Tuesday 20 March 2018

Gunung Bujang Melaka Daypack


18 Mac 2018 - Plan ke Gunung Bujang Melaka sebenarnya nak pergi hari Sabtu tapi sebab kesibukan diri so hakak tangguh la hari Ahad.... Memikirkan kaki dan badan hakak yang tak bapa larat nak naik.... Naik la jugak ye dak..... Gunung Bujang Melaka ni terletak di Kampar, Perak yang mempunyai ketinggian setinggi 1233 meter (4,050 kaki).... Para pendaki boleh memilih samaada nak tidur atau buat Daypack... Kalau bercamping ni sesuai di Kem Lebah kerana keluasan nya boleh muat bepuluh khemah... Manakala Daypack pulak korang kena start awal pagi sampai la ke petang.. Kalau pace slow pulak, tgh malam nampak gaya korang sampai.... Non stop perjalanan. Rehat kejap2 boleh la....


Log ke Gunung Bujang Melaka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18 Mac 2018

7am - Berkumpul di Masjid Kampar An-Nur

7 -7.30am - Breakfast di Mamaks kat Pekan Kampar 
(Tapau Roti Canai)

8am - Starting point Air Terjun Batu Berangkai 
(Mula Pendakian) 
(Trek Landai, semak dan terdapat Anak sungai)

9.30am - Tibe di Kem Balak
9.30-11.30am - Tibe di Kem Lebah (2 Jam)
(Pacak dan Pacak)

11.30-12pm - Rest Minum & Makan (Buah & Roti)

12-1pm - Dari Kem Lebah Terus Ke Puncak (Pace Laju)
(Trek Pacak & Menurun)

1-2pm - Berehat Di Puncak (Makan Besar, Masak Air & Buah)

2-2.50pm - Sampai Kem Lebah
2.50-3pm - Rehat 10 Minit

3-4.30pm - Kem Balak

4.30-5.30pm - Tibe di air terjun Batu Berangkai



Trek ke starting point ke Kem Lebah - 5jam

Kem Lebah ke Puncak GBM - 1 Jam

Trek turun dari puncak ke kem - 50min

Dari kem Lebah ke starting point Air Terjun Batu Berangkai - 2 jam 30 minit (Pace Laju)
Barangan Persendirian:
Korang perlu bawa peralatan seperti pisau kecil / pisau lipat, botol air, Air Kemenangan (100 plus contohnya), makanan (power bar, roti, nasi bersama lauk pauk), kasut spare (selipar cotohnya) headlamp/lampu suluh, pinggan, cawan untuk kegunaan sendiri, personal first aid kit, tongkat bg memudahkan korang melangkah.


 Suka sangat menapak kat Rumah Orang Asli ni...
Nampak Lagend sangat.....

 Bersama Otai-otai sementara menunggu 
rakan-rakan di belakang

Jangan risau tentang Air, Jumpa saja air..
Sejuk airnya....

 Bersama Adik Dilla ku sayang

  Muke Capekkkkk..... Berehat di Kem Lebah

 Nampak tak hakak berehat bawah khemah...
Capekkkk sgt la tu..

 Salah satu Pendakian yang menggunakan tali

  Bukan senang nak melintas kayu balak yang besar ni...
 Kami berempat yang terawal sampai di Puncak

Tahniah di Bawah Beirut Puncak 
Gunung Bujang Melaka .... Keistimewaan yang terdapat disana termasuklah kesan sejarah yang terdapat di 'Banjaran Mambang Diawan' tersebut. Ianya pernah dikenali sebagai Gunung Mambang Diawan dikalangan orang tempatan suatu ketika dahulu disebabkan kawasan banjaran yang sering dilitupi kabus.

 Bersama-sama Cik Li n Da Gang...
Paduuuuuu

 Ni adalah kenangan-kenangan hakak ke Gunung Bujang Melaka & Gunung Relau
(Pondok Orang Asli yg Lagend)


Wednesday 14 March 2018

Gunung Yong Yap


10 Mac 2018, Hakak ke Gunung Yong Yap yang merupakan salah satu gunung kategori G7 iaitu gunung yang ke-6 setinggi 2167 meter atau 7110 kaki.... Jam 4 pagi (sabtu ) semua orang berkumpul di Masjid Loging.. So Hakak bertolak dari Ipoh Jam 1 Pagi.... Hakak drive bertemankan yati disebelah Hakak..... Dok borak2 sebab riso Hakak terlelap... Hahahahhaha... Group yang hakak join ni Melati Hikers... Tak kenal dan x pernah on trek atau berjumpa pun.. So belasah je la.... I don't care... Misi itu penting... Ye dak....

 Nampak tak muka hakak bersedia... Cewah... Muke tak tido lg nih.....

Perjalanan kami bermula dari Masjid Loging ke perkampungan orang asli, Kampung Kuala Regil.... Jam 7 pagi kami sudah pun berada di Kg tersebut bersama Crew2 Melati Hikers.....Pada hari pertama laluan pendakian agak mendatar & menurun bagi 3 jam pertama sehingga simpang Y, perjalanan akan melintasi beberapa sungai besar dan anak-anak sungai...

 Melintasi Sungai Besar

 Jumpa sungai saja.. Bab melenjun, suke sangat..

 Simpang Y

Simpang Y ni sangat luas... Hakak dan Crew Melati berehat 1 jam bagi menunggu rakan- rakan di belakang yg jauh ketingggalan...

Seterusnya menuju ke Kem Agas yang agak mencabar lebih kurang 45 darjah.... Dari Starting point ke Kem Agas memakan masa yang agak lama iaitu 5 jam perjalanan... 18 anak sungai terpaksa dilalui dan meniarap ala-ala komando di bawah pokok-pokok buluh... Fuh , masa ni azab lutut...


 Leteyyy kome weyh...

Walaupun kebanyakan gunung kategori G7 mempunyai hutan mossy, disepanjang pendakian hanya hutan buluh dan pokok sahaja yang jelas kelihatan.... Hakak tiba di Kem Agas dengan mengambil masa 5 jam..

 Kem Agas

 Kem sungai jeruk dalam masa 1 jam 30 minit dan kem balak pecah dalam masa 2 jam.... Oleh kerana kem balak pecah tidak mempunyai sumber air jadi hakak & smua crew Melati berkemah di Kem Jeruk.....  






Dari Kem Agas ke Kem Jeruk terpaksa melintasi 16 anak

sungai.... Serupa ular, sekejap masuk kiri, sekejap masok 

kanan... Best tollll.... Hakak bermalam di kem ini bagi menghilangkan penat dan mengumpulkan semula tenaga untuk perjalanan pada esok pagi...... Memang menyeronokkan berada di gunung, walaupun penat tapi alhamdullilah dapat hilangkan stress yang ada..... Tenang Giler bak Ang.....


 
9 jam perjalanan amat memenatkan... Masing2 dah terduduk.....

 Pada hari kedua pendakian diteruskan pada jam 3 pagi..... Perjalanan di anggarkan 3 jam dari Kem Jeruk ke Puncak Yong Yap..... Dari Kem Jeruk ke Kem Balak Pecah 2 Jam dan dari Kem Balak Pecah ke Puncak hanya 1 Jam 30 minit.... Hakak tiba di puncak gunung Yong Yap pada Jam 7 pagi..... 30 minit sebelum menuju puncak, disepanjang pendakian barulah jelas kelihatan hutan mossy, pemandangan ini sememangnya menakjubkan dan menghilangkan keletihan.....Angin yang kuat dan suasana menyejukkan buat hakak seronok melayan pendakian ini......

 Hakak dah smpai Peak

 Bersama Group Melati Hikers... Yang lain ada yang berpatah balik dan ada yang otw ke Puncak... Tak dapat nak bergambar bersama.....

 walaupun x kenal tapi kami teruja sampai ke puncak

 Ya kami disini

 Sejok giler kat atas ni.. Menggigil kesejukan

Jommmm Balik Ke Kem Jeruk...Setelah mengambil gambar bersama, sesi pendakian diteruskan untuk pulang ke Kem Jeruk.... Sambil turun sambil bergambar

 This is Mossy2

 Simpang ke Gunung Bubu

 Simpang ke Yong Yap

 Last Water Point

Sempat bergambar sebelum tiba di Kem Jeruk yang memakan masa 3 jam utk turun... 

Tiba di Kem Jeruk berkemas... Makan nasi Goreng yang dibuat oleh Chef Melati Hikers..
Hakak dan Yati keluar dari Kem Jeruk Jam 11.45.. Kami berdua ontrek disebabkan kakangan masa.... Takot sampai malam masa On Trek...

 Hi... Jom kita redah 30 lbh sungai sepanjang perjalanan

 Aiceceh... siap nyanyi lagu lagi...
"Tinggi tinggi Yong Yap,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru biru hujung
Yong Yap,
Tengok dari jauh hati saya rindu" 

Bersama Abg Azam & Yati My Sweeper

Gilerrrr letey kot.. Non stop...
Kejor Sebelom Malam

 Bertemu Hikers Bro Man di depan dan dibelakang sekali Bro Azam ketika pulang

Jambatan yang terakhir kene redah.....
Yesssssss....

Sudah nampak jalan Pulang... Kaki dah rs nak tercabut...

Kecut Gedi Kaki...... 38 Sungai Besar & kecil 
Fuhhhhhh.....

Semoga Berjumpa Lagi

~Sekian, Terima Kasih~



Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...