Aktiviti 1
Aktiviti Memanjat ni bagus untuk kekuatan
Aktiviti Memanjat ni bagus untuk kekuatan
Aktiviti 2
Aktiviti rock climbing ni mmg la bgs.. Batu-batu yang tajam amatlah menyakitkan jika kita tidak memakai seluar yang panjang serta memakai kasut yang bersesuaian.
Aktiviti 3
Aktiviti Memanjat menggunakan tali.
Aktiviti 4
1. Wajib bawa air. Tapi, perlu diingatkan supaya berat air tidak menjadi terlalu membebankan untuk dibawa. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Water Bag sesuai untuk mendaki.
2. Makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang. Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Aktiviti Hardcore (Aktiviti yang menggunakan tenaga yang byk) perlu anda bawa makanan yang berat. Contoh Nasi atau Roti... Burger pun boleh.
3. Peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku. Wajib bawa.
4. Perancangan awal mendaki, pastikan uols membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Contoh naik bukit, Main Badminton, Futsal dan Berenang. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman aku kena muscle pain kat otot peha.)
5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.
6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.
7. Baju yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Jangan pulak pakai baju kemeja, ala-ala bekelah ditepi pantai semasa mendaki. Tak sesuai kan? Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Kasut ni tolong la cari Kasut Hiking. Kasut yang selalu saya hiking ialah Colombia.
8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.
9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat and bagi nama pada Balai Polis Berhampiran. Selalunya aku buat gamble mendaki. Jangan buat keje gila mcm saya sudah.
Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian. Thanks uols.
No comments:
Post a Comment