Sunday 30 November 2014

Permit Gunung Di Cameron tutup sehingga bulan Februari 2016

Aku Rindukan Gunung

Permit Terbaru untuk mendaki
Di Pergunungan di Negeri Pahang...
Sapa yg rndukan Mossy2... cepat2 Apply
Permit di Jabatan Perhutanan Pahang...

Irau dibuka semula 1 Mac 2016




Mossy forest ditutup mulai 1 Oktober 2015




Sebarang permit pendakian ke hutan simpan Negeri Pahang tidak dpt dikeluarkan
Tarikh kuatkuasa 15 November 2014 -31 Januari 2015...
Rindunya Pada Gunung-gunung Banjaran Titiwangsa....


Irau ohhhhhh Irau..

Thursday 27 November 2014

Gunung Irau (Mount Irau) @ Cameron Highlands

~ Gunung Irau ~

Fuhhhhh... Cantikkan.. Serupa Cerita The Lord Of The Ring...
Gunung Irau merupakan sebuah Gunung di Sempadan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan mempunyai Ketinggian 2,110 m (6,924 kaki)..
Gunung Irau ini merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands dan ke 9 tertinggi di Semenanjung dan ke 15 di Malaysia... Yang best nye Irau ni sebab cuaca yang sejuk dan tidak terlalu Hardcore bagi pendaki yang baru je berjinak dengan aktiviti Mendaki...

Saya dah 9 kali naik ke Gunung Irau ini dan ingin kembali lagi apabila saya selesai bercuti nanti... Sekarang saya lihat Irau dah sesak dengan ribuan pendaki yang mendaki di sana.. Dan saya pasti Trek Irau akan rosak kembali.. Semoga kita menjaga alam yang cantik ini dan peliharalah alam sekitar.....

Nama : Gunung Irau
Nama Glamour : Mossy-mossy Forest
Tempat : Sempadan Perak / Pahang - Banjaran Titiwangsa
Lokasi : Brinchang , Cameron Highland
(Kalau Kita dari Cameron, belok sebelah kiri.. Kalau dari arah Simpang Pulai, sebelah Kanan...
Trek : Tanah Gambut, Batu serta Akar Kayu..
Time Musim Hujan , Tanah sangat lembik.. Boleh tenggelam kasut sehingga paras lutut...



** Istimewanya Gunung Irau **
1 ~ Suhu yang sejuk sekitar 20 - 18Celcius (masa saya mendaki)
2 ~ Gunung ini terkenal kerana Hutan lumutnya macam Fangorn Forest
ala-ala Filem The Lord Of The Rings
3 ~ Boleh Jumpa pelbagai jenis bunga serta periuk kera





Trek yang cantik bagi penggemar yang suka keindahan Alam
 

Sepanjang perjalanan akar-akar  yang kita lihat

Secara Ringkasnya :

Masa Perjalan Mendaki : 3 Jam -+  dan yang hebat tu dalam 2 jam 30 minit
Masa Perjalan Turun : 4 Jam

Minuman : kena bawa air secukupnya. Selalunya saya akan bawa 2 liter air mengikut keperluan badan kita.. Bawalah Water Beg dan disana tidak ada sumber air....


Makanan : Seboleh-bolehnya makanlah diawal pagi. makan Sekeping Roti Canai dah berbaloi. Selalunya Group hiking saya akan singgah breakfast di Kedai Roti Canai di Brinchang... Dalam beg pula jangan lupa bawa Coklat Power Bar,Makanan2 ringan.. (Lapo kot bila dah sampai ke puncak)


Lokasi : Trek ke Irau sangat2 Cantik dan saya mendaki ke Puncak Irau ini sudah lebih 7 kali.... 

 
Ho.... Ho... Ho... Sempat Bergambar Lagi

So... Jangan tunggu lagi.... Mendakilah ke Irau... Mendaki menggunakan Kekuatan tangan...
Layannnnn..... Gunung Irau sudah dibuka semula pada 1 April 2016.. Sesiapa yang berminat hendaklah mendapatlan Permit di Jabatan Perhutanan Raub, Pahang........

This Is Mossy-Mossy Forest



Aktiviti Memanjat

Yeay.... It's Me

Wif My Mr Hubby


Atas Pokok

Nun jauh melihat keindahan dari atas Puncak...




Tuesday 25 November 2014

PERJALANAN KE GUNUNG KINABALU


4 SEPTEMBER 2014

7.30 Pg : Klia 2
10.30 pg : Kota Kinabalu Airport
11.00pg : Lepak2 di Kota Kinabalu, Makan Tengahari
3.00 ptg : Gerak ke Kundasang
5.00 ptg : Sampai Kinabalu Park
6.00 ptg : Check In Chalet / Resort
7.30 mlm : Dinner
8.30 mlm : Rehat

5 SEPTEMBER 2014

8.00 Pg : Breakfast
9.00 Pg : Gerak Ke Kaki Gunung (Start Mesilau)
Azab bermulalah perjalan menuju ke Laban Rata. Berlawan dengan Angin Kencang, Ujan Renyai, Kesejukan yang teramat sangat.


 Muka Di Awal Perjalanan


 Menolak Arus Angin


Posing Maut lah Konon.... sanggup panjat nak bergambar dengan papan tanda tu...

6.00 ptg : Sampai ke Laban Rata


Fuhhhhh, seronoknya bila dah nampak Rumah White House. Rasanya azab penat dah hilang sekejap.

7.00 ptg : Dah gelap , time untuk makan nasi.. Masa ni mmg kebulur la. Baru nampak nasi.
9.00 mlm - 1.00 pg : Rehat
2.00 pg : Berkumpul para pendaki untuk mendaki ke Puncak Kinabalu

Semangat dak aku...


2.30 - 6.00 pg sampai ke Puncak Kinabalu
7.00 pg : Tengok Matahari dan Keindahan dari atas puncak. Kesejukan -2 Celcius
9.00 pg : Gerak turun ke Laban Rata


Siap berposing maut turun. Hahahahahahahaha

12.30 tgh : Sampai ke Laban Rata
1.00 tgh : Lunch
1.30 tgh : Gerak turun
4.00 ptg : Sampai ke Mesilau


Berjaya menawan Puncak Kinabalu...
Seterusnya Misi ke Puncak sekali lagi pada 19 Februari - 23 Februari 2015...
Nantikan aku datang lagi......

Puncak - Puncak Kinabalu

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:


~Ciri - ciri Fizikal~
Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.
Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak di antara Kundasang dengan Ranau.

Puncak Low (Low's Peak; 4095.2 m)

Puncak St. John
(St. John's Peak; 4090.7 m)
Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria
(Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)

(Ugly Sister Peak)

Puncak Raja Edward (King Edward Peak)


(Donkey Ears Peak)

(Tunku Abdul Rahman Peak)


5 Gunung Tertinggi Di Malaysia


GUNUNG KINABALU

Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan bersemadi di Gunung Kinabalu.


GUNUNG TRUSMADI
Gunung ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi.



GUNUNG TAMBUYUKON

 
Gunung Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah. Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.



GUNUNG MURUD
Gunung yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.



GUNUNG MULU
Gunung ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian 1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu, peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.


****

Al-Quran menyebutnya bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)
Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali.

Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu


Peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu

1. Baju Sejuk Waterprof  (tebal),  jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan

2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.


3. Baju Hujan (Rain Coat) – Beli kat 7 eleven yang RM7 jangan beli yang RM2 mudah koyak


4. Head Lamp – Gunakan bateri baru


5. Sleeping Bag Nipis – Jgn bawak yang tebal gabak..ini bagi yang tak tahan sejuk. kekadang cuaca lebih sejuk kat Laban Rata nanti


6. Tongkat – Dulu ada tongkat kayu yang dijual, sekarang tiada lagi, yang ada tongkat kayu batang mop, harga kalau tak silap RM8. atau anda boleh bawa tongkat boleh laras yang dibeli kat kedai Outdoor sekitar RM20-RM40, atau anda boleh sewa tongkat besi ini masa hendak mendaki dari pondok Guide (Dulu ada, skrg xde sewa2 dah)


7. Head Cap & Kain untuk menutup hidung dan mulut. Contoh dibawah.


8. Wraping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik ketika mendaki untuk elakkan beg basah jika hujan lebat.


9. Tisu basah, Barang- barang Peribadi, Power Bar, Air (Water Bag) dan lastly Powerbank utk handphone (nyawa tu)





Ni adalah satu contoh pakaian lengkap untuk mendaki ke Kinabalu

Rain Cot – Berguna sepanjang perjalanan mendaki jika hujan

Kasut Hiking – Sebolehnya yang bertapak kasar dan ada Grip


Glove Tebal  (waterproof)   


Head Lamp – berguna semasa hendak mendaki kepuncak pada jam 2.00 am


Ni adalah contoh kain yang nak menutup pada mulut.. Di atas nanti agak sejuk.. kekurangan oksigen.. So, boleh beli kain yang dapat tutup kepala mcm adik kita ni dan abang kita yang tutup mulut ini..

Pakaian lengkap berada di Puncak

Done ... See u again




Done Misi Ke Kota Kinabalu

 Tips naik Gunung Kinabalu. Untuk mereka yang plan naik dan juga untuk peringatan diri sendiri... Sorry post ni panjanggggg... 😅

1) Jgn bawa banyak barang. Utk pakaian, cukuplah sekadar bawa satu wind breaker, satu dry fit shirt, satu tracksuit, satu beanie, satu headlight, sepasang stoking tebal & glove tebal. Semua ni untuk kegunaan mendaki puncak dari Laban Rata.

2) Makanan pula bawa yg ringan2 tapi manis seperti chocolate cadbury & snickers. Utk air, bawalah 100plus 1.5ml (Disarankan yg 100 PLUS ACTIV yg x carbonated tu utk hindarkan bloating stomach) & air kosong 1.5ml (Di sarankan MINERAL bukan RO). Air mineral tu dicampur ORS awal2 di Timpohon. Berapa bnyk nak bawa? Ikut nafsu sendiri. Bawa satu 100plus sma satu mineral water jer. Di Laban Rata boleh refill air masak. Ada cerek elektrik disediakan di asrama. Tp kena tunggu giliran.

3) Jgn lupa ubat-ubatan. Tab. Stemetil bagi mengurangkan loya disebabkan altitude sickness, Tab. Paracetamol untuk melegakan sakit otot. Bancuhan ORS sgt penting bg mengembalikan elektrolit badan. 

4) Beritahu kumpulan masing2 utk berkumpul awal di Kinabalu Park. Sbb banyak barang nak settle. Pendaftaran, taklimat ringkas dll. Supaya tidak kehilangan banyak masa. Perjalanan dari kaunter Kinabalu Park ke Timpohon mengambil masa dalam 30 minit guna van yg disediakan. Mulakan pendakian seawal yg mungkin supaya member2 yg jenis lambat tidak tergopoh gapah & terkejar2 masa. 

5) Pakaian semasa mendaki dari Timpohon saya syorkan seluar pendek & baju dry fit sahaja kerana suhu tidak berapa sejuk dan mudah untuk bergerak serta tidak berat. Kasut apa2 pun bole asal tapak kuat cengkam serta selesa dipakai. 😅 Disarankan bawa ler  tongkat untuk kemudahan dan menjadi “kaki ketiga”. Tak pun sewa je...

6) Semasa mendaki dari Timpohon, salah satu petua dari guide adalah “Kecilkan langkah. Kalau naik tangga tu pelan-pelan langkah. Pijak batu2 kecil di antara jarak satu tangga sebab jurang antara tangga ada yang besar. Jadi cari batu kecil di pertengahan untk memudahkan dan mengecilkan langkah.” Bagi laluan pada malim gunung, kesian dorang angkat barang berat2. 

7) Setiap satu kilometer ada perhentian (“hut”). Pastikan berkumpul dalam kumpulan masing2. Makanlah snacks yg dibawa dan minum sedikit2. Jangan minum berabis, nanti cepat cramp. Kasi basah tekak saja. Bagi yang (merokok), kalau boleh tahan, jangan setiap perhentian dok berasap tak habis2. Lagi satu, Jangan mulut celupar! Ada satu perhentian sangat “keras”. Ntah kilometer ke berapa. Macam di Paka Shelter yg ada tangki hitam siring jalan.

8 ) Bermula dari layang-layang hut, iklim sudah mula berubah. Ada yg akan merasa pening & loya disebabkan altitude sickness. Petuanya, “TARIK NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM”. Masa ni la perlu control pernafasan korang betul2. Muka bumi yg mulai mencuram, kelicinan disebabkan embun & perubahan suhu akan merumitkan lagi pendakian apalagi kalau berhujan. Masa ni bibir serta hujung jari akan pucat dan membiru.

9) Sampai saja di Laban Rata, tolong laporkan diri di kaunter ..Jadi korang akan ditempatkan bersama ahli kumpulan sendiri mengikut warna tag nama. 

10) Perjalanan dari Timpohon mengambil masa dalam 6-8 jam. Bagi yg pace ala-ala tipah temenung, macam hakak..... ambil masa 8 jam jd sampai di Laban Rata dalam pukul 5-6pm. Sampai di bilik, kemaskan tempat tidur. Pastikan barangan berharga selamat dan disimpan rapi. Jujur hakak cakap, di Laban Rata korang TIDAK akan terasa nak MANDI sebab air dia macam AIS! Jadi apa saya buat, terus tukar baju yang bawa td (yang tips no. 1) dan pakai baju tu sampai kamu naik puncak esok pagi. Jangan risau, peluh korang akan mengering kena kesejukkan di Laban Rata. Tapi kalau korang bekeras jg mau mandi sebab x selesa,pergi ler try dengan kesejukkan dia sampai ke tulang!

11) Lepas kemas barang, get ready for some MAJESTIC VIEW! Oh ya, jangan lupa masa dinner di restoran. Dinner akan bermula dari jam 6-8pm.

12) Masa makan, ambilah jumlah yang berpatutan. Jangan takot rugi sebab bayar mahal, tapi takut sebab tak sampai puncak.. Dah sakit Perut kan.. Hakak de pengalaman kawan akak tak dapat nak naik sebab makan kambing terlalu banyak... Tapi kena beringat, belum lagi naik puncak. JANGAN OVERSTUFFED! Hakak syorkan signature dish durang, Black Pepper Beef/Lamb. SEDAP & boleh memanaskan badan kamurang yang tengah sejuk. Tp ingat jgn jg berabis makan makanan pedas. Takut nnt perut memulas & boleh menganggu fokus pendakian. Lepas makan, WAJIB melihat permandangan indah di koridor restoran! CANTIK!! 

13) Selesai dinner, balik pegi bilik masing2, tidur dan berehat secukupnya. Tapi jujur saya cakap, korang tidak akan dapat tidur sebab sejuk dan kepenatan. Jadi pandai2 la pujuk mata untuk tidur. Paling penting sediakan peralatan utk mendaki puncak esok! Hakak cuma bawa air kosong 1.5ml+ORS saja supaya beg tidak berat.

14) Pendakian puncak akan bermula 2am. Tapi sebelum mendaki korang akan makan satu kali lagi iaitu “supper” jam 12am atau 1am kalau x silap. Korang tidur dulu dan berehat sejurus selepas habis dinner supaya  tidak ketinggalan “supper” sebab terlalu syok tidur.  Makan apa yang disediakan untuk membekalkan tenaga utk naik ke puncak. Untuk “supper”  pilih lah makanan yang berkarbohidrat kompleks. Suhu yang sejuk membuatkan kita cepat lapar... Tapi kena ambil berpatutan supaya korang x overstuffed.... Lepas makan, sapa yg mahu ke toilet, pergi la dulu...

15) Pintu masuk akan dibuka tepat 2am & pendakian dimulakan. Macam sa pesan tadi, kawal pernafasan. “NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM.” Di sini kamurang WAJIB menggunakan headlight. Suhu sangat ekstrim SEJUK! Perlahan2 naik supaya kamurang tidak tergelincir. 

16) Di kawasan yang sudah mula bertali, pastikan kamurang berpegang teguh dan kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki terasa kebas kerana suhu sejuk, jangan sesekali terlepas pegang! Suasana yang gelap, licin & sejuk akan membuatkan kamurang sukar mendaki. Teguhkan azam dan semangat! Guide kamurang akan cakap “tidak jauh lagi, kurang satu jam lagi” padahal itu semua tipu belaka. HAHAHA! Jangan hilang lokasi atau tinggal jauh dari kumpulan. 

17) Pastikan  korang jangan kerap berhenti & berhenti dengan lama di sepanjang pendakian ke puncak. Kena ingat, wajib melapor diri di Sayat-sayat Hut sebelum 5am! Kalau lambat, tidak dibenarkan masuk sbb suda ketinggalan jauh. Jd untuk yg sempat sampai di Sayat-sayat Hut saja,  hanya dapat sijil Hitam Putih. Bagi yg berjaya limpas Sayat-sayat Hut sebelum 5am, TAHNIAH! Kamu sudah melepasi halangan terakhir ke puncak dan sijil  berwarna! Teruskan usaha! Matahari akan terbit pd 6am. Jadi cepat2 la bergegas mendaki kalau nak tgk sunrise. Bg yg jenis lambat, tak kisah tu sunrise, yang penting sa berjaya sampai puncak 😜. Tp, lebih awal korang sampai, lebih lama masa  korang mau menikmati permandangan puncak Kinabalu, tp lebih lama juga la bersejuk di atas. Hahaha! Masa yang diberikan kepada pendaki untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu sambil berselfie, bergroupfie, berwefie adalah 1-2 jam saja. Semua akan diarahkan untuk mulakan penurunan pada jam 7-8am. Ini kerana takut di puncak pusaran angin kuat yang akan merumitkan penurunan & supaya  tidak lambat sampai Laban Rata seterusnya ke Timpohon. Jadi jangan leka bermain handphone dan peka arahan guide! *AMARAN KERAS* JANGAN BUAT BENDA PELIK2 DI GUNUNG KINABALU! Korang kini berada di tempat paling suci bagi masyarakat KDMR....

18) Kalau mendaki terasa mencabar, menurun lebih berlipat kali ganda cabarannya. Kawasan bertali yang korang daki dalam gelap tadi rupanya curam dan GAUNG yang DALAM! Masa tu la korang tahu kenapa perlu naik awal pagi. Selain mau kejar sunrise di puncak, ia juga bagi menghilangkan ketakutan pendaki. Jadi dalam gelap kamurang tidak nampak apa2. Bila turun barulah bergegar lutut ketakutan! Apa pun, turun perlahan2 dan ikut giliran. Oh ya! Jangan lupa ambil gambar di South Peak atau puncak duit seringgit!

19) Sampai di Laban Rata, balik bilik masing2, kemaskan apa semua barangan korang. Lepas kemas, korang akan dihidangkan dengan sajian terakhir di restoran iaitu sarapan pagi. Dan boleh turun pulang ... Hadap tangga yang banyak...


Jujur cakap, dari segi bentuk muka bumi, Kinabalu cuma susah dari Laban Rata ke puncak saja.. Yang dah layan G7,serupa tempat playground tapi jangan terlalu syiok sangat sebab Kinabalu tinggi weyh.. Sejuk... So, Jangan jadi AMS ya (altitude mountain sickness )

Untuk naik Kinabalu, hakak syorkan korang banyakkan latihan pernafasan semasa korang berlatih hiking. Kalau pandai kawal pernafasan, sijil berwarna sudah pasti dalam genggaman!

Suhu di Laban Rata dalam lingkungan 3 ke 4 darjah celcius waktu petang. Kalau malam dalam 1 ke 2 darjah celcius. Di puncak pula, mungkin dalam -3 ke -1 darjah celcius waktu subuh masa mendaki.

 Apa pun itu adalah rezeki masing2... Sampai atau tak ... Hehehehhe... Paling penting doa serta azam supaya dipermudahkan pendakian.

Sorry kalau posting ni terlampau panjang. Semua tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman Hakak  hokey. Lain orang, lain pula caranya. Bagi hakak, hakak seorang average, tidak fit dan tidak juga tidak fit... dah tua.... Yang sedang2 saja. Kalau setakat Bukit Kledang tu saya boleh naik dalam 3 jam. Hahahahahahaha

Satu je nak cakap, KINABALU SANGAT LAWA!!!! Dream do really come true! There’s a will, there’s a way!

SELAMAT MAJU JAYA!

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...