Saturday 27 October 2018

Gunung Korbu & Gunung Gayong (KORGA)




20-23 hb Oktober 2018 - Ekspedisi pendakian ke Gunung Korbu dan Gayong pada kali ini agak yang paling santai Mak Jemah setelah sekian lama Hakak dok Layan Trip Compress n Daypack.... Nak tawan Gunung G7 ke 2 Dan 4 nih bukan senang tau... Badan nak kene Fit n tahan dengan kesejukan..... Mantel kena la ready yeee....


Nama Gunung : Gunung Korbu & 
Gunung Gayong

Banjaran : Titiwangsa

Ketinggian : Korbu - 2183 meter (G7 ke 2)
Pemandangan terhad kerana dikelilingi pokok2 renek, agak luas untuk bercamping dan Cuaca Ya Amat Sejuk

Gayong - 2173 meter (G7 ke 4)
Pemandangan dikelilingi Pokok2 besar, tidak sesuai untuk camping kerana persekitaran agak sempit dan cuaca Sangatlah sejuk

Cabaran : 9/10 dengan pelbagai cabaran. Meredah Sungai , melalui denai serta melintasi kayu Balak yang besar. Trek Berbukit 90 darjah yang bertali dan bertangga sejumlah 22 tangga di sepanjang trek menuju ke Korbu & Gayong... Terlalu banyak Lopak dan selut di sepanjang jalan menuju ke Korbu Gayong...


Tempoh Pendakian : 

DAY 01
Ulu Kinta - Empangan Sultan Azlan Shah - Air Terjun Balak - Kem Seroja  (3 Jam)

DAY 02
Kem Seroja - Kem Kijang - Last Waterpoint - Bukit Botak - Chuban - Gunung Korbu  - Gunung Gayong (10-11 Jam)

DAY 03
Gunung Korbu - Gunung Gayong - Chuban - Botak - Last Waterpoint - Kem Kijang - Kem Seroja (5 Jam)

DAY 04
Kem Seroja - Air Terjun Batu Besar - Empangan Sultan Azlan Shah - Ulu Kinta (3 Jam)



Trip Korga santai ini Ternyata bukanlah faktor umur, pengalaman dan jantina menjadi penghalang dalam seseorang itu melakukan aktiviti pendakian seperti ini.... Ekspedisi KORGA 4D3N santai ini jika tiada disiplin rasanya tak berjayalah Misi yang sebenarnya... Perlukan semangat sepanjang hari dan keazaman yang kuat untuk terus bertahan melayan kerenah Trek2 Korbu & Gayong.... Agak perih juga bagi golongan pendaki yang sudah berumur menjangkaui 50 tahun...





Perjalanan pada hari pertama iaitu 20hb Oktober bermula pada jam 10.30am daripada Intake Point menuju ke Kem Seroja. Kami berhenti rehat untuk makan tengahari di Air Terjun Balak selama 30 minit. Kemudian mendaki Bukit Penat menuju ke Kem Seroja.  Pendaki terakhir selamat tiba sebelum matahari terbenam.



Indah Bagai di Syurga




Ketika Anda mendaki, tidak perlu fokus untuk mendapat puncak tetapi nikmatilah pendakianmu senikmat mungkin




21hb Oktober - Seawal 8.00 pagi para pendaki telah mula bersedia untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Korbu. Group berkumpul dan berehat sambil menunggu orang terakhir di puncak Botak. Makan tengahari disini sambil merenung kedasyatan Chuban untuk dilalui selepas ini. Pendaki terakhir tiba di puncak Gunung Korbu pada lewat jam 5.30 petang. 


Kami Berjaya
Tahniah Buat Lineup semua


Gunung Korbu 


Gunung Gayong


Bersama-sama Sweeper & Tanker Padu

Jab , Muis & Kaka LoVe

Selepas mendirikan khemah , perjalanan diteruskan secara daypack ke puncak Gunung Gayong pada Jam 6.00 petang. Tiba di Gunung Gayong Jam 8.45 malam ... Seterusnya pulang ke Gunung Korbu  dan tiba  jam 12.30 Pagi... Sebahagian turun dari Puncak Korbu menuju kem Botak dan sebahagian lagi tinggal di Puncak Korbu..






22 Oktober 2018 - Menuruni Puncak Gunung Korbu pada Jam 7.00 Pagi secara santai sepak Daun, Kayu dan Batu sambil menikmati panorama di Puncak Chuban dan Puncak Botak..
Kami tiba di Kem Seroja Jam 2.30 Petang..
 Jam 8.00 mlm menikmati hidangan makan malam...



Bz didapur tolong Chef Pak Belalang


Jarang sekali dapat makan di atas Daun Pisang..
Serupe makan di Hotel 5 Star..
Terima Kasih Chef Pak Belalang kerana susah payah merealisasikan Ala~ala mamak mkn atas daun pisang..


Nun Jauh Gunung Gayong



Jam 10.30 pagi semua pendaki  tiba dengan selamat di Intake Point Empangan SAS Ulu Kinta dan keluar ke pintu empangan untuk mendapatkan kenderaan masing-masing....



BUDDIES 

YAT & MIJAA




Secara keseluruhannya, ekspedisi berjaya dan semua pendaki berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan berlaku disepanjang perjalanan ekspedisi. Diharap pendaki-pendaki yang terlibat tidak serik dan akan kembali beraksi untuk menakluk puncak-puncak tertinggi yang lain lagi pada masa hadapan.







Kata-kata Ucapan Dari Penaung Melati Hikers





Rindu Gunung


Rindu yang kau dan aku ciptakan
dari tumpukan jarum jam yang patah
telah menjadi gunung-gunung
yang tinggi....
Seumpama nanti, akhir bulan ini,
ada tanggal-tanggal merah
untuk rindu kita yang saga,
aku akan melepas diri
dari rantai-rantai di kaki meja ini,
mengajak kau mendaki dan,
seperti bendera kemenangan,
kaki-kaki akan kita tancapkan
di puncaknya.
Kasih, bila tahun ini ada libur panjang,
aku mau jadi kemah dan tungku
di badanmu yang gunung



SEJARAH KORBU GAYONG


Bagi penduduk asal iaitu orang asli sekitar Gunung Korbu, mereka menggelar Korbu yang bermaksud ''Kerbau'' , pada awal penemuan puncak ini, mereka terjumpa tengkorak kepala kerbau di puncak gunung ini, lalu dinamakan Gunung Kerbau, dalam sebutan bahasa Asli Semai, di panggil Korbu.

Ada juga pendapat menyatakan tengkorak kerbau itu kemungkinan sebenarnya seladang, memandangkan Perak antara kawasan habitat spesis ini. Tidak hairanlah skuad bola sepak Perak sendiri pun menggelarkan mereka Seladang Perak.

KEMALANGAN


Pada tahun 1999, 14 remaja telah membuat pendakian. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas.Walaubagaimanapun, punca sebenar kematian masih misteri. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa. Menurut pendapat seorang Guide berpengalaman kami, Muzafar, beliau mengklasifikasikan kematian dua sahabat itu sebagai "hypotermia" oleh kerana pada malam itu cuaca terlalu buruk dan sejuk.

laporan lanjut akhbar Utusan : http://www.silveroutdoors.my/2016/06/misteri-kematian-dua-pelajar-di-puncak.html

Monday 1 October 2018

Bukit Gelok, Gerik


Alhamdulillah, hasrat dan impian untuk mendaki Bukit Gelok bersama Group Membawang Hikers dapat direalisasikan pada hari Sabtu yang lepas.. Tarikh 29 September 2018 adalah hari yang sangat bahagia kerana Ontrek Gether2 Bunga Chinta bersama Membawang.... Rinduuu Betolll nak Ontrek....

Lokasi Bukit Gelok ni terletak di Lawin Perak.... Kalau dari Ipoh ke Lawin 110 km jauhnya untuk ke sana dan Bukit ini menjadi viral dengan awan karpet dan sunrise yang cantik.... Bukit Gelok ini adalah salah satu lokasi yang terbaik di Gerik untuk didaki dengan menyaksikan sunrise dan awan karpet yang sangat Cantik.... Selain itu kelebihan berada di puncak memberikan satu kepuasan yang berganda-ganda buat pendaki  kerana pemandangan  di puncak yang menjanjikan panorama 36o yang cukup indah bagi para pendaki....


Bukit ini pernah terbakar dan boleh dikatakan treknya seperti K2  kerana pendakian anda semua ke sini memang memberikan cabaran yang tersendiri terutama ketika melalui trek dimana disebelah kiri Gaung dan kanannya adalah juga gaung... Tak payah nak pergi jauh2  ke Gunung Mahameru Dan Gunung Raung di Indonesia... Gelok umpama Gunung2 yang terdapat di Indonesia... Betul le... Kalau tak caya meh pakat-pakat datang Gelok ni...
Mendaki Bukit Gelok, Lawin Perak
Terlebih dahulu semua lineup  seramai 41 orang berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan di Masjid Lawin, Gerik... Kami diberi taklimat ringkas oleh Guider serta Gogo Dari Kospen PKD Hulu Perak serta membuat senaman ringkas... Seterusnya menaiki kenderaan masing-masing ke Tempat letak kereta... Kami diarahkan menaiki powil sehingga ke starting point Jam 2 Pagi yang melalui kawasan kebun Getah sebelum memulakan pendakian menuju ke Puncak.. Tiba di Starting Point Jam 2.40 Pagi dan bergerak terus ke Puncak... Alhamdulillah jam 3.40 pagi Hari Sabtu Tarikh 29 September 2018 kami tiba di puncak Bukit Gelok yang menjanjikan panorama yang mengasyikkan dan mendamaikan.... Mana taknya, Sejok yaa amat tiba di puncak....  Pendakian secara santai ini yang mengambil masa lebih kurang 1 Jam tanpa berhenti untuk sampai ke puncak...
Berkumpul di Masjid Lawin, Gerik

Bergerak ke starting point Jam 2.40 Pagi
Ke Puncak Bukit Gelok... Trek 70 Darjah... Agak Menaik masa ni...
Gambar ni ketika kami turun tau.. Masa Naik waktu pagi...
Antara laluan trek Bukit Gelok, yang berbatu kecil dan agak licin jika tersalah pijak... Perlu berhati-hati kerana batu -batu akan menimpa para pendaki dari bawah..
Pokok Timberland yang akan dijumpai di pertengahan perjalanan mendaki  Bukit Gelok....
Ini antara lokasi yang menarik untuk bergambar 
Bukit Gelok antara berpuluh-puluh bukit & gunung menarik untuk diterokai yang terdapat di Banjaran Papulut. Bukit ini berketinggian 538 meter ini terletak di selatan Hutan Simpan Papulut, Lawin, Perak.... Bukit yang boleh dilihat daripada jalan utama lenggong - Gerik terdapat beberapa cara untuk menuju ke starting point tapi antara laluan yang paling senang untuk akses ke sini adalah melalui Felda Lawin Selatan sama ada menggunakan kenderaan 4x4 atau motosikal.
Walaupun Bukit ini tidak begitu terkenal seperti Gunung Papulut, Pulut dan k2 puncak bukit yang botak dan pernah terbakar ini menjanjikan view 360 dengan trek pendakian yang mencabar ala-ala Gunung Kenderong.... Bukit yang pernah terbakar ini boleh disifatkan treknya seperti mini K2... Untuk mendaki di sini sangat digalakkan untuk mendaki secara daypack pada awal pagi untuk mengelakkan cuaca yang panas ketika tengah mendaki kerana sepanjang mendaki tidak ada begitu banyak pokok besar yang boleh dijadikan kawasan teduhan daripada terik sinaran cahaya matahari.... Sekiranya ingin berada di puncak pastikan membawa air yang secukupnya kerana di sepanjang perjalanan menuju ke puncak ini tiada tanda tempat lokasi terdapat waterpoint di sekitar bukit ini.

Keadaan di puncak boleh dijadikan kemsite walaupun ia agak berbatu dan agak tidak rata... Tepulang pada Para pendaki samaada ingin bermalam di atas puncak atau tidak... Pilih la hari / bulan yang bukan musim tengkujuh... Tiupan angin agak kuat tidak sesuai jika didirikan kemsite kerana di puncak ini tidak terdapat pokok besar yang boleh dijadikan penghadang daripada tiupan angin terus mengenai khemah yang didirikan. Di sini juga para pendaki boleh menjumpai tinggalan beirut lama yang sudah rebah menyembah bumi. 
Apa yang cukup paling menarik mendaki disini adalah panorama penuh 360 daripada puncak yang cukup memikat hati. Daripada puncak para pendaki boleh melihat pemandangan indah kawasan lawin, Tasik Kenering, gunung-gunung Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh. 

Pemandangan di sekeliling Bukit Gelok, dari puncak boleh lihat Tasik Kenering, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang & Banjaran Ulu Soh
Ade nampak muka Happy tak???
Mesti la happy kan... Bile berkumpul bersama-sama sahabat pendaki.... Terasa Seronok sgt.....

 Bangun daripada tidur, disajikan pula dengan pemandangan indah dan keterujaannya memukau hati sambil layan secawan kopi panas di awal pagi, satu nikmat yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata, satu kedamaian menenangkan Hati...
Antara nikmat minum kopi sambil melihat panorama Bukit Gelok
Sakan bergambar bersama-sama Group Membawang Hikers
Puteri-puteri Gelok
Love Them
Ninja And Frens
Siap sedia untuk pulang.. Berhati2 melangkah
Bersiap untuk pulang dengan Keadaan trek yang dilalui pada permulaan mendaki, Trek menurun agak licin dan disarankan berhati2 kerana takut2 dikhuatiri tergelicir ke bawah... Bawa lah sarung tangan kerana disana terdapat tali yang boleh dipegang.... Kami tiba di bawah jam 9.30 pagi...
Menunggu Powil di Ladang Getah Pak Munawir
Macam sardin atas Powil
Aiceceh muke tak saboooo nak makan...
Lapo kot turun.. Makan pun tak tgk kiri kanan..
Sayang.... Mai...Nana.. Dilla...
Sekian, Jumpa lagi kita di Membawang Hikers
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkan, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.

(Surah Al-Anbiyaa':31

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...