Sunday 21 December 2014

Gua Gendang Pengkalan Hulu

Permulaan turun menuju ke Gua

Gua Gendang dan Gua Itik merupakan tarikan utama di Daerah Pengkalan Hulu dan sesuai bagi  yang suka aktiviti adventure atau bagi yang mengemari aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Kedua-dua gua ni terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika. Gua Gendang juga merupakan sebuah gua yang penuh dengan nilai sejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa era zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. Terdapat sebatang sungai yang mengalir merentasi gua serta keunikan dinding gua yang  terhasil daripada hakisan yang berlaku. Gua Gendang memang mengikut citarasa sebab memberikan suasana dan keadaan sebenar di dalam gua.

Tepat pada pukul 8.30 pagi, kami telah berada di dalam bas untuk ke Gua Gendang. Jarak  Gua Gedang Resort daripada Pekan Pengkalan Hulu adalah sejauh 9km dan melepasi Kampung Tasek, Pengkalan Hulu. Perjalanan kitaorg terhenti lebih kurang 1km sebelum ke Gua Gedang Resort disebabkan sebuah pokok tumbang dan menghalang di tengah jalan tapi dengan semangat yang membara kitaorg sanggup berjalan kaki hingga ke Gua Gendang.



Semangat Kesukanan.. Peace yo yo yo

Gua Gendang menawarkan laluan yang mencabar untuk mengharungi arus sungai di dalam kegelapan sepanjang 400 meter hinggalah ke penghujung gua.



Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa gua ni dipanggil Gua Gendang kan???… sebenarnya di pertengahan gua ni, korang boleh dengar bunyi seakan bunyi gendang yang dihasilkan daripada hentaman arus kuat ke dinding gua.




Pemandangan di dalam gua. Terdapat dinding gua yang berkilauan dan merupakan batu belian yang plg muda. 100 tahun lagi boleh amik.




Selesai sudah pengakhiran kami di dalam Gua Gendang ini... Jom pakat-pakat datang lagi ke Gua ini..

No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...