Friday 21 July 2017

Gunung Hijau, Taiping

Alkisah, kisah kami menawan sebuah lagi puncak di negeri Perak. Yakni Gunung Hijau. Sesuai dengan namanya, gunung ini masih terjaga dengan kehijauan dan keindahannya. Gunung setinggi 1448 meter ini terletak di Daerah Taiping dan bersebelahan dengan Bukit Larut juga dikenali Maxwell Hill. Starting point pula berhampiran dengan pecawang TM puncak Bukit Larut. Tak hairanlah kenapa orang-orang sini tidak mengetahui kewujudan gunung ini kerana tersorok di celah Bukit Larut....Naik Land Rover start dulu dr bawah...
 Trip kami ini merupakan trip santai. Jam 8 pagi, kami mengambil landrover yang dikenakan RM6 sebagai tambang naik dan turun (simpan tiket sehingga mahu turun). Landrover tersebut akan berhenti di Kafe di ketinggian 1036 meter Bukit Larut.
Kemudian, kami hiking melalui jalan tar hingga ke pecawang terakhir iaitu pecawang puncak. Di hadapan pecawang tersebut terdapat signboard ke Gunung Hijau....
Sepanjang trail, kami disajikan dengan keindahan alam. Walaupun jam dah nak pukul 12 tengah hari, embun masih ada. Hutan di sini tidak tercemar

Good2 aje coz hakak sronok sbb sejuk.. 
Tak panas pun
Tugasan hakak jaga  abg2 vateran ni... So, angkat la brg dorg.. Lutut dorg sakit.. Kami dok barisan belakang sekali... Ketinggalan jauh ke belakang...
Riang ria dorang... walaupun x larat, still semangat...
Gedebak gedebuk dah 2 jam mendaki, akhirnya kami tiba di puncak Gunung. Settle bergambar semua, kami bergegas turun kerana puncak tak la cantik mana, tiada view dan agak panas... Yeay Dah sampai, 
Tahniah semua ......
 Woweeeeee... nampak tak happynye kami... Pacat belambak2 wooooooo........

Jom kita Balik pulak.....
Semua dan capek..... Hahahahahah
Apa yang menarik di gunung ini ialah keadaan hutan yang sangat neindah dan masih dara. Ditambah lagi dengan kelembapan udara memandangkan Taiping merupakan kawasan tadahan hujan paling kerap di semenanjung Malaysia. Oleh itu, janganlah ada pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan hutan yang masih belum tercemar ini. Kalau kita tidak menjaga hutan kita, siapa lagi..???

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...