Assalamualaikum Buat Hikers Semua... 28-29 September 2019 Hakak bersama rakan-rakan seperjuangan ke Selangor untuk naik Trans GAP, TRANUM & GUS... Trans ini merangkumi 3 puncak iaitu Gunung
Gap, Gunung Ulu Tranum dengan Gunung Ulu Semangkok.. Pace dia boleh tahan
lah, moderate.. 3jam untuk summit peak and 4jam turun sebab dok melatah sepanjang perjalanan turun.. Secara keseluruhan trip ni okay je
untuk beginners dan training yang naik gunung-gunung Hardcore nanti..
Bertolak dari Ipoh jam 8 mlm (sebab carpool kereta Abam Syaz) pukul 10malam sampai dekat Tapah and tros makan kat Tapah sementara tunggu Abam Man.. And then bila semua dah bekumpul, gerak dari Tapah jam 11 malam... Terus jalan ikut Waze, ke Dataran KKB. Start briefing pkul 1.30
pagi oleh Guide hakak, Hanan.. Awal awal semua dah pewai sebab balik kerja terus gerak. Dari
Dataran KKB nak ke starting point tu kena naik kereta and kalau boleh
kurangkan jumlah kereta sebab parking dia limited and tepi jalan besar.
Agak bahaya.. Ambil masa 45minit jugaklah dari Dataran tu na ke starting
point sebab jalan dia memang tak boleh bawak bincang..
Start on trek pkul 3 pagi. Total line-up macam tak ingat lak.. Tapi group kami (Abam Syaz, Abam Wan, Abam Rijal, Abam Man, Dolisa n Hakak le) Alhamdulillah lah tak
hujan malam tu sebab paling menyampah kalau baru on trek dah hujan.
Kalini load tak banyak just air 2 litre (AND YANG MEMBANGGAKAN TURUN NAIK MINUM 500ML SAHAJA).. Seperti biasa hakak bawak chocolate Bar dengan air 100 plus satu botol..
Baru 40minit on trek si Abam Rijal nak berry2.. Dok tunggu berejam le di Tengah2 gelap gelita keseorangan...
- Gunung Gap (1183 metres)
- Gunung Ulu Tranum
(Antara Gunung GAP & GUS)
(Antara Gunung GAP & GUS)
- Gunung Ulu Semangkok (1394 metres)
Dekat Gunung Gap rest dalam 5minit sementara tunggu yang lain sampai and
sambung perjalanan pkul 5.15 pagi. Dari Gap nanti akan summit lagi
satu peak. Puncak Ulu Tranum. Ambil masa dalam satu jam jugak lah. Kalau
dah sampai Tranum, haa dah dekat lah nak sampai Ulu Semangkok.
Kalau taknak rasa lambat sangat nak sampai, kau cubalah nyanyi atau
berborak ngan sesape pun.. Hakak dok membawang je la... Tak pun layan perasaan sorang diri... Nanti tau tau je dah sampai Ke Tranum.. Puncak Ulu Tranum ni macam check
point je.. Sebab dia macam di tepi permatang... Boleh tengok pemandangan Gunung-gunung.... Hakak tak berehat pun bila sampai ke Tranum sebab nak sampai Peak GUS sebelum 7 pagi.....
Lepas je dah sampai Tranum, bahagia je sebab lepastu kita
trekking jeee. Turunnnnnnn je seronok eh ha nak turun nanti kau
bayangkan azab dia nak panjat balik. Sepanjang trek tu memang landai je.
Dari Tranum nak je Ulu Semangkok dalam 30minit je... Jalan je sampai lah trek yang mencanak 90 degree untuk panjat atas.
Kalau dah sampai situ, maknanya dah dekat.. Nanti dah sampai atas, ada dua jalan. Ke
kiri, ada pondok. Ke kanan, view. So,masa tu summit Ulu Semangkok pukul
6.30 pagi dan terus ke atas Batu melihat pemandangan Sunset....
Seterusnya ke Puncak Beirut Gunung Ulu Semangkuk
Oh ya kalau nak naik sini better pakai lah wind breaker sebab dari
starting point dah start sejuk. Bila bercakap pun boleh keluar asap. And
headlamp lampu kena terang standby bawa extra bateri tapi tak perlu
seterang lampu kereta lak.. Buat sakit mata je...
Lagi satu, ada yang tanya boleh ke kalau nak naik GUS ni takyah thru guider.
Jawapan nya, boleh je. TAPI permit tu penting. Apa apa jadi nanti susah.
At least kau ada permit, kalau nak gerak solo pun okay. Sebab trek GUS
ni single trek. In Shaa Allah tak sesat. Kasut pulak make sure yang
sesuai lah. Aku pakai sandal yang memang untuk hiking. Tapi trek dia
banyak selut. I mean, banyak yang amat. So, kalau ada proper shoe lagi
okay..
Ok jom balik pulak....Sampai di bawah jam 1.30 petang... Sambung ke Gunung sebelah pulak...
Sementara menunggu Gunung seterusnya jam 2 pagi Hakak lepak bersama-sama Abam di Bukit Fraser...
Selesai Jenjalan di Bukit Fraser... Hakak dan rakan-rakan berehat di Masjid Bukit Fraser.. Jam 2 pagi bekumpul untuk Hiking bersama-sama perserta yang lain pula..
Trek
pendakian pada mulanya agak santai sambil ligat dok bercerita antara
satu sama lain. Sempat berkenal-kenalan sambil trekking.. Trek
yang dilalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan
tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat
mengenai trek pine tree hill.
Terdapat
beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok pertama dan
pondok kedua yang masih berdiri. Yang lainnya sudah rebah. Terdapat banyak pokok-pokok besar yang tumbang dan merintangi trek...
Trek juga
dilengkapi dengan tali pemegang untuk memudahkan pendaki dan juga papan
tanda yang menunjukkan jarak trek dari tempat permulaan trek.
Muka-muka yang masih ceria di awal pendakian! Semua pun berdesup jalan laju ke depan... Hakak dok kejar orang sampai rasa penat rasanya..
Trek
sepanjang 5.5 kilometer memang mencabar mental dan fizikal kerana laluan
yang turun dan naik. Dua kali dok turun laluan tangga batu yang curam
dan sayup membuatkan rasa lelah sekejap, bertabahlah!”.
Keadaan muka bumi yang berselang-seli naik dan turun menyebabkan hakak dan yang lain rasa letih. Mintak nyawa weyh... Sampai satu tahap, rasa macam sesak nafas pula nak mendaki.. Mungkin letih semalam x abis lagi.. Aiceceh...
Kemudian pendakian diteruskan sehinggalah semua berkumpul semula
ditempat yang di namakan Gua Akar.. Ia dinamakan Gua Akar mungkin kerana
ia terbentuk daripada akar akar kayu kot, tapi Gua Akar dah menjadi
tempat wajib para pendaki untuk ambik gambar. Katanya juga ni adalah
rumah sang tenuk aka sarang tapir..
Sampai kat
sini, terasa lapar.. Perut dah bergendang berirama Dangdut... Dok makan roti yang dibekalkan dan minum air panas kopi...
Hakak meneruskan pendakian dan akhirnya tiba beberapa meter dari puncak Gunung
Pine Tree Hill. Dihadapan pula adalah cerun berkecerunan kira-kira 60
ke 70 darjah yang berketinggian kira-kira 10 meter..
Fuhhh gayat
bak ang nak panjat! Trek dia mengimbau kenangan macam dekat gunung G7
skit.. Banyak akar-akar kayu. Tapi kat sini tak banyak sangat mossy dia....
Seorang demi seorang mula mendaki dan berpaut pada tali dan juga akar-akar pokok yang berselirat.
Akhirnya,
sekitar jam 12.00 petang hakak dan lain2 sampai di puncak Gunung Pine Tree.. Puncak
Pine Tree setinggi 1456 meter dari aras laut berjaya kami berjaya tawan..
Puncak gunung ini tidaklah sebesar mana, tidak rata dan kurang sesuai untuk didirikan khemah..
Tak lama berehat disini, kami meneruskan perjalanan ke Twin Peak
Trek diteruskan Lebih kurang
setengah jam dah boleh sampai kalau laju dan tak banyak berhenti.. Jadi,
kami berlapan pun membuat keputusan meneruskan langkah ke Twin Peak!
Manakala yang lain tak ikut ke Twin Peak, berpatah balik turun menuju ke
pintu Rimba..
Twin Peak 1505
meter checked! Hakak dan Rakan2 tiba di sini lebih kurang pukul 1.20 petang.
Perjalanan di denai yang sama mengambil masa lebih kurang 45 minit dari
Pine Tree hill tadi. View di sini lebih cantik dengan pemandangan 360..
Berehat dulu.. Makan apa yang patut...
Selepas ini bercadang nak ke Gunung Semangkok.. Perjalanan nak ke Gunung Semangkok pun memang hardcore! Jalan Yang sama...
Selepas ini bercadang nak ke Gunung Semangkok.. Perjalanan nak ke Gunung Semangkok pun memang hardcore! Jalan Yang sama...
Bergambar Bersama GoGo Abam Syaz
Puncak twin peak ni pun tidaklah terlalu besar. Tiada pula kami nampak sebatang pokok pine pun di puncak Gunung Pine Tee dan Twin peak ni. Hahaaa.. Tetiba rasa awan mendung yang berarak, membawa titisan air hujan! Hakak dan lain2 pun cepat-cepat berkemas sebelum hujan turun..
Perjalanan turun
sebenarnya lebih mencabar kerana perlu melalui laluan curam yang sama
dengan tenaga yang dah low battery dan perut yang berkeroncong! :p masih lapar lagi..
Dah bajet boleh sampai kat pintu masuk trail tu dalam pukul 7 malam, So bekejaran kami turun pulang ke pintu rimba.... Fuhhhh, suatu perjalanan yang sangat panjang!
Tangga yang menyiksakan... FUhhhhhhh
Gunung Pine Tree Hill
dan twin peak mempunyai trek yang mencabar dan bagus untuk menguji
stamina dengan pemandangan gunung ganang yang cantik. Pengalaman yang tiada henti sejak semalam dan kenangan yang tercipta bersama Abam2 yang cukup Padu.. Terima kasih kepada semua dan sehingga ketemu
lagi di lain trip!
🌹💖Adab paling basic sesama pendaki ketika mendaki/trekking di dalam hutan🌹💖
Beri Laluan (terutama trek sempit)
1. Untuk Pendaki Santai. Jika terperasan laju semacam je orang di belakang kita, berusaha untuk beri laluan. Jangan ralit sangat dok layan perasaan.. Kasihan org yg dok blkg kita dok ikot pace kita...
2. Untuk Pendaki Berdesup, kalau nak memotong sila cakap sesuatu.
"Tumpang lalu bang, tumpang lalu kak"
Bukannya ber "ehem ehem" atau acah acah patah kan ranting, sepak daun, sepak tunggul kayu. Member depan tu mungkin lah dah penat sangat, kadang kadang tak perasan ada orang dekat belakang. Jgn plak bila dh kene ptg, menjeling plak kat org tu... (dh pernah kene ooo)
"Tumpang lalu bang, tumpang lalu kak"
Bukannya ber "ehem ehem" atau acah acah patah kan ranting, sepak daun, sepak tunggul kayu. Member depan tu mungkin lah dah penat sangat, kadang kadang tak perasan ada orang dekat belakang. Jgn plak bila dh kene ptg, menjeling plak kat org tu... (dh pernah kene ooo)
3. Dah memotong q org tu, sila ringan kan mulut tu ucap
"Terima Kasih"
"Terima Kasih"
Senang je nak gembirakan hati orang kann😁😁😁
No comments:
Post a Comment