Monday 13 March 2023

GUNUNG SIKU, CAMERON HIGHLAND

 

Assalamualaikum Para Hikers yang Padu.. Hari ni hakak nak kongsi pengalaman mendaki Gunung Gunung Siku, Cameron Highland.. Entah kali ke berapa naik Ke Gunung Siku ini.. Kali ini naik dengan Gang2 Kledang yang disayangi.. So, yang pastinya wajib pergi ke gunung ini semula... Gunung Siku ni sangat sesuai kepada yang beginners yang hendak mula dengan dunia pergunungan. Di awal pagi jam 4.30, kami bertolak dari Petronas Simpang Pulai dan tiba di BhPetrol Jam 6 pagi.. Kereta kami parking berdekatan dengan Stesyen Minyak tersebut..

Pendakian hakak ke Gunung Siku ni hakak follow team RGS (Rakan Gunung Sebaya).. Kalau nak daki Gunung Siku ni kena daftar permit dulu (Wajib) dan mesti melalui Guide tempatan.. Kalau tak, anda didapati bersalah kalau tak guna guide tempatan... Hehehehehe :)

Nampak seronok muka kami, cam tak sabar kan..

Bebalik cite pendakian ini, Hakak dan pendaki yang lain berkumpul bagi mendengar taklimat oleh Guide Lepat Liat dan Ketua Pendaki RGS (Abam Bad).. Perjalanan kami bermula bersebelahan dengan stesen minyak BHPetrol.. Setelah semua bersedia, kami menyeberangi jalan raya di hadapan stesen minyak tersebut dan menyusuri kawasan kebun sayur milik persendrian..

Track Gunung Siku ni ada semua sekali bercampur dari tangga (longkang) lepastu jumpa kawasan tanah dan berselut/membajak bila hujan, kemudian tempat yang berdaun-daun dan ada juga laluan yang berakar apabila dekat nak ke puncak.. Perjalanan kami menjadi agak perlahan kerana semuanya terpukau dengan Mossy2 yang cantik dan mengagumkan.. Tambahan lagi, cuaca sangat sejuk dan berkabus... Seronok dan mendamaikan... Start la rasa nak menari2 kan..... 

Bagi hakak la, korang bawak la sarung tangan (glove).. Sebab nya, senang nak pegang akar.. Tak de la tangan kotor dan tak rasa licin bila pegang akar... Kadang-kadang ia juga mengelakkan kecederaan pada tangan apabila perlu berpaut pada dahan atau akar kayu semasa mendaki...

Jarak perjalanan dan ketinggian Gunung Siku
Nampak bahagia disitu...
🥰🥰🥰Mendung tak selalu murung, 
ketika kau mau tersenyum, 
maka itulah mentari yang kau 
ciptakan sendiri🥰🥰🥰
Nampak syiok jer..
Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, korang perlu membawa bekalan air yang secukupnya. Bawa juga gula2, makanan untuk memberi tenaga seperti pisang, coklat, makanan tengahari untuk makan di puncak dan jangan lupa bawa bersama ‘air kemenangan’ :)
Hampir sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas lutut. Pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan memakai kasut getah atau ‘Adidas Kampung’ kerana ia selesa dan senang dicuci.
 
Bersama-sama Ratu2 Cantik Kledang
Cantik kan mossy2 Gunung Siku

Kami selamat tiba di Puncak Gunung Siku jam 12 Tengahari... Rate kesukaran bagi Gunung Siku ialah 6/10 jadi tak la susah sangat dan tak curam sangat. Enjoy je layan nature kat sini sebab terlalu cantik sangat... Tambah-tambah lepas checkpoit last tu korang akan berdepan dengan Mossy2 ala-ala The Lord Of The Ring.... Kat situ jugak laaa, lama korang nak bergambar....
 
Setelah berehat lebih dari 1 jam di puncak, kami mula gerak untuk turun... Keadaan jadi agak lambat sebab trek terlalu licin dan membajak... Ada yang terjatuh sebab laluan yang licin dan akar yang banyak, menyukarkan lagi untuk turun kerana trek terlalu basah..
 
Pesanan Ringkas bagi persediaan untuk 
ke Gunung Siku

Barang-barang lain sebagai langkah persediaan yang perlu dibawa seperti ubat-ubatan atau ‘basic first aid’ (minyak panas, pembalut luka, bandage), ‘headlamp’, wisel, pisau kecil, ‘lighter’ dan juga bawa bersama hati yang gembira.

Jaga alam sekitar dan jangan buang sampah merata-rata. Jangan ambil apa-apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali jejak kaki.

Lakukan latihan fizikal beberapa minggu sebelum mendaki agar anda mendapat stamina yang baik. Berdoalah agar keaadan kesihatan dalam keadaan yang terbaik. Perbetulkan niat semoga aktiviti mendaki ini dinilai sebagai satu ibadah disisi Allah S.W.T.

Bye-bye, Jumpa Lagi :)

Perjalanan untuk menuju puncak gunung tentu bukanlah hal mudah. Diperlukan semangat dan kesabaran untuk mengatasi setiap rintangan di sepanjang perjalanan. Namun, jika sudah sampai puncak segala perjuangan tersebut akan terbayar berkali-kali lipat lewat keindahan alamnya.

 


 

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...