Monday 29 May 2017

Gunung Semanggol, Perak

Bekubur Blog ni x berupdate plak... Xtau bila pegi Gunung Semanggol ni.. Tapi yang pasti pegi sebelom pose.... Ok, cite pasal Gunung yang aku pegi ni... Gunung Semanggol yang terletak di Daerah Kerian, Negeri Perak. terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390 mtr. Walaupun Gunung semanggol ini digelar sebagai Gunung tapi tahap ketinggian adalah level ketinggian bukit sama seperti Gunung Baling, tapi yang menariknya mendaki disini adalah view dari puncak Gunung Semanggol yang 360% sungguh menakjubkan terutama ketika sunrise Dari puncak anda boleh melihat dengan Bukit Merah laketown, Bukit Larut, laut, ladang sawit dan pemandangan sawah padi terbentang luas cukup memukau sesapa yg naik ke puncak ini....
Ni view dr Sebelah depan.. Hadap Gunung
ok, yang ni hadap awan carpet
Dengan Kuasa Sailoormoon...
“Bunga yang mekar di musim semi adalah lambang cinta dan kasih sayang. Aku prajurit cantik berbaju sailor yang berjuang demi cinta dan keadilan, Sailor Moon, dengan kekuatan bulan akan menghukummu.” 
Tandanya kami bersatu... 
Bebalik cite Gunung Semanggol ni, Seawal 12.30am kami dah terpacak di  Masjid An-Nur Kg Semanggol, Starting point ke kaki Gunung Semanggol pacak sungguh. Jalan nak masuk macam Gunung Korbu, ladang kelapa sawit.... 2 kali nampak anak sungai bila dah melepasi ladang kelapa sawit tu. Permulaan jalan memang heaven, rata ja, dah sampai suku, selamat mendaki…Hehe..Trip kali ni di sertai oleh 14 org, ada dari Manjong, Taiping dan rata2 org Ipoh.. Jam 4.20am kami memulakan pendakian dgn di pandu oleh rakan RGS Megat Khairul jauh di import dari KL.Trek pacak 60-70 deg dan mengambil masa 1jam - 1jam 30 min utk sampai ke puncak. Selesai subuh di puncak Group Kami dihidangi permaidani awan dan matahari terbit.... MasyaAllah indah sungguh pemandangan ciptaanMu. Mula2 sessi selfie mengselfie oleh Hikers di sana. Ada lebih kurang 70 org dari 3 group pd waktu yg sama....Sewaktu turun mengambil masa 45 min (Men lompat). Berselisih dgn ramai pengunjung rata2 dari remaja sekolah & orang Kampung. Group kami akhirnya selamat sampai pd jam 9.00 pagi...
 Kami.... Akhirnya Berjaya Sampai ke Puncak..
Yang di belakang tu semua hebat2... Semua dah tapau G7....
RGS Hikers... Femes Bak Ang....
 Suasana di Puncak.. Semua sampai sebelum subuh dah terpacak kat atas ni...
 Kami Bersama Guide dari Manjung
 Kami Bersama Bro Jebat.. 
Teror men Ragbi.... Kami n Da Gang tumpang kereta 
ke Gunung Semanggol ni... Tank Kayu Abam Sado...
Yang ni pulak kami jumpa Guide dari Tapau Trekkers...
Ntah group mana dibawaknya.... 
Mak2 org ni.... Janji kami Padu... Xde melepap je kat umh....
Saja mak tunjuk jam adidas kami....
RGS Group

RGS
Kami Redah, Kami Lompat & Kami Fun
Sampai puncak itu pasti.....

Wednesday 24 May 2017

Senarai Barang sebelum Hiking

Senarai peralatan dan keperluan sebelum anda mengadakan aktiviti berkaitan alam semulajadi.
Senarai barang dan kelengkapan untuk trip panjang (3hari ke atas)
📜 *Haversack 50l maximum (perempuan).*
📜 *Haversack 65l (lelaki) dan ke atas.*
📜 *Headlamp 2biji*.
+ Bateri tambahan.
📜 *Wisel.*
📜 *Poncho @ baju hujan.*
📜 *Emergency Blanket.*
📜 *Sleeping Bag.*
📜 *Carry mat*
📜 *Hammock*
📜 *Baju sejuk.*
+ Jaket tebal.
+ Windbreaker.
+ Termal.
+ Head buff.
📜 *Makanan Personal* (Tambahan/Sendiri)
📜 *Minuman* (Tambahan)
📜 *Pinggan & Cawan / Mass Tin.*
📜 *Gas & Stove.*
📜 *Pakaian.*
+ 1 set waktu aktiviti.
+ 1 set waktu tidur.
+ 1 set waktu balik.
📜 *Alat bantu kecemasan. (First Aid)*
📜 *Ubat-ubatan sendirian.*
📜 Barang2 mandian sendirian.
📜 Selipar.
📜 Pisau.
📜 Parang.
__________________________
Senarai barang dan kelengkapan untuk trip pendek (3hari ke bawah)
📜 *Haversack 50l kebawah* .
📜 *Headlamp 2biji*.
+ Bateri tambahan.
📜 *Wisel.*
📜 *Poncho @ baju hujan.*
📜 *Emergency Blanket.*
📜 *Sleeping Bag.*
📜 *Carry mat*
📜 *Hammock*
📜 *Baju sejuk.*
+ Jaket tebal.
+ Windbreaker.
+ Termal.
+ Head buff.
📜 *Makanan Personal* (Tambahan/Sendiri)
📜 *Minuman* (Tambahan)
📜 *Pinggan & Cawan / Mass Tin.*
📜 *Gas & Stove.*
📜 *Pakaian.*
+ 1 set waktu aktiviti.
+ 1 set waktu tidur.
+ 1 set waktu balik.
📜 *Alat bantu kecemasan. (First Aid)*
📜 *Ubat-ubatan sendirian.*
📜 Barang2 mandian sendirian.
📜 Selipar.
📜 Pisau.
📜 Parang.
___________________________
Senarai barang keperluan untuk dayhike (1hari)
📜 *Haversack 30l ke bawah* .
📜 *Headlamp* .
+ Bateri tambahan.
📜 *Tools*
+ Emergency Blanket
+ Wisel
+ Pisau
📜 *Clothing*.
+ Winbreaker
+ Glove
+ Hiking pole
+ Ponco/Rain Coat
📜 *Pinggan/Cawan/Mass Tin* .
📜 *Stove + Gas* .
📜 *Alat Bantuan Kecemasan*.
+ Personal Ubat-ubatan (Pil/Serbuk/Cecair)
+ Personal Krim (allergic)
+ Personal Minyak Panas
📜 *Kasut* .
+ Seeloknya gunapakai tapak kasut yang sesuai untuk aktiviti lasak.
+ Sandal & Selipar DILARANG kecuali yang menutupi bahagian depan kaki
📜 *Tempat lepak*
+ Ground 3x2m/2x1m
📜 *Makanan*
+ Gula=gula
+ Air Mineral 1.5l & 500ml
+ Roti/Maggi/Bubur

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...