Thursday, 25 December 2014

Semangat Si Pendaki Gunung


  Mengapa pilih Gunung ?? Aku rasa puas bila sampai di puncak. Ntah kenapa kalau aku tak mendaki, aku rasa tak puas dalam hidup. Hidup aku tak lengkap. Aku dapat lihat keindahan alam sepanjang perjalanan aku. Semangat yang ada dan semangat dari buddy ku, aku berjaya sampai ke puncak. Alhamdulillah aku berjaya setiap kali pendakian aku bermula.

Kalau mental kita lemah, takut pada rintangan , tidak yakin pada diri sendiri, maka apa yang kita inginkan pasti akan terkandas ditengah jalan. Hanya dengan mental dan tekad yang kuat, mempunyai komitmen untuk tetap berjuang, barulah kita dapat sampai di puncak dengan penuh bangga.

KATA - KATA SEMANGAT SI PENDAKI GUNUNG
Nobody climbs mountains for scientific reasons. Science is used to raise money for the expeditions, but you really climb for the hell of it 
(Tak seorang pun mendaki gunung untuk alasan yang rasional. Rasionalitas dipakai untuk mengumpulkan dana expedisi tapi sebenarnya kamu mendaki cuman untuk senang-senang belaka)
Edmund Hillary

Mountains are not fair or unfair - they are just dangerous
(Gunung bukannya adil atau tidak adil - hanya berbahaya saja)
Reinhold Messner, Tyroll seven summitter

Unusual travel suggestions are dancing lessons from God
Kurt Vonnegut, American writer

The mountains will always be there, the trick is to make sure you are too. 
Hervey Voge

You've climbed the highest mountain in the world. What's left ? It's all downhill from there. You've got to set your sights on something higher than Everest.  
Willi Unsoeld, First American Everest Summitter

Near the foot of the mountain we visited a yogi who dwelled in a hollow tunneled beneath a boulder. He pondered our notion of climbing Shivling and said: "First travel, then struggle, finally calm. 
Greg Child, Australian born American Climber/Adventure photographer&author
 
 - You guys going up ? - Yes, yes, we go up - You may be going a lot higher than you think! 
(- Kalian mau ke atas? -Ya ya kami mau ke atas.- Kayanya kalian mungkin akan pergi ke tempat yang lebih tinggi dari yang kalian pikirkan(akhirat))
Don Whillans (British mountaineer), to a Japanese party, while descending Eiger

Sunday, 21 December 2014

Gua Gendang Pengkalan Hulu

Permulaan turun menuju ke Gua

Gua Gendang dan Gua Itik merupakan tarikan utama di Daerah Pengkalan Hulu dan sesuai bagi  yang suka aktiviti adventure atau bagi yang mengemari aktiviti berkaitan dengan alam semulajadi. Gua Gendang merupakan Gua Utama di sini kerana keluasannya yang lebih besar daripada Gua Itik. Kedua-dua gua ni terletak dikawasan semulajadi yang sangat menarik dan dikelilingi oleh kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika. Gua Gendang juga merupakan sebuah gua yang penuh dengan nilai sejarah kerana ianya pernah digunakan sebagai tempat persembunyian anggota komunis semasa era zaman darurat 50 tahun yang lalu. Gua Gendang ini menawarkan suasana penerokaan gua secara semulajadi kerana trail dan suasana di dalam gua masih tidak dicemari berbandingkan dengan gua-gua yang telah dipasangkan dengan lampu dan trail yang telah dibina untuk pengunjung. Terdapat sebatang sungai yang mengalir merentasi gua serta keunikan dinding gua yang  terhasil daripada hakisan yang berlaku. Gua Gendang memang mengikut citarasa sebab memberikan suasana dan keadaan sebenar di dalam gua.

Tepat pada pukul 8.30 pagi, kami telah berada di dalam bas untuk ke Gua Gendang. Jarak  Gua Gedang Resort daripada Pekan Pengkalan Hulu adalah sejauh 9km dan melepasi Kampung Tasek, Pengkalan Hulu. Perjalanan kitaorg terhenti lebih kurang 1km sebelum ke Gua Gedang Resort disebabkan sebuah pokok tumbang dan menghalang di tengah jalan tapi dengan semangat yang membara kitaorg sanggup berjalan kaki hingga ke Gua Gendang.



Semangat Kesukanan.. Peace yo yo yo

Gua Gendang menawarkan laluan yang mencabar untuk mengharungi arus sungai di dalam kegelapan sepanjang 400 meter hinggalah ke penghujung gua.



Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa gua ni dipanggil Gua Gendang kan???… sebenarnya di pertengahan gua ni, korang boleh dengar bunyi seakan bunyi gendang yang dihasilkan daripada hentaman arus kuat ke dinding gua.




Pemandangan di dalam gua. Terdapat dinding gua yang berkilauan dan merupakan batu belian yang plg muda. 100 tahun lagi boleh amik.




Selesai sudah pengakhiran kami di dalam Gua Gendang ini... Jom pakat-pakat datang lagi ke Gua ini..

Thursday, 4 December 2014

Checklist barang ke Gunung Kinabalu


Senaraikan/ Checklist barang yang perlu dibawa.
PAKAIAN
Disediakan: khabarkinabalu.com
Timpohon ➝ Laban RataLaban Rata ➝ Puncak ➝
Laban Rata
Laban Rata➝
Timpohon

1
Baju Sejuk
1Baju Hujan✔Jika Hujan✔Jika Hujan
✔Jika Hujan
1Sarung Tangan Kalis Air
1Sarung Tangan Tebal
1Sweater *
Digunakan di Penginapan Laban Rata / Tidur
3TShirt Biasa (Panjang / Pendek)✔1✔1

✔1

2 Seluar Panjang

1
Kain Sarung** Pilihan untuk dibawa bersolat (muslim)

1

Kasut Mendaki




1

Selipar

Digunakan di Penginapan Laban Rata

2

Stokin


1

Skarf / Mafla / Topeng Muka

Melindungi leher/kepala/muka ketika sejuk

1

Tuala Kecil

Digunakan sekiranya anda berpeluh
1Tuala Besar
Digunakan jika anda hendak mandi di Laban Rata
*‘Barang Keras’
Seluar Dalam dan Baju Dalam
Mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing. Tapi..takkan lah tak pakai kan… errr

Keperluan Kesihatan ketika mendaki


Berikut adalah senarai lengkap peti kecemasan :
  • plaster - berbagai saiz dan bentuk
  • dreassing sterill - berbagai siaz
  • kapas
  • kasa sterill serta swab
  • kasa dressing khas untuk kes terbakar
  • bandage 3 segi
  • bandage crepe penggulung
  • pita lekat
  • pad mata
  • termometer
  • gunting hujung tumpul
  • penyepit
  • pin penyelamat
  • kertas tisu
KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.

Untuk mendaki Gunung - Ganang contohnya Gunung Kinabalu:-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.
-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.
-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..
-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..

Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan
-Jika anda mengalami masalah kesihatan selain..

Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .
  • losyen antiseptik
  • losyen kalamin
  • beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
  • lampu suluh
  • pensil dan kertas

Tuesday, 2 December 2014

Persediaan Aktiviti Hardcore Hiking Gunung

Aktiviti 1
Aktiviti Memanjat ni bagus untuk kekuatan 
tangan dan kaki.
Aktiviti 2
Aktiviti rock climbing ni mmg la bgs.. Batu-batu yang tajam amatlah menyakitkan jika kita tidak memakai seluar yang panjang serta memakai kasut yang bersesuaian.
Aktiviti 3
Aktiviti Memanjat menggunakan tali.
Aktiviti 4
Aktiviti meneroka Hutan
Aktiviti 5
Flying Fox
Aktiviti  6
Imbang Badan
1. Wajib bawa air. Tapi, perlu diingatkan supaya berat air tidak menjadi terlalu membebankan untuk dibawa. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Water Bag sesuai untuk mendaki.

2. Makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang. Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Aktiviti Hardcore (Aktiviti yang menggunakan tenaga yang byk) perlu anda bawa makanan yang berat. Contoh Nasi atau Roti... Burger pun boleh.

3. Peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku. Wajib bawa.

4. Perancangan awal mendaki, pastikan uols membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Contoh naik bukit, Main Badminton, Futsal dan Berenang. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman aku kena muscle pain kat otot peha.)

5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.

6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.

7. Baju yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Jangan pulak pakai baju kemeja, ala-ala bekelah ditepi pantai semasa mendaki. Tak sesuai kan? Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Kasut ni tolong la cari Kasut Hiking. Kasut yang selalu saya hiking ialah Colombia.

8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.

9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat and bagi nama pada Balai Polis Berhampiran. Selalunya aku buat gamble mendaki. Jangan buat keje gila mcm saya sudah.

Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian. Thanks uols.

Gunung Rinjani, Lombok

Assalamualaikum Hikers ... Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ...