Friday, 25 October 2019

Trans Jerging (Gunung Suku, Irau, Yellow dan Pass) Daypack

Assalamualaikum buat semua Hikers...Dah lama tak membebel dalam Blog...Tiada masa untuk cubaan untuk memblog memandangkan bz dengan hobi yang baru iaitu Kayak... Hokey, Bebalik cerita Trans yang Hakak pegi kali ni... Memang target nak jejak.. So, leh tapau 4 gunung sekali Gus... Disamping itu, Irau yang dirindui boley la terubat...
Trans Jerging merupakan salah satu laluan idaman Hakak. Setelah sekian lama, akhirnya Hakak berpeluang untuk menjejakkan kaki di sepanjang laluan ini. Nama 'Jerging' yang diberi dipercayai sepenuhnya diambil sempena Sungai Jerging yang perlu dilintasi di pertengahan perjalanan ini.
 
Ape itu Trans Jerging?
Trans Jerging meliputi 4 Gunung iaitu Gunung Suku, Gunung Irau, Gunung Yellow, & Gunung Pass


-Gunung Suku
 1797 metres (7162 feets) 
-Gunung Irau  
2110 metres (7129 feets) 
-Gunung Yellow   
1667 metres (5469 feet) 
-Gunung Pass
1587 metres (5206 feet)
Biasanya, orang akan buat 3h2mlm untuk trip trans jerging nie. Tapi  3hari tu amatlah santai.... 2 hari pun sama.. Tak Lalu nak tidur tempat sejuk tu... Baik la Depekkk ye tak.... 
So kita try Depek lak....
Bebalik cerita Trip kalini terdiri daripada 18 orang termasuk sorg guide.. Trip kali ini memang semuanya Padu belaka... Semua berdesup je pun... Meet point kami jam 10 malam di Restoran Waritha dan  bergerak Jam 11 malam ke Check point iaitu Kaki Gunung Suku... Trek pendakian ke puncak Gunung Suku, mulai mencungak 65 darjah sehingga berpaut pada akar dan batang pokok yang kukuh... Digalakkan menggunakan sarung tangan supaya senang berpaut pada tali..

Tumbuhan sekeliling mulai berubah disebabkan kami telah mendaki melebihi paras 1200m.. Hakak yang dibelakang suruh Pae membuka lagu2 untuk menghibur hati bagi hilang rasa sunyi dan pewai.. Trek agak mencungak juga dalam 70 darjah, terdapat jugak kawasan tanah runtuh yang terjadi akibat musim hujan dan pokok tumbang yang menghalang perjalanan kami.. Agak merbahaya sedikit kerana ada jugak yang jatuh disebabkan mendaki tanah yang agak licin dan melintasi pokok2 yang tumbang...  Setelah agak lama mendaki, akhirnya tiba di zon mossy forest,syok toiiiii... Agak mencabar jugak kerana trek kali ini kerana ia bukan sekadar mencungak dan curam, tapi korang perlu merangkak,mengengsot dan memanjat dahan2 pokok mossy yang melintang di tengah trek...
Setelah berhempas pulas mendaki akhirnya kami tiba jugak  di Puncak Suku berketinggian 1797m/5896ft pada pukul 4.30pagi, dan terus mengambil Gambar buat Kenangan.

Pada pukul 4.45pagi kami pun bergerak turun dari Puncak Suku menuju ke checkpoint seterusnya iaitu Kem Bear.. Turun dari puncak Suku agak mencabar kerana dipenuhi batu,dahan berduri dan sangat curam... Setelah 20 minit barulah trek mulai santai sedikit dan menurun sehingga ke Kem Bear, jam 5.45 kami singgah untuk solat subuh dan seterusnya  menuju ke Kem Bear.. Hakak dan rakan-rakan tiba di Kem Bear pada pukul 8..30 pg dan terus ke waterpoint berhampiran untuk buang apa yang ade ...  (kih kih kih ) Kami berehat seketika di situ sambil makan dan minum, buat lawak, membuta dan sebagainya... Tapi bukan ingke ye.... 
Setelah berehat dalam 30 minit, kami berangkat menuju ke puncak Gunung Irau yang mengambil masa 2 jam lebih, trek kali ini agak mencabar juga sebab berlecak dan licin, ramai juga antara kami yang tergelincir.. Syok uuu.. 

Sepanjang perjalanan dipenuhi tumbuhan mossy yang cantik dan agak annoying juga sebab kena merangkak dan memanjat dahan2...
Trek menaik dan menurun.. Sama macam trek motorcross je, (layan je le hehe...)




Hampir sampai ke puncak, trek agak mencungak,kali ini diselitkan pula dengan dahan2 mossy dan buluh2 yang menyemak di tengah trek,segala skill melompat,memanjat,merangkak,mengengsot semua klua, sempoii baq hang... Finally,pada pukul 12.00 tgh hari sampai jua daku ke puncak idaman yang dirindui, Puncak Irau berketinggian 2110m suhu sekitar 13 darjah celcius... Terubat kerinduan pada Irau.... (11 kali jejak sni tau) mana x rindu.... 

 Disitu juga terdapat batu penanda yang memisahkan negeri Perak dan Pahang.. Dapat rasakan nikmat kegembiraan bila jejak di atas puncak Irau ini.. Hakak & rakan2 bergambar,melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T dan terus bergerak ke Simpang Y sebab hari mulai hujan... 


Kemudian pada pukul 12.30 tgh hari, kami bersiap sedia untuk bergerak ke Puncak Yellow pula... Berkemas brg2 di simpang Y dan bergerak ke destinasi Seterusnya iaitu Gunung Yellow,yehhaaa... Hari dah start ujan dan kami mulai pakai baju hujan masing2..
Perjalanan ke Puncak Yellow agak santai juga kerana trek menurun dalam 30 minit dan naik sikit,turun,naik,turun sampai lebam,huhu... Sebelum sampai ke puncak Yellow, kami melalui ladang sayuran dan naik mencungak 80 darjah sehingga tiba di puncak Yellow 1667m pada 4.00 ptg, tu dia.. 
View lawa beb,nampak awan2 berarak bagaikan berada di atas Kapal Terbang.. Kami berehat dan makan petang, beborak, buat lawak tapi tak ingke dan menghiburkan hati.. Cuaca memang agak mendung gelap gelita.. Dari Jauh nampak puncak Puncak Pass... Dalam hati dok kata, Mampas ni... huhuhuhuhu.. Jauh lagi rsnya... Cuba tenangkan hati hakak...

Pada jam 4.30 ptg, kami bergerak menuju ke last destination, Puncak Pass. .. Sepanjang perjalanan kami berjumpa Mossy2 yang sangat cantik...
Allahu, indahnya... Seperti cerita The Lord Of The Ring.... 
 
 

 
 Trek agak santai namun perjalanan kali ini agak jauh,mengambil masa selama 3 jam juga untuk sampai ke puncak... Cuaca hujan yaamat lebat dan pegerakan kami agak slow kerana takut tegelincir.. Terdapat banyak puncak tipu yang perlu dilepasi dan trek juga sedikit berlecak.. Terasa amat jauh utk sampai ke Puncak Pass... 
Pada pukul 8.30mlm, hakak dan lain2 tiba di Puncak Pass berketinggian 1587m.. Berehat sebentar dan bergambar, dan terus ke tempat letak beg... Perjalanan kami diteruskan ke last checkpoint, tempat berkumpulnya semua pendaki untuk ke tempat parking kereta.. Alhamdullilah tiba di Lot parkir Jam 8.45 malam.. 

"Alhamdulillah, misi pendakian kali ini mencatat kejayaan apabila semua pendaki berjaya ke puncak dengan selamat.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan kami di Trans Jerging ini.. Gangguan2 makhluk halus amatlah menakutkan.. Tolong jaga:-
1. PERCAKAPAN & TINGKAH LAKU

Ini merupakan perkara paling basic apabila kita hendak masuk ke hutan. Umpama masuk kerumah orang kenalah dijaga tingkah laku, kalau di rumah, jika buruk tingkahlaku, biadap tuturcara nya, mungkin dihalau oleh tuan rumah. Bezanya di hutan, mungkin situasi tersesat, disorok bunian akan berlaku. Apabila di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak. 

2. TELUR & DAGING
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan makhluk bunian. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di atas puncak. Pabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Kata orang asli, ia umpama "cukai" yang dikenakan. 

Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang. Kalau hendak dibawa juga tiada masalah tetapi risikonya ditanggung sendiri.

3. RUMPUT MATI & KAWASAN LAPANG
Apabila melalui sesuatu kawasan, haruslah kita peka dengan keadaan sekeliling. Jika kita melalui sesuatu kawasan yang menghijau rumputnya tetapi terdapat sekelompok kawasan yang rumputnya sudah mati, elakkan melalui kawasan tersebut. Kebiasaannya, kawasan tersebut merupakan tempat untuk orang asli membuang bisa. Bisa hutan ini bermacam, tidak kira yang nampak atau tidak nampak. 

Jika kita melalui kawasan lapang pula yang seakan dibersihkan, jangan melalui kawasan tersebut ataupun mengotorkan tempat itu. Nanti ada pula yang disumpit atau parang terbang. Kebiasaannya ia adalah tempat orang asli untuk bercucuk tanam. Cara yang terbaik adalah cuba cari jalan lain atapun lalu di tepi tempat tersebut.

4. AKAR BERJUNTAI
Orang tua selalu berpesan, "Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai".Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu. Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat orang bunian untuk bergayut / berbuai. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi orang bunian adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar?. Pasti akan timbul rasa tidak puas hati. Sama juga orang bunian, peluang anda untuk disorok adalah tinggi.


5. MEMAKAI WANGIAN
Ingatlah, hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat dimana penghuninya mempunyai seribu ragam. Setakat deodorant untuk mengelakkan ketiak masam mungkin tidak menjadi masalah. Andai disembur wangian mahal  yang di beli di Pavilion mungkin mendatangkan bermacam masalah. 

Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat. Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik. Andai pak belang ataupun babi hutan yang timbul, lari tidak jejak tanah nanti.

6.  TAPAK KAKI RUSA
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu. 

7. PANGGILAN NAMA
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan. 

Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

8. BERKHEMAH
Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita mendirikan khemah untuk bermalam. Jika berkhemah di kawasan aliran sungai / air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila datangnya KEPALA AIR. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air. 

Elakkan berkhemah di bawah pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk khalus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal. 

Tidak digalakkan berkhemah di bawah pokok yang mempunyai ranting yang reput kerana kemungkinan khemah anda akan dihempap dahan patah terutama ketika musim hujan. Periksa dahulu pokok yang ingin dijadikan kawasan teduhan sebelum dijadikan tempat tidur. 

9. MAKANAN 
Setelah penat mendaki, pasti anda lapar. Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Umpamanya, apabila terbiasa dengan nasi bujang tetapi tiba-tiba disajikan dengan nasi beriani line clear penang, nafsu makan anda pasti mencanak tinggi. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah. 

10. UNGGUN API
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 5 orang,pastikan terdapat lima batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai pak belang, beruang atau gajah datang melawat, melainkan anda merupakan seorang komando ataupun orang asli.

11. BUNYI BISING
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga. Menurut orang asli, apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhatikan kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita. Tetapi janganlah membakar mercun seperti sambutan hari raya, kelak akan dimaki rakan-rakan. 


12. SULUH TIDAK TENTU ARAH
Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak penting. Takut tersuluh "secret admire" bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur. 

  PENGEMBARAAN TRANS JERGING DAYHIKE 2.0 
(Catatan dari Abam Syaz)
Ketua Ekspedisi  

Syukur kepadaNya yang memungkinkan aku untuk pengembaraan pada kali ini...

Pengalaman yang berbeza pada trail dan gunung yang sama..

- Gunung Suku 1791meter/5896 kaki
- Gunung Irau 2110 meter/6922 kaki
- Gunung Yellow 1667 meter/5496 kaki
- Gunung Pass 1587 meter/5206 kaki

Alhamdulillah😘

Pengalaman kali ini berbeza dengan yang sebelumnya adalah kerana:-

-Permulaan ontrek cuaca sangat cantik dihiasi bulan kerana hujan sebelah petang
- Trek gunung Suku yg memacak 
- Dari Water point suku trek agak basah dan perlu mendaki tebing
- Sampai di peak Suku cuaca masih cantik dan sejuk 
- Di peak Gunung Suku dihiasi cahaya bulan 
- Perjalanan dari Puncak Suku ke Irau mudah dan sedikit berkabus
- Trek berbecak dan licin namun masih mudah dilalui
- Regroup di Kem Bear- sarapan dan berehat
- Bergerak semula untuk ke Puncak Irau
- Layan Mossy yg cantik2 sebelum sampai puncak Irau
- Regroup di simpang Y puncak Irau
- Bermain dengan cik tupai yg comel
- Layan signboard di puncak Irau
- Hujan lebat mula turun - Sejuk dan berkabus
- Bergerak ke Gunung Yellow dalam keadaan berhujan lebat
- Trek Irau ke Yellow agak becak, berlumpur dan barai
- Trek yang curam dan licin
- Melalui white mossy- snap gambar
- Berjalan melalui pelbagai bentuk mukabumi dalam keadaan hujan lebat
- Berjalan dengan berhati2 namun tergelincir beberapa kali
- Berhadapan dengan puncak2 tipu dan lembah2 
- Hujan berhenti selama 2 jam setelah berhujan selama 3 jam
- Bertemu hutan mossy yg dirindui diberi gelaran " Hutan Hobbit" atau LOTR- selfie dan berehat
- Regroup di Puncak Yellow- puncak dalam kering 
- Bergerak ke Gunung Pass hujan mula turun dengan lebatnya
- Berhujan selama beberapa jam dan berkeadaan sejuk 
- Trek Yellow Pass yg berbecak dan barai serta licin- jatuh berkali2 walau berhati2
- Merangkak dibawah akar2 yg gelap 
- Meniti pokok2 balak dan sesekali merangkak
- Mendaki puncak2 tipu berkali2 tertipu
- Menuruni lembah2 gelap yang menyeramkan
- Merempuh becak2 sehingga paras lutut
- Trek Yellow- Pass trek yang terasa sangat panjang 
- Gembira bila tiba di puncak Gunung Pass sejuk dan berkabus- tiada hujan
- Berasa puas treking dan hiking Trans Jerging kali ini😅

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...