Tuesday 27 February 2018

Gunung Peninjau


Gunung Peninjau yang terletak di dalam Banjaran Kledang yang terletak di Perak, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,059 meter (3,471 kaki)...Gunung Peninjau bukanlah asing bagi masyarakat Ulu Chepor, Chemor. Ada generasi lama memanggil Gunung ini Gunung Kecil, mungkin keadaan gunung ini tidak sebesar gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa yang jelas kelihatan dari Ulu Chepor. Gunung Peninjau juga berada dalam Hutan Sinpan Kledang Saiong (sebut Siong) menjadi sebahagian dari Banjaran Kledang. 
Hutan sekunder ini atau hutan yang tumbuh selepas aktiviti pembalakan kini, telah kembali ditutupi pokok-pokok hutan hinggakan kebanyakan lantai hutan tidak ditumbuhi tumbuhan renek. Walaupun mukabumi bekas jalan balak masih boleh kelihatan, pendaki seperti tidak akan terasa berjalan di jalan balak.... Mungkin sebahagian hutan di sepanjang trail Gunung Peninjau tidak akan menjadi kawasan pembalakan lagi memandangkan kaki gunung ini telah dijadikan kawasan perkelahan.... Disebelah nya pula terletak gunung2 lain yg antaranya Gunung Pari yg belum lagi diterokai lagi...



Seawal Jam 3 pagi hakak dah keluar rumah dan berkumpul di Restoran Mamak di Simpang Pulai.. Disana bertemu dengan Ahli2 Group RGS.... Dah lama juga akak tak jumpa dorang ni... Femes la jugak group ni sebab dorang pun dah Grade G7 dan banyak dah keluar mendaki merata2 tempat di luar negara..... Pagi tu hakak makan Roti Canai bersama-sama ila dan yang lain2... Dorang siap2 tapau nasi goreng n Nasi Wonge lagi..... Jam 5 pagi kami gerak dari Restoran memasuki Highway Utara dan turun di Jelapang... Tiba di perkarangan Masjid Chepor Jam 5.45 pagi... Dah nak masuk Subuh....Selesai Solat, tunggu Group Cik Li n Da Gang... And last Group Pulak Group Cina2 Kledang......


Sebelum nak gerak kita begambar dulu ye dak..... Peace dari Dilla Pejabat Kesihatan.. Budak yang comel lote... Yang depan tu Dato K, Baju biru tu Krill Komando n Belakang sekali Kak Sal...

Pendakian ke puncak Gunung Peninjau mengambil masa kira-kira 4-5 jam. Pada awal perjalanan pendaki akan menyusuri tepian Jeram Sg. Ulu Chepor. 30 minit perjalanan pendaki akan melintasi air terjun. Terdapat beberapa air terjun di Sg. Ulu Chepor....


30 minit dari air terjun pendaki perlu mendaki cerun dengan kecerunan 75-85 darjah. Ketiadaan pokok-pokok untuk berpaut serta lantai hutan yang penuh dedaun kering menjadi cabaran pendaki samada sewaktu mendaki atau menuruni. Ada bahagian yang diletak tali bagi membantu pendaki tapi masih banyak tempat yang tidak bertali.... Start la pacat2 dok hidu bau darah manusia.... Hahahahahaa (jaga-jaga)


Last Waterpoint... Kena ambil air siap2... Pejalanan jauh lagi..


Selepas menyusuri kawasan air terjun pendaki perlu mendaki cerun dengan kecerunan 75-85 darjah. Ketiadaan pokok-pokok untuk berpaut serta lantai hutan yang penuh dedaun kering menjadi cabaran pendaki samada sewaktu mendaki atau menuruni. Ada bahagian yang diletak tali bagi membantu pendaki untuk naik ke atas... Tali pun masih baru lagi...
Sempat Hakak begambo ye dak... (letey sebenonye)
Selepas itu kita juga akan jumpa permatang dan perlu menyusuri permatang hingga ada satu simpang pendaki akan mendaki cerun kembali. Awas permatang ini juga merupakan bekas laluan balak...( ada yg jatuh tau) Selepas itu pendaki akan terus menyusuri bekas laluan balak ini. Trail pendaki yang agak bersih dari sampah amat menarik sepanjang pendakian ini... Macam dijaga pulak...
Disini tempat berehat dan kawasan agak luas jika didirikan tapak perkhemahan...

Hampir sejam kami berehat, kami meneruskan perjalanan sebaik sahaja laluan pokok2 balak yang agak besar.... Selain itu, kami juga diminta peka dengan keadaan sekeliling agar tidak terpegang tumbuhan berduri yang terdapat di kiri dan kanan laluan yang agak licin dan mudah terjatuh....




Beberapa pendaki dah tiba lebih awal dari kami.... Fuuhhh penat tak terkata disebabkan cuaca yang agak panas....
Puncak Peninjau ini ditandakan dengan beirut dan batu tanda. Keadaan beirut masih utuh. Bezanya piramid beirut dibuat dari atap abestos. Ada satu kawasan pemandangan dari puncak, jelas kelihatan seluruh Pekan Chemor. Puncak gunung dikelilingi pokok-pokok tinggi melepasi tinggi beirut. Luas puncak boleh menampung 100 orang tapi untuk bermalam 40-60 orang masih munasabah...
 Sampai Sudah....
Dari Hakak2 kawasan...
Hakak bersama Beirut Di Puncak Peninjau


Dari Kiri : Krill si Komando, Hakak Dilla, Dilla si Mata Bolat, Cik Li  (Otai Kami), Dato K n Kak Sal


Berehat sat...

Sakan Begamboooo..


Begabung Gambo dengan Group RGS


Udah Bergabung dengan semua pendaki...
Jom siap2 balik.... 3 jam nak rempuh turun.....

Bye2 Peninjau, Lain Masa hakak datang lagi naaa...

-DIella HaSaN-

 

Tuesday 6 February 2018

Bukit Kutu, Kuala Kubu Bahru

Assalamualaikum Semua.... 3 Februari 2018 hakak pergi ke Bukit Kutu, Kuala Kubu Bahru... Bukit Kutu ialah satu Gunung dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor....  Tapi hakak  nak jelaskan kejap, walaupun namanya “Bukit” dia memang bukan bukit, serupe Gunung..... Biasanya kalau Bukit lebih dari ketinggian 600m, dan yang pastinya  ia dipanggil Gunung.... Bukit Kutu ketinggiannya ialah 1053m, so confirm la GUNUNG.....

Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Bahru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia...  Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua...

Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira 4-5 jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor..  Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai...
9 Orang kesemuanya yang pergi.. Sorang lagi keje 
tangkap Gambar....
Laluan Titi yang akan dilalui.. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah selepas merentasi bekas laluan balak. 
Seronok hakak men air...
Time ni mmg best la kan main air... Sejuk je..
Dalam 1 Jam jalan mendatar dan rempuh sungai dan lecah disepanjang jalan,. Diingatkan pakailah kasut betul2 hiking... Takut tegelincir masuk lumpur, kawan2 hakak nyaris2 nak terjatuh.... Terdapat pelbagai halangan seperti meniti jambatan nak runtuh, scary gak... Sebab hakak x nak basah dalam perjalanan... So kena la hati2 meniti atas jambatan tu.....
Then Starting la jalan menaik pulak dan berlumpur sikit (maybe sebab hujan semalam). Sebab itu hakak fikir “Kalau trek macam ni tak la susah sangat kan”.... Dari melayan batu2 tajam cam kat Gunung Pulai tu... Buat sakit kaki hakak je... So Hakak suka layan trek macam ni....
Tiba2 lepas keluar dari tempat buluh, ternampak satu batu besar antara pokok. Batu Tedung. Dia batu yang besar melengkung macam kepala ular tedung, dan di bawah tu macam gua. Akhirnya kita dah sampai kat Checkpoint 5 dan boleh rehat sikit kat sini. Ada berita baik bila orang lain lalu, ada cuma 40minit lagi untuk sampai kat puncak. Woohoo kita dah dekat....
Melepak sekejap dan kumpul tenaga sementara waktu menunggu Group Hakak yang lain..... Sementara tu hakak dok bz tangkap gambar lah ye......Bila dah sampai di Gua Kambing ni, bermakna sudah separuh jalan mendaki dan masih ada lagi 50% trek yang perlu ditempuhi.
Yang ni batu Tedung... So hakak tangkap la gambar sendiri2 lah ye... Jom, kita gerak ke Puncak... Lagi 40 minit ke 1 Jam je lagi...
Cerobong asap ini masih utuh sehingga sekarang…
Setelah 3 jam setengah mendaki, akhirnya Hakak berjaya menjejakkan kaki di kawasan bekas tapak banglo lama..... Ini sebenarnya bukan puncak tapi dari sini hanya 5 minit jer untuk naik ke Puncak Bukit Kutu dan biasanya kawasan ini sering dijadikan tempat berehat ataupun lokasi perkhemahan bagi yang ingin bermalam... Bila kesemuanya ahli kumpulan dah sampai, maka bermulalah acara masak-memasak dan makannnnnn.. Hakak dah lapoo..
 Alhamdullilah, aku terima nikahnya  "Aku dah sampai ke Puncak Kutu dengan Jayanya...."
Aminnnnn... Disahkan oleh dua org yang kat belakang tu n Kadinya Pak Ustaz Sham....
Ehhhh, macam muka Emy Nadya lak...... Si Bini Budak Baek tu.... Ni Dilla jugak nama dia.. Keje kat Pejabat Kesihatan.... So Cute This Girl...
Atas puncak tu memang laa cantik, sebab boleh nampak pemandangan banyak gunung, tasik dan hutan. Walaupun hari tu ada awan tebal dan jerebu sikit, pemandangannya mmg cantik..... Hakak amik port bawah sikit..... So Scary!!!
Terdapat satu lagi runtuhan Banglo atau Villa lebih kurang 500 meter daripada Puncak Bukit Kutu dan ini juga antara lokasi peninggalan sejarah yang wajib dilawati sekiranya mendaki Bukit Kutu. Bagi yang ingin ke runtuhan ini, ikut jer trek untuk ke puncak selepas cerobong asap (Chimney) dan belok kiri di simpang kecil manakala ke kanan pula akan terus ke kawasan batu besar untuk ke puncak. Terus menyusuri trek tu ke bawah dan akan melalui lereng bukit sebelum sampai di lokasi runtuhan.
Berposing dulu disini.. Apa Agaknya dibincang oleh kami....
Hahahahhahha
Selepas masing-masing dah puas bergambar di kawasan runtuhan banglo, Hakak n Da Gang ikut kembali trek tadi dan terus menuju ke Puncak Bukit Kutu untuk satu lagi acara bergambar sebelum menyusuri trek untuk turun ke bawah…Hahahahahah.. 
  Ade Nampak muke Hakak Happy !!
Manjat sat sebelum Balik.....
Ni pun dah ngetor pala lutut.....
Jam dah tunjuk pukul 2.30 Ptg......
Muke dah nak balik.... Moh Kita...
 Muke Berehat  menunggu Balik nak turun..
Perjalanan turun agak lebih berhati-hati apabila menuruni tanah yang agak licin... Ada yang laju dan ada yang perlahan apabila menuruni trek yang curam. Alhamdulillah, semua berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang insiden yang berlaku, walaupun ada diantara kami yang agak lewat keluar daripada trek Bukit Kutu. Lepak mandi dulu di sungai berhampiran dengan jambatan pertama sebelum masing-masing bergerak pulang ke rumah....
Info tambahan mengenai Sejarah Bukit Kutu:
Menurut Sumber, kesemua Tahanan yang naik ke Bukit Kutu akan disoal siasat dan tidak turun semula sehingga perang tamat..."Langsung tak dengar cerita tentang mereka selepas mereka dibawa naik ke bukit itu... Sehingga kini orang Kampung tidak tahu apa tentera Jepun lakukan di banglo tersebut sepanjang pemerintahannya di Tanah Melayu.

Tentera Jepun akan berbasikal dan berjalan kaki di seluruh kampung.... Para gadis dan wanita dirogol, selain mengambil barangan milik orang kampung...."Pernah juga, sekumpulan tentera Jepun yang sedang meronda terlihat pokok sirih. Dipaksanya orang kampung menggali sehingga ke akar kerana dia ingatkan ada ubi untuk dijadikan makanan.... Selepas Jepun menyerah kalah, pihak Inggeris mengambil semula banglo di Bukit Kutu... Pegawai Inggeris naik ke Bukit Kutu bukan untuk berehat seperti zaman sebelum perang, sebaliknya untuk tujuan keselamatan.....

Terdapat pelbagai gambar-gambar lama banglo di Bukit Kutu semasa cuba mencari maklumat mengenai sejarah disebalik kewujudannya. Gambar-gambar dibawah ini adalah diambil daripada laman blog http://shiekblog.blogspot.com serta sumber gambar ini adalah daripada Mr. Tony Wright yang merupakan cucu kepada salah seorang warga British yang pernah menetap di Banglo Bukit Kutu.
Gambar Datuk kepada Mr. Tony Wright sedang duduk di hadapan banglo
Ini adalah gambar cerobong asap (Chimney) yang kekal utuh sehingga sekarang…
 Gambar Nenek kepada Mr. Tony Wright (duduk) bersama Sister Sutton (yang bekerja di banglo itu). Kedua-dua batu besar ini masih boleh dilihat sehingga sekarang di puncak Bukit Kutu.
 
Bukit Kutu sememangnya menyimpan pelbagai rahsia dan juga sejarah yang masih banyak belum terjawab sehingga kini. Apa yang terungkai setakat ini hanyalah secebis bingkisan sejarah daripada lipatan sejarah yang besar. Aku rasa masih banyak lagi misteri yang masih tersimpan di Puncak Bukit Kutu tetapi berkemungkinan akan lenyap dimamah usia dan hilang dimakan zaman…..

“Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!”..

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...