Thursday 17 August 2023

GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND


ASSALAMUALAIKUM PENDAKI SEMUA....

Coretan kali ini Terlalu cepat untuk ku bercerita, mungkin sebab  'mood' yang betul dan masa yang sesuai untuk berkarya lagi. Sememangnya aku suka dengan gunung ini sejak dulu lagi dan terlalu banyak yang ingin aku kongsikan kepada semua. Cerita kali ini tempat yang aku paling suka di sepanjang aku bersama dunia pergunungan.. Gunung Irau singkatnya hanya dipanggil "Lord of The Rings". Sebut sahaja nama filem itu pasti kita akan teringat akan kehijauan dan keindahan hutan yang dipaparkan ''Fargorn Forest" dalam filem itu.
Siapa yang tak kenal dengan Gunung Irau dikalangan pendaki. Aku sendiri sudah 12 kali ke Gunung Irau ini. Keindahan gunung ini, yang tidak kurang hebatnya kehijauan hutannya malah mirip lanskap "mossy forest" atau hutan lumut yang ada mirip dalam filem tersebut. Ya, betul Gunung Irau. Filem tanah air Puteri Gunung Ledang juga pernah membuat penggambarannya disini untuk salah satu "scene" dalam filem tersebut.
Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Tanah Tinggi Cameron. 
 
Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Ia juga terletak bersebelahan dengan Gunung Brinchang. Pendaki perlu memohon permit mendaki dengan Jabatan Hutan Pahang terlebih. Seusai urusan permit, seperti biasa sebelum pendakian, laporkan diri ke Balai Polis Brinchang.
Untuk ke starting point pula, jika dulu terus memandu terus ke dalam melalui ladang teh yang indah. Tapi kini, atas faktor keselamatan, dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan 4x4 untuk masuk ke dalam. Jadi permulaan pendakian, kami berkumpul dulu di
Nova Highlands Resort and Residence Cameron Highlands. (Jika tak nak cermin kereta pecah atau tayar kereta bocor la - vandalisme katanya).
 
Kebiasaannya pendaki melakukan pendakian secara "daypack" sahaja. Sebelum pendakian, Ranger akan check kad pengenalan satu persatu baru semua pendaki dilepaskan. Biasanya pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada stamina masing- masing.
Dinasihatkan supaya memulakan pendakian pada awal pagi untuk mengelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang. Jadi anda dapat tiba di tempat permulaan pendakian sebelum waktu malam.
Peringkat permulaan trek agak mendatar dan laluan menurun sebelum trail mula mendaki. Ketika perjalanan, anda akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta bakal disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut dan menghijau.  


Selepas dua jam mendaki, akan sampai kawasan lapang yang dipanggil Anak Irau atau ‘False Peak’. Dari sini memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai ke puncak.
Dinasihatkan supaya anda memakai ‘windbreaker’ kerana suhu pada waktu pagi di sini sejuk sekitar 20- 22 Celcius. Dan jangan lupa "headlamp" itu wajib. Takut-takut keluar Irau pada waktu malam. Sepanjang aku mendaki 12 kali, tak pernah la keluar pada waktu malam. Jangan lupa bawa bersama baju hujan atau ‘poncho’ sebagai persediaan jika hujan kerana cuaca di sini tidak menentu.
Sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, nasib tak baik anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas paha. Pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan memakai kasut getah atau ‘Adidas Kampung’ jika selesa kerana senang dicuci.

Jangan terlalu gopoh untuk kejar puncak kerana disarankan tenang mendaki dan nikmati keindahan "mossy forest" yang ada sepanjang pendakian. Dan pula terlalu leka mengambil gambar tanpa ditemani. Pastikan sentiasa berteman sebab dah ada kes sesat di Gunung Irau baru - baru ini.  
 Gunung Irau (Mossy Forest):
Tahap stamina : 7/10
Keindahan pemandangan : 10/10
Waktu perjalanan (mendaki): 3-5 jam
Waktu perjalanan (menurun): 3-6 jam

Tips : Ambil gambar sebanyak mungkin sewaktu perjalanan pergi sebab dalam perjalanan balik memang penat giler dan tak mampu dah nak posing amek gambar..hehehe. Untuk perjalanan turun tak semudah yang dijangka, laluan di Irau adalah naik-turun, naik-turun.  Banyak juga yang pacak dan menurun pacak.  Kekuatan fizikal dan lutut yang jitu amat diperlukan.
 
*GUNUNG IRAU 2110 MDPL*
*CAMERON HIGHLAND*
*VIA MOSSY FOREST*
*11 OGOS 2023 (JUMAAT)*
*4.15 EXPLORER*

*SELEPAS PERMIT LULUS TIADA REFUND.*

✅ INCLUDE ;
🕵🏻‍♂ Guide
🦸‍♂️ Sweeper
🗿 Permit mossy forest
🏯 Permit perhutanan
🚜 Powil
📄 Surat Makluman (Polis)

Jadual perjalanan
07.30pg - kumpul depan nova hotel
07.45pg - bergerak naik powil ke starting point
08.00pg - briefing 
08.30pg - angkat sauh MOSSY FOREST
09.30pg - CP TAMAN
10.30pg - CP PISANG
11.30pg - Peak MINI IRAU
C.O.T 12.00TH MINI IRAU
12.00th - CP LORT
12.30th - Peak IRAU
01.30ptg - gerak turun
02.30ptg - CP BATU
03.00ptg - peak MINI IRAU
04.00ptg - CP PONDOK
05.00ptg - MOSSY FOREST
06.00ptg - Parking Nova Hotel (bersuarai)

Syarat ;
Sihat tubuh badan

Jadual perjalanan hanya sebagai panduan....
Bergantung pada keadaan cuaca dan pace perserta....
Trail sehala 4km... 70% trail dalam hutan mossy... 
50% trail becak.... Anggaran masa 4 jam sehala....
Dari mula tracking sampai habis kita dalam kawasan yg sejuk….

Perserta wajib sediakan
- Air minum mencukupi (1.5l)
- Makanan (conform lapor sebab sepanjang trail sejuk)
- Windbreaker (sweeter)
- Ponco (baju hujan) 
- Ground (lapik duduk) kalau tak nak duduk atas akar, batu atau tanah lembap
- Pakaian yg sesuai untuk mendaki (jangan pakai seksi) hilang fokus pendaki lain
- Sarung tangan (masa dekat tali dan akar sangat membantu) tak la tangan kasar macam tangan kami
- Ramah mesra (jangan biarkan guide cakap sesorang salah haribulan kita timbul dekat peak YB) hahahaha

Barang kecemasan perlu dibawa
- headlamp & bateri 
- Poncho (baju hujan)
- Ubat ubatan (sendirian berhad)
- Tongkat (bagi yg baru mendaki)

Nama Guide

1.Pak Syed
2.Sharif Arif

Nama Pendaki

1.Kak tun 
2.Linda 
3.Zulaikha
4.Atun
5.Shah
6.Herni
7.Diella Hasan
8.Abg omar
9.Nora
10.Yana
11.Kak Aida

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...