Monday 11 September 2023

TRANS JASPER

Trans Jasper Hike
Gunung Jasar 1696m
Gunung Perdah 1576m
Gunung Ruil 1768m
 
09 SEPT 2022 (SABTU)
🦸‍♂️ : Guide Achu


TENTATIF
8.45 am : Starting point untuk ke Gunung Jasar
10.30 am : Peak Jasar
11.30 am : Peak Perdah
1.30 pm : Peak Ruil
2.30 pm : Turun ke Perumahan Ruil
4.30 pm : Sampai parking dan bersurai 

JASPER Nama ringkasan bagi 3 Gunung di Cameron Highland.

JASar, PErdah, Ruil = JASPER

Perancangan mendaki ke Trans Jasper ini di buat lebih awal selepas kami berbincang turun dari Gunung Irau. 2 minggu sudah membuat bayaran awal tetapi ada beberapa kawan hakak terpaksa menarik diri atas sebab tertentu. Yang confirm pergi tinggal 5 orang sudahnya (HAHAHAHAH).

Along, Hakak , Kak Aida, Nora & Atun.. Nama- nama ni yang bersungguh-sungguh nak pergi.. Hakak dah beberapa kali terjah ke sini.. Pernah juga menjadi Guide bawa Group Zumba dari Perak.. So, dah tau trek dia macam mana... Ikutkan Nak LIPAK, tapi sebab dah berjanji nak teman adik dan kakak2.. So kita pergi juga laaa walaupun lutut keduanya dah Out sebab Futsal dan jatuh dari Irau.... 

Kami bergerak dari Simpang Pulai Jam 5 pagi dan tiba di Hotel Nova untuk solat subuh disana.. Selesai solat subuh bergerak ke Tanah rata jam 7 pagi kerana Guide Achu dah pun menunggu kami...  Guide kami Achu menyuruh kami tapau makanan untuk dibawa bersama. Kami tapau makanan dan breakfast di Medan Selera Cameron Highland.. Jam 8.15 kami mulai menuju ke Apartment Carnation Park .. 

 (Starting Point pintu masuk ke Gunung Jasar)

Hakak dan lain berkemas barang2 untuk dibawa sementara Guide dan Along menghantar kereta di parking berdekatan dengan Pasar Malam.. Jam 8.45 kami bergerak ke Trek Gunung Jasar yang mencanak sambil2 tu dok healing2 menari dengan 3 gadis rupawan.. Manakala Guide Achu dan Along dok belakang sekali...

 (Starting Point pintu masuk ke Gunung Jasar, layan tangga dulu, kemudian mencanak)

Trek jasar tak lah susah sangat. Tapi mula dgn panjat tebing yg agak menegak/pacak di belakang perumahan.. Kemudian jalan selanjutnya mula melandai sikit2 dan melalui hutan yg agak bermossy sikit.. Adalah 2,3 port yg cantik lumutnya dan pokok2nya untuk buat port bergambar..


Jam 10.30, kami tiba sebuah pencawang eletrik tinggi tersergam. Kemudian terus naik trek untuk ke Peak Jasar. Dari peak Jasar, boleh nampak banjaran gunung lain.. View 360 dan nampak kawasan Tanah Rata.

 (Dari kiri Nora, Kak Aida, Along, 
Diella & Atun) Guide Tangkap Gambo :) 

 

Turun dari Jasar, kami mula ambik trek di sebelah belakang batu tanda sempadan. Menghala ke gunung perdah. makin jauh ke dalam, mossy sepanjang trek gunung perdah makin cantik. Tapi masih tak dpt lawan mossy di Irau, Siku atau Brinchang Barat.. Tak apalah, janji cuaca sejuk kann.... Legakan hati :)



Setelah meredah trek hampir 1jam lebih, kami tiba di puncak Perdah yang tak bertanda. Tapi dari cerita guide, sebenarnya peak tu ada signboard. tp ada je tangan2yang menghilangkannya papan tanda yg diletakkan... Mujur la hakak bawa Signboard sendiri.. Nampak tak signboard yang Nora pegang tu.. Hakak yang buat....

Kami berhenti berehat di kawasan tersebut. Kawasan puncak Perdah sangat luas dan rata. Anggaran sebesar suku padang bola bersaiz Futsal. Musykil betul  puncak ini tak bertanda ni pada mulanya. Ada beberapa pokok orkid di tengah-tengah kawasan. Kami berjalan sekeliling kawasan dan ke hadapan sedikit kerana nampak macam ada 'view point'. Rupanya ada satu jalan turun yang agak luas. Mungkin itu trek menuju keluar ke Kem TNB dan Sungai Ruil. Ada loji air dan beberapa bangunan besar serta kawasan tapak pasar malam di Tanah Rata. 


 

Dari peak perdah, kami pun turun ke sebelah kiri .. Trek sekejap menaik, sekejap menurun.. Sehingga berjumpa dengan kebun sayur-sayuran.. Hakak nampak cili dan kobis je... Segar bugar jew.... Kemudian meneruskan perjalanan ke Gunung didepan mata.. Kata Guide achu , tu hah gunung nya disebelah belakang... Dalam hati, mak aiiiiii, jauh lagi nih.... Redah je la... Lutut dah out nih... Dulu tak merasa tempat ni menaik cam gini, mungkin dulu tak kisah kot.. Tengah kuat.... Bermulalah trek yang mencanak... Lutut dah sakit sangat.. Hakak minta makan ubat untuk bertahan... Minum air dan makan nugget yang diberi kak aida... Ahhh lega.... Naik mencanak lagi... Tak bagi diskaun Ruil ni, kata dalam hati..... Kemudian menurun pulak... Dalam hati, last kot naik mencanak ni... Ngomel sorang diri... Yang pasti, trek menjadi mendatar semula... Ahhhhh, lega nya......Trek pun cantik walaupun rasa semak dan macam dah lama tak ada orang lalu... Akhirnya tiba kawasan yang ditunggu... Gunung Ruil.... Ahhhhhhh, legaaaa...

Jam 2.30 kami gerak turun menuju check point perkampungan orang asli... Perjalanan menurun agak semak kawasan persekitarannya... Macam dah lama juga tak dilalui oleh orang.. Hujan mulai turun rintik2 sehingga la agak lebat... Kami tiba di perkampungan orang asli Jam 4.30 petang dan terus menuju keluar ke Kawasan Parkir Tapak Pasar Malam dengan memandikan hujan... Sejukkkkkk bak ang..... Sekiannnn sahaja cerita dari Hakak ya......



Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...