Monday 13 February 2023

GUNUNG KERUNAI, GERIK, PERAK

 

VIEW OHSEM DARI PUNCAK GUNUNG KERUNAI, GERIK, PERAK 

Assalamualaikum, lama x bersiaran di laman blog yang usang nih.. Terlalu bz dengan hal dunia... Nak masuk bulan 2 di Tahun 2023 dah pun... Ini cerita kita, kisah kita... dunia kita... Kenangan yang terindah bersama-sama rakan-rakan yang disayangi.. Isi hidupmu dengan pengalaman dan pengajaran. Punya cerita untuk diceritakan, bukan barang untuk ditampilkan.. Yeahhhhhh

Gunung Kerunai ini mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (4,011 kaki) dan terletak berhampiran dengan Gunung Kenderong menyebabkan mereka digelar puncak kembar Perak (K2) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Kenderong masih ditutup.

Pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam lebih ke tiga jam dengan jalan yang amat berliku dan mencabar. Pada peringkat awal laluan kami landai dan agak berbecak sebab baru lepas hujan. Kemudian kami jumpa nikmat sebenar gunung dan mula dengan laluan batu kerikil 60-90 darjah sampailah ke puncak.

Apa yang menariknya mendaki gunung Kerunai ini dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka dan memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan! Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding jadi take your time slow hike and enjoy the view!!!

Moh kita!








Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...