Tuesday, 23 June 2015

Mendaki Berseorangan


MENDAKI BERSEORANGAN   
" HIKING ALONE "

Mendaki Berseorangan atau melakukan perjalanan seorang diri memang menimbulkan sensasi yang berbeza. Rasa puas dan yakin pada diri dalam melakukan perjalanan bersendirian. Tetapi kebanyakan orang terutama wanita merasa takut untuk mendaki Berseorangan. Yang Pasti saya boleh melakukan berseorangan tanpa bertemankan sesiapa sepanjang pendakian saya.



Berikutan itu beberapa alasan mengapa perlu mencuba Mendaki Bersendirian. Paling tidak, satu kali di dalam hidup Anda untuk melakukannya. Aiceceh, lawan perasaan takut tu kan....



1. Manjakan Diri

Jika kehidupan harian Anda penuh dengan tekanan dengan terlalu banyak bekerja atau belajar, Mendaki Berseorangan akan memberikan waktu istirehat pada diri anda. Anda akan merasa puas dan buang segala tekanan sepanjang perjalanan pendakian anda. Ketenangan yang diperolehi membuatkan anda berasa lega dan lapang selepas itu.


2. Buang perasaan takut 
Seringkali orang yang akan memulai pendakian seorang diri dihantui rasa takut dan kecemasan. Akan banyak muncul fikiran yang berbagai "Bagaimana jika saya mendapatkan masalah?" atau "Bagaimana jika terjadi sesuatu pada saya semasa dalam perjalanan nanti?"

Ini merupakan perasaan normal yang mungkin timbul. Namun hal ini boleh dikendalikan. Kuncinya adalah pelajari tempat yang hendak dituju. Bagaimana hendak ke sana, Kenal pasti tempat yang dituju, bertukar fikiran dengan orang yang pernah datang ke tempat yang sama. Setelah berada di tempat tersebut, hormati tempat yang hendak dituju.



3.  Tentangan 

Ketika dalam perjalanan, Anda mungkin akan bertemu dengan faktor - faktor tak terduga. Hal ini akan menguji diri Anda bagaimana menghadapi tentangan yang ada. Hal-hal kecemasan begini hendaklah anda tahu dan pasti bagaimana untuk mengatasinya. Contoh pokok tumbang di laluan pendakian anda, apa yang harus anda lakukan. Anda hendaklah tahu cara, bagaimana dan jalan penyelesaian.


4.  Kebebasan

Saat melakukan pendakian berseorangan, Anda memiliki rencana anda sendiri. Bergerak mengikut hati anda. Jika anda ingin smpai ke puncak dengan awal, awal la sampai. Begitulah sebaliknya.



Ketika di jalan Anda bertemu dengan pendaki yang lain anda betegurlah pendaki lain dan bertukar pikiran tentang tujuan perjalanan mungkin Anda lalui dalam perjalanan Anda. Disitu anda akan lebih berjaga-jaga dan tahu perjalanan anda seterusnya.





5.  Menciptakan "Masa Sendiri" 
Ciptakan ruang untuk merealisasi diri Anda sendiri. Bergerak mengikut masa anda. Isikan ruang untuk anda berehat dan melihat keindahan alam di sekeliling. Namun jangan lupa untuk menghubungi keluarga dekat tentang keadaan selama anda dalam perjalanan. 




"Dunia ini milik kita (Allah punya yang diberi pinjam), Manusia, Berjalanlah sejauh mana kamu mampu untuk melihat kecantikan dunia, moga menjadi cerita untuk generasi akan datang bila usia menyambut tua"





Aku Berjaya sampai ke puncak bersendirian. Cekalkan hati dan cuba beranikan diri. Buang perasaan takut tu semua. Yang penting selamat tiba ke puncak dan selamat sampai ke bawah. Tawakal dan berdoa pada Allah supaya dilindungi. In Syaa Allah...



                                       - Diella Hasan -


Monday, 15 June 2015

Filem - Filem Pendakian

FILEM-FILEM PENDAKIAN


1.  Nordwand a.k.a The North Face
Bercerita tentang 2 pendaki Jerman , Max Mehringer dan Karl Sedlmayer yang mencuba untuk mendaki dinding utara Eiger, dimana Nazi yang pertama yang berkuasa di Eropah. Keterbatasan peralatan dan teknik, kedua pendaki yang membawa nama Jerman ini mati di tengah gunung, ketika orang orang di basecamp pendakian berpesta atas keberanian mereka mendaki gunung maut tersebut. Tragis dan ironis.

Setelah kematian mereka, pendakian ke gunung Eiger ini ditutup, "the first men to summit will be celebrated as Olympic heroes", and so the battles cry echoes through Europe: Attack the Eiger North Face!!!

Film ini diangkat dari kisah nyata, dan dikisahkan dalam filem yang luar biasa, dramatis seperti filem Hollywood. Ini filem yang pertama yang wajib di tonton oleh mereka yang mengaku mereka ini pendaki gunung.


2.  Seven Years In Tibet
Sebuah filem yang diilhami dari kisah nyata, yang menceritakan mengenai perjalanan hidup Heinrich Harrer selama 7 tahun terdampar di Tibet. Harrer ialah salah seorang anggota Partai Sosialis Nasionalis di Austria, Jerman yang memiliki hobi mendaki.
 



3.  Nanga Parbats
Seperti dua filem diatas, film ini juga merupakan kisah pendaki besar, Reinhold Messner, ketika mendaki gunung Nanga Parbat. Banyak kisah terjadi dalam proses pendakian itu, dianggap hilang dan mati, namun akhirnya berhasil kembali, meski turun pada tempat yang berbeza, India.


4.  A Lonely Place to Die
Filem produksi Inggris ini akan tampil mencekam dengan segala kegiatan pendakian gunungnya yang berbahaya itu  dan tentu saja hal lain seperti kehadiran Melissa George dengan bibir seksinya yang untuk sekian kalinya tampil sebagai heroine di sebuah film thriller.

Film ini bercerita tentang perjalanan sekelompok pendaki dalam misi pendakiannya mendaki gunung di skotlandia. Ketegangan dimulai ketika mereka berlima, menemukan seorang perempuan yang dikubur hidup-hidup. Tanpa mereka sedari, ternyata perempuan itu adalah seorang anak yang diculik dari orang tuanya.

Dimulailah ketegangan demi ketegangan, saat para pendaki ini berusaha menyelamatkan diri dari berkejaran para penculik, yg sama sekali tak berkeberatan untuk membunuh siapapun. Mulai dari ketegangan saat mereka mendaki tebing, sampai ketegangan saat mereka berusaha lari menyelamatkan diri dari dibunuh oleh si penculik.

 

5.  Into Thin Air
Berkisah tentang perjalanan pendakian Gunung Everest yang berakhir tragis, di kenang dengan pendakian Everest terburuk sepanjang masa. Jon Krakauer, penulis dan pendaki gunung, yang disewa oleh Majalah luar untuk menulis sebuah artikel tentang komersialisme di Gunung Everest. Krakauer memutuskan ia ingin mendaki gunung, dan bergabung dengan ekspedisi Everest yang paling buruk dalam sejarah. Krakauer bergabung dengan layanan pendakian disebut Adventure Konsultan, dipandu oleh Rob Hall.

Pengalaman pendaki dalam mendaki gunung dan pada ketinggian tinggi bervariasi-beberapa dari mereka yang cukup mencabar, yang lain sangat berpengalaman dan sangat bergantung pada panduan.


6.  Vertical Limit
Seorang pendaki gunung berjuang menaklukkan gunung himalaya untuk menyelamatkan nyawa adiknya yang terjebak dalam pendakian.



7.  The Wildest Dream
Film dokumentari ini merupakan perjalanan  Conrad Anker yang mencuba apa yang dilakukan oleh George Mallory dan Irvine saat mendaki Everest puluhan tahun lalu. George Mallory dan Irvine hilang saat mencuba mendaki puncak tertinggi di dunia itu.

George Mallory terbahagi antara gunung dan cinta untuk isterinya Ruth, dan obsesinya akan petualangan besar untuk menjadi manusia yang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest. Dengan mengenakan pakaian dan memakai sepatu hobnailed, Mallory mempertaruhkan segalanya dalam mengejar mimpinya, tapi ia terakhir terlihat hidup 800 meter di bawah puncak. Kemudian awan berarak dan ia tak pernah terlihat lagi sehingga sekarang. Kematiannya mengejutkan dunia.

Wednesday, 10 June 2015

Lagu Sayang Kinabalu


Sayang KinabaluKimin Mudin

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

Sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

Saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

Sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

Saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….




Monday, 8 June 2015

Gunting Bin Lagadan & Sir Hugh Low

SEJARAH KINABALU


Sir Hugh Low berniat untuk mendaki Kinabalu. Namun kaum Kadazandusun menghalang sesiapa saja mendaki gunung itu lantaran kepercayaan mereka bahawa roh-roh nenek moyang mereka bersemadi disitu. Jika ada sesiapa yang mendaki dan meneroka Kinabalu, sudah pasti akan mengganggu roh-roh itu yang menyebabkan entiti itu marah. Tambahan pula kaum kadazandusunlah yang menjadi penjaga, pelindung dan pemelihara unsur tanah, tumbuhan dan air gunung itu.

Low difahamkan bahawa perkataan Kinabalu adalah daripada perkataan kadazandusun, Aki yang bermaksud nenek moyang dan Nabalu yang beerti gunung. Sudah pasti Low tahu bahawa gunung itu secara turun-temurun menjadi gunung roh nenek moyang mereka berkumpul. Tambahan lagi gunung itu telah dicipta oleh dewa tertinggi. Mereka juga percaya lopak-lopak yang terbentuk di gunung itu menjadi tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda. Hanya kelompok bobohizan sahaja yang dibenarkan untuk mencuci badan dan meminum air dari lopak itu dengan tujuan membuang sial.


Akhirnya, pada 7 Mac 1851, Low yang pada ketika itu Gabenor British di Labuan bertekad mendaki Gunung Kinabalu. Menyertainya adalah Gunting Lagadan, seorang penduduk tempatan berbangsa dusun. Mereka mengambil masa 3 minggu sebelum tiba di satu tempat. Lagadan seterusnya tidak menemani Low ke puncak Kinabalu. Low berkeseorangan dengan semangat dan keberanian yang tinggi ke mercu idamannya.

Misi Low tercapai. Namanya menjadi orang pertama mendaki puncak Kinabalu. Namanya juga diabadikan pada puncak yang tertinggi diantara puncak-puncak lain iaitu Puncak Low. Atas sumbangan Gunting Lagadan yang menemani dan membantu Low merealisasikan cita-citanya, namanya diabadikan pada motel yang terletak di Laban Rata. Mereka menjadi perintis kepada pendakian ke puncak Kinabalu.


Kalau beliau ini masih ada mungkin dia akan bangga
kepada Mountain Guide ( Si Malim)
yang cepat membuat kputusan...
untuk membantu, menyelamat, mangsa gempa... 
Gunting bin Lagadan 1888-1966

Wiraku Si Malim Gunung

WIRAKU SI MALIM GUNUNG

Musibah datang tanpa diduga,
Bumi bergegar gegak gempita,
Ada yang terpinga, ada juga bertanya,
Apakah ini sebuah petanda,
Si kulit putih itu punya angkara,
Berbuat cela dan membawa celaka,
Lantas Aki Nabalu menjadi murka.

Duhai hati berasa rawan,
Ada nestapa di sebalik awan,
Donkey ear lambang kemegahan,
Tertewas tika dilanda gegaran.

Ada bongkah jatuh berguguran,
Jatuh menimpa di perlimbahan,
Hingga ada yang terkorban.
Mana yang selamat terus bertahan,
Hendak turun ada halangan,
Rosak terputus jalan laluan,
Hanya pasrah menanti bantuan,
Pasrah didakap rasa kedinginan.

Satu saat bagaikan seabad,
Bantuan diharap janganlah lambat,
Lantaran cuaca tidak sepakat,
Bantuan sukar kunjung mendekat.

Di situlah bangkit sebuah kudrat,
Malim gunung dengan saf yang rapat,
Memberi bantuan menjadi niat,
Walaupun dugaan ditempuh hebat.

Peralatan canggih tiada di tangan,
Hanya pengalaman jadi pedoman,
Tanpa hiraukan keselamatan diri,
Terus mendaki terus mencari;
Ada mangsa yang rebah, dipapah
Ada mangsa yang takut, disikut
Ada mangsa yang dingin, dipangkin
Ada mangsa tak larat, diangkat.

Apa jua kaedahnya,
Malim gunung tetap mara,
Sekalipun bumi masih bergegar,
Semua mangsa mesti dikejar,
Sehingga ada kisah yang tragis,
Hendak ku tulis, air mata menitis,
Hanya ku panjat serumpun doa,
Moga dia tenang di sana.

Itulah malim gunung,
Walaupun jawatannya tidak agung,
Mereka tidak minta disanjung,
Jauh sekali bersifat sombong,
Mereka membantu pendaki yang bingung,
Menegur pendaki yang terpesong,
Tetapi dirinya jua yang digonggong.

Malim gunung hatinya sabar,
Malim gunung tak akan gentar,
Malim gunung bukan pendekar,
Namun dialah wira sebenar.

ENGKU NILA UTAMA
Kota Kinabalu
8 Jun 2015






~ Memory in Kinabalu ~

Tuesday, 2 June 2015

Panduan Mendaki Gunung

BEBERAPA PANDUAN MENDAKI GUNUNG

1.  Pilihlah Gunung yang Hendak Didaki
Jangan mudah terpengaruh oleh kata-kata Orang. “Gunung yang ini lebih indah” atau “Gunung yang itu lebih mudah.”  “Senang sangat nak naik”  Satu hal yang paling penting. Bersiaplah! Akan banyak daya dan upaya yang mesti dikerahkan supaya mencapai tujuan dan andalah satu-satunya yang harus bertanggung jawab atas pilihan anda. Pilihlah mengikut daya kekuatan diri sendiri bukannya orang lain.


2.  Bagaimana cara Mencapai Gunung Tersebut
Kita selalu melihat gunung itu indah, cantik, menarik dan penuh dengan tentangan. Tetapi ketika anda berusaha mencapainya, apa yang terjadi? Ternyata gunung itu dikelilingi banyak jalan dan beliku-liku. Dalam peta nampak senang akan tetapi kenyataannya jauh lebih rumit. Maka anda harus mencuba semua jalannya, sehingga suatu hari anda berdiri di puncak yang anda impikan.


3.  Belajarlah dari Orang yang Sudah Pernah Sampai Kesana
Mungkin anda rasa anda yang ingin sampai ke puncak, tetapi selalu ada orang lain yang pernah memiliki impian yang sama dan orang ini mengetahui dan pernah sampai ke puncak dan ini memudahkan pendakian anda. Bertanyalah pada orang yang berpengalaman tetapi jangan lupa bahawa belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain selalu bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri.


4. Setelah melihat dari Dekat, Ternyata Boleh Dikendalikan
Apabila mendaki gunung impian anda, perhatikan keadaan sekeliling. Sudah pasti ada tebing-tebing curam dan juga batu serta akar di luar dari pandangan mata dan anda  boleh hindarinya dan mengelakkannya. Jangan memaksa diri anda jika anda tidak yakin. Elakkan diri dari mengikut kawasan yang anda juga tidak pasti anda boleh buat. Carilah mengikut kemampuan anda. Anda pasti boleh melakukannya.


5.  Hormati tubuh badan Anda
Pendakian ini hanya boleh berhasil jikalau anda menghormati kesejahteraan tubuh anda. Hidup ini dianugerahi dengan sekian banyak waktu, maka janganlah pernah menuntut terlalu banyak kepada tubuh anda. Kalau melangkah terlalu cepat, anda akan letih dan baru setengah jalan sudah penat dan meyerah kalah. Kalau melangkah terlalu lambat, malam akan tiba dan anda bakal tersesat. Badan juga terasa penat untuk melangkah. Nikmati pemandangan, minumlah mata air pegunungan  tetapi jangan berhenti berjalan.


6.  Hormati Jiwa Anda
Jangan terus menerus berkata “akan kulakukan.” Jiwa anda sudah tahu itu. Yang perlu dilakukan jiwa anda adalah manfaatkan perjalanan panjang ini untuk mencapai hingga ke cakrawala, menyentuh langit-langit. Sekadar angan-angan tidak akan membawa anda keman-mana, dan akhirnya malah merosak kegembiraan mendaki. Di lain pihak, jangan terus menerus berkata “ooohhhh susahnya” sebab ini akan melemahkan semangat anda.

7.  Bersiaplah untuk Berjalan Lebih Jauh
Jarak menuju puncak gunung selalu lebih jauh daripada anda bayangkan. Ada kalanya jarak yang kelihatannya sudah dekat itu ternyata jauhnya yang tidak terhingga. Tapi tentunya ini bukan rintangan, jika anda menyiapkan diri sejak awal lagi untuk berjalan lebih jauh.


8.  Bersukacitalah Sesampainya Dipuncak
Menjerit sepuas-puasnya, tersenyum, bertepuk tangan ataupun menangis dalam bahagia tanda keseronakan anda sampai ke puncak. Biarkan angin memurnikan fikiran anda, menyejukkan kaki anda yang kepanasan dan letih serta meniup jauh debu-debu yang melekat di hati anda. Apa yang dulu sekadar impian, visi yang dipandang dari kejauhan, kini telah menjadi sebahagian dari hidup anda. Anda berhasil meraih kemenangannya. Awesome ! U are the Winner Hikers !!!


 

9.  Ceritakan Kisah Anda pada Orang lain
Ya, Ceritakanlah! Jadilah contoh pada orang lain. Ceritakan pada setiap orang bahawa mendaki itu boleh dilakukan, supaya orang-orang lain juga boleh berani untuk mendaki gunung-gunung.



Sekarang anda sudah tahu bahawa di dalam diri anda tersimpan kekuatan luar biasa, maka katakan pada diri sendiri bahawa kekuatan ini akan anda gunakan selama sisa hidup anda. Ikrarkan juga pada diri sendiri bahawa anda bakal bertemu gunung-gunung lain untuk didaki.


~ Diella Hasan ~ 

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...