Tuesday 19 September 2017

Tenang di Rimba


Suasana hijau dengan bunyi kicauan sang burung cukup mengujakan. Keriangan dan keletah anak-anak kecilku berlari berkejaran di kawasan sekitar membuatkan si ibu dan ayah turut tumpang gembira.

Tatkala semua orang sibuk mendirikan khemah yang akan menjadi tempat berteduh pada malam nanti, si ibu pula membuat persiapan untuk berbeku bersama seisi keluarga. Saat matahari mulai tergelincir, unggun api yang dinyalakan menerangi kawasan.

 Sambil menikmati hidangan pada kesamaran malam, ketenangan dan keseronokan dirasai sukar digambarkan dengan kata-kata. Unggas yang mengeluarkan pelbagai irama ibarat konsert alam semula jadi yang cukup mendamaikan.

Itulah yang pastinya dirasai saat anda berkhemah bersama keluarga di dalam hutan hujan Malaysia yang cukup indah ini iaitu Gunung Berumbun..... 



Berkhemah bersama keluarga bukan antara senarai idea percutian yang akan dipaparkan saat mencari lokasi percutian bersama keluarga...


 
Apa yang dipaparkan hanyalah percutian di hotel mewah, chalet, pulau ataupun di destinasi percutian keluarga di luar negara. Namun, tidak ramai yang mengetahui, berkhemah bersama keluarga dan rakan di lokasi perkhemahan di negara ini sesuatu yang cukup menarik. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti berkhemah ini juga menjadi alternatif percutian keluarga.


Memang tiada katil empuk, pendingin hawa, bilik air selesa dan televisyen yang menayangkan rancangan menarik, tetapi kedamaian, ketenangan dan keakraban saat bercuti bersama keluarga menerusi aktiviti perkhemahan sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Sg Pauh, Cameron Highland, Pahang

Terletak 2  kilometer dari pekan Tanah Rata dan Brinchang, perkhemahan di Sungai Pauh ini cukup mengujakan. Menjadi satu daripada lokasi pelancongan menarik yang menarik disebabkan tempat nya adalah kawasan sejuk dan lokasi kaki Gunung Berumbun. 


Lokasi ini dibuka kepada pelawat pada hari Isnin sehingga Ahad dan tedapat pelbagai kemudahan seperti tapak perkhemahan, kemudahan lain disediakan ialah tandas, surau, wakaf dan kaunter pendaftaran. Jika ingin menggunakan bekalan elektrik, anda boleh mendapatkan kadar bayarannya daripada Pejabat Hutan.



Dijaga oleh Jabatan Perhutanan, bayaran masuk sejumlah RM35 dikenakan bagi anda yang ingin berkhemah. Deposit itu bertujuan memastikan kebersihan tapak perkhemahan tetap terpelihara. Selain menikmati kedamaian dan kehijauan alam semula jadi, mandi sungai aktiviti yang nyata menggembirakan seisi keluarga.

Bagi yang sedang mencari lokasi perkhemahan seisi keluarga, lokasi perkhemahan keluarga di Malaysia yang disenaraikan SANTAI minggu ini mungkin boleh dipertimbangkan. Kehijauan alam semula jadi serta kesejukan di tanah tinggi, kepelbagaian kemudahan seperti tapak perkhemahan, surau , tandas berasingan jantina, pondok berbeku, pentas aktiviti, pondok rehat dan alur Sungai Pauh yang kecil dan selamat.

Bagi yang berminat berkhemah di sini, pihak yang perlu dihubungi ialah Jabatan Perhutanan Daerah Raub dan Cameron Highlands.


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...