Thursday, 4 December 2014

Keperluan Kesihatan ketika mendaki


Berikut adalah senarai lengkap peti kecemasan :
  • plaster - berbagai saiz dan bentuk
  • dreassing sterill - berbagai siaz
  • kapas
  • kasa sterill serta swab
  • kasa dressing khas untuk kes terbakar
  • bandage 3 segi
  • bandage crepe penggulung
  • pita lekat
  • pad mata
  • termometer
  • gunting hujung tumpul
  • penyepit
  • pin penyelamat
  • kertas tisu
KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.

Untuk mendaki Gunung - Ganang contohnya Gunung Kinabalu:-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.
-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.
-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..
-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..

Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan
-Jika anda mengalami masalah kesihatan selain..

Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .
  • losyen antiseptik
  • losyen kalamin
  • beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
  • lampu suluh
  • pensil dan kertas

No comments:

Post a Comment

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...