7 April 2018 / 6.30pm - Kami tiba di pekarangan lot parkir Jam 6pm selepas selesai pendakian kami di Gunung Datuk.. Perjalanan kami mengambil terlalu lama atas sebab kekeliruan jalan dan keletihan mendaki agaknya... Masing2 dah pewai dan Guide kami Pak Tam sakit Mata.... Udah tak nampak jalan nak menuju ke tempat pendakian yang terletak di Loji Rawatan Air Pantai bersekali dengan
tempat parkir kenderaan dan pintu masuk pendakian....
Para pendaki yang ingin mendaki disebelah pagi, adalah dinasihatkan supaya sampai ke Loji Rawatan Air seawal pagi kerana kawasan parkir yang agak terhad dan jalan yang kecil..... So petang yang dingin masa hakak sampai penuh dengan kenderaan... Kena laa tunggu kereta pendaki keluar.. Baru dapat parking....

Kereta boleh parkir dekat tepi-tepi jalan bawah tu, lebih kurang macam kawasan
parkir untuk trekking ke Lata Medang/Bukit Kutu. Yang paling best, parking
free dan tak perlu permit untuk naik atas..... Bebalik cite pasal Gunung Berembun & Telapak Buruk ni pulak.. Ketinggian Gunung Berembun adalah (1014m) dan Gunung Telapak Buruk (1,193m) yang terletak di
Negeri Sembilan Darul Khusus..... Untuk pengetahuan semua, ada dua cara
untuk pergi ke kawasan aircraft crash site a.k.a Gunung Telapak Buruk Cara nya :
I. Puncak Telapak Buruk - Aircraft Crash Site -Puncak Berembun- Kaki Gunung Berembun (Kena naik 4x4 untuk ke Puncak Telapak Buruk.)
II. Kaki Gunung Berembun - Lata Berembun - Gua Kambing - Puncak Berembun - Aircraft Crash Site - Patah balik guna trek sama (Free of charge sebab guna kudrat sendiri)

Siap sedia Kak Long kawasan semua
Kami memilih 2nd option sebab Jam dah kol bapa oiiiii nak naik 4x4.. So kami memulakan pendakian kami Jam 6.30pm....Perjalanan dimulakan dari kaki Gunung Berembun. Untuk sampai ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 45 minit ke sejam, bergantung pada pace masing-masing. Jangan risau perjalanan ke Lata Berembun ni memang agak mudah, takde trek pacak and more to trekking santai je. Lata Berembun ni sangat sesuai untuk bercamping bersama-sama rakan-rakan pendaki....
Phase pertama kena melintas beberapa sungai kecil dan satu sungai besar di lata
berembun, jangan risau boleh lintas atas kayu balak so tak perlu buka kasut. Scary gak melintas kayu balak yang besar ni....
Ni Pondok Hakak n Cik li n Da Gang
Tiba waktu malam, hakak dan adik2 kusayang Dilla, nana n Ika masak Nasi, Gulai Kari Ayam, Telur Goreng & Kuewtiow Goreng
Jam 7am kami dah siap sedia gerak dari khemah kami menuju ke Gua Kambing
PokTam, Nana, Ika, Hakak, CIk Li, Yunk & Dilla
PokTam, Nana, Ika, Hakak, CIk Li, Yunk & Dilla
Lihatlah keindahan dan suasana sekeliling..
Rasa nak dok je sini... Nyaman....
Perjalanan diteruskan menuju je Gua Kambing.... Pendakian agak mendatar dan menaik sikit sambil ditemani bunyi deruan sungai di sebelah kiri kami.....
Sampai ke Gua Kambing terus bergambar dan ambil air... Last Water Point... Air sejuk Bak Ang......
Mbekkk... Mbek...
Air ni sejuk Giler.. Dicampur dengan Extra Joss......
Fuhhhhh.. Sodapppppp
Lepas berehat dan bergambar, Kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Gunung
Berembun tepat jam 9am dan kali ni paling mencabar untuk mendaki sebab
memang pacak all the way hahaha, so ready la mental tu yer, part sini kami berpisah ikot pace masing-masing... Ada yang laju bedesup dan ada perlahan. Biasa lah tu yerr... Redho le pase hakak yang dah tua ni....
Menteng like Spider... Dah mencecah dagu ke Tanah
(nana tu tgk ape ye..)
(nana tu tgk ape ye..)
Tercungap rasanya..
Rasanya yang belakang tu already menteng gile naek... Tak peluh pun... Hehehehhee
Rasanya yang belakang tu already menteng gile naek... Tak peluh pun... Hehehehhee
Alhamdullilah sampai akhirnya.. Kau bile lagi ye !!!!
Cik Li n Da Gang
Krill, Ika, Yunk, Kak Dilla, Nana, Dilla & Cik Li
Pokcik & Poktam
Krill, Ika, Yunk, Kak Dilla, Nana, Dilla & Cik Li
Pokcik & Poktam
Orang Kuat Cik Li semua ni
Kol11am, kami pun bertolak ke Gunung Telapak Buruk (aircraff crash site)
lebih kurang 4km dari puncak Gunung Berembun. 4km nampak dekat kalau dkat jalan
raya, but not for hike or trekking ye..... Tocungap jugak la coz kejar masa.... Route dia agak santai
disertai sedikit pacak dan turun dan pacak dan turun... Bagi Hakak jalan
lepas puncak berembun santai dan berangin, mungkin cuaca hari itu rezeki kami.
So feel dia sangat calm diserta bunyi2 pokok dan serangga... Dan kadang-kadang bunyi ungke tgh berry2 kot.... Hakak seiring jalan dengan Cik Li, nana & poktam....
Sempat dok main Ulat Gonggoks pelbagai warna
Sempat dok main Ulat Gonggoks pelbagai warna
Banyak main lak... masa ni nak cross Kayu Balak ni...
(Cik Li tu nak join skali lah tu kan...)
Tu Dia... Hakak dah sampai.....
Tiba di aircraft crash site Gunung Telapak Buruk pada pukul 12pm... Di atas
terdapat beberapa serpihan kecil bangkai pesawat. Untuk tengok bangkai pesawat
yang besar kena turun beberapa meter kebawah (lebih kurang 5 minit) dan tersergam
lapok bahagian pesawat yang agak besar. Bagi orang yang berjiwa sejarah, they do
will appreciate this moment like i did :)) And hakak tak turun pun ke bawah coz hakak dah malas nk sakitkan lagi lutut ni.... Adik2 je turun bergambar bergambar dengan bangkai,
Bangkai pesawat ni dah 73 tahun lepas
dan ia adalah lokasi terhempas pesawat serta banyak yang terkorban...
Nampak tak bapa orang yang dah terkorban disni.... Lama gak tempat ni berhantu..... Hahhahahahaa.... " Aircraft Crashed Area " Setelah
hampir 6 dekad di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator disemadikan. Namun,
bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya terhempas..
Berikut tentang sejarah Pesawat terhempas tu... Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut telah berlepas dari Cocos Islands, Australia dan dipercayai sedang menjalankan misi sulit di kawasan Hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan kesemua lapan krewnya...
Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri Sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012.
Dapat la bergambar dengan bangkai pesawat
Ni Dilla yang tangkap....
Serpihan Bangkai pesawat

Mereka yang terkorban adalah juruterbang,
Leftenan Udara John Selwyn Watts, Pegawai Udara Edward Donald Mason,
Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara
Willian Ross, Sarjan Udara Raymond Arthur Towell, Pegawai Udara John Trevor
Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.
Apa yang masih menjadi misteri adalah
bangkai kepala pesawat ini masih belum dijumpai. Gambar-gambar dibawah
ni adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24
Liberator KL654/R. Separuh misteri lagi masih belum terjawab dan lokasi
kepala pesawat ini masih belum dijumpai sehingga sekarang.
Dapat la bergambar dengan bangkai pesawat
Ni Dilla yang tangkap....
Serpihan Bangkai pesawat
Mohhhh mohhhhh jom balik..... Jam 12.30 pulang ke Darat..... Layan sekali lagi Trek dari Gunung
Telapak ke Gunung Berembun.... Mujur tak ujan hari tu... So layan sambil menyanyi2 lagu bersama nana... Cik Li serius je muke dia... Asyik kene marah je... Hahahhaha
Berehat bersama CIk Li n Da Gang
2pm, Sampai di Gunung Berembun terus masak air dan makan bekalan yang dibawa.....Perjalanan diteruskn dan sampai di Gua Kambing terus mengisi Air Sejuk Bak Syurga....Jam 4pm, Kami selamat tiba di Camp Site untuk berkemas untuk pulang.. Sempat mandi manda di Lata Berembun dan main masak-masak.... Masak cucur Ikan bilis je pun dan Teh Tarik....
Kami berkemas untuk pulang kerana khuatir balik malam dalam perjalanan....Alhamdulillah jam 6pm, selamat sampai di Lot Parkir.....
Nampak tak muke Yepey je....
Hehehehhee

Gambar di Blur sebab nampak badan kami yang ramping...
Kami berkemas untuk pulang kerana khuatir balik malam dalam perjalanan....Alhamdulillah jam 6pm, selamat sampai di Lot Parkir.....
Nampak tak muke Yepey je....
Hehehehhee
Selepas Mandi dan tukar baju, kami bergerak untuk makan pulak...... Lapoooooo sangat......
Big Million Thanks to Mr Sado Guide Poktam and especially all the Crew Cik Li, Krill,Pokcik, Dilla, Nana,Ika And Yunk....Love this moment ~ Maaf kalau ada kekurangan or terkasar bahasa sebab buat bising dalam Ontrek and Jadi Aunty Bawang dalam khemah... Kalau silent je x best rasanya kan >.< ~

Info
********************************************
Gunung Berembun and Gunung Telapak Buruk
-1014m (Gunung Berembun) /
1193m (Gunung Telapak Buruk)
- Hiking time bout 5 hours one way, normal pace..
(better lepak tidooo kat Lata Berembun)
- Level Moderate
- Trek banyak pacat awal pagi :)
- Ada penanda sepanjang trek.
- Kami pakai redah masuk (No Permit)
********************************************
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari
kami hambanya
~Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment