Sunday 13 December 2015

Cerita Pacat

Cerita Pacat...

Gigitan pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar....
Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana
daun kering dan tumbuhan terutama
di lantai hutan.....
Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan....
Cara Elakkan Pacat

1.  Hiking pakai kasut tidak bertutup, bukan sandal atau kasut separa tutup.

2.  Guna stoking pacat. kalau tak suka pakai stokin pacat guna stokin jenis cotton, seeloknya yang agak tebal sedikit dan masih agak baru. Stokin bola tidak membawa sebarang pelindungan sebab bila diregang ada rongga-rongga dicelah stokin. Elakkan situasi wujud rongga yang mampu diterjah pacat.


3. Pakai seluar tigh panjang. Masukkan kaki toght dalam stokin. Pacat tak mampu menerobos fabrik yang diguna untuk seluar tigh.

4. Pakai baju, Baju bodyfit juga meningkatkan protektif. Berlengging adalah mengundang kehadiran pacat.
TAMBAH PELINDUNG

Ini adalah tambahan saja, ada petua yang diamalkan beberapa pendaki,
1.Beli sabun cap 666(ker 999), biasa kotak hijau ada jual di kedai mamak. Lumurkan sabun ni di kasut dan kaki seluar. Pacat tak akan singgah atau melekat dikasut & kaki seluar.

2. Rendam stokin dengan air tembakau, buat sebelum ekpedisi dan jemur stokin sampai kering.

TEKNIK TREKKING

1. Elakkan berada di tempat ke-3 dan seterusnya bagi yg trekking dalam satu barisan. Pacat yang mula mengesan mangsanya hanya akan berjaya singgah ke insan ke-3 dan seterusnya. Jarakkan jalan anda dari orang depan.

2. Jalan lebih pantas supaya pacat tak sempat nak singgah ke kaki anda.

3. Jangan jalan didalam semak atau trail yang lebih berdaun (tempat habitat pacat).
Cara Buang Pacat

Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak.
Pacat akan terjatuh selepas kenyang.

Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.

Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit.

Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk.

Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan.

Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit.

Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.

Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur.

Jika terpaksa, gunakan objek keras.

Sedap menghisap
Kekenyangan Pacat nih


Sunday 22 November 2015

Sumpah Manusia terhadap aku.....

Hari ni lari tajuk pulak.... Tapi ada kaitan ngan Gunung yang aku daki.... Terjumpa pulak ayat sumpahan ini pada screen HP aku....So... Buat ikhtibar pada aku... Jangan takut dengan sumpahan orang.....

Dan yang ingin aku sentuh juga tentang kita hari ini kebanyakannya merasa bangga apabila mereka menyumpah.. Ada yg mengatakan " Masin Mulut Aku Ini'' Kalau aku menyumpah menjadi, tengok apa akan jadi kat dia... Kena la sumpahan aku tu.... dan yg cetek akal lak, menyokong....
"Betul tu kalau dia menyumpah makbul..

Apa yang mereka lupa akibat dan natijah sumpahan mereka akan terkena balik pada diri mereka atau anak-anak mereka kecuali jika anak-anak mereka bukan dalam golongan mereka (golongan yang suka menyumpah) maka Allah akan memelihara mereka..

Kata-kata ini membuat aku lebih semangat lagi bila sampai ke puncak jayanya.. Terima Kasih kerana menyumpah sebab sumpahan tu bkn kena pada aku pun... Terima Kasih Allah kerana melindungi rakan-rakan seperjuangan ku...

Dan terdapat riwayat yang menyatakan apabila seseorang itu menyumpah maka belegar-legarlah sumpahan itu, pertamanya ia akan naik kelangit yang pertama tetapi tiada yang menerimanya, kemudian ia naik lagi langit yang kedua pun tidak diterima, kelangit yang ketiga, keempat, kelima, keenam
dan ketujuh semuanya enggan menerima. Kemudian sumpah itu belegar-legar lagi lalu ia masuk kedalam lapisan bumi yang pertama, tiada yang menerima terus ke lapisan Bumi yang pertama, tiada yang menerima terus ke lapisan Bumi kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh semuanya tetap enggan menerima...

Maka berlegar-legar sumpah itu lagi hendak menempatkan dirinya akhirnya setelah tiada tempat ditujunya ianyapun kembali kepada tuan asalnya yang empunya sumpah, maka terpaksa mau atau tidak apa yang dia sumpah tidak tahu natijah yang diterimanya itu kerana sumpahannya sendiri. Masa untuknya kembali kepada tuan yang empunya sumpah itu ada yang cepat dan ada yang lambat atau bertahun-tahun kemudian. Maka berhati-hati jangan biasakan diri kita suka menyumpah orang....

Adakah kita sebagai umat Islam dan mengaku beragama Islam masih tidak sedar akan akibat suka menyumpah. Maka jika terdapat ahli keluarga kita yang suka menyumpah hendak lah kita cepat-cepat menegurnya kerana semuanya demi kebaikan kita bersama.... (pjg mukadimah aku)
Jangan Marah naaaa... Sebagai renungan apabila aku disumpah & dimaki hamun.... Aku pn x nyumpah seranah kamu... tapi kamu.... kamu ingat!!!... kamu xkan idup senang dgn maki org... 
sapa yang kata aku sekarang ni????
kema atau ko sndri reka crita....😣😫😱😲
melagakan org????? 
Tahniah utk ko.....👍👍👍👍 
bodoooo tahappp syaitonnnn VS cilakak



Waaaahhhh.. ni yang paling besttttt vs winnn tahap gaban ko kata aku...
Dengki ye.... macam ko cerita kat aku.. Si L dengki kat Puan P...
Bab ni mmg kau terbaekkkklah...
Idup aku tak penah mendengki2 ngan org....
Sorry sikit.. Mulut ko mcm puaka & dan mcm syaitonnnnn....tuttttttt

Kesiannnn... *&%$^#$^#^@#%^@
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengambil hak orang lain sama seperti meminum air laut, semakin diminum akan semakin haus dan Anda akan ketagihan.....

Ucapkan kepala hotak kamu kemudian sila pergi mati - Kill Yourself Please

NOTE:  kasihan pada anak bini kamu dapat seperti kamu.. sayang isteri tapi kamu ada org lain... kamu langsung tak berotak.... tak berakai... puiiiiihhhhh... mls nk kata.. dah tua pun bodooooo.. hashtag DTPB

EpEy WedDing Day to 
Mr MAel & Mrs Mael.....
        ~~take note ya...~~
      (ni blog aku, suke2 aku nk tulis ape)

Wednesday 4 November 2015

Teknik Berjalan Untuk Mendaki dan Menuruni Pegunungan


Berjalan..... Mengapa? Cara berjalan yang salah boleh menyebabkan kaki cepat melecet, luka sehingga bengkak karana salah pendakian. Berjalan di gunung harus dilakukan dengan langkah yang perlahan. Langkah yang terlalu panjang @ lebar akan menyusahkan keseimbangan badan, kerana gunung yang curam akan menyebabkan berat badan kita sudah bertambah dengan beban di punggung. Silap haribulan, jatuh ke gaung lah kita. So, berhati-hati ok.


Berjalan dengan badan yang lurus untuk mengeimbangkan badan atas dan bawah. Pastikan bebanan pada pinggang, bukan lutut. Selalu bertumpu pada tumit saat kaki sampai ke tanah, kaki harus sedikit membengkok dengan santai, tidak boleh lurus, dan jatuh sejajar dengan badan. Mengambil jarak langkah yang terlalu lebar dari badan sangat tidak disarankan kerana akan beresiko cedera lebih besar dan menggunakan tenaga yang banyak. Apabila kaki mendarat sepenuhnya, maka berat tubuh badan akan bertumpu pada seluruh permukaan kaki sebelum memulakan perjalanan semula.

Tumpuan berat kini akan beralih pada kaki sebelah, dimana kaki Anda yang akan melangkah maju menjadi tuas yang kuat untuk mendorong tubuh kedepan, gunakan kelima jari kaki Anda untuk mencengkeram pijakan sehingga keseimbangan melangkah kedepan. Lakukan hal ini dengan perlahan, tidak terburu – buru yang boleh mencederakan kaki apabila menampung terlalu berat badan. Saat berjalan tangan hendaklah tetap berada di samping badan, bukan di depan bahu. Lebih baik lagi bila menggunakan Trekking Pole untuk membantu memudahkan tumpuan beban pada tubuh.



Selanjutnya adalah ketika berjalan pada tanjakan naik. Tetap gunakan langkah sejajar dengan badan atas, tidak membongkok. Posisi badan agak bersandar kedepan, tapi tidak membengkok. Buat gerakan mendorong kedepan dengan kaki belakang yang lurus, sedang kaki depan menapak perlahan. Bila Anda menggunakan trekking pole, tempatkan disisi badan Anda, tidak didepan, tidak juga terlalu jauh, untuk menstabilkan keseimbangan badan saat melangkah.




Saat menuruni tanjakan, tetap gunakan tumit dahulu saat mendarat dengan kaki yang dibengkokan perlahan, tidak lurus. Hal ini untuk menghindari terjadinya cedera pada sendi lutut. Bila Anda menggunakan Trekking Pole, panjangkan jangkauannya untuk memudahkan tumpuan badan saat menuruni tanjakan. Hindari juga kebiasaan memutar engkel kaki dengan tujuan menyesuaikan kaki dengan medan. Berjalan sejajar saja sudah cukup.



Memang setiap saat kita menggunakan kaki untuk berjalan dan memulakan pendakian, medan yang ditempuh sangat berbeza, bukan jalan yang halus terus menerus. Lebih penting lagi untuk memilih kasut yang benar – benar sesuai untuk trek yang ditempuh. Kasut yang sesuai dan ringan adalah paling baik. Kaki juga harus ada ruang untuk menghindari melecet dan luka.


Monday 26 October 2015

Tidur Malam Boleh Kurus


Hari ni xmo cerita bab-bab Gunung... Cite camne tido leh kurus... Betoi ke dak ni tentang calories burnt while sleeping. Dan memang betul betul terjadi pada someone ni. Dia selalu tertanya-tanya macam mana berat badan dia boleh turun sikit sikit demi sikit bila tiap tiap hari lepas bangun tidoo. Masa tidoo pun boleh bakar kalori? Pelikkan? X payah nak pelik sangat le.. Akak je yg rasa cam tu kot memandangkan badan akak ni dah naik berkilo-kilo....

Artikel tu bagitau, METABOLISME BADAN AKAN NAIK BILA SUHU BILIK KITA SEJUK, SEBAB BADAN AKAN BAKAR BANYAK KALORI TO KEEP OUR BODY WARM, AND CAN UP THE METABOLISME'S RATE. 
Sapa nak calculate berat ketika tido dan berapa banyak kalori bakar sila lawat laman web ni :

Mesti lepas ni ramai yang pakat pasang aircond dalam bilik tidur, pasang suhu sejuk gila gila kan? Dan nak tahu tak tips kedua untuk bakar kalori yang banyak masa tidur waktu malam?

Tips ke dua yang biasa uols dengar...
JANGAN MAKAN NASI SEBELUM TIDUR

Pastikan kita avoid makan makanan bersumberkan karbohidrat sekurang kurangnya 6 jam sebelum tidur! Contohnya karbohidrat yang paling senang adalah nasi! Nasi memang musuh utama kita kalau nak diet. Nasi makan tengahari takde masalah. Tapi jangan makan 6 jam sebelum tidur. Sebab apa? Bila malam malam badan kita kurang karbohidrat, badan akan mula gunakan kalori untuk pecahkan lemak dan menghasilkan tenaga! So, bila kita tak makan nasi waktu malam, lagi banyak kalori dibakar. Lagi lagi kalau kita tidur lebih dari 7 jam waktu malam. (tapi jangan over pakat bangun tengahari pulak ye).. Kurang rejekinya...

Tu jelah nak share dengan uols semua tentang cara bakar kalori masa tidur waktu malam. Jadi tipsnya, pasang aircond sejuk-sejuk, jangan makan nasi sebelum tidur.... Tu je nak ingat..Harap-harap membantu uols capai impian untuk selim melim termasuk akak  yg otws gemoks ini...
  Ewah.. ni gambo Kekurusan & kegemokan..
Nak kurus ni kena nekad le.. Rajin buat Excercise dan Jangan makan yg berat2... Tu je... Tips akak...
Akak pn dah start gemoks balik ni.. So kena Berhati-hati le....

Selamat Menguruskan Badan...
~ Diella Hasan ~
ND

Thursday 1 October 2015

Dilema Pendaki Gunung Di Setiap Gunung Yang Didaki


DILEMA PENDAKI GUNUNG DI SETIAP GUNUNG YANG DIDAKI

Baru nak mula mendaki : Nak teberak 5-6 kali.. Kencing apatah lagi.. Ade je.. Dah start mendaki, Hati mula bercakap, Menyesal betul tak training...

Tengah Mendaki : Apasal le aku tak duduk je rumah tengok tv atau membuta..

300m Sebelum Puncak : Tak boleh nak pergi dah... Huhhhh merungut tak habis-habis.. (Kalau boleh nak ajak je semua orang gaduh) Ade je yang tak kena..

Puncak : Fuhhhhh, Lega... High Five semua orang depan mata, tak kenal pun tak apa.. Eksyen minum air & makan tanda kemenangan konon..

Mendaki turun dari puncak : Emmm, Kalau boleh nak je terjun ke bawah.. Cepat sampai.. Merungut sekali lagi.. Kalau melepap depan tv kan best..

Sampai Kaki Gunung : Okey, Ni last gunung aku pergi.. Tak mahu mendaki mana-mana lagi dah......

Sehari Selepas Mendaki... Weh, Pasni nak kemana Gunung nak didaki... Rindu pulak.. Every Single Time...


"Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb."

"Study nature, love nature, stay close to nature. It will never fail you."
 "Each fresh peak ascended teaches something." 

"It is not the mountain we conquer but ourselves."
 


"Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu." 

"It was our preparation, knowledge and experience that kept us alive." 

"You need special shoes for hiking, and a bit of a special soul as well." 

Sunday 13 September 2015

BUKIT ENGKU BUSU




Ketinggian :  331.4 meter (1087 kaki)

Lokasi :  Ianya terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar  Lumut. Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut.

Masa Pendakian : 30 Minit bagi yang laju, 45 min - 1 jam bagi yang berhenti sehingga 4,5 kali...

Keutamaan ini diberikan pada yang suka Beraktiviti Jungle Trakking, pihak Majlis Perbandaran Manjung juga telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut dan keindahan laut dari puncak bukit.

Jalan menuju ke Bukit Engku Busu dari Stesyen Bas.
Belok Kiri, akan lalu kawasan Appartment

Sejarah Bukit Engku Busu

Bukit ini dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput oleh Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut.



Nak tunjuk kapal n laut.. Tapi dah x nampak dengan cuaca jerebu.. Tak sesuai pun hiking time gini.


Ahad, 13/09/2015

Hujan di satu dua tempat

Malam
Pagi : Berjerebu
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 25 °C
Maksimum : 33 °C

Pejalanan yang berakar dan tinggi serta curam...
Banyak menggunakan kekuatan tangan..


Angkat Kapal Sat


Nak tunjuk kami dah sampai la konon..
Pejabat Daerah kena upgrade sikit board ni...
Kasi Grand n Awesome... :)


~ Lifestyle Healthy ~


Us...  I Hiking
With My Coach.. Training Kinabalu

“Aku akan memperjuangkan siapapun dia, yang menemaniku saat mendaki.  Bukan dia yang menunggu dipuncak


Sunday 6 September 2015

Ilmu Hutan


Pengalaman masuk hutan, pengalaman masuk pasukan kententeraan, banyak benda yang saya belajar......

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok...

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli...

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar...

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli...

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli...

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing...

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.. Cpt2 la naik atas...

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar...

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli...

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain...

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman...

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli..

- Diella Hasan -

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...