tangguh la hari Ahad.... Memikirkan kaki dan badan hakak yang tak bapa larat nak naik.... Naik la jugak ye dak..... Gunung Bujang Melaka ni terletak di Kampar, Perak yang mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,050 kaki).... Para pendaki boleh memilih samaada nak tidur atau buat Daypack... Kalau bercamping ni sesuai di Kem Lebah kerana keluasan nya boleh muat bepuluh khemah... Manakala Daypack pulak korang kena start awal pagi sampai la ke petang.. Kalau pace slow pulak, tgh malam nampak gaya korang sampai.... Non stop perjalanan. Rehat kejap2 boleh la....


Log ke Gunung Bujang Melaka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18 Mac 2018

7am - Berkumpul di Masjid Kampar An-Nur

7 -7.30am - Breakfast di Mamaks kat Pekan Kampar 
(Tapau Roti Canai)

8am - Starting point Air Terjun Batu Berangkai 
(Mula Pendakian) 
(Trek Landai, semak dan terdapat Anak sungai)

9.30am - Tibe di Kem Balak
9.30-11.30am - Tibe di Kem Lebah (2 Jam)
(Pacak dan Pacak)

11.30-12pm - Rest Minum & Makan (Buah & Roti)

12-1pm - Dari Kem Lebah Terus Ke Puncak (Pace Laju)
(Trek Pacak & Menurun)

1-2pm - Berehat Di Puncak (Makan Besar, Masak Air & Buah)

2-2.50pm - Sampai Kem Lebah
2.50-3pm - Rehat 10 Minit

3-4.30pm - Kem Balak

4.30-5.30pm - Tibe di air terjun Batu Berangkai



Trek ke starting point ke Kem Lebah - 5jam

Kem Lebah ke Puncak GBM - 1 Jam

Trek turun dari puncak ke kem - 50min

Dari kem Lebah ke starting point Air Terjun Batu Berangkai - 2 jam 30 minit (Pace Laju)
Barangan Persendirian:
Korang perlu bawa peralatan seperti pisau kecil / pisau lipat, botol air, Air Kemenangan (100 plus contohnya), makanan (power bar, roti, nasi bersama lauk pauk), kasut spare (selipar cotohnya) headlamp/lampu suluh, pinggan, cawan untuk kegunaan sendiri, personal first aid kit, tongkat bg memudahkan korang melangkah.


 Suka sangat menapak kat Rumah Orang Asli ni...
Nampak Lagend sangat.....

 Bersama Otai-otai sementara menunggu 
rakan-rakan di belakang

Jangan risau tentang Air, Jumpa saja air..
Sejuk airnya....

 Bersama Adik Dilla ku sayang

  Muke Capekkkkk..... Berehat di Kem Lebah

 Nampak tak hakak berehat bawah khemah...
Capekkkk sgt la tu..

 Salah satu Pendakian yang menggunakan tali

  Bukan senang nak melintas kayu balak yang besar ni...
 Kami berempat yang terawal sampai di Puncak

Tahniah di Bawah Beirut Puncak 
Gunung Bujang Melaka .... Keistimewaan yang terdapat disana termasuklah kesan sejarah yang terdapat di 'Banjaran Mambang Diawan' tersebut. Ianya pernah dikenali sebagai Gunung Mambang Diawan dikalangan orang tempatan suatu ketika dahulu disebabkan kawasan banjaran yang sering dilitupi kabus.

 Bersama-sama Cik Li n Da Gang...
Paduuuuuu

 Ni adalah kenangan-kenangan hakak ke Gunung Bujang Melaka & Gunung Relau
(Pondok Orang Asli yg Lagend)


1 comment:

  1. Salam nak tanya... Untuk ke sana ada apa2 bayaran tak mcm permit atau apa2?

    ReplyDelete

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...