Tuesday 24 April 2018

Gunung Yong Belar Dayhike


21 April 2018 - Hari yang bersejarah genap akak 36 tahun... Akak berhajat nk sampai ke Gunung Yong Belar di masa hari lahir Hakak.. Dan akhirnya tercapai hasrat sampai Ke Puncak dengan jayanya... Alhamdullilah....


Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terdapat 2 jalan masuk untuk ke gunung ini, 3 hari melalui Cameron Highlands adalah yang paling terdekat dan yang paling jauh ialah melalui Ulu Kinta iaitu laluan banjaran Titiwangsa selama 6 ke 7 hari. Jalan masuk haruslah melalui kenderaan pacuan 4 roda atas faktor permukaan jalan yang teruk dan berlubang besar.

   
STATUS GUNUNG : Ke - 3 Tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-8 Tertinggi di Malaysia
KETINGGIAN : 2181 Meter atau 7156 kaki 
LOKASI : Sempadan Perak - Pahang - Kelantan
JARAK PERJALANAN : 10.5KM + 10.5 KM + 7KM (Masjid Loging)
MASA PERJALANAN : 14 - 16 Jam



CABARAN TREK : 8 / 10 Cuaca sejuk 10 darjah - 15 darjah. Kerap hujan dan berangin yang sangat sejuk, kadang-kadang ada cahaya matahari. Dari starting point, ada lebih kurang 7 puncak tipu / bukit yang mesti di tempuh sebelum sampai ke puncak. Keadaan trek sangat pelbagai, jalan rata, becak, berlumut, berselut, basah, jalan kering, jalan akar kayu yang sangat meletihkan dan memerlukan tenaga.... Penat dan melesukan.

 Puncak tipu


Puncak tipu lagi

TEMPAT BERKUMPUL : Masjid Loging (Parking RM 10.00)
Kebun Sayur - Kem Tudung Periuk  - Kem Kasut  - Yong Belar Peak - Kem Kasut  - Kem Tudung Periuk - Kebun Sayur - 7km ke Masjid Loging
 
Pukul 10 malam hari Jumaat, hakak bersama yati dah tunggu kat Masjid Loging... Parking x dibenarkan sekali park di Depan Masjid.. Digalakkan parkir di tepi masjid berdekatan dengan gerai-gerai yang jual pasar Pagi....Rm 10.00 dikenakan bagi setiap 1 kenderaan.... Tepat 3pagi barulah kami segerombolan dapat naik powil setelah menunggu beberapa jam tunggu ketibaan Dif2 pendaki yang lewat tiba... Kami pun bertolak menuju kebun sayur tempat starting point. Teruk gila jalannya sambil lalu kebun sayur-sayuran dan kawasan hutan. Akhirnya sampai juga hakak ke destinasi yang ditujui di Kebun Sayur.... Nak muntah rasanya dok atas powil selama 40 minit.... Sebelum mendaki, Ketua kami Dato Salleh(Melati Hikers)  bagi ration siap-siap, taklimat sikit dan streching serta bacaan Doa Selamat. 



Pada awalnya kami melalui Kebun sayur-sayuran yang tersembunyi, sangat segar, dengan bau baja organik. Pemandangan yang cukup fantastic Mr Loba2..Bermulalah pendakian hakak serta rakan2 pendaki Bergegas turun naik turun naik sampai ke Kem Tudung Periuk Jam 5 .50 pagi... 


Tepat jam 6.40 pagi kami bertolak menuju ke puncak. Masa pendakian mengambil masa 3 jam untuk ke Kem Kasut.. Kami berlima (group yang di depan) tiba di Kem Kasut Jam 9 pagi dan sempat bergambar serta makan pagi bagi menghilangkan kelaparan pagi tu.. 

 Kem Kasut


Berehat di Kem kasut


9.15 pagi terus kami putuskan untuk naik ke puncak. Jam 10.30 pagi Adnan Ja, Adik Haziq serta Abg Wan tiba dulu diikuti hakak dan yati tiba di puncak.... Alhamdulillah selamat tiba di Puncak Jam 10.30 pagi

 Bergerak berlima ke Puncak


Cantik view Mossy nak ke puncak (1)



Cantik view Mossy nak ke puncak (2)

Cantik view Mossy nak ke puncak (3)

 Cantik view Mossy nak ke puncak (4)

 Cantik view Mossy nak ke puncak (5)

Cantik view Mossy nak ke puncak (6)
 Paece No War

 Cantik view Mossy nak ke puncak (7)

 Org Pertama sampai ke puncak... Sakan bergambar bersama Runner kita yang pantas ni....

Yong Belar 2181M

Bukanlah kaki ini yang membuatku 
sampai disini
Bukanlah tangan ini yang kuat 
meraih keatas
Bukanlah tubuh ini yang membawa 
raga ini berpijak diatas
Namun Dia yang mengajakmu untuk 
terus melangkah…melangkah 
dan melangkah 
untuk menikmati sajian 
keindahanNya.

Adegan memotong Kek Tembikai di atas Puncak

 Win Yati & Me

 Hakak, Datin Z, Kak Tina & Yati

Melati Hikers.. Sebahagian sampai dan sebahagian lagi  tiba di puncak waktu petang

Lepas makan tengahari, lebih kurang jam 2 ptg, hakak dan rakan yang lain turun dari puncak Yong Belar. Perjalanan turun agak laju dan sampai kat KEM KASUT lebih kurang jam 2.30 petang. Tak dan nak berehat kerana hakak dan Dll kejar masa untuk turun ke Kem Tudung Periuk. Jam 5.00 tiba di Kem Tudung periuk untuk berehat dalam 40 minit untuk minum & makan apa yang ada dalam beg... Hakak dan isi air untuk buat extra joss..... Tepat jam 5.40 petang, hakak & dll pun menyambung perjalanan dan sampai di Kebun Sayur jam 7.30 petang. Sambung lagi perjalanan melalui kebun sayur...

 Hakak tiba di Kebun Sayur Jam 7.30 malam

Powil tiba 12 mlm...Tak sanggup nak tunggu lama dan kesejukan di Ladang Kebun sayur ni... Akhirnya kami membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Masjid Loging... Bayangkan 7km kene hadap lagi.... Masa ni seronok la x rasa kesakitan.... 1 jam setengah mulai terasa sakit kaki setelah berjalan lama... Kaki dah mulai jadi pakinson.. Tak rasa jejak ke tanah.... Mantel betul hakak masa tu.... Atas kesabaran yang ada, Tepat Jam 10.00 malam, akhirnya tiba di Masjid Loging dan terus bersihkan diri di Masjid Loging...

 Siap sedia nak jalan ke Masjid Loging
 
Alhamdulillah semua selamat, takde yang cedera, objektif tercapai, dan Misi ini berjaya 100% dayhike yang bukan senang boleh buat dalam 1 hari.... Non stop berjalan, berlari & mengejar... (hahahaha)
Apa-apa pun Alhamdulillah la berjaya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan. 

 Kenangan bersama Yati disepanjang Ontrek


" Hanya kaki yg kuat, 
mata yg selalu terjaga, 
pikiran yang terus berpacu 
yg akan menghantarkan 
kita menuju puncak "

Wednesday 11 April 2018

Gunung Berembun Dan Gunung Telapak Buruk


7 April 2018 / 6.30pm - Kami tiba di pekarangan lot parkir Jam 6pm selepas selesai pendakian kami di Gunung Datuk..  Perjalanan kami mengambil terlalu lama atas sebab kekeliruan jalan dan keletihan mendaki agaknya... Masing2 dah pewai dan Guide kami Pak Tam sakit Mata.... Udah tak nampak jalan nak menuju ke tempat pendakian yang terletak di Loji Rawatan Air Pantai bersekali dengan tempat parkir kenderaan dan pintu masuk pendakian.... 

Para pendaki yang ingin mendaki disebelah pagi, adalah dinasihatkan supaya sampai ke Loji Rawatan Air seawal pagi kerana kawasan parkir yang agak terhad dan jalan yang kecil..... So petang yang dingin masa hakak sampai penuh dengan kenderaan... Kena laa tunggu kereta pendaki keluar.. Baru dapat parking....

Kereta boleh parkir dekat tepi-tepi jalan bawah tu, lebih kurang macam kawasan parkir untuk trekking ke Lata Medang/Bukit Kutu. Yang paling best, parking free dan tak perlu permit untuk naik atas..... Bebalik cite pasal Gunung Berembun & Telapak Buruk ni  pulak.. Ketinggian Gunung Berembun adalah (1014m) dan Gunung Telapak Buruk (1,193m) yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus..... Untuk pengetahuan semua, ada dua cara untuk pergi ke kawasan aircraft crash site a.k.a Gunung Telapak Buruk Cara nya :

I.  Puncak Telapak Buruk - Aircraft Crash Site -Puncak Berembun- Kaki Gunung Berembun (Kena naik 4x4 untuk ke Puncak Telapak Buruk.) 

II.  Kaki Gunung Berembun - Lata Berembun - Gua Kambing - Puncak Berembun - Aircraft Crash Site - Patah balik guna trek sama (Free of charge sebab guna kudrat sendiri) 

  Siap sedia Kak Long kawasan semua

Kami memilih 2nd option sebab Jam dah kol bapa oiiiii nak naik 4x4.. So kami memulakan pendakian kami Jam 6.30pm....Perjalanan dimulakan dari kaki Gunung Berembun. Untuk sampai ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 45 minit ke sejam, bergantung pada pace masing-masing. Jangan risau perjalanan ke Lata Berembun ni memang agak mudah, takde trek pacak and more to trekking santai je. Lata Berembun ni sangat sesuai untuk bercamping bersama-sama rakan-rakan pendaki....
 Phase pertama kena melintas beberapa sungai kecil dan satu sungai besar di lata berembun, jangan risau boleh lintas atas kayu balak so tak perlu buka kasut. Scary gak melintas kayu balak yang besar ni....

Ni Pondok Hakak n Cik li n Da Gang

Tiba waktu malam, hakak dan adik2 kusayang Dilla, nana n Ika masak Nasi, Gulai Kari Ayam, Telur Goreng & Kuewtiow Goreng

Jam 7am kami dah siap sedia gerak dari khemah kami menuju ke Gua Kambing
PokTam, Nana, Ika, Hakak, CIk Li, Yunk & Dilla

Lihatlah keindahan dan suasana sekeliling..
Rasa nak dok je sini... Nyaman....

Perjalanan diteruskan menuju je Gua Kambing.... Pendakian agak mendatar dan menaik sikit sambil ditemani bunyi deruan sungai di sebelah kiri kami.....


Sampai ke Gua Kambing terus bergambar dan ambil air... Last Water Point... Air sejuk Bak Ang......
Mbekkk... Mbek...

 Air ni sejuk Giler.. Dicampur dengan Extra Joss......
Fuhhhhh.. Sodapppppp

Lepas berehat dan bergambar, Kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Berembun tepat jam 9am dan kali ni paling mencabar untuk mendaki sebab memang pacak all the way hahaha, so ready la mental tu yer, part sini kami berpisah ikot pace masing-masing... Ada yang laju bedesup dan ada perlahan. Biasa lah tu yerr... Redho le pase hakak yang dah tua ni....

Menteng like Spider... Dah mencecah dagu ke Tanah
(nana tu tgk ape ye..)

Tercungap rasanya..
Rasanya yang belakang tu already menteng gile naek... Tak peluh pun... Hehehehhee

Alhamdullilah sampai akhirnya.. Kau bile lagi ye !!!!

Cik Li n Da Gang

Krill, Ika, Yunk, Kak Dilla, Nana, Dilla & Cik Li
Pokcik & Poktam


Orang Kuat Cik Li semua ni

Kol11am, kami pun bertolak ke Gunung Telapak Buruk (aircraff crash site) lebih kurang 4km dari puncak Gunung Berembun. 4km nampak dekat kalau dkat jalan raya, but not for hike or trekking ye..... Tocungap jugak la coz kejar masa.... Route dia agak santai disertai sedikit pacak dan turun dan pacak dan turun... Bagi Hakak jalan lepas puncak berembun santai dan berangin, mungkin cuaca hari itu rezeki kami. So feel dia sangat calm diserta bunyi2 pokok dan serangga... Dan kadang-kadang bunyi ungke tgh berry2 kot.... Hakak seiring jalan dengan Cik Li, nana & poktam....

 Sempat dok main Ulat Gonggoks pelbagai warna


Banyak main lak... masa ni nak cross Kayu Balak ni...
(Cik Li tu nak join skali lah tu kan...)

Tu Dia... Hakak dah sampai.....

Tiba di aircraft crash site Gunung Telapak Buruk pada pukul 12pm... Di atas terdapat beberapa serpihan kecil bangkai pesawat. Untuk tengok bangkai pesawat yang besar kena turun beberapa meter kebawah (lebih kurang 5 minit) dan tersergam lapok bahagian pesawat yang agak besar. Bagi orang yang berjiwa sejarah, they do will appreciate this moment like i did :)) And hakak tak turun pun ke bawah coz hakak dah malas nk sakitkan lagi lutut ni.... Adik2 je turun bergambar bergambar dengan bangkai, Bangkai pesawat ni dah 73 tahun lepas dan ia adalah lokasi terhempas pesawat serta banyak yang terkorban...



Nampak tak bapa orang yang dah terkorban disni.... Lama gak tempat ni berhantu..... Hahhahahahaa.... " Aircraft Crashed Area "  Setelah hampir 6 dekad di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator disemadikan. Namun, bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya terhempas..

Berikut tentang sejarah Pesawat terhempas tu... Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut telah berlepas dari Cocos Islands, Australia dan dipercayai sedang menjalankan misi sulit di kawasan Hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan kesemua lapan krewnya...

Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri Sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012.

Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts,  Pegawai Udara Edward Donald Mason, Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara Willian Ross, Sarjan Udara Raymond Arthur Towell, Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum dijumpai. Gambar-gambar dibawah ni adalah daripada serpihan sayap dan ekor Pesawat Pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Separuh misteri lagi masih belum terjawab dan lokasi kepala pesawat ini masih belum dijumpai sehingga sekarang.


 Dapat la bergambar dengan bangkai pesawat


Ni Dilla yang tangkap....


Serpihan Bangkai pesawat

Us.... CIk Li n Da Gang

Mohhhh mohhhhh jom balik..... Jam 12.30 pulang ke Darat..... Layan sekali lagi Trek dari Gunung Telapak ke Gunung Berembun.... Mujur tak ujan hari tu... So layan sambil menyanyi2 lagu bersama nana... Cik Li serius je muke dia... Asyik kene marah je... Hahahhaha 

 Berehat bersama CIk Li n Da Gang

2pm, Sampai di Gunung Berembun terus masak air dan makan bekalan yang dibawa.....Perjalanan diteruskn dan sampai di Gua Kambing terus mengisi Air Sejuk Bak Syurga....Jam 4pm, Kami selamat tiba di Camp Site untuk berkemas untuk pulang.. Sempat mandi manda di Lata Berembun dan main masak-masak.... Masak cucur Ikan bilis je pun dan Teh Tarik....


Gambar di Blur sebab nampak badan kami yang ramping...

Kami berkemas untuk pulang kerana khuatir balik malam dalam perjalanan....Alhamdulillah jam 6pm,  selamat sampai di Lot Parkir.....


Nampak tak muke Yepey je.... 
Hehehehhee

Selepas Mandi dan tukar baju, kami bergerak untuk makan pulak...... Lapoooooo sangat......

Big Million Thanks to Mr Sado Guide Poktam and especially all the Crew Cik Li, Krill,Pokcik, Dilla, Nana,Ika And Yunk....Love this moment ~ Maaf kalau ada kekurangan or terkasar bahasa sebab buat bising dalam Ontrek and Jadi Aunty Bawang dalam khemah... Kalau silent je x best rasanya kan >.< ~

Info
********************************************
Gunung Berembun and Gunung Telapak Buruk
-1014m (Gunung Berembun) / 
1193m (Gunung Telapak Buruk)
- Hiking time bout 5 hours one way, normal pace..
(better lepak tidooo kat Lata Berembun)
- Level Moderate
- Trek banyak pacat awal pagi :)
- Ada penanda sepanjang trek.
- Kami pakai redah masuk (No Permit)

********************************************

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kami hambanya
 ~Assalamualaikum~

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...