Thursday 24 January 2019

Tok Nenek, Bubu & Yong Yap (TNBYY)


Assalamualaikum Para Pendaki semua.. Cabaran kali ini Hakak mendaki 3 buah gunung serentak iaitu TNBYY.. Gunung Tok Nenek 6,278 kaki, Gunung Bubu 6,476 kaki dan Gunung Yong Yap setinggi 7,110 kaki dari paras laut.. Ketiga-tiga puncak ini terkenal dengan pemandangan penuh Banjaran Titiwangsa.. 

Ketiga-tiga gunung ini semakin menjadi kegilaan pendaki bagi salah satu destinasi wajib dalam aktiviti pendakian mereka.. Lazimnya pendaki akan melalui ketiga-tiga puncak ini di dalam 1 ekspedisi.. Bagi pendaki amatur, sehari je boleh dilakukan dengan syarat cukup stamina dan terlatih untuk keadaan luar jangka dan sedia untuk mengharungi pahit getir sepanjang pendakian menakluk ketiga-tiga puncak ini. 
Seawal jam 6 pagi taklimat dan buat senaman bagi meregangkan kaki & juga tangan.. Almaklum perjalanan sangat jauh 43.6 km... Pukul 6.30 pagi bermula la pendakian.. Awal-awal lagi dah masuk sungai. Kemudian melalui hutan yang dipenuhi banyak buluh-buluh besar. Cabaran pertama ialah bila banyak pokok-pokok buluh tumbang yang menghalang trek. Jalan agak landai, santai, relaks dan belum tahap mencabar lagi . Hutan pun semakin tebal dan lebih kurang 2 anak sungai & 2 Sg Besar yang perlu dilalui. Sampai di KEM SIMPANG Y dengan ketinggian 900 meter jam 8.00 pagi lebih kurang 1 jam 30 minit. Rehat skjp bg menghilang penat lelah... Perjalanan diteruskan jam 8.30 dari Simpang Y menuju ke Kem Lengkuas, Kem Kicap, Kem Asadi, Kem Hari dan yang terakhir Kem Berlumut (Bermalam)...
Kem Lengkuas, Kem Kicap, Kem Asadi, Kem Hari dan yang terakhir Kem Berlumut (Bermalam)...

Pokok Buluh di sepanjang Ontrek

Jam 1045 pagi tiba di Kem Lengkuas
1115 di Kem Kicap
1150 di Kem Asadi (Lunch,Zuhur)
1230 di Kem Hari (Melalui bukit penat giler)
1430 - Tiba di Kem Belumut (LWP)
Jam 8 pagi bersiap dan bermula Pendakian ke Gunung Tok Nenek... Trek kali ini sedikit mencabar kerana suasana yang berbeza... Naik pacak sehingga ke puncak.. Gear 1 melalui laluan hutan lumut, laluan pokok renek dan bonsai,laluan berbatu sehingga ke puncak.. Pemandangan langit biru dan sesekali tiupan angin yaamat sejuk dengan suasana yang menenangkan. 

Gunung Tok Nenek yang sebelum ini dikenali sebagai gunung Table & Chair,terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,278 kaki). 
Gunung Tok Nenek ni terletak di Banjaran Titiwangsa.. Menjadi kegilaan para pendaki kerana puncaknya 360 darjah dan menyajikan pemandangan yang sangat cantik.. Perjalanan 
dari Kem Berlumut menuju ke Puncak 
Tok Nenek mengambil masa 2 Jam.. 
Dari Puncak Tok nenek ke bubu jauh 
perjalanannya 4 jam...
Puncak Tok Nenek yang menyajikan pemandangan 360 darjah dan pemandangan yang sangat cantik..

Perjalanan diteruskan Jam 10.45 ...Jalan...jalan.. jalan sampai kat PUNCAK KAMBING 11 pagi... Jalan...Jalan dan Jalan lagi sampai pulak kat PUNCAK KAYONG jam 11.30 pg..  Melalui laluan yang agak curam, mossy, berbatu dan ada yang kena redah laluan 90 darjah.

Sepanjang turun dari Tok Nenek ke Bubu, memang sangat jelas dunia hutan mossy yang sangat mengagumkan.. Subhanallah.. Trek untuk turun puncak ni pun sama bahayanya dan sangat licin, kalau tak betul-betul fokus boleh menyebabkan kecederaan..

Gunung Bubu  yang berketinggian setinggi 1,974 meter (6,476 kaki).. Ianya terletak di Banjaran Titiwangsa dan di atas puncak sangat sejuk dan mossy yang menutupi di atas puncak sehingga tiada langsung pemandangan.. Perjalanan dari puncak Bubu ke Yong Yap mengambil masa 3 Jam 50 minit..
Gunung Bubu 6475 Ft / 1975 m
Alhamdulillah, jam 3 Petang kami sampai di PUNCAK GUNUNG BUBU lebih kurang 4 jam mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan.. Memang tak nampak pemandangan langsung di Puncak Bubu ni sebab dikelilingi pokok-pokok renek, bonsai dan semak tebal. Lebah pun banyak. Kami berhenti rehat dan makan tengahari dulu..

Proses itu tidak ada yang menarik.. Seperti halnya mendaki Gunung.. Kita lelah tapi saat di Puncak, Lelahnya terbayar semua.. Jom makan Dulu ..
Seronok dengan keindahan Mossy2




Perjalanan diteruskan Jam 3.30 ptg... Jalan pun dah  semakin curam dan mencabar.. Pacak 70-90 darjah, banyak akar-akar kayu, licin, berlumut dan becak. Lagi-lagi bila jalan gelap, ouhhh mencabar betul.. Penat, lapar, sakit bdn2 dah mula merasai... Puncak Tipu sudah beberapa kali dilalui dengan pokok-pokok hutan gunung..

Cuaca pun semakin sejuk... Gagahkan diri untuk sampai ke Simpang YY.. Akhirnya tiba Jam 6.50 ptg.. Letak beg dan teruskan perjalanan ke Puncak Yong Yap.. Jam 7.50 mlm sampai di Puncak Yong Yap.. Syukur Alhamdullilah..

Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan Negeri Perak / Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk 'G7' oleh pendaki tempatan.. Puncak dikelilingi pokok-pokok renek dan bonsai yang menghalang pemandangan .. Suhu yaa amat sejuk dan tak boleh duduk lama di atas puncak..
Sampai-sampai jer. Terus speechless. Allahuakbar...Subhanallah... cantik yang amat sangat pemandangan puncak Yong Yap ditemani Bulan yang sangat Cantik....
Jam 7.50 meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kem Jeruk.. Perjalanan masa ni menurun dan dikelilingi hutan tebal dan pokok balak.. Suasana sangat sunyi, tenang dan dah mula dingin..Tepat jam 11 malam tiba di Kem Jeruk

Jam 8 pagi bersiap sedia kemas khemah & bag serta siap sedia makan tengahari.. 10 pagi kami diarahkan untuk bergerak dari Kem Jeruk ke Kem Agas dan Regroup semula di Simpang Y.. Perjalanan mengambil masa 7 jam.. 20 ++ sungai terpaksa dilalui dan kami tiba di Sg Rengil Jam 5 ptg.. Jam 6 Bersurai..

Kesimpulannya trek2 untuk sampai ke destinasi kesemuanya sangat, sangat dan sangat menduga! Sejuk, berbatu, berlumpur, licin dan berakar kadang-kadang boleh buat sesiapa sahaja hampir-hampir putus asa.. Dan ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki sekaligus untuk berpaut pada dahan-dahan kayu - kaki dan tangan.. Apapun ia memang satu pengalaman yang menarik. Dapat melihat keindahan alam dari sisi berbeza. 

p/s : Terima kasih pada Gogo Nik Reus, Guide Ayie & Botak.. Sahabat2 gunung CC Man, Yat, Kak Ct, Farhana, Syam Ayie, Syapik, Kak Yatt, Diana, Amalina dan YLL (nama x hingat) - korang semua memang BEST giler^_^

*Tentatif  Tok Nenek - 
Bubu - Yong Yap*
19-21 Januari 2019

Day 1 (19 Januari 2019)
0400 - Berkumpul di Masjid Lojing
0430 - Bergerak ke Pos Rengil
0600 - Parking (Briefing,Warm Up,Doa)
0630 - Mula Mendaki
0800 - Simpang Y
1045 - Kem Lengkuas
1115 - Kem Kicap
1150 - Kem Asadi (Lunch,Zuhur)
1230 - Kem Hari
1430 - Kem Belumut (LWP) (Bermalam)

Day 2 (20 Januari 2019)
0800 - Berkemas (Subuh,Breakfast)
1000 - Sunrise *Puncak Tok Nenek*
1030 - Puncak Kambing 
1100 - Mula Trekking
1130 - Puncak Kayung
1200 - Kem Lopak (WP)
1500 - *Puncak Bubu*
1850 - Simpang Bubu/YY
1950 - *Puncak YY*
2100 - Simpang Bubu/YY
2200 - Kem Balak Pecah (WP)
2300 - Kem Sg Jerok (Bermalam)

Day 3 (21 Januari 2019)
0700 - Berkemas (Subuh,Breakfast)
1000 - Mula Trekking
1100 - Kem Agas
1430 - Simpang Y
1530 - Mula Trekking
1700 - Pos Rengil (Post Mortem,Dismiss)




OTAI-OTAI Gunung berjumpa dengan mereka

 
Hilang Februari 2009
Kisah Hasan di Yong Yap
Pada 15 Februari 2009, Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor sesat ketika menuruni Gunung Yong Yap. Beliau dikesan menuju ke kawasan Kuala Mu bersempadan dengan negeri Perak. Beliau merupakan kerani RHB Bank, menyertai ekspedisi mendaki bersama 13 rakannya. Kerja-kerja pencarian disertai anggota polis, Unit Udara PolisDiraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat diketuai Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Aziz Hassan. Markas mencari ditempatkan di Pos Brooke, Tanah Tinggi Lojing. Tumpuan di trek Kem Agas kerana tempat itu beliau dilaporkan hilang. Mohammed Hassan banyak kali mendaki gunung termasuk di Indonesia.Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman menyatakan operasi dihentikan selepas menerima arahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Pada 8 Mac 2009, seramai 30 anggota persatuan pendaki dari Kuala Lumpur melakukan operasi mencari mangsa tetapi menghentikan pencarian berikutan gagal menemui petunjuk kedudukan sebenar Mohamed Hassan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat juga dibantu oleh rakan Radio Amatur Gua Musang ( Kelab Praga ) yang bertindak sebagai jawatankuasa komunikasi

Ramai hikers yang menyangka mereka cukup fit dan lengkap untuk menawan gunung,namun hakikatnya ada kesilapan yang dilakukan sehingga tertewas di perjalanan
Jom kita semak apa kesilapan kecil tersebut

1. KURANG TRAINING
* Kebanyakan hikers pada masa kini timbul minat setelah melihat foto-foto menarik yang dikongsikan teman-teman mereka yang telah berjaya menawan puncak. Mereka juga mahukan gambar seperti itu! Tanpa training mereka terus sahaja terjah ke Bukit dan Gunung yang terkenal berdekatan mereka. Dalam sedar tak sedar, akan terjadi lah masalah seperti kaki cramp,muntah dan sebagainya.

2. TIDAK STUDY TREK YANG BAKAL DILALUI
* Kajian tentang trek yang hendak dilalui adalah sangat penting untuk kita menjangka jarak perjalanan,tahap kesukaran perjalanan, bekalan makanan/minuman yang diperlukan, serta “gears” yang perlu untuk trek itu atau dlm erti kata lain merancang perjalanan. Perjalanan tanpa study tentang sesuatu trek berpotensi mendatangkan masalah kepada pendaki itu sendiri bak kata M. Nasir “Gagal merancang,merancang kegagalan”.

3. TIADA/KURANGNYA KELENGKAPAN
* Ramai yang mengambil mudah tentang kelengkapan hiking. “Alah alah alah,day hike je punnn,apa nak beria sangat”, DIALOG INI LAH YANG BAKAL MEMBINASAKAN HIKERS KURANG CAKNA. “GELAPNYA JALAN,KENAPA LAH AKU TAK BELI HEADLAMP/TERCHLIGHT”, “PACAKNYA WEII! KENAPA LAH AKU TAK BELI HIKING STICK!! MENYESALNYAAA!!”.. Itulah antara bisikan dari hati yang mungkin anda sendiri bakal alami akibat dari kesilapan kecil ini.

Thursday 17 January 2019

Gunung Bujang Melaka 2019

Gunung Bujang Melaka

Mendaki gunung Bujang Melaka ini Hakak anggap sebagai latihan dan persediaan untuk xpdc mendaki Trans TNBYY , Korga & Gunung Kerinci pada bulan hadapan.. Telah menjadi kebiasaan mendaki gunung di Malaysia sebelum mendaki gunung yang melebihi ketinggian 2000 meter sebagai warming-up.. 


Gunung Bujang Melaka


Gunung Bujang Melaka terletak di Kampar Perak dengan ketinggi 1234 meter dan amat sesuai untuk training yang Hardcore memandangkan Gunung ini kategori mencabar.. Awal bulan Januari 2019 hakak mengambil peluang bersama rakan-rakan yang bersama-sama yang mendaki TNBYY pada minggu depan.. Last Training bagi menguatkan stamina.. Kami berkumpul di Masjid An Nur di Kampar dan memulakan pendakian sekitar pukul 8.30 pagi.. 


Mula Pendakian - 8.30 pagi
Kem Balak - 9.25 pagi 
Kem Lebah - 11.30 pagi
1.63 km
Permatang - 12.30 tgh
2.33 km
Puncak Gunung Melaka - 1.00 Tgh 
3.53 km



Kami kemudiannya mendaki secara santai setelah segala keperluan lengkap dan bersedia. Pendakian awal kami menyusuri anak sungai..2 jam pertama mendaki, trek agak landai.. Melalui kebun buah, hutan dan kebun getah sehingga ke pondok terakhir orang asli.. Dan lagi makan Buah Durian dengan izin Orang Asli yang menjaga kawasan itu..



 Dua jam berikutnya trek agak pacak dan ada sebahagian trek terpaksa menggunakan tali untuk memanjat.. Masa normal dari Masjid An Nur ke tapak khemah Kem Lebah mengambil masa sekitar 3 jam lebih.. Berehat sekejap bagi menikmati udara segar dan penat lelah mendaki selama 3 jam...  Tapak  di Kem Lebah agak luas dan rata sehingga boleh memuatkan pendaki sekitar 100 orang dalam satu masa.. Sape-sape berhajat nak camping mmg best la.. Jauh ngan org....  Punca air pula terletak berhampiran tapak khemah.. Senang mendaki utk mendapatkan keperluan air utk memasak..



Jam 12 Tgh hari hakak dan rakan-rakan gerak menuju ke Puncak yang mengambil masa 1 Jam.. Akhirnya tiba Jam 1 Tgh.. Alhamdulilah selamat semuanya..


Beirut Gunung Bujang Melaka


Winn.... Tahniah untuk Diri Sendiri


Terbalik lah pulokkk



Bertamuku ke pergunungan ini
Membuka sejarah gembira
Disambut paluan angin
Melambai dan menggamit
Awan bersila menanti hadirku
Berbicara mesra
Sekejap sayup
Sekejap keras

Dinihari itu
Hatiku terjaga
Lupa bertahajud syukur
Lupa anugerah hidupku
Lupa hadirMu
Yang membenarkan
Perjalananku ke kaki gunung ini

Tuhanku
Gemersik cerita daripada gunung
Sesekali ditampar awan malam
Bergetar masuk ke kaca rupaku
Menjadikan aku lebih kerdil
Lebih kerdil daripada semalam

Tuhanku
Kesejukan cinta di pergunungan ini
Jadikan aku seorang musafir
Yang terpesona
Yang terleka
Yang terlena
Diulit cerita daripada gunung


Semoga Berjumpa Lagi


Wednesday 2 January 2019

Good Bye 2018, Welcome 2019


Tahun 2018 sudah terlewati, banyak cerita, kisah dan kenangan yang mewarnai hidup sepanjang tahun 2018, entah itu kisah bahagia atau tidak tetapi SemUaNya tercapai impian dan cita cita di tahun 2018..  Alhamdullilah dan syukur.. Semua cerita dan kisah di tahun 2018 tersebut akan tersimpan abadi sebagai kenangan hidup buat selama-lamanya..

Tahun 2018 ni juga mengajar Hakak untuk lebih melonggarkan prinsip hidup.. Iya, Hakak hanya perempuan yang kuat pegangan prinsip pendiriannya.. Kalau kata A, A lah... Kalau Kata B, B Lah... dan Hakak x pernah berpatah balik... Senang kata ada pendirian besar dan Ego yang agak tinggi..And hakak tak takot dengan kehilangan coz pengalaman dah ajar hakak erti kesabaran... Ye dak.... Hahaha..Tak ada sapa nak sekat hakak sebab hakak cepat memberontak... Cuba lah sekat hakak, hakak mau masok hutan dan x kua2 hokey... Aiceceh lawak je le.. Actually hakak bangga tahun ni hajat dan impian hakak tercapai akhirnya... Hakak pulun semuanya.. Prinsip nih hakak dah tak peduli sapa kau , kau dan kau.. 

Actually apa yang hakak nk dah tercapai... "I just wanna be happy! Don't you wanna be happy?".. Kerana hidup ini terlalu indah untuk kita nikmatinya, Janganlah sampai kita terlalu sibuk fokus dengan Dunia Sendiri sampai kita lupa untuk rasa nikmat ini.. Mungkin  rasa bahagia itu hanya "hati jew yg tau tau".. Itu satu perasaan yang boleh merubah kehidupan.. It cant be describe but it can be feel it.. Samalah macam perasaan tenang.. Tak boleh nak explain perasaan tenang tuh macam mana, tapi kita boleh pilih untuk rasa atau pun tidak.. Rasainya dan percayalah Bahawa life korg bahagia yaa amat.. Tapi 1 je hakak nak pesan.. "Responsibility" jangan abaikan hokey..

Tahun baru 2019, tahun penuh harapan dan asa yang harus kita lewati.. Selamat Tinggal 2018, Selamat Datang 2019.. Semoga Tahun 2019 ini, harus selalu optimis dan percaya dlm diri dalam menatap masa depan.. Mengejar mimpi agar terwujud segala angan dan keinginan itu menjadi Kenyataan.. Please "KeEP sTRoNG Diella Hasan.." Semoga di tahun 2019 ini apa yang diinginkan dan yang tertunda di tahun kemarin tercapai dan Semoga kita semua mendapatkan cerita dan kisah yang indah di tahun 2019 ini Aamiin...

Alhamdullilah, berjaya G7 kesemuanya 
dalam tahun 2018

 Alhamdullilah Johan & Naib Johan dalam semua Kategori Futsal Maksak Negeri dan Kebangsaan

What do i expect for 2019? 
Lagi, apa yer? Oh tahun ni kene kurangkan Misi Kecik    
"Hakak dah tua dan mau pencen" dan Misi Besar akan kena hadap & hadap tak lama lagi.. Aku dan Dunia Aku.. What else to say? Oh ye, sebenarnya hakak ni banyak je kekurangan.. "Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.., Berikanlah Aku Kekuatan dan Kesabaran untuk menjalani hidup ini tanpa berbalut noda dan dosa, hari ini, besok dan selamanya. Amin3x, Ya Rabbal ‘Alamin".. Semoga diberi kekuatan untuk hakak move forward..

I think that the end of 2018 story. Hello future , 2019! May we have a great days ahead. 

"You Are The Reason"

There goes my heart beating

Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now

There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason

There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
And I need you now

If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason

I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me
(You are the reason)
Come a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonight

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Cause I need you to see
That you are the reason







KEMARIN ADALAH KENANGAN
SEKARANG ADALAH KENYATAAN DAN 
ESOK ADALAH HARAPAN

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...