Tuesday 13 August 2019

Gunung Kerunai & Gunung Kenderong

The Twin Peaks Of Perak (K2)

Assalamualaikum Semua... Seringkali hakak mendengar atau melihat Iklan mendaki Kenderong & Kerunai memang akan reject awal2 lagi.. Huhu, bukan pasal Ketinggian Gunung itu, tapi sebab kepanasan dan Batu2 yang boleh menyebabkan tegelincir jatuh ke bawah...Naya oooo lutut... Akhirnya terjebak jugak atas kepujukan oleh Jebat Si Penderhaka untuk menawan Puncak K2 iaitu Gunung Kenderong & Gunung Kerunai.. Kali ini hakak naik Gunung Bekembar K2 bersama Team RGS.. Ternyata gunung yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik  yang mempunyai tarikan sendiri buat penggemar outdoor dan pastinya pendakian korang ke sini tidak mengecewakan dan menghampakan...
Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)

Untuk pengetahuan semua, Pendakian kali ini hanya melibatkan 23 orang sahaja dan Misi Trip RGS hanya memilih untuk mendaki secara santai-santai menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang jalan dan persediaan Makanannya seperti Raja..

Nama Gunung : 
GUNUNG KENDERONG ketinggian 1,223 meter & 
GUNUNG KERUNAI ketinggian 1,000 meter

Reputasi : Dikenali sebagai Puncak Kembar Perak.
Lokasi : Tidak terletak di mana-mana banjaran. Tersergam di daerah Gerik, Perak.
Starting Point : Kampung Pahat, Gerik, Perak.
Hakak dan rakan-rakan berkumpul di Masjid Kg Pahat untuk meletakkan kenderaan di sana dan kemudian menaiki Powil yang telah disediakan.. Sepanjang perjalanan adalah laluan kayu balak dan di pertengahan jalan korang akan menjumpai simpang Y, trek menuju ke Kerunai adalah disebelah kanan jalan manakala disebelah kiri menuju ke Kaki Gunung Kenderong dan juga tapak campsite..

Kami meneruskan perjalanan ke Tapak Khemah untuk mendirikan khemah di tempat yang kosong.. 

Pendakian kami bermula jam 4 petang hari Sabtu 3 Ogos 2019.. Di permulaan pendakian  akan melalui trek yang sedikit semak berlalang dan berbuluh seterusnya nanti akan melalui trek yang agak jelas sehingga ke puncak..
Gunung Kerunai sebenarnya agak lebih senang dan santai berbanding mendaki gunung kenderong dimana trek boleh dikatakan 80 darjah pacak. Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai.
 Pemandangan sepanjang jalan, akan menjumpai banyak pokok-pokok sebegini kesan daripada terbakar pada ketika dahulu.

Di pertengahan perjalanan rehat sebentar, seperti korang sedia maklum antara cabaran utama mendaki Gunung K2 selain daripada trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh..  Walaupun pendakian hakak di waktu petang, Panas tu tetap terik.. Tak tahu nak kata camne lagi..

Perjalanan diteruskan ke satu checkpoint yang ditanda Lembah 1, itu bermakna pendakian semakin hampir ke puncak.. Tips mendaki gunung kerunai untuk mengelakkan pewai akibat kepanasan ketika mendaki pastikan mendaki pada awal pagi atau disebelah petang ialah anda siap sedia kain atau penutup mask untuk mengelakkan korang kepanasan melampau.. Jangan amik mudah sangat dengan ketinggian gunung kerunai 1000 Meter  ye,  pastikan bawa air dan kelengkapan yang lain secukupnya..
Di sebelah kiri Gunung Kenderong yang berdiri megah disebalik gugusan awan..
Tapi yang menariknya mendaki gunung yang dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  
 Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang dilihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view.. Di sepanjang perjalanan, korang akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, spesis orked dan juga Periuk kera.
Setelah 3 jam pendakian, akhirnya tiba ke puncak Gunung Kerunai jam 7 petang.. Suasana di puncak yang berketinggian hanya 1,000 Meter ini agak redup dilitupi beberapa pokok sederhana tinggi, cukup selesa untuk berehat dan makan.. Keadaan di puncak yang masih bersih dan terdapat sedikit lumut hijau yang masih hidup berbanding di puncak kenderong yang terbakar sampai ke puncak..
View Gunung Kenderong daripada Puncak Kerunai
Gunung Kerunai - 
Berketinggian 1000 Mtr

Lebih kurang 1 jam berada di Puncak, kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah kerana kami hendak mengejar masa untuk ke Puncak Kembar pula iaitu Gunung Kenderong.. 
Akhirnya kami tiba di Tapak perkhemahan Jam 11 Malam dan terus dijamukan makanan Ala- Ala Raja.. Makan Shellout beramai-ramai memang best.. Memang licin lah malam tu... 2 jam persediaan untuk kami bergerak ke Gunung Kenderong..
Jam 2 pagi 4 Ogos 2019, Kami bergerak beramai-ramai untuk ke Puncak Gunung kenderong.. Gunung kenderong pernah terbakar sebanyak 2 kali jadi trek sangat tidak kukuh dan banyak batu-batu rapuh jatuh terutama dari bahagian atas. Sepanjang perjalanan pada pagi itu amat pewai kerana terlalu amat penat dan perjalanan agak perlahan... Pendakian yang mencabar menggunakan Tali serta memanjat naik amatlah sangat perit.. Jika tiada Fitness yang kuat, maka kau berpatah lah balik.. Teruskan perjuangan dan simpan tekad untuk sampai ke Puncak.. 

Trek kenderong adalah trek Hardcore  yang tak bagi muka dari bawah sampai ke puncak.. (Hakak Cuba nak bagi semangat)
Awas terutama di bahagian nak sampai ke Checkpoint Balak, dimana  trek di  kawasan itu agak berbahaya dan agak tinggi oleh kerana tiada pokok atau akar kayu  yang betul-betul stabil atau kukuh untuk berpaut kesan daripada terbakar jadi banyak bergantung kepada rumput, akar kayu dan tali. Kebanyakan tali yang diikat sudah agak lama jadi pastikan tali itu betul-betul selamat sebelum berpaut dan perlu sangat berhati-hati kepada batu terbang kerana permukaan tanah di sini sangat rapuh dan digalakkan memanjat seorang demi seorang untuk mengelakkan batu terjatuh terkena rakan korang.. Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas dengan beban yang dibawa sekali silap hari bulan sekiranya tiada komunikasi dan kesabaran memang boleh menyebabkan kecederaan.. Korang perlu lebih berhati-hati di sini kerana gaung berada di kiri dan kanan

Keadaan tanah di sini yang tak stabil dan banyak batu kapur yang kecil jadi korang akan sentiasa dengar jeritan daripada kawan-kawan kat atas 'batu terbang' memang tak dapat dielakkan dan untuk keselamatan dan memudahkan korang mendaki di kawasan ini sila bawa extra tali sebagai sokongan untuk memudahkan perjalanan sampai ke puncak.. Hah, disini hakak nak pesan.. Bawalah Glove atau Tongkat.. Memang banyak membantu sekiranya menggunakan Tali untuk memanjat dan menurun..

Checkpoint Balak (  bukit tipu 2 ) kawasan ini agak lapang untuk berehat dari sini hendak sampai ke Kem Solar anggaran 20 minit dengan cuaca yang panas memang boleh pewai. Dari sini sudah boleh melihat view Pekan Gerik dan Gunung Kerunai dengan jelas dari sini.
Scary Giler tgk dari bawah.. Tak termampu :P
Di sepanjang laluan ke atas memang tak banyak kawasan yang lapang untuk take 5, laluan memang agak sempit jadi asal ada kawasan teduh yang redup ditutup oleh pokok-pokok kecil atau semak untuk korang rehat sebentar terutama dengan cuaca yang panas sekiranya first time hiking memang boleh mengalah dengan Kenderong  yang panas, berdebu, batu terbang sekiranya tidak bersabar.. 
Di puncak tipu / Kem Solar,  pendakian masih memerlukan 50 minit untuk sampai ke atas di mana akan menjumpai beirut usang di Puncak..

Pemandangan daripada Kem Solar menuju ke Puncak Kenderong dimana disini korang akan berhadapan dengan 3 puncak tipu terlebih dahulu, sebelum sampai ke Puncak..
 
Di sini terdapat 3 puncak  tipu di mana korang akan jumpa sebelum sampai ke puncak jadi jangan tertipu dengan apa korang lihat jadi banyakkan bersabar bila rasa sudah dekat-dekat nak sampai puncak.. Sebenarnya masih ada lagi puncak yang tepaksa dilalui.. Bagi penggemar Yang suka melihat Sunrise, Gunung Kenderong merupakan yang paling best view di sini.. Memang sangat cantik terutama ketika sunrise di awal pagi dan pada waktu malam kita boleh melihat view pekan Grik & Baling  yang bercahaya daripada atas puncak yang cukup mempesonakan.

Disebelah sana boleh kelihatan Gunung Kerunai tapi untuk menaiki gunung kerunai melalui laluan  yang berbeza, melalui di persimpangan y.. Korang boleh nampak pemandangan Pekan Gerik dan Baling, tapi sayang kebanyakan pokok di sini terbakar jadi bila camping pastikan unggun api yang dibuat betul-betul terpadam.
Kesan-kesan terbakar yang boleh dijumpai boleh terasa bau-bau debu dan arang di sepanjang perjalanan, pastikan memakai sarung tangan yakkk....
Dari sini hendak ke Puncak Gunung sudah tidak jauh lagi anggaran masa 40-50 minit. Selain daripada trek yang pacak 60-90 darjah terutama di sebelah atas batu terbang, cuaca yang panas sepanjang perjalanan membuatkan anda terasa sangat tidak selesa..

Jam 7 am kami tiba di Puncak Kenderong
Masih Gelap lagi masa tiba di Puncak
HAKAK Okey Jew :)
Menanti sunrise disebalik awan Biru
Walaupun kesejukan tapi tetap sabar menanti kemunculan sang mentari, naik tinggi-tinggi kalau tak tunggu sunrise muncul memang rasa tak lengkap melihat cahaya-cahaya emas keluar disebalik awan kapet memang salah satu moment indah yang tak dapat dibayangkan, sambil itu awan datang berarak membadai muka perghhhhhh.. memang syiok sejuk.. :P
Selamat pagi Kenderong, dalam pukul 7.20 am. Perfect timing for welfie :P
Berehat & Breakfast di Puncak Kenderong
Setelah selesai makan, mengemas dan mengutip balik sampah untuk dibawa turun ingat apa yang dibawa ke puncak itu yang dibawa turun ke bawah.. Take nothing but picture, leave noting but footprint.. Masa yang diambil untuk turun lebih kurang 3 jam cuma perlu lebih berhati-hati terutama di bahagian turun dari kem solar ke Checkpoint balak, awas kepada batu terbang, kerana bahaya batu-batu akan jatuh ketika pijak dan boleh mengundang bahaya kepada team yang turun terlebih dahulu di bawah kerana waktu menurun memberikan cabaran yang berbeza daripada mendaki naik dan harus menurun separuh demi separuh.
Naik senang, Turun scary oiii
Scary oooooo dok nglunsor 
gune Tali nih..
Jangan lupe pakai Glove yakkk..
Puncak Tipu ke 2, sebelum menjumpai 
puncak tipu ke 3, macam mana darjah 
kecuraman dia memang rare kan :P
Memang rare la nak turun.. Scary Bro...
Hakak dari atas mampu tengok je.. Nak hadap semuanya.. Huhuhuh 


View turun dari Peak, di sebelah atas akan kelihatan pemandangan 360 darjah yang cukup mengancam bak ang! 
Panas sudah bermula.. Kene Hadap..
Akhirnya sebelum jam 12 kami tiba di pekarangan khemah kami yang mewah..


Senyum kepenatan sementara menunggu Powil tiba




At the top Peak Mountain Kenderong, Alhamdulilah view memang belanja !

Alhamdulilah sepanjang trips kenderong telah berjaya turun dengan selamat .. Insyhaallah, kata Si Jebat akan ada Trip K2 akan menyusul selepas ini.. Mungkin dalam tahun ini juga akan ada trips kenderong 2.0 memandangkan banyak permintaan kawan-kawan untuk joint sekali, tarikhnya ? bukan pada waktu terdekat ini.. Mybe trip terdekat Yong Belar katanya... Terima kasih kepada Guide2 & Crew2 RGS yang banyak memberi tips dan panduan sepanjang pendakian kali ini..
 
  Cabaran Gunung Kenderong bagi Hakak terutama kepada beginner, korang boleh lakukan tapi kena berhati-hati dan berazam untuk sampai ke puncak biarlah sesusah mana halangan yang ditempuh, jatuh, cuaca panas, trek curam sekiranya bertekad pasti boleh lakukan untuk sampai ke punca.. Last sekali kata-kata Manis dari hakak, menangis macam mana pun kaki tetap kena langkah dan muka kena senyum selalu biarpun trek nya lutut bertemu dagu :P


-TIPS-

1. Pengajaran dari trip ni, Bawak Glove & Air dan Makanan Secukupnya... Penutup Muka atau Topi sekali Yaaak (Panas Namatey)

2. Tongkat seeloknya pun boleh bawak.. Boleh cover lutut ...


3.Belajar dari kesilapan.. Selalu sgt jatuh di Kerunai atau Kenderong.. So siap2 bawak plaster luka & Ubat ubatan yang sesuai...

So far itu je nak cerita pasal pengalaman naik ke Kenderong Kerunai..

BYE.. BYE.. Assalam

Thursday 1 August 2019

Gunung Chantek, Gunung Chentuk & Gunung Jasar

 
Assalamualaikum para Hikers semua.. Tarikh keramat ke Chantek & Chentuk dan last sekali Jasar telah menjadi kenyataan dan bukan mimpi2...  Kali nih hakak join Trip Sis Sizuka n Ron dan Jurupandu kami Mr GGey... Memang best lorrrr, trip santai-santai Mak Jemah n Tak rushing sangat... Trip nih buat hakak rasa trip tenang tanpa risau pun pacak yang didepan2 tuh.. Aiceceh .... Yang paling best sekali Sweeper Ron yang dok belakang sekali memang tak rasa mental lah kan sebab dok gelak guling-guling.. Cume x beguling ke bawah je....Trip yang tak mengecewakan sejak dulu lagi... I am Happy :)

Bebalik cerita di hari kejadian, Pagi yang besejarah hakak bersama Jebat & Ila gerak dari Ipoh jam 5.30 pagi and tibe di Tanah Rata jam 7 pagi.. Kereta pun x banyak... Best sangat2 laaa... Macam dunia ini aku yang punya... Tak perlu bersesak- sesak dengan kereta.. Singgah dulu makan pagi... Banyak pulak makan pagi tu... Kekenyangan yang malampo..

Jam 7.30 hakak tunggu Sis Sizuka dan lain-lain di persimpangan Pintu Masuk Ladang Teh Boh.. Disana hampir 1 jam 30 minit menanti rakan-rakan untuk begerak bersama-sama ke Ladang teh Boh.. Diingatkan Ladang ini tidak boleh masuk sewenang-wenangnya kerana perlu permit serta plat kenderaan hendaklah diberitahu pada Pihak Ladang Boh telebih dahulu...  Pintu masuk Ladang Boh dikawal ketat dengan pemeriksaan No plat Kereta yang telah dibuat oleh pengawal.. Akhirnya kami tiba di Kilang Ladang Boh dan bersiap sedia untuk melakukan pendakian... 

 

Aiceceh semangat naaaa... peluk dulu supaya semangat Bohhh sampai ke Jiwa nih... Hokey, Hakak dah besedia.. Mohhhh Gerak..

 

  Trip yang paling best
"Santai Mak Jemah"


Gunung Chantik (1602m)-
Gunung Chentuk (1606m) 

Bermulanya perjalanan santai Mak Jemah kami di lereng2 Ladang Teh Boh ... Memang aman damai ler... Gunung Chantik & Gunung Chentuk nih merupakan Gunung bekembar di Banjaran Titiwangsa.. Kedudukan kedua gunung ini berada berdekatan Lembah Sg. Boh, Ringlet, Cameron Highland (CH), Pahang.. Kaki gunung ini yang menghadap Lembah Boh telah dijadikan kawasan tanaman teh manakala bahagian puncak dan sisi yang lain masih lagi hutan belukar..




Langkah pendakian dari sini akan menyusuri rabung di batas kebun teh hingga ke sempadan hutan. Laluan di tengah-tengah ladang teh ini cukup cantik untuk diabadikan dalam foto.. Trek hutan ke puncak G. Cantik boleh dicapai antara 20 - 50 minit dengan kecerunan purata 30 darjah..

Perjalanan sepak sepak daun melalui Jalan Hutan serta Mossy Akhirnya kami tiba jugak di Puncak Chantek..

  Tolong la letak signboard tu jangan atas-atas sangat..
Sian hakak yang pendek nih..

Puncak Gunung Chantik 
 
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut.. Malangnya beirut telah pun rebah dan ditutupi semak Yaamat.. Tapak asal beirut tidak berpokok dan cuma berumput kemas.. Pokok pokok dikeliling puncak setinggi 3 - 5 meter.. Tengok tu beirut hancur merebah di bumi.. 




Takde sape ke nak pebetoikan balik
Mampu tengok je le..


Selesai bergambar, kami ke simpang kanan ke puncak Gunung Chentuk.  Kedua-dua puncak gunung ini dipisahkan dalam 10 minit perjalanan... Bezanya puncak Gunung Chentuk berada di dalam hutan manakala puncak Gunung Chantik di lereng.. Keadaan sekeliling memang Mossy mossy la... Tenang sepanjang perjalanan ke Chentuk...

Puncak Gunung Chentuk
Puncak gunung ini agak luas dan dipenuhi pokok-pokok berlumut yang suram (mossy forest). Cuma 5 - 10 minit berjalan ke arah Timur dari puncak Gunung Chantek..



  Last bergambar disini.. Semoga kita bertemu lagi Si Chantek & Si Chentuk.. Moh sambung ke Jasar pula... Gunung ke 3 pulak..


Jam 3 petang, Meh nak cerite tentang Gunung ke 3 pulak..
Gunung Jasar Terletak di Tanah Rata dan jalan masuk ke trek pendakian adalah di Oly Apartment bersebelahan dengan Taman Menara Jam Tanah Rata..

Dengan ketinggian 5564 kaki atau 1696 meter dari aras laut Gunung Jasar adalah berkategorikan gunung yang mudah di daki oleh semua pendaki.. Pendaki Tua macam hakak nih boley la jelajah.. Hahahhaha

Pendakian kami bermula jam 3 petang.. Trek yang kami lalui padanya sangatlah mudah dan melalui lereng-lereng bukit yang mendatar dan sebelah kanan kelihatan bangunan-bangunan pangsapuri dicelah-celah pokok.. Selepas 20 minit, barulah kami menemui trek gunung yang sebenar.. Agak pacak sepanjang naik dan berakar.. Maka berhati-hatilah wahai spara pendaki sekalian.. Walaupun tidaklah sesukar mana, namun ianya tetap membuatkan Hakak sedikit mengah dan juga berpeluh walaupun cuaca suam-suam sejuk.. 
Trek pendakiannya sekitar 1.8 km dari permulaan pendakian dan melibatkan kawasan pendakian di sekitar 800 meter.. Akibat terlalu letih, kami sampai agak lewat sampai di Puncak..
 
Selepas penat mendaki, akhirnya tiba di lereng bukit yang tidak berpokok.. Hanya pokok-pokok paku resam dan pokok-pokok renek yang memenuhi kawasan itu.. Dari situ kelihatan  pencawang elektrik di atas lereng bukit dan permandangan yang paling menarik adalah kebun teh yang kelihatan beralun yang dikelilingi bukit-bukau yang menghijau..
Seterusnya mendaki dilereng-lereng bukit dibawah pencawang elektrik dan menikmati pemandangan Gunung Berembun dan juga pekan Tanah Rata dari aras yang tinggi yang betul-betul berada di depan mata..
Akhirnya tiba di Puncak Gunung jasar dan berehat

 




 
 
 
Walaupun gunung ini dikatakan gunung yang paling mudah dan paling singkat untuk didaki oleh kebanyakan para pendaki gunung, tetapi pemandangan yang dapat dilihat cukup memuaskan hati.. Dengan jelas dari atas puncak penampakan Gunung Irau, puncak Gunung Brinchang dan juga sebahagian pekan Gopeng. Di puncak Gunung Jasar terdapat batu sempadan Perak-Pahang dan juga beberapa tinggalan batu tapak beirut..
Walaupun Gunung Jasar gunung yang senang didaki tapi sebenarnya mempunyai keistimewaannya tersendiri.. Pemandangan indah yang menampakkan hampir semua gunung-gunung penting di Cameron Highlands merupakan bonus bagi para pendaki.. Semoga kita berjumpa lagi ya Gunung Jasar...
MoH BaLik...
Para pendaki dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat beberapa kawasan yang berpotensi untuk mengalami tanah runtuh. Selamat mendaki Hikers!!!!
 
Sekarang Ini memang tengah trend hiking dan ia adalah satu hobi yang digemari anak muda mahupun orang yang sudah berusia.. Usia bukan lagi penghalang untuk kita mendaki gunung asalkan kita kuat dan larat menghadapi cabaran sepanjang pendakian.. Bagi mereka yang pernah berhiking, pastinya tidak pernah terlepas untuk berkongsikan gambar menarik.. Inilah yang akan menyebabkan ramai mahu mencuba juga bagi melihat pemandangan menarik di atas gunung sana. 
Jika anda ialah newbie yang mahu cuba - cuba berhiking, ikuti persediaan di bawah sebelum memulakan pendakian anda. 

1. Stamina mesti Sado
 
Bagi para newbie, anda dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu awal sebelum aktiviti pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri kita menerima tekanan dan keletihan. Gunung yang bakal anda naiki bukan tinggi yang biasa - biasa. Jadi, anda memerlukan stamina yang kuat untuk sampai ke puncak dengan jayanya. Sengal -sengal kaki itu biasa. 

2. Informasi kena Tepat & Padat

Pastikan sebelum mendaki, anda sudah mengetahui seberapa banyak informasi berkenaan gunung tersebut. Ini memudahkan anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui masa yang akan diambil untuk tiba di puncak dan pulang dengan selamat.

3. Teman Seperjuangan @ Buddies

Selalunya aktiviti pendakian tidak dilakukan berseorang. Ia hanya dilakukan secara berkumpulan. Lebih - lebih lagi jika anda adalah seorang hiking newbie. Pastikan kumpulan yang akan anda ikuti nanti merupakan orang - orang yang terlatih atau orang yang sudah biasa dengan keadaan hutan/hiking. Pastikan anda mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.'. Jangan pentingkan diri sendiri.

4. Peralatan Lengkap

Senaraikan peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki. Tak usah membawa peralatan yang tidak penting dan tidak berguna seperti buku untuk dibaca ketika ada masa lapang. Usah kan buku, membaca hati orang sebelah pun anda tidak akan sempat kerana mengawal kaki dengan berhati - hati semasa pendakian dan tidak mahu terlepas sebarang moment indah di atas nanti. Oh ya, paling penting jangan dilupakan ubat - ubatan anda.

5. Berehat Sekejap

Berehat secukupnya sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih akan menyebabkan anda tidak bersedia menakluk puncak. 

6. Doa

Sebelum memulakan pendakian, sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar perjalanannya selamat pergi dan pulang. Meminta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan yang baik - baik. 

7. Cuaca

Kalau anda tidak mampu meramal cuaca, maka anda perlu sentiasa melihat ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang bakal anda daki. Boleh jadi, jika semalam telah hujan, trail akan menjadi becak dan berlumpur. Jika ini berlaku, anda perlu lebih berhati - hati. 

8. Kasut Sesuai

Kasut merupakan perkara paling utama disaat pendakian. Anda jangan menganggap anda boleh menyarung mana - mana kasut. Awas! Anda mungkin berhadapan dengan perkara genting seperti tergelincir dan sebagainya. Jika anda tidak mampu membeli kasut mahal, beli sahajalah kasut sukan biasa. Ini lebih jimat. Pastikan anda bertanya kumpulan rakan sebelum membeli ini kerana khuatir permukaan tapak kasut tidak sesuai digunakan. 

9. Makanan & Minuman

Bawa makanan & Minuman secukupnya. Ingat, ia bukan makanan kebiasaan yang anda selalu makan di rumah. Tetapi makanan ringan sepanjang anda mendaki seperti coklat untuk menambah tenaga dan air minuman yang mencukupi. Jangan susahkan orang lain ya dengan meminta - minta. 

10. Mental mesti Padu

Mental seorang pendaki harus kuat dan gagah. Anda perlu sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang terjadi. Jangan terlalu mahu mengejar waktu sampai ke puncak atau mahu lekas turun. Ini akan meyebabkan mental terganggu dan anda tidak dapat fokus!

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian.



Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...