Monday 23 December 2019

Posisi-posisi yang ada pada Trip Hiking

Bahagia itu kita yang cipta
Bukan dicari di mana-mana atau 
pada sesiapa pun.

Jadi, kita akan tetap bahagia 
samada di Posisi 
Shooter, Guide, Sweeper atau Tanker..
Anda Pilih yang Mana????

POSISI-POSISI YANG ADA PADA TRIP HIKING 

1. GUIDE
Dalam bahasa Melayu bermaksud pemandu arah. Bertindak sebagai penunjuk arah laluan yang perlu dilalui dalam sesuatu kumpulan pendaki. Jika sesuatu kawasan itu masih belum ada laluan sedia ada, maka guider betindak sebagai pembuat keputusan. Namun perlu berbincang bersama ahli-ahli lain sebelum keputusan dibuat. Juga bertindak menentukan bila masa dan tempat yang sesuai untuk kumpulan pendaki yang dibawa itu berehat/bermalam. Kedudukan guider berada paling hadapan sekali dalam sesuatu kumpulan pendaki.

2. SHOOTER
Erti kata lain adalah tukang pecut atau Runner. Bertindak sabagai penyampai maklumat antara setiap posisi2. Seorang yang menjadi shooter kelajuannya memecut dan mendaki mestilah pantas. Shooter juga bertindak sebagai pembawa barangan penting supaya sampai awal di tapak perkhemahan sekiranya sesuatu pendakian itu memerlukan untuk bermalam. Sebagai contoh khemah/_flyground_, alatan memasak dan bahan minuman (untuk sekali) kebiasaannya dibawa oleh shooter. Hal ini kerana dia perlu sampai dahulu bagi membantu guider memasak air untuk diberikan kepada pendaki-pendaki yang sampai lebih awal sebagai memberi tenaga semula sementara menunggu ketibaan kesemua pendaki. Kedudukannya boleh berada di mana-mana mengikut kesesuaian kecuali paling hadapan dan paling belakang.

3. SWEEPER
Bertindak memastikan kesemua pendaki selamat tiba atau selamat keluar dari hutan. Jika ingin menjadi sweeper perlulah seorang yang sangat PENYABAR kerana dia akan mengikut kelajuan pendaki yang paling belakang. Sweeper kadangkala bertindak sebagai pembakar semangat atau pemberi motivasi pendaki yang keletihan atau ingin putus asa meneruskan pendakian. Kadangkala sweeper juga bertindak sebagai tanker. Sudah pasti kedudukannya di paling belakang sekali dalam sesuatu barisan pendakian bagi memastikan pendaki-pendaki selamat masuk dan keluar hutan. Selalunya part Sweeper ni lah yang paling syok hakak amik.

4. TANKER
Menggalas tugas sebagai pemikul barang. Namun bukanlah beerti kesemua barangan kumpulan pendakian itu dipikul olehnya. Tanker kebiasaannya berbadan sasa macam Malek Noor tu Hah ( Orang panggil Abang sado) kerana memerlukan tenaga lebih bagi memikul barang-barang berat. Tanker juga bertindak untuk membantu sweeper sekiranya terdapat pendaki yang cedera. Dia tidaklah boleh membawa barangan semaksimum mungkin kerana dia akan memikul beg yang dibawa oleh pendaki yang cedera tersebut atau jika terpaksa dia memikul pendaki itu dengan bantuan sweeper atau pendaki-pendaki lain. Kedudukannya dalam barisan pendakian boleh berada di mana-mana bergantung pada kemampuan badannya meneruskan perjalanan atau berehat tetapi bukanlah di hadapan sekali mahu pun di belakang sekali.

Hasil perkongsian Dr sahabat Hikers juga dan ada hakak edit sikit.. Semoga bermanfaat semua😊

#eypohikers #lifestylehealthysangat #pendakimalaysia

Sunday 22 December 2019

Gunung Fakir Terbang

GUNUNG FAKIR TERBANG

Gunung Fakir Terbang mempunyai ketinggian 574 /1,883ft terletak berhampiran Tasik Pedu memberikan panorama menarik tasik pedu ketika di puncak, Gunung Fakir Terbang yang terletak diatas sempadan negara Malaysia/Thailand.


PERHUBUNGAN:

Untuk sampai ke Tasik Pedu ada beberapa jalan yang membawa anda kesini antaranya adalah jika anda dari Ipoh (282KM, mengambil masa 3jam 41minit), Kuala Lumpur (483KM dengan masa memandu 5jam 58minit) dan dari Pulau Pinang (167KM mengambil masa 2jam 33minit) untuk sampai ke Tasik Pedu.
MASA PENDAKIAN:
Untuk sampai ke puncak fakir terbang dengan keadaan trek yang mencabar ianya mengambil masa hampir 4jam dan menurun hampir 3 jam.
LAIN-LAIN:
1. Tiada kemudahan air di atas puncak, perlu membawa bekalan air secukupnya mengikut kegunaan masing-masing.
2. Campsite yang luas boleh menampung lebih kurang 20 ke 50 orang pada suatu masa.

CABARAN TREK : 7/10
Masa Naik : Peringkat awal melalui kawasan semak samun dan lalang. Uhhhhh...hati-hati ye, banyak najis babi hutan. Kemudian melalui trek hutan berbukit dan masih tidak mencabar tetapi banyak gak pacat terutama waktu hujan.Kemudian akan melalui hutan buluh dan akan sampai kawasan trek yang berbatu dan akan melalui gua.Bila dah sampai laluan batu ni, maka bermula la pendakian yang lebih mencabar dan pacak 80 - 90 darjah. Kat sini pun, dah ada view-view yang menarik. Lebih kurang 30 - 40 minit memanjat laluan berbatu ni, akhirnya sampai la ke PUNCAK Gunung Fakir Terbang.
Masa Turun : Laluan berbeza. Masa turun ni laluan agak mencabar gak sebab melalui laluan tanah batu yang tak stabil. Silap pijak batu, memang berguling-guling le batu tu jatuh ke bawah. Kene hati-hati, takut orang bawah kene batu. Keseluruhannya,  banyak menggunakan laluan sungai yang berbatu, licin dan berpacat




KEUNIKAN GUNUNG 
FAKIR TERBANG :
1) PUNCAK GUNUNG : Wow...Maha Suci Allah. Pemandangan cukup menakjubkan berlatarbelakangkan TASIK PEDU dan GUNUNG-GANANG kemudian dengan angin gunung yang agak bertiup kuat yang sangat menenangkan. Kawasan hutan pokok renek dan amat sesuai untuk camping.

2) Di kawasan PUNCAK juga didasari hampir sepenuhnya batuan konglomerat yang dikenali sebagai Lapisan Saiong yang terbentuk kira-kira 2.58 - 66 juta tahun lalu. Uhuuu...rase macam masuk kawasan Jurassic Park le pulak.

3) Gunung Fakir Terbang merupakan sempadan Malaysia dan Thailand. Kalau sampai puncak, memang ada tanda sempadan Malaysia-Thailand.

4) Boleh menikmati pemandangan TASIK PEDU semasa perjalanan menaiki bot.
CUACA :
Waktu siang, cuacanya panas. Perlu bawak air secukupnya. Kalau waktu malam, difahamkan cuacanya agak sejuk dan berangin dan pemandangan puncaknya cukup menakjubkan. Subhanallah

Misteri Nusantara di 

banjaran Singgora


Terbongkarlah kisah menarik di punjak Gunung Fakir Terbang yang selama ini hanya di hikayatkan oleh warisan tua sedangkan ianya perlu di selongkarkan oleh pendita Misteri Nusantara kerana menerusi saluran ini hebahannya di yakini generasi terkini.misteri kewujudan

Gunung Fakir Terbang ini terjawab setelah dihikayatkan oleh generasi tua yang menyatakan bagaimana seorang fakir miskin boleh mencapai cita-citanya untuk pergi menunaikan fardu haji di Baitullah (Mekah) setelah sekian lama bertapa di gunung tersebut.


👭Sistem buddy atau teman 👬


Sistem buddy atau sistem berteman sangat penting dalam kebanyakkan aktiviti outdoor terutama hiking.

Samada anda mengikuti trip kelolaan syarikat outdoor, kumpulan hiking ataupun trip kawan-kawan, sistem buddy tidak sepatutnya diabaikan.

Hampir kesemua trip kelolaan syarikat atau kumpulan hiking hanya menyediakan guide, sweeper dan krew untuk tugas-tugas tertentu. Tugas itu tidak termasuk menyediakan buddy atau teman yang boleh berjalan sambil memimpin tangan anda dari bawah hingga ke puncak. 


Membawa dan mencari buddy adalah tugas setiap hiker samada kawan rapat, suami, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda percayai.


Tips jika anda tiada buddy atau teman.

1. Jalan laju cucuk guide 

2. Jalan perlahan santai bersama-sama sweeper
3. Cari seseorang di kalangan hiker dalam trip yang sama yang boleh anda percayai untuk jadi buddy anda. Seeloknya dari jantina yang sama
4. Cuba rapatkan jarak anda dengan yang lain

Tiada istilah anda ditinggalkan jika di hadapan anda terdapat guide dan di belakang anda ada sweeper atau krew.

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...