Monday 22 June 2020

Gunung Pulai & Gua Sireh

Assalamualaikum Hikers semua.. Lama x Mengupdate.. Bz training kayak.... Bebalik cerita naik Pulai Ujung Disember 2019... Gunung pulai ini terletak di baling kedah dengan ketinggian 620 meter dari aras laut... terletak bersebelahan dengan Gunung baling. 
Keseluruhan permukaa track 97% adalah berbatu dan track memang mencabar ketahanan fizikal walaupun tidak tinggi.. Permukaan berbatu jadi tidak digalakkan untuk.mendaki ketika hujan sbb memang licin.. 

Bagi yang jarang jarang mendaki silalah bersedia dgn segi mental dan fizikal sebab, sejujurnya bukan mudah untuk sampai kalau ketahanan tidak.cukup.. Tak payah impikan track hiking mcm biasa yer sbb memang sangat hatkur track dia.. pastikan lutut cantik...lengan kuat... kalau tidak masak laa lutut waktu nak turun.
MASA : 12.30 tengamlm - 4.30 pg

PESERTA : 26 Orang (14 Lelaki dan 12 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 4.00 km 
TEMPOH PENDAKIAN : Naik = 3 jam ; 
Turun : 1 Jam 30 minit
KETINGGIAN GUNUNG : 616 m

TAHAP KESUKARAN : 6 /10
BEBAN : 6 kg

Fakta Tentang Gunung Pulai
Sedikit fakta tentang Gunung Pulai, Kedah.
Ketinggian gunung ini hanyalah 610 meter sahaja. Agak rendah sebenarnya. Tapi dipanggil gunung kerana struktur batu kapurnya dan laluan yang lebih mencabar berbanding sesetengah gunung lain yang ada di Malaysia. Bagi hakak, laluannya hampir menyerupai laluan ferrata Gunung Kinabalu, tetapi lebih mudah berbanding ferrata. 
Gunung Pulai adalah gunung berkembar dengan Gunung Baling. Pandangan puncak adalah 360 darjah. Puncak Gunung Baling pun jelas kelihatan dari puncak Pulai. Dari kaki gunung sehinggalah ke puncak gunung adalah batu-batuan. Hatta pokok-pokok yang tumbuh pun hanya berdiri di atas batu kapur atau dicelah-celah batuan tersebut. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan batu kapur ini semua rendah dan tidak dapat meneduhkan laluan ke puncak. Panas dan tersangatlah panas. Kulit burn jangan cerita. 


Sepanjang laluan, Pulai akan menghidangkan anda dengan batu-batu kapur yang tajam dan sesetengahnya tidak kukuh (mudah terjatuh jika dipijak). Jadi, pakailah sarung tangan dan sunblock kalau nak jaga kulit. Oh, ya! Sila bawa air 3 liter seorang. Jangan kongsi. Sebab tak kan cukup. Tapi kalau nak dehidrasi, silakanlah.
Cerita Gua Sireh

FAKTA RINGKAS :
☺Panjang gua : 400 meter
☺Panjang dari lantai gua ke syiling gua : 10 - 90 meter
☺Keluasan gua : 70,000 kaki persegi
☺Purata pengunjung sebulan : 1200 orang
☺Keunikan gua : Keluasan chamber yang besar, syiling gua 3D, bentuk batu & granit yang sangat cantik dan lelehan batu berbentuk honeycomb, pillar dan sebagainya


PERJALANAN
Untuk mudahkan perjalanan set kan Gua Sirih di Waze atau Google Map. Dari Pekan Baling ke Gua Sireh berjarak lebih kurang 5 km sahaja. Semasa memasuki kawasan kampung daripada jalan besar, jalan memang sempit, dikelilingi dusun buah-buahan, hutan semak dan berdekatan dengan kaki gunung.

Bas memang tidak boleh masuk. Biasanya jika melibatkan peserta yang ramai dan menaiki bas sendiri, bas akan berhenti di tepi jalan besar, kemudian akan ada kenderaan orang kampung yang akan tolong hantarkan kita ke lokasi Gua Sirih dengan bayaran RM 2. Jalan pun semakin lama semakin sempit sehingga jika ada kereta lain di hadapan, salah sebuah kereta kena mengalah untuk memberi peluang kereta lain jalan dulu.
STARTING POINT
Alhamdulillah, jam 3.00 petang, kami tiba di lokasi starting point dan parking di halaman sebuah rumah kampung dengan suasana kampung yang klasik. Ada banner Gua Sireh dipasang dan pendaftaran pun di buat di dalam rumah ini. Di luar rumah ada disediakan beberapa botol madu asli untuk dijual. Sebelum masuk gua, kami diberi taklimat terlebih dahulu berkaitan profil gua dan keselamatan oleh Adik guide yang berpengalaman. Comel 
CAVING
Tanpa melengahkan masa, kami pun berjalan kaki lebih kurang 200 meter atau 10 minit melalui kawasan kebun dan kaki gunung. Setibanya di pintu gua, awal-awal lagi kami dah tergamam dan teruja melihat formasi batu dan lanskap gua yang cukup menakjubkan.

Kami mula masuk dengan berjalan di atas jambatan kayu sambil terpukau melihat batu besar berbentuk sirih junjung dengan ketinggian lebih kurang 7 meter dan nampak samar-samar di celah batu tersebut ada ular betul tau seakan-akan warna putih yang sedang menjalar. Di bahagian bawah batu tersebut ada pulak laluan air cetek dan terdapat banyak siput-siput kecil. 

Di batu pun banyak  kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang mungkin usianya ratusan atau ribuan atau jutaan tahun yang menunjukkan pada zaman dahulu, Gua Sirih ini ada kaitan dengan sungai atau laut. Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Gua Sireh dan gua sekitarnya ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 - 17,000 tahun yang lalu. Woww...
Kami maju lagi ke hadapan melalui jambatan dan trek yang disediakan. Sempena sambutan kemerdekaan ni, banyak bendera Malaysia dipasang di dalam gua bagi menyemarakkan mod sambutan. Semakin jauh ke dalam semakin pemandangan yang mengagumkan. Tidak perlu guna lampu suluh kerana gua ini sudah diterangi dengan lampu yang berwarna warni sehingga menimbulkan kecantikan formasi batu di dalam gua seolah-olah berada di dunia fantasi. Semua kemudahan dan keselesaan yang disediakan melibatkan kos melebihi RM 20,000 adalah usaha orang kampung sendiri melalui Persatuan Penduduk Kampung Dalam Wang / Padang Che Mas yang menggunakan duit sendiri dan bantuan kerajaan negeri.

Titisan air bercampur kalsium yang terbentuk ribuan dan mungkin jutaan tahun telah membentuk formasi stalagmit dan stalaktit yang pelbagai dan menakjubkan seperti bentuk singa, lelaki alim, perempuan, budak kecil, serigala, love, orang mengaji, belalai gajah, orang bertapa dan sebagainya. Dinding gua juga kelihatan berombak-ombak sehingga nampak seperti lukisan 3D. Bila dinding gua dan syiling gua diterangi lampu berwarna-warni dan lampu spotlight menambahkan lagi keindahan gua.Kami sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding ombak gua dan formasi batu kapur sebagai kenangan.

Ada juga ribuan kelawar yang berterbangan bila disuluh lampu menambahkan lagi sedikit keseraman. Dulu, tahun 60 an, memang Gua Sireh ini menjadi pusat kepada orang kampung untuk mencari najis kelawar dan dijadikan baja. Sekarang dah takde lagi dan ditukar kepada pusat pelancongan pulak sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat yang baru. Tetapi, boleh nampak ada lagi kesan peninggalan aktiviti manusia mencari tahi kelawar, batu kristal dan lain-lain khazanah gua.

Guide yang sangat peramah dan berinformatif juga menunjukkan kepada kami bagaimana menghasilkan bunyi gong dengan mengetuk batu yang keras yang terdapat di dalam gua. Selain itu, guide juga menunjukkan batu-batu kristal yang boleh menghasilkan cahaya apabila di suluh dan kami juga diberi taklimat dan menyaksikan sendiri tanah batu kapur yang mempunyai lapisan warna merah jambu dan kuning. Sedang kami syok melayan pemandangan gua, tiba-tiba dikejutkan dengan suara guide menyuruh kami bergegas melihat celah-celah batu, ya Allah, besarnya 2 ekor Tarantula yang berbulu sedang menampakkan dirinya. Ouhhh...tak sempat nak ambik gambar, mungkin takut dengan manusia, cepat-cepat Tarantula ni lari dan masuk celah batu.
TURUN GUA
Kami mengambil trek yang lebih mencabar ketika turun. Sebenarnya ada je jalan yang tak bahaya dan lebih selesa. Saja je, nak menambahkan adrenalin dan kepuasan. Kami melalui celah-celah dinding gunung dan batu-batu gunung. Melalui lanskap formasi batu semulajadi yang fantastik, namun begitu perlu berhati-hati. 

Alhamdulillah, tak sedar, rupa-rupanya hampir 3 jam gak kami meneroka Gua Sirih, berjalan melihat dunia gua, mengambil gambar di setiap penjuru dan mendengar penerangan guide. Pakej yang lengkap dan berinformasi.


Gunung Benum Circle (Dayhike/Daypack)

Lokasi: Raub, Pahang (melalui Lata Berembun)

Ketinggian: 2107 meter (6912 kaki) - G10 Semenanjung Malaysia

Kesukaran: Hardcore (Padu)

Masa biasa diambil:
6-10 jam ke atas(Lebih 12 jam perjalanan pergi balik)

Perjalanan standard adalah 2 hari 1 malam (normal) atau 3 hari 2 malam (santai), atau bahkan daypack (melampau giler)

Jarak: perjalanan pergi dan balik 24 km
boleh semak strava di sini: Benum credit kepada Guide Padu Si Bari

Pengangkutan: ~ Powil Uncle Suar Pendek bawa powil Terbaek Giler

First Check point semua kena berkumpul di Masjid berdekatan, dengan kedai makan kecil malaysia yang dibuka dari jam 6 pagi.

Kemudahan:
RM 50 seorang dibayar kepada Uncle Goh (4wd) RM 300-350 untuk 4WD maksimum 7 orang
disediakan

- Tandas dan Bilik Mandi yang terbaek dan bersih (Masjid)
- Tempat letak kenderaan di Masjid je

Perjalanan Escapism:
Yang mesti anda ketahui mengenai gunung ini adalah, ada dua cara:
- Melalui Ulu Cheka
- Melalui Lata Berembun

Laluan Ulu Cheka, orang asli tempatan yang tinggal di sana, tidak membenarkan pejalan kaki membuat aktiviti.

Oleh itu, Lata Berembun adalah satu-satunya jalan tetapi harus melalui kenderaan powil selama 45 minit - 1 jam 4WD melalui jalan yang berlumpur. (Scary Giler Dok atas powil)

Benum terkenal dengan pendakian yang tidak mempunyai titik air, maksud saya pasti anda mendengar ada yang mengatakan ada LWP di Kem Tikus yang memerlukan 5 minit turun dan 15 minit akan datang. Airnya juga tidak boleh diminum.
Gambaran keseluruhan lintasan
Ini lah gambaran saya melakukan Daypack Circle Benum.. Jauh sangat...
Ketibaan lineup di Masjid Qariah Sungai Chalit (boleh Waze) .. Pekan/penempatan cina + Melayu terpencil. Tiada kedai makan buka waktu malam. Harus diingat, untuk keperluan nak tapau makan etc. Tapaulah makanan di mana2 kedai/restoran semasa perjalanan sebelum sampai penempatan masjid Qariah sungai chalit. Tiada seven7, tiada Petronas sekitar 15-25km dari masjid
**Setting persediaan mendaki siap2 sebelum tidur. Supaya tak kelam kelibut bangun pagi nak naik powil baru nak siap2 barang mendaki

6.30am - 7.00am - Powil akan sampai. Uncle powil ni sejenis yg sharp timing and friendly
PERJALANAN POWIL SEKITAR 50 MINIT - 1JAM

8.00am - Air terjun Lata berembun ** crossing sungai
9.30am - Crossing sungai besar
12.30 pm - Kem Rileks
2.30pm - Kem Bulat.
4.30pm - Simpang Y
5.00pm - Batu besar (*hint nak sampai puncak
5.40pm-7pm - Puncak Benum (alhamdulillah, syukur)
Tamat round 1.....
Round 2 aka trek dingin ... Hehehehe .. 
Round 2 peak benum - kem cerek - kem dingin - air terjun lata berembun semula

Fokus kat persediaan ni ya
1. Taktikal benum (air 3 liter wajib personal)
2. Makanan, makanan kita bawa ikut tekak sendiri. Atleast makanan yg beri kita tenaga untuk endurance keep moving done and finish, bukannya DNF
3. Persediaan cuaca sejuk atau hujan .. lebihkan poncho (atleast 2poncho berharga RM2) Windbreaker + raincoat satu kewajiban.
4. Persediaan kita menempuh jalan malam yg panjang (7pm-7am) . Headlamp + bateri lebih (banyak sikit) utk kecerahan lampu bila nak berjalan malam..
5. Pace bersama + teamwork bersama : semoga jadi moment sesama lineup..

#24km, 2400m elevation gain


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...