Sunday 31 January 2016

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Gunung Bujang Melaka, Kampar

Ketinggian ~ 1233 meter (4,048 kaki)

Hutan ~ Hutan Simpan Sahum
(Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, dan Hutan Montane)

Checkpoint ~ Kem Balak 1.245 km
Kem Lebah 2.875 km
Permatang / Kem Persi 3.575 km
Puncak Gunung Bujang Melaka 4.775 km
(setiap 1 km 1 jam perjalanan)

Famous ~ Pusat Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai

Faktor Kaji Bumi ~ Tanah Lembab sebab berdekatan dengan Air Sungai,
Pacak & mencanak (Siap sedia jika ada tongkat) &
Pacat yang tak terkira banyaknya...

Perjalanan ~ 2 Hari 1 Malam
Digalakkan bermalam di camp site (Kem Lebah) 
Papan Tanda ni dr awal kita dah nampak sebelum kita mendaki
 Us... Siap sedia
Nak tunjuk Bapa Jam lagi nak sampai...
Setiap 1 km - 1 jam kalau laju cam Rimau le
Yang cam kura-kura 1 jam 30 minit setiap 1 km
0.5 km kita akan jumpa rumah orang asli ni..
Siap tanam Bunga Raya lagi.. Bersih lak tu.. Orang Asli ni pun tau orang luar dok lalu umh dia... So, dia cntikkan lah laman rumah dia...
Begegor-gegor lantai rumah cam le akak tak tau yg dia dok ngintai akak.. Nak begambo le tu..
Hehehehehhe :)
Perjalanan diteruskan lagi.. Akan jumpa
Anak-anak sungai...
Kem Balak ni tak la besar mana. Muat la 6 kemah.. Tapi Jauh dr air.. Kena siap-siap simpan air kalau nak berkhemah sini..
Kem Lebah ~ Boleh Muat dalam 40 Pendaki &
8-12 Khemah
Pacat ada saja pun dalam stokin.... 

Kem Lebah ke Permatang hanya 700 meter saja lg..
So santai-santai je la....
Teruskan Perjalanan Untuk Kejar Masa..
1.2 km dalam 1 jam lebih
View Dari Atas Puncak..
Keadaan puncak Bujang Melaka juga agak sempit dan kurang rata sememangnya kurang sesuai dijadikan tapak perkhemahan. Sinar sang suria juga mampu menyengat kulit di kawasan tanpa teduhan. Seterusnya mengambil gambar mengadap matahari..  

Matahari.....
tanpamu bumi akan gelap
tanpamu bumi akan beku
dan tanpamu juga aku akan
kehilangan semangat hidup

Oh Matahariku..
cahayamu yang semengkirlap berlian
serasa menusuk sukma
kalbuku yang sedang gembira

Matahari, kau bersinar tanpa lelah
kau bersinar tanpa letih
aku berjanji akan selalu menjagamu
agar selalu bersinar menerangi bumi ini

TERIMA KASIH MATAHARI...

Kurang-kurang 30 minit di bawah struktur beirut untuk berehat dan minum-minum bersama en sado kita.  Barulah kami meninggalkan kawasan tersebut untuk memulakan perjalanan turun ke tapak perkhemahan. Perjalanan turun yang agak pantas itu mengambil masa kira-kira 45 minit... 

Wif My Hubby...
Capek.... Jom Balik :)
Dua jam selepas meninggalkan tapak perkhemahan kami selamat tiba di Air Terjun Batu Berangkai. Tamat sudah satu lagi kisah pendakian yang bermula dan berakhir dengan jayanya. Pewai belari-lari turun mengenangkan air terjun di tempat parking kereta....

 Sampai ditempat parking kereta, terus je cari port nak mandi...  Best tolll duduk bersantai sampai menikmati kedinginan air terjun yang mampu menyegarkan tubuh badan.. Kami kemudiannya berendam dan berenang-renang dalam aliran sungai yang membentuk Air Terjun Batu Berangkai. Terasa begitu seronok dan menyegarkan badan setelah bertungkus-lumus menongkah bukit curam dan menuruni lurah licin. Tepat pukul 5.00 petang, kami pun pulang dengan membawa seribu kenangan manis kami berdua..... :)

Monday 18 January 2016

Soalan Yang sama ketika Mendaki

Time mendaki, soalan yang selalu dok kita tanya kat orang depan kita ataupun orang yang turun gunung :

" Jauh lagi tak nak sampai puncak?

Dan jawapan yang selalu kita dapat

" tak jauh lagi, depan tu je... bapa minit je lg nak sampai puncak...

walaupun sebenarnya lagi 3 jam 20 minit nak sampai kat puncak... hahahaha :)

Every Single Time .........

Wednesday 6 January 2016

Penyatuan di Pergunungan (Gambar Outdoor Di Gunung)

ASSALAMUALAIKUM
 Warganegara Hikers.. 1st Kad kawen mestilah Ala-ala Forest sikit... Baru la tema Hikers sikit kan... So, ni lah hasil kreatif dari pembuat Kad Kawen.. Tq Abg Kamal kerna merealisasikan impian keme ni.....
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ   kami disatukan oleh sebuah hobi yang sama iaitu salah satunya adalah mendaki Gunung.... Bagi mengenangkan moment perkenalan, saya dan pasangan memilih Gunung Berumbun, Cameron Highlands yang terdekat...

Sejak perkenalan, kami mendaki gunung bersama.. Dating pun di Gunung.. Yang paling kerap Gunung Irau.. Melihat keindahan ciptaan tuhan bersama bertambah lah moment kami.. 
Itu al kisahnya...
Berbalik cerita photoshoot pulak, selepas bersanding, kami gerak ke cameron jam 3 pagi.. Tak sabar rasanya nak bergambar berlatar belakang dalam hutan ala Mossy kan.. Impian sejak dulu.... Hari yang memenatkan sepanjang persandingan, jam 3 bersiap untuk begerak menuju jalan ke Cameron Highland..Jam 8.00 tiba ke kaki Gunung Berembun bersama jurumekap iaitu adik sendiri& photographer adik ipar mendaki bersama-sama bagi memenuhi permintaan kami untuk bergambar di Hutan...
"Aku tercipta oleh waktu, untuk mengisi waktu, selalu memperbaiki diri di setiap waktu, dan semua waktu ku adalah untuk mencintai kamu."
Saya dan pasangan dapat bergambar latar
belakang Mossy mossy.. 
Mendaki bersamamu
Aku ingin mendaki bersamamu 
menghirup oksigen yang sama menatap bintang yang sama
berpeluh bersama
berhenti bersama
Menyentuh alam dengan kulit  
bermata takzim berdoa dengan tulus aku ingin mendaki bersamamu
Dengan mempunyai ketinggian 1,836m paras laut, hujan renyai-renyai dan tanah yang lembap dan basah menyulitkan lagi pergerakan kami...
Baju kami pun dah basah.. Tapi muka tetap menteng dgn makeup tebal tuh.. huhuhuhu.... Acah2 bunian berpakaian cantik melihat hutan..
Saya Tepaksa berhati-hati ketika melakukan pergerakan. AlMaklum baju pengantin mudah koyak kan...
Pergerakan begerak perlahan, kang x pasai2 jatuh lak...
Naya lah......
Mendaki gunung bersama pasangan yang kita sayang tentu menjadi sebuah perjalanan yang amat menyeronokkan untuk dilupakan... Ada suka dan duka bersama orang tercinta. Begitulah kami....  Ada sebuah ungkapan dari seorang pendaki, "Bukan kemana gunung yang akan kita daki, tetapi dengan siapa kita pergi mendaki kesana" ewahhh... 
Walaweh
Cia Cia Cia
Hajat berlatar belakang mossy-mossy dah lama idamkan sejak bergiat aktiviti gunung.. Akhirnya dapat juga bergambar di Alam yang sangat cantik... Terima kasih Syg tunaikan permintaan Isterimu ini...
Semakin dalam merenungi alam semesta, semakin dalamlah cintaku padamu.. Hehehe... Ayat jiwang karat...
Keindahan alam lebih dari cukup untuk menyejukkan hati... Dan semakin sayanglah aku padamu Wahai Pokcik..... Mokcik Sayang Pokcik.. heheh :)

Kita bertemu : Bulan Januari 2015
Bertunang : 21 Nov 2015
Nikah & Sanding : 26 Dis 2015
Naim & Dilla
~ The End ~

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...