Sunday, 1 April 2018

Gunung Chabang, Simpang Pulai

Trip Pacak Besepai Menanti Sunrise di Puncak Gunung Chabang, Simpang Pulai.

31 Mac 2018, Kali ni Trek Pacak Besepai ni akak memilih Gunung Chabang yang berkinggian 1711m a.s.l /5,612 kaki.... Lokasi titik pendakian di Kampung Pos Slim, Perak.. Napa akak kata pacak bersepai... Hahahaha, dari starting point je dah mencanak naik non stop sampai puncak... No discount nak jalan sepak daun Hokey.... So bertabahlah... And don't worry bout melintas sungai pulak coz 3 je sungai kene redah and dapat di selamatkan kasut sebab bole lg melompat2 atas batu... But hati2 la ye.. Setengah batu sangat licin... So hati2 ok... And lagi satu, kalau boleh pilihlah kasut terbaek dr ladang... Trek ni licin bila hujan... Akak tesembab jatuh bapa kali walaupun penuh berhati2 landing ditempat yang betul.... 
Siap Sedia Semua sebelum bergerak

For information semua, untuk ke Gunung Chabang  perlu memandu menuju ke Kg Pos Slim yang berada berdekatan dengan Cameron Highlands.... Sebelah kanan ye lokasinya... Setibanya di lokasi, Korg boleh parking kereta di kawasan perkampungan orang asli.... Kawasan parking ini berbayar dan harganya berbeza-beza mengikut pertimbangan Tok Batin dan Opah Batin serta Anak dan menantunya serta cucu cicitnya (punya la ramai yang keluar).... Semasa kujungan akak, harga yang dikenakan adalah RM25 bagi sebuah kereta....
Line Up Padu  
Timing Log

Hari Pertama (31 Mac 2018)
6.00am – Bersubuh di Surau Simpang Pulai
7.00am – Breakfast di Gerai tepi jalan / Makan bihun Kak Bahiyah
8.30am – Tiba di Pos Slim..Lapor diri kpd Opah Batin, Anak Opah Batin dan Cucu2nya & mula mendaki
9.00am – Start Mendaki 
10.30am – Rehat sebentar di air terjun Sg Slim
12.00am – Sambung semula pendakian (3jam tanpa air)
2.00pm –  Tiba water point terakhir (rehat & solat)
3.30pm –  Sambung semula perjalanan (bawa air dari sini untuk ke campsite )
5.30pm – Tiba di Kem Botak
5.15pm -  Shoot ke puncak utk brgambar bagi yang hendak naik ke Puncak
6.00pm –  Balik ke Kem site (dirikan khemah dan minum petang)
6.30pm -  Layan Sunset (harapan palsu)
7.30pm – Persiapan utk makan malam & rehat

Hari ke 2 (1 April 2018)
6.30am - Subuh berjemaah
7.00am - Menunggu matahari naik di Kem Botak
8.00am – Naik ke Puncak bagi yang belum naik / Masak sarapan
9.30am – Sampai semula ke Kem Botak / Breakfast / Mula packing bag & Fly
10.30am-  Start Turun dari Kem Botak
12.00pm – Makan tengahari di air terjun
4.00pm – Tiba di Pos Slim
4.30pm - Bersurai
 Muke keriangan di pagi sabtu sebelum mendaki

Gate - WP1: 7 minit WP1 - WP2: 1jam 1/2 WP2 - Last WP: 3 1/2 Jam Last WP - Kem Botak: 1Jam Kem Botak - Peak: 1/2 jam

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Seperti kebiasaan, semasa berkumpul & ketua pendaki telah memberikan sedikit taklimat berkenaan pendakian kepada semua pendaki kemudian disertai bacaan Doa Selamat Oleh Cik Aziz selaku Gogo.....

Tepat jam 9 pagi kami memulakan langkah ke Gunung Chabang. Kawasan pertama yang kami perlu lalui adalah perkampungan orang asli dengan jarak sekitar 10 minit berjalan. Selepas melalui perkampungan orang asli kami terpaksa melalui kebun yang di usahakan oleh penduduk kampung.
 Aiceceh muke sonok eik... Pasni naseb le mencanak
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan


Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan


Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan


Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …
 Kawasan rehat yang pertama 

Boleh dikatakan trek dakian 90% adalah mendaki. Lebih kurang 30 minit mendaki salah seorang peserta mengalami sakit kaki. Ini menyebabkan perjalanan ke puncak menjadi sedikit perlahan. Setelah hampir 1jam  setengah berjalan tanpa henti, akak n semua krew tiba di kawasan rehat pertama. Berhenti untuk makan pagi & tengahari memandangkan kawasan ini ada punca air... Menu Chef Kodeng Nasi Goreng Chabang, Sosej, Ikan pekasam & Ayam masak Kicap.... 
Krill ni selalu nor teselit gambar dia

Perjalanan diteruskan setelah berehat Makan Tengahari...
Oleh kerana setiap peserta mempunyai stamina yang berbeza,kumpulan dakian telah di pecahkan kepada 3 kumpulan. Bagi mereka yang kuat mereka boleh menyertai kumpulan pertama, sederhana pulak macam akak menteng ikot timing Cik Li dan bagi mereka yang pewai diketuai oleh Sweeper Krill Da Artis...
 Berehat skjp setelah Naik Pacak x hinggat

Selepas berehat kami meneruskan perjalanan. Trek kali ini semakin mencabar. Dalam hal ini, korang perlu melalui laluan pohon buluh dan trek yang semakin curam. Sepanjang perjalanan kami kerap berhenti untuk melepaskan lelah. Seperti kebiasaan, setiap lokasi behenti akan dijadikan masa untuk kami bergambar.
 Trek yang kejam

Tepat jam 2pm kami tiba di kawasan rehat kedua. Kawasan ini merupakan kawasan punca air terakhir yang kami temui sebelum ke puncak. Di sini kami berhenti sekitar 1 jam lbh untuk menambah tenaga dan solat. Selepas semuanya kelihatan bertenaga, kami menyambung semula perjalanan ke puncak.
 Puncak Permatang yang pertama..
Sempat bergambar dgn sebahagian krew
Sekitar jam 5.30 petang kami tiba di puncak Botak. Disebaban oleh hujan renyai, keadaan di puncak Botak agak berkabus. Selepas berehat untuk beberapa ketika kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Chabang bagi yang ingin pergi ke Puncak.... Perjalanan menuju ke puncak lebih kurang 1 Jam..... Akak dan Cik Li n Da gang berehat bagi menunggu Krill dan naik ke puncak pada keesokkan pagi.... 
Berehat pasang Fly n Masak Air
Khemah oren tu tempat akak, Mai, Fizah n Ecah (Mcm Sardin Tdo)
Kemah Kelabu tu Cik Li & Cik Toha (Hotel 5 Star)
 Akak layan minum Milo Panas disebabkan khemah akak banjir dek Air Hujan Jam 3 Pagi
  Pagi yang Indah
Sempat Minum & bergambar sebelum naik 
ke Puncak Chabang
Bergambar bersama sebahagian Krew 
di Atas Puncak Botak
Akak bersama Bintang2 di langit 
di Pagi Ahad

Bintangku..
kau selalu menemaniku
disaat malam datang
dan saat matahari telah pulang...

Bintangku..
bersinarlah terus sepanjang malam
agar langit tak kelam
disaat aku memandang...

Pagi itu bergambar menunggu Sunset bersama-sama Smua krew... Jam 8 pagi akak, serta Cik Li n Da Gang menuju ke Puncak Gunung Chabang... Perjalanan mengambil Masa 1 Jam dan tepat Jam 9 pagi kami tiba di puncak Gunung Chabang yang berketinggian 1711 meter dari paras laut.... Selepas selesai bergambar kenangan dan berehat, sekitar jam 9.30 kami memulakan langkan untuk turun...
Akak n Chabang
  Cik Li n All Crew
(Dari kiri Cik Toha, Krill, Mai, Kak Ram, Fizah, Akak n Iza)
Crew N Beirut Chabang
Akak, Mai & Fizah
Jom turun ke Kem Botak.... Semasa dalam perjalanan turun akak sbok bergambar... Bergambar Ala-ala Mossy mmg digilai ramai skrg ni.. So akak berkesempatan amik port2 yg best2 je..
Mossy Ala 1
Mossy Ala 2
Mossy Ala3
Sampai di Kem site kami disajikan roti telur ala goyang oleh Chef Kami Kodeng..... Jam 10 pagi kami berkemas untuk turun.....
Muka penat ni... Hahahaha
Disebabkan keadaan trek yang licin, perjalanan turun kami menjadi semakin perlahan. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan kami jatuh.
Akak & Mai
 Akak n Mai tiba Waterpoint Pertama jam 12 tghari untuk berehat... Masak Maggie dan air Teh o Panas bagi menunggu Crew yang lain..... Kami bertolak Jam 1 dan selamat tiba jam 4 petang di kawasan parking dengan keadaan selamat....

~ Diella Hasan~
Secara keseluruhannya, leh bagi 7/10 tahap kesukaran gunung ni. Peginya mencanak dan baliknya mencungap..Tangkap lutut. huhu..

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Secara keseluruhannya, leh bagi 7/10 tahap kesukaran gunung ni. Peginya mencanak dan baliknya mencungap..Tangkap lutut. huhu..

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Trip arrange sendiri ke (berapa caj guide?). Atau ikut trip organiser? Berapa kos seorang bayar utk trip 2h1m ni?

    ReplyDelete

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...