Tuesday, 23 June 2015

Mendaki Berseorangan


MENDAKI BERSEORANGAN   
" HIKING ALONE "

Mendaki Berseorangan atau melakukan perjalanan seorang diri memang menimbulkan sensasi yang berbeza. Rasa puas dan yakin pada diri dalam melakukan perjalanan bersendirian. Tetapi kebanyakan orang terutama wanita merasa takut untuk mendaki Berseorangan. Yang Pasti saya boleh melakukan berseorangan tanpa bertemankan sesiapa sepanjang pendakian saya.



Berikutan itu beberapa alasan mengapa perlu mencuba Mendaki Bersendirian. Paling tidak, satu kali di dalam hidup Anda untuk melakukannya. Aiceceh, lawan perasaan takut tu kan....



1. Manjakan Diri

Jika kehidupan harian Anda penuh dengan tekanan dengan terlalu banyak bekerja atau belajar, Mendaki Berseorangan akan memberikan waktu istirehat pada diri anda. Anda akan merasa puas dan buang segala tekanan sepanjang perjalanan pendakian anda. Ketenangan yang diperolehi membuatkan anda berasa lega dan lapang selepas itu.


2. Buang perasaan takut 
Seringkali orang yang akan memulai pendakian seorang diri dihantui rasa takut dan kecemasan. Akan banyak muncul fikiran yang berbagai "Bagaimana jika saya mendapatkan masalah?" atau "Bagaimana jika terjadi sesuatu pada saya semasa dalam perjalanan nanti?"

Ini merupakan perasaan normal yang mungkin timbul. Namun hal ini boleh dikendalikan. Kuncinya adalah pelajari tempat yang hendak dituju. Bagaimana hendak ke sana, Kenal pasti tempat yang dituju, bertukar fikiran dengan orang yang pernah datang ke tempat yang sama. Setelah berada di tempat tersebut, hormati tempat yang hendak dituju.



3.  Tentangan 

Ketika dalam perjalanan, Anda mungkin akan bertemu dengan faktor - faktor tak terduga. Hal ini akan menguji diri Anda bagaimana menghadapi tentangan yang ada. Hal-hal kecemasan begini hendaklah anda tahu dan pasti bagaimana untuk mengatasinya. Contoh pokok tumbang di laluan pendakian anda, apa yang harus anda lakukan. Anda hendaklah tahu cara, bagaimana dan jalan penyelesaian.


4.  Kebebasan

Saat melakukan pendakian berseorangan, Anda memiliki rencana anda sendiri. Bergerak mengikut hati anda. Jika anda ingin smpai ke puncak dengan awal, awal la sampai. Begitulah sebaliknya.



Ketika di jalan Anda bertemu dengan pendaki yang lain anda betegurlah pendaki lain dan bertukar pikiran tentang tujuan perjalanan mungkin Anda lalui dalam perjalanan Anda. Disitu anda akan lebih berjaga-jaga dan tahu perjalanan anda seterusnya.





5.  Menciptakan "Masa Sendiri" 
Ciptakan ruang untuk merealisasi diri Anda sendiri. Bergerak mengikut masa anda. Isikan ruang untuk anda berehat dan melihat keindahan alam di sekeliling. Namun jangan lupa untuk menghubungi keluarga dekat tentang keadaan selama anda dalam perjalanan. 




"Dunia ini milik kita (Allah punya yang diberi pinjam), Manusia, Berjalanlah sejauh mana kamu mampu untuk melihat kecantikan dunia, moga menjadi cerita untuk generasi akan datang bila usia menyambut tua"





Aku Berjaya sampai ke puncak bersendirian. Cekalkan hati dan cuba beranikan diri. Buang perasaan takut tu semua. Yang penting selamat tiba ke puncak dan selamat sampai ke bawah. Tawakal dan berdoa pada Allah supaya dilindungi. In Syaa Allah...



                                       - Diella Hasan -


No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...