Wednesday, 8 November 2017

Gunung Relau, Kampar


Di Pagi Sabtu yang hening.. Hakak bangun awai coz semangat nak ke Gunung Relau.. Actually dah lama sangat ngidam nak g sana.. Dok lalu je bile pegi ke Gunung Bujang Melaka.... Dah tekad sangat so gerak la Dari Ipoh ke Kampar dalam 40 minit le speednya (Hahahahahha).... Dalam pala set nak start dari kaki gunung tepat pukul 7.00 pagi... Dalam perjalanan sakit perut la pulak, So hakak singgah ke Masjid An - Nur... Dah terbuang masa 15 Minit.... Dalam kelam kabut tu 3, 4 orang dok perati hakak keluar dari Masjid.... Dorg baru pas mkn nasi lemak kat kedai makan sebelah masjid An-Nur tu....Hakak tak perasan kan dorg.... So, hakak pun gerak ke Kaki Gunung... 

Perjalanan dari masjid An Nur ke starting point ( Air Terjun Berangkai ) sejauh 10 minit sahaja. Dari sini melalui perkampungan cina, jalan kecik ,parking pun sangat terhad....

Dok tgh pakai stokin de org tegur... Abam-abam dok cite hakak laju je kua masjid.... :) Nak g mana ni? Relau Cik... Ehhh kami pun nak p sana...Dalam hati alhamdullilah... Ade beteman aku ke sana... Yessssssssss... Xde aku rs takot sangat kan.... Semangat mendadak naik 98 %......Tros jadi padu...

Hahhhh, ni kawan baru hakak... Baju biru ni Bro Epoi.... Belakang hakak Cik Li, Bro Man n Last sekali Bro Khairil PGA... Dorg Bertiga sebaya.. Tahun 1981 katanye..Ntah betol ke dak.... Lebey kurang hakak le jugak....Cik Li macam sebaya pak aku je...Xtau umo bapa.... .... Salam Pekenalan Otai2....
Moh kita...


Gunung Relau " Cannon Hill" ni tingginya 990 meter / 3280ft terletak di Kampar, Perak.. Mula perjalanan dah semak dengan pokok paku pakis... Dok redah je... Masa ni pacat dah terhidu bau manusia.... Atas daun pun dia memanjat... Dah x kire pahit ke manis ke darah yg dia nak isap...

Jalan nak masuk ke hutan agak tricky juga mula-mula tu sebab tak ada petanda pun.. Main redah je laluan kanan... Kami tak ikut jalan laluan ke Bujang Melaka.. nak shortcut punya pasal, supaya tak jmpa rumah orang asli yang pertama...Kat situ byk anjing oooo... Untuk permulaan saja dah kena cross beberapa anak sungai kecil yang mengalir. Apa yang bestnya mendaki laluan ni, boleh dikatakan permulaan pendakian, akan terjumpa saja sungai kecil yang mengalir.... 


Tak lama berjalan selepas tu, kita akan bertemu empangan. Empangan ni tempat nak mandi-manda sebenarnya. So, untuk permulaan kami tak singgah pun di sini sebab plan nya after turun dari Relau nanti. After empangan, just follow the piping route and it will lead you to the Pondok Orang Asli. Kami berhenti sebentar disini...


15min rest at Pondok Orang Asli

 
Sungai ni la 1st yg kita nak cross ke Gunung Relau.. Dah ada petanda situ.. Nampak tali.... Belok Kanan cross sungai.... Sungai itu merupakan Sg Relau dan waterpoint yg last dan pertama....


Pendakian dari Sungai Relau ke puncak agak pacam sedikit, pacak tak hingat... Hakak yg ke 2 nak kena padu ikot Bro Epoi.. Mamat ni laju smpai hakak tetinggal blkg ngan abam2 lain.... Pendakian ke puncak ni akan semakin dekat bila melalui satu view point, dan melepasi tali di batu besar...


Jangan harap le jalan nak mendatar... Semuanya menaik kome weyhhhh...


Layan le view.... Gatai kaki sgt ni.. Pacat dah menggatal semua tempat ni..  
Masa ni tgh guruh... Hujan lebat... 


Kesejukan sampai kat peak ni...
Hakak berjaya padu naik jam 10.30 pagi...
Starting jam 7.55...
2 Jam lebih sampai tanpa rehat pun.......


Peace laaaaa.... Hahahahahaha...
Muke Lapo ni.... 


 Trek yang basah.. Baju yang basah....
Muke ade tenyummmmmm :)

Kesan Sejarah dimana sebuah pesawat perang pengangkut kepunyaan Royal Air Force telah terhempas sewaktu misi penghantaran makanan pada 15 Jun 1956..


Wif Abam2 padu..


Rehat dulu... Minum Milo kotak, Makan roti, Ayam rendang, Kopok2 n Chismore..
Sementara tunggu Kopi Panas Bro Man....



1 Malaysia


Ate..... Jom Balik

1140am : Turun semula dan kali ni trek akan bawak ke air terjun sg relau, lompat si katak lompat laaa..
Perjalanan turun betul betul menurun melalui trek yang sama kecuali selepas rumah tok batin akan ada simpang yang lain ke air terjun...(semua amik jalan ke kiri)

12.50 pm Sampai akhirnya....Beginilah kehidupan, pandai naik pandailah turun, Layan sejuk yang amat n pacat dimana saja.... Gatal giler....

Sampai ke bawah.. Mari kita jenguk kasut..


Perghhhhh.... punye sonok deme isap darah ye...


Sonok cik pacat ni.....

Si gonggok ni panjang nor...... selalu jumpe dalam 12cm...
Tapi yg ni 17cm-18 cm

ok , jumpa lagi... nak naik..
Hakak bole bawakan... pm hakak di fb

~ Diella Hasan~



Tuesday, 31 October 2017

Bukit Batu Putih, Gopeng

Assalamualaikum, Kali ni hakak pegi berseorangan di Bukit Batu Putih, Gopeng. Tapi ni bukan Gunung Batu Putih, Tapah yang tinggi tu tau. Yang tu kena 2 Hari 1 malam... Lokasi dia senang jer, kalau keluar tol Simpang Pulai ambik kiri. Dalam 500 meter menuju ke Pekan Gopeng Then masuk kiri... Kat situ dah ada petunjuk hokey....

Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi 285 meter dari aras laut, jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian. Sampai je laman parking rumah orang, memang kena la bayar RM3.00 sebab kita dah park situ kan.. So, disitu dah ada kemudahan bilik air dan Tandas sekali... Jangan membuang merata-rata ok... Kawasan ini dah dijaga oleh Persatuan Kg itu sendiri.... 1st permulaan akan lalu kawasan Ladang kelapa sawit.

Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan hikers atau ahli keluarga.

Laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan 70% laluannya adalah berasaskan batu apabila di puncak. Terdapat juga banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda juga dapat melihat pemandangan Gunung- Ganang, Sungai Gopeng serta Kejauhan Lebuhraya Utara Selatan...
 Masa ni berseorangan di Ladang Kelapa Sawit... Bosan perjalanan jauh, dok keje selfie la sepanjang perjalanan...... hahahhahaha :) Dalam hati cuak dan jalan laju.... Sehinggalah bertemu Signboard naik ke atas...
Kat Signboard ni tertera Nama serta No telefon yang jaga kawasan ni... Jangan Buat pasai ok.. So hakak tarik nafas.... Relax dlu makan coklat bar n kotak milo... Nasib la de sekumpulan orang naik menuju ke tempat yang hakak nak tuju....
Penat dollllll naik 1 Napas..... Gula-gula tu ada je di tangan.... Senang masok je mulut...
Jalan menuju yang nampak cahaya tu lah dah nak sampai... Yahoooo.. 100 meter lg...
Sonok la jugak kan.. Macam rasa nak terbang... Tq adik yang x kenal tangkap gambar hakak.... Ikot je gambar yang hakak nak ye....
Peace yo... Layan je la sorg diri..
Aku ingin menjadi seperti burung..
Yang terbang bebas di angkasa..
Usah takut memikirkan apa yang akan terjadi..

Aku ingin menjadi burung…
Aku sudah lelah menjadi manusia..
Takut memikirkan apa yang terjadi..

Aku iri pada burung..
Yang boleh terbang..
Menikmati kasih sayang-Nya dalam setiap hembusan dan tiupan angin..
Namun, bila aku berpikir seperti itu..
Tidak bersyukurkah aku sebagai manusia?
 Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan sun set dan sun rise yang sangat cantik..
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.  Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang dan batu.
Wow, **bestnya!* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
 Suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.. Hokey, jom balik.... Dah 1 Jam kat atas ni..
 Otw turun, masih ada yang naik ke atas... Hakak turun dulu ye :)
Jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan
Hokey jumpa lagi.... Next .....

Tuesday, 17 October 2017

Tips Mendaki kali Pertama



Semua Org Mendaki Namun Tidak Semua Mempunyai Cara Yg Sama Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan Atau Pengalaman. Mungkin Anda Boleh Cuba Yg Ini Pula, Simple Tp Bukan Hipster , Hihihi .....

1 - Makan Berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat ,badan bersedia bukan dlm situasi perut kosong.  

2 - Warming Up / Personal Warming Up itu wajib ... Basic ne semua org perlu tau.Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu .

3 - Doa secara kumpulan untuk baraqah , tambah la doa untuk diri sendiri & jaga adab serta nawaitu . 

4 - Pengamalan dlm trek , PERNAFASAN terutama kawasan sejuk elakkan banyak bernafas dengan mulut menyebabkan rongga mulut kering faktor kekerapan nak minum bila mulut/tekak kering & Mulut tiada filter Seperti Hidung .

5 - Kerap PERNAFASAN dgn mulut sangat tidak baik , Kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga menganggu ransangan darah dlm badan & cepat lemah .

6 - Minum air , kekerapan minum air lebih dr keperluan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat . Jika dikawasan sejuk kerap membuang air , badan kita juga kehilangan haba dlm badan dengan cepat sbb kerap buang air.

7 - Posisi PERGERAKAN , kawasan landai dengan jalan langkah besar & kawal penafasan , Menurun pula dengan kaki lebih berposisi terbuka , kekuda kaki . Mendaki jgn kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8 - Elakkan berhenti rehat ditengah laluan pacak , faktor keselamatan & untuk memulakan semula selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dptkan momentum. 

9 - Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat , kecuali anda seorang yg terlatih & tau sport massage. Lebih baik diamalkan dgn melunjur kaki & releks sambil regangkan otot untuk rehat - serta kelancaran perjalanan darah dlm bdn. Tak tahu takpe tp jgn memandai2. 

10 - Elakkan ambil ubat pemakanan tanpa nasihat doktor . Bab ubat ne baik standby sendiri & maklumkan pd rakan ubat peribadi anda disimpan dimana .

11 - Habis / Selesai pendakian buat la warming down .. sebelum nak tawan semua puncak , tawan dulu keperluan kepentingan badan anda. 

Jangan mengejar padu ,kejar lah ilmu , kita berpotensi lebih lama dlm hobi ini..


Sunday, 8 October 2017

Bukit Bangkong, Chemor


Kita terjah pulak Bukit di Chemor... Iaitu Bukit Bangkong..... Dari Pekan Tg . Rambutan jalan straight je (dalam 3 km kot) sampai la jumpa Balai Polis Sebelah Kanan, Belok Kanan... Dalam 1 km dah jumpa kaki Bukit Bangkong.....Bukit Bangkong ni terletak di Tanah Hitam, Chemor. Ketinggian bukit ni rasanya 300M / 1,022 kaki.... Naik bukit ni sekejap je tak lama pun rasanya macam sama saja masa mendaki dengan Bukit Kledang.... Jalan ke atas pacak n santai.... Kalau cepat x sampai 1 jam dah sampai ke atas.. So, akak2 padu la naik......
 

Mood Kasut Bergabung.. Mana yang lain ni...



Siap sedia .. Peace No War...


Bukit Bangkong (Tanah Hitam, Perak) ini telah dipilih sebagai lokasi mendaki kami. Bukit Bangkong ni menawarkan laluan yang menarik kepada pendaki. Ia juga turut menawarkan beberapa laluan alternatif kepada pendaki (curam serta tidak begitu curam) agar mereka dapat memilih laluan yang sesuai untuk diri mereka. Bukit ini telah menjadi tarikan pendaki sejak tahun 2004 tetapi hanya sekitar 50 pendaki yang mendakinya setiap hari manakala selebihnya hanya datang sekali atau dua kali seminggu... Macam kami la... Tak dapat nak pergi selalu atas kakangan kerja dan masa....


Kami je pun......


Nampak relax je kan... 


Kawan yang lain ketinggalan di belakang...


Bile ye hakak nak bertemu Korbu lagi... 
Rindu Korbu ......

 
 View , Wow Awesome


 Hah... nampak x di belakang tu...
Cantikkan....macam kat bawah tu sawah padi pulak...


Now hakak layan Adidas semuanya....
Sedap la pakai... tak sakit bila turun n naik....
Badan akak dh berat, so ok la membantu sikit ...


Indah Ciptaan Tuhan...

Keluarlah menjelajah alam yang luas, maka anda akan menjelajah arti dari sebuah kehidupan.... Sehingga kita tahu akan kebesaran Yang Maha Kuasa.....


Seberat apapun kehidupan, orang yang 
selalu merenungi alam semesta 
selalu hidup dalam kesyukuran....


 



Gunung Latimojong, Sulawesi

~INI CERITA KITA~ Plan ke Rante Mario (Gunung Latimojong) Assalamualaikum Hikers, Kami sepakat ber4 (Kak Mar, Mama, Kak Coye n Aku sendiri) ...