Tuesday, 2 June 2015

Panduan Mendaki Gunung

BEBERAPA PANDUAN MENDAKI GUNUNG

1.  Pilihlah Gunung yang Hendak Didaki
Jangan mudah terpengaruh oleh kata-kata Orang. “Gunung yang ini lebih indah” atau “Gunung yang itu lebih mudah.”  “Senang sangat nak naik”  Satu hal yang paling penting. Bersiaplah! Akan banyak daya dan upaya yang mesti dikerahkan supaya mencapai tujuan dan andalah satu-satunya yang harus bertanggung jawab atas pilihan anda. Pilihlah mengikut daya kekuatan diri sendiri bukannya orang lain.


2.  Bagaimana cara Mencapai Gunung Tersebut
Kita selalu melihat gunung itu indah, cantik, menarik dan penuh dengan tentangan. Tetapi ketika anda berusaha mencapainya, apa yang terjadi? Ternyata gunung itu dikelilingi banyak jalan dan beliku-liku. Dalam peta nampak senang akan tetapi kenyataannya jauh lebih rumit. Maka anda harus mencuba semua jalannya, sehingga suatu hari anda berdiri di puncak yang anda impikan.


3.  Belajarlah dari Orang yang Sudah Pernah Sampai Kesana
Mungkin anda rasa anda yang ingin sampai ke puncak, tetapi selalu ada orang lain yang pernah memiliki impian yang sama dan orang ini mengetahui dan pernah sampai ke puncak dan ini memudahkan pendakian anda. Bertanyalah pada orang yang berpengalaman tetapi jangan lupa bahawa belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain selalu bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri.


4. Setelah melihat dari Dekat, Ternyata Boleh Dikendalikan
Apabila mendaki gunung impian anda, perhatikan keadaan sekeliling. Sudah pasti ada tebing-tebing curam dan juga batu serta akar di luar dari pandangan mata dan anda  boleh hindarinya dan mengelakkannya. Jangan memaksa diri anda jika anda tidak yakin. Elakkan diri dari mengikut kawasan yang anda juga tidak pasti anda boleh buat. Carilah mengikut kemampuan anda. Anda pasti boleh melakukannya.


5.  Hormati tubuh badan Anda
Pendakian ini hanya boleh berhasil jikalau anda menghormati kesejahteraan tubuh anda. Hidup ini dianugerahi dengan sekian banyak waktu, maka janganlah pernah menuntut terlalu banyak kepada tubuh anda. Kalau melangkah terlalu cepat, anda akan letih dan baru setengah jalan sudah penat dan meyerah kalah. Kalau melangkah terlalu lambat, malam akan tiba dan anda bakal tersesat. Badan juga terasa penat untuk melangkah. Nikmati pemandangan, minumlah mata air pegunungan  tetapi jangan berhenti berjalan.


6.  Hormati Jiwa Anda
Jangan terus menerus berkata “akan kulakukan.” Jiwa anda sudah tahu itu. Yang perlu dilakukan jiwa anda adalah manfaatkan perjalanan panjang ini untuk mencapai hingga ke cakrawala, menyentuh langit-langit. Sekadar angan-angan tidak akan membawa anda keman-mana, dan akhirnya malah merosak kegembiraan mendaki. Di lain pihak, jangan terus menerus berkata “ooohhhh susahnya” sebab ini akan melemahkan semangat anda.

7.  Bersiaplah untuk Berjalan Lebih Jauh
Jarak menuju puncak gunung selalu lebih jauh daripada anda bayangkan. Ada kalanya jarak yang kelihatannya sudah dekat itu ternyata jauhnya yang tidak terhingga. Tapi tentunya ini bukan rintangan, jika anda menyiapkan diri sejak awal lagi untuk berjalan lebih jauh.


8.  Bersukacitalah Sesampainya Dipuncak
Menjerit sepuas-puasnya, tersenyum, bertepuk tangan ataupun menangis dalam bahagia tanda keseronakan anda sampai ke puncak. Biarkan angin memurnikan fikiran anda, menyejukkan kaki anda yang kepanasan dan letih serta meniup jauh debu-debu yang melekat di hati anda. Apa yang dulu sekadar impian, visi yang dipandang dari kejauhan, kini telah menjadi sebahagian dari hidup anda. Anda berhasil meraih kemenangannya. Awesome ! U are the Winner Hikers !!!


 

9.  Ceritakan Kisah Anda pada Orang lain
Ya, Ceritakanlah! Jadilah contoh pada orang lain. Ceritakan pada setiap orang bahawa mendaki itu boleh dilakukan, supaya orang-orang lain juga boleh berani untuk mendaki gunung-gunung.



Sekarang anda sudah tahu bahawa di dalam diri anda tersimpan kekuatan luar biasa, maka katakan pada diri sendiri bahawa kekuatan ini akan anda gunakan selama sisa hidup anda. Ikrarkan juga pada diri sendiri bahawa anda bakal bertemu gunung-gunung lain untuk didaki.


~ Diella Hasan ~ 

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...