Thursday 20 September 2018

Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat (CUS)



Gunung Chamah terletak di Hutan Kelantan dengan ketinggian 2171 m (7123 kaki) manakala Gunung Ulu Sepat setinggi 2161 meter (7089 kaki) pula terletak di Tasek Temenggor, Perak.. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat  merupakan Gunung ke 5 dan Ke 7 tertinggi di Semanjung Malaysia dan kedua-duanya dalanm ketegori G 7.... Trek mendaki gunung-gunung antara yang paling sukar, terpencil dan mencabar dimana menguji ketahanan fizikal dan mantel para pendaki.



Dari 14 September - 17 September 2018, hakak menyertai xpdc pendakian Gunung Chamah-Ulu Sepat (CUS) yang dianjurkan oleh Melati Hikers diketuai oleh Haji Salleh & Frens yang turut disertai oleh 7 orang pendaki termasuk 3 guider dalam misi melengkapkan G7 yang dah banyak kali tertangguh. Biasanya trip CUS ini memakan masa 6-7 hari, jadi agak susah Hakak nak cari kelapangan masa/cuti untuk ikut trip yang panjang.... Jadi cuba ikut misi kali ini yang dipadatkan (compress) menjadi 4 hari...semestinya kami sudah terbayang kena overtime setiap hari...


Berikut adalah catatan ringkas perjalanan... Masa tidaklah 100% tepat, cuma anggaran  je dan pastinya berbeza dengan orang lain yang berjalan lebih laju... 



LINE-UP:  Guide Zaim, Bai & Zul, (Melati Hikers)  - Haji Salleh, En. Rahmat, En Hamzah, Cik Wan, Diella Hasan, Cik Yat & Farid





14 September 2018, JUMAAT

- Seramai 7 pendaki terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 wanita berkumpul di Hotel Ar-Raudah bersebelahan dengan 7 Eleven.... Kami menunggu sehingga  Powil tiba jam 2.30 Pagi..



HARI PERTAMA - 14 September 2018, JUMAAT

2.30 AM - Tiba di Hotel Ar-Raudah... Makan & rehat dan menunggu powil datang ambil. Disertai oleh 7 orang pendaki serta 3 Guider

4.00 AM - Naik 4WD melalui Kuala Betis memakan masa hampir 6 jam 30 minit mengikuti jalan balak... Melambung-lambung kami dikerjakan duduk belakang 4WD tu. Beberapa kali juga terpaksa turun dari 4WD kerana beban yang berat dan tayar yang tersangkut. Akhirnya tiba di last check point...

10.30 AM - Lepas bersarapan roti, mula berjalan kaki mengikuti laluan balak dan denai hutan menuju perkampungan orang asli Kg. Rekom.

1.12 PM - sampai di Kg. Rekom,singgah di khemah tetamu serta siap pasang khemah dan makan tengah hari, Guide memutuskan untuk buat daypack ke puncak Gunung Chamah.

2.30 PM - memulakan perjalanan.
3.00 PM - Kem Pakma
4.00 PM - Kem Tengah, rehat dan tunggu semua pendaki sampai.

5.08 PM - tiba di Kem Tongkat Ali, rehat dan tunggu semua pendaki sampai. (last waterpoint)

6.58 PM - tiba di Anak Chamah dan berehat untuk makan

7.30 PM - Berehat bagi menghormati Waktu Maghrib teruskan perjalanan ke puncak Gunung Chamah, dijangka memakan masa 3 jam lagi. Trek turun naik sebab melalui 7 puncak tipu.

11.00 PM - Tiba di puncak Gunung Chamah... Tak boleh lama di puncak sebab suhu telampau sejuk dan tiada pemandangan untuk dinikmati. Lepas ambil gambar lebih kurang, turun semula ke Anak Chamah seterusnya balik ke tapak perkhemahan di Kg. Rekom.
11.15 PM - Turun 


HARI KEDUA - 15 September 2018, SABTU


6.20 AM -  Akhirnya sampai di tapak perkhemahan Kg. Rekom. Yang dah sampai awal sempatlah tidur. Makan pagi, mandi,  dan berkemas dan sempat tidur bagi yang boleh tidur...

2.00 PM - Memulakan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat.
4.50 PM - tiba di Kem Peres, rehat dan makan Maggie serta roti di sini. (menikmati air sungai yang tenang)
7.15 PM - Berhenti Bagi mengormati Azan Maghrib

8.00 PM - Tiba ke Kem Sg.Retak (Kem Maggi). Pasang Khemah serta Masak untuk Makan Malam


HARI KETIGA - 16 September 2018, AHAD



9.00 AM - kemaskan barang dan meneruskan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat.

10.00 PM - tiba di Kem Sempadan (Sempadan Perak-Kelantan). Teruskan perjalanan dan berhenti makan tengahari di Puncak View/Orkid.

12.00 PM - Teruskan perjalanan, hujan mula turun. Laluan di sini mula becak, berselut, banyak pokok rotan dan ada kesan-kesan gajah baru lalu.

1.35 PM - tiba di Kem Sg. Lepir (tinggi 1640 meter), punca air terakhir sebelum puncak Gunung Ulu Sepat. Hujan masih turun dan sangat lebat, terpaksa pasang fly untuk berteduh, memasak air panas dan makan roti
4.45 PM - tiba di simpang ke puncak... tinggalkan beg di sini.

5.00 PM - tiba di puncak Gunung Ulu Sepat. Bergambar sakan sambil mengibar bendera Melati Hikers dan Meraikan senyuman yang menawan sempena  berjaya Grad G7... Alhamdulillah.

5.15- Mula turun menuju ke Kem Sungai Leweng dalam hujan yang rintik. Laluan menjunam turun kemudian melalui trek licin, banyak kali juga jatuh tergelincir. Perjalanan terasa amat jauh dan begitu mencabar fizikal dan mental. Beberapa kali juga berhenti take-5...
8.30 PM - tiba di Kem Sg. Leweng... Pasang Khemah & Mandi dan masak Makan Malam. Masak air, Start membawang sambil buat cucur Adabi segera...



Hari Keempat  - 17 September 2018, Isnin


9.00 AM ~ 10.00 AM - Berkemas

10.00 AM - Start perjalanan pulang, tiba di Kem Sungai Besar. Lepak kejap minum air dan menikmati Durian yang dijumpai terdampar di  sepanjang trek. Keluar dari trek hutan, perjalanan belum berakhir.. terpaksa pula berjalan tengah panas terik melalui kawasan yang diteroka oleh orang asli.

2.00 PM - selamat tiba di Kg. Rantau... menunggu beg dimasukkan dalam Powil.
2.30 PM - Naik Powil menuju  menuju ke Amanjaya

2.45 AM - tiba di Hentian Amanjaya. Tamat xpdc.



CORETAN 



~ Anggaran jarak perjalanan berjalan kaki selepas turun dari 4WD menuju Kg.Rekom, Gua Musang hinggalah keluar ke Kg. Rantau, Sg Siput = 98km... memang lunyai la kaki... lepas ni mesti ramai yang fikir 2-3 kali nak mendaki CUS... hihihi.


~ Akhirnya di usia yang dah tak berapa muda, hakak berjaya juga grad G7... alhamdulillah. Kejayaan ini bukanlah untuk dibanggakan-banggakan... sekadar untuk kepuasan peribadi.


~ Disebabkan trip ni compress, memang tak dapatlah nak layan view Gunung Chamah dan kawasan sekitarnya, apa taknya semuanya berjalan di waktu malam buta. Hakak pun tak feel sangat ikut trip compress macamni. Kena join trip santai barulah dapat nikmati pemandangan/bau/bunyi hutan di sepanjang trek.


~ Untuk mendaki kedua-dua gunung ni, perlulah siapkan diri dengan latihan secukupnya. Pendakian gunung ni benar-benar mencabar mental dan fizikal. Alhamdulillah, kami semua selamat dan berjaya menamatkan xpdc. Tahniah buat semua.




Kenangan sebelum balik 


Bersama Guide Bai & Zul



Hujan yang lebat, berehat dulu



Di Kem Sempadan Kelantan & Perak




Kami Complete G7




Terlalu rindu dengan dorangg.. Semoga berjumpa lagi Anak-anak Ibu...


Salah satu Powil yang tersangkut



~ Terima kasih dan tahniah kepada semua kru team & Guide Zaim, Bai & Zul kerana berjaya mengendalikan trip ini dengan baik. 



Setiap orang punya cerita, setiap orang punya kisah , dan setiap orang punya kenangan yang selalu ada dalam dirinya. Setiap orang tahu bahawa cerita itu, kisah itu, dan kenangan itu didapat ketika kita terus berjalan dan  melangkah dan apabila ada sesuatu hal yang terjadi mungkin itu akan menjadi sebuah pengalaman yang akan dijadikan pelajaran. Setiap cerita,setiap kisah, dan setiap pengalaman punya masa, dimana masa itu akan menghiasi hidup kita semua . Masa-ku adalah cerita , kisah , dan pengalaman...

Monday 17 September 2018

Apa itu Gunung G7

Assalamualaikum Semua Hikers... G7 tu apa kan? Selalu orang dok tanya... Mybe Blur bagi pendaki yang baru dan yang lama masih belum Grad ataupun yang dah Grad dah rasa Happy je kan dapat takluk 7 Gunung tertinggi di Malaysia.... Kalau Korang 
nak tahu G7 adalah senarai gunung-gunung yang melebihi ketinggian 7 ribu kaki... 
G bermaksud Gunung manakala 7 pula mewakili ketinggian yang melebihi 7000 kaki.

Wah, tinggi tu... Mampu kah... Mampu x... Fuhhhh melelahkan dan meleteykan ....

Jika anda pernah terdengar tentang V1, V2 dan V3, ianya ialah panggilan untuk versi-versi menawan Gunung G7 ini.
 Rata-rata ramai yang menjadikan hiking sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. Ada pula yang menjadikan hiking sebagai trend dan mendaki ternyata memberi banyak kebaikan... Bagi penggemar hiking tegar G7 (Gunung 7) semestinya perlu ada dalam senarai wajib panjat kerana ia sangat mencabar mental dan fizikal.... 

G7 adalah tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang merentasi Banjaran Titiwangsa. G7 terdiri daripada Gunung Tahan (2,190m), Gunung Chamah (2,171m), Gunung Ulu Sepat (2,158m), Gunung Yong Yap (2,168m), Gunung Korbu (2,183m), Gunung Gayong (2,173m) dan Gunung Yong Belar (2,181m).

Antara gunung-gunung yang tersenarai dalam G7 ni mengikut ranking ketinggian adalah seperti berikut,

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki

Dan pada saper yang dah "Grad" G7 ni, memang power laaaa.! Dalam istilah lain, hebat bak Anggggg. Tahniah Hakak ucapkan... Dah boley cerita pengalaman korang pada orang2 
yang baru nak mendaki..

Grad G7 bermaksud, dah sapu/mendaki semua 7 gunung yang tersenarai diatas... 

Hahhhhh Tepokk!!!!!
Anda adalah Otai Gunung

Kadang-kadang terfikir jugak .... Janganlah dikejar sangat  G7 ke, G12 ke dsb, itu tak penting kan..... Sebab tujuan hiking ni, bukan sebab nak kejar G7, tapi  nak lihat dan menikmati alam dengan meluas, dan sekali gus boleh pikir keagungan ciptaan Allah SWT dekat atas bumi yang luas ni... Betoll tak.....

Dalam erti kata lain, boleh muhasabah kan diri kita yang kerdil ni :(

Cipta rekod masa dan ketinggian itu tak penting...

Kalau tamat G7 sekali pun, kita sebagai muslim kalau lupa Pencipta kita, masa masuk hutan, naik gunung tinggi mana pun tak guna jugak. Takut nanti, kita rasa kitalah yang lagi hebat dari Pencipta dan sekali gus bole lupa diri ataupun perkataan yg paling best dalam dunia RIAK & Takbur...

Huhuuhu :( Itu yang takut tu...

Untuk menjadikan hiking sebagai hobi, pelbagai perkara penting harus diutamakan..... Bagi Orang-orang yang mahu mula mendaki, pastikan keselamatan diutamakan. “Selain itu, bawa air minum yang cukup terutamanya jika anda dalam ekspidisi mendaki..... Kalau boleh, pergilah dengan orang yang berpengalaman....Maksudnya jika korang baru mahu cuba mendaki, pastikan dalam kumpulan anda itu ada orang yang berpengalaman mendaki. Sepanjang pendakian pula, jangan buang sampah merata-rata dan pastikan bawa balik sampah anda.... Paling penting sekali, have fun!”.....

Pelbagai pengalaman telah hakak redah sepanjang menakluk G7 nih.... Kaki luka dan melecet tak payah cakap, sejuk menggeletar, penat dan akhirnya alhamdulillah,  semua berjaya sampai ke bawah... Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan....


1. GUNUNG TAHAN, PAHANG
Gunung Tahan dengan ketinggian 2,186 meter adalah puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Terletak di Taman Negara, Pahang, Tahan menjadi titik sempadan di antara negeri Pahang dan Kelantan. Walaupun ketinggiannya adalah rendah berbanding Gunung Kinabalu tetapi tahap kesukaran dan cabaran yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Tahan adalah jauh lebih mencabar. Lazimnya, laluan ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari pendakian berdasarkan kapasiti pendaki adalah seperti berikut:

• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-7 hari)

• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-7 hari)

• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (4-5 hari)

• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari)


2. GUNUNG KORBU, PERAK
Dengan ketinggian 2,183 meter Gunung Korbu merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa dan kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu hanya kurang tiga meter berbanding Gunung Tahan. Pendakian Korbu boleh diakses daripada Tanjung Rambutan (anggaran 2-3 hari ke puncak) atau bermula dari Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang di mana perjalanannya adalah lebih mencabar. Di puncak Korbu akan kelihatan jelas pemandangan Bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Selat Melaka, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar, Gunung Yong Yap serta Gunung Brinchang. Ramai pendaki akan membuat ekspedisi pendakian lebih ekstrem dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1 bermula dari puncak Gunung Korbu terus ke Gunung Gayong seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian berakhir di Cameron Highland. Ekspedisi berkenaan mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentas hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari.


3. GUNUNG YONG BELAR, PAHANG
Gunung Yong Belar setinggi 2,181 meter bersempadan di antara negeri Perak-Pahang-Kelantan atau secara spesifiknya di Cameron Highland. Bagi yang pernah mendaki Gunung Irau, apa kata anda jadikan Gunung Yong Belar sebagai sasaran pendakian anda yang seterusnya kerana ini adalah gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia. Pendakian ke puncak sejauh 20 kilometer akan memakan masa selama 2 hari 1 malam.


4. GUNUNG GAYONG, PERAK
Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut bersamaan 2,173 meter. Gayong merupakan gunung keempat tertinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak bersebelahan dengan Gunung Korbu di Perak. Lazimnya pendaki akan melalui puncak Korbu dan Gayong dalam satu ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan hanya mengambil masa anggaran 2 ke 3 jam dengan merentasi permatang dari Korbu ke Gayong. Sinonim dengan gelaran KORGA iaitu Korbu dan Gayong, kedua-dua gunung ini semakin menjadi kegilaan ramai pendaki.


5. GUNUNG CHAMAH, KELANTAN
Gunung Chamah terletak di Hutan Belum, Kelantan dengan ketinggian 2,171 meter. Secara geografinya, Chamah adalah sebahagian daripada koridor di antara ‘Lower Belum’ di Negeri Perak dan Lembah Nenggiri di Negeri Kelantan. Ini merupakan kawasan yang masih diliputi hutan dan belum terusik. Trek mendaki gunung terpencil ini adalah antara yang paling sukar dan amat menguji ketahanan fizikal dan mental para pendaki. Maka tidak hairanlah ia merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan diterokai. Setakat ini kawasan ini masih belum diwartakan sebagai Taman Negeri atau Taman Hidupan Liar. Oleh itu adalah sangat mustahak gunung ini dan persekitarannya diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal terlebih dahulu dan kemudian diwartakan untuk fungsi hutan perlindungan di bawah kelas Taman Negeri di bawah Seksyen 10(1) Enakmen Perhutanan Negara 1985.


6. GUNUNG YONG YAP, PERAK
Gunung Yong Yap dengan ketinggian 2,168 meter adalah gunung keenam tertinggi di Semenanjung Malaysia. Permulaaan trek pendakian ke gunung ini perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke Kampung Regil dan seterusnya ke Kem Agas. Gunung ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu gunung yang mampu mencabar ketahanan fizikal dan mental para pendaki. Anggaran jarak trek ke puncak adalah sejauh 18 kilometer. Untuk satu kilometer terakhir ke arah puncak gunung, pendaki akan menikmati keindahan struktur semulajadi hutan berlumut yang sememangnya akan memberi kepuasan yang berbaloi setelah mengharungi pendakian yang mencabar sepanjang hari.


7. GUNUNG ULU SEPAT, PERAK
Gunung Ulu Sepat terletak di Tasik Temenggor, Perak. Walaupun berkedudukan tempat ketujuh dengan ketinggian 2,161 meter, gunung ini turut dilabelkan oleh para pendaki sebagai salah satu gunung yang mempunyai trek yang sukar dan mencabar. Lazimnya, para pendaki akan ke puncak Gunung Ulu Sepat menerusi ekspedisi Gunung Chamah-Ulu Sepat atau dikenali sebagai “CUS”. Ekspedisi CUS yang memakan masa enam ke tujuh hari pasti akan menjanjikan pengalaman yang tersendiri kepada kaki gunung untuk melengkapkan G7. 


Take Note : Joinlah kawan-kawan hiking sekadar minat dan mengisi masa lapang... Selain itu, dengan aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan. Bagi yang berbadan besar macam hakak, berusaha demi turunkan berat badan.... Dengan aktiviti ini juga  dapat tambah kenalan. Kenalan dari pelbagai pelusuk Negeri Malaysia nih... Ada yang jumpa di puncak bukit, ada yang jumpa dalam group hiking facebook dan ada juga yang jumpa dalam group hiking whatsApp...  Alhamdulillah, bagi hakak aktiviti ini sangat bermanfaat, Disamping dapat menikmati keindahan alam.

 Bagi yang belum pernah menjejak kaki mahupun mendaki gunung G7, persediaan rapi sebelum memulakan pendakian gunung G7 amatlah penting disebabkan setiap gunung G7 mempunyai keistimewaan tersendiri:

1) Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
2) Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
3) Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
4) Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
5) Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
6) Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
7) Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.



MARI BELAJAR BAHASA HIKERS
Ni bahasa pendaki yang selalu disebut2.. Sering kali digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia, Sabah DAN sarawak. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. 

Contohnya, pewai. Dulu tak tahu pun lipak tuh! hahaaa... Bila dah selalu mendaki dengan geng-geng otai, memang tu la perkataan yang selalu didengari!

1. pewai - terlalu penat
2. lolo - kem lolo, I love Nuang
3. powil - kenderaan pacuan 4 roda 4x4
4. ground & fly - canvas menggantikan khemah 
5. Open tent - khemah xde pintu
6. depek - daypack
7. lipak - tipu / xdpt pergi
8. gogo - organizer / tukang push bg semangat jalan sampai peak
9. sweeper - tukang  sapu belakang
10. guide - Petunjuk arah / orang depan
11. angkat sauh - Mulakan Perjalanan
12. nubis - Pendatang baru arena hiking / newbies
13. tiruk - mandi
14. sidai - melepak
15. capless - tergelincir
16. laat - typo
17. pangok / pacak - trek mencanak naik

Ini pula ialah singkatan yang digunakan pada nama gunung:

1. CBL - Air Terjun Chemerong, G. Berembun dan air terjun Langsir, di Terengganu
2. K2 - kenderung dan kerunai, di Gerik Perak
3. MK - Mount Kinabalu
4. CUS - Chamah, Ulu Sepat (banjaran Titiwangsa)
5. GUS - Gap, Ulu Semangkok, Fraser Hill
6. ABC - Annapurna base camp
7. EBC - Everest base camp 
8. GBH -gunung besar hantu di Jelebu Seremban
9. BAS - Baha , Ayam, Stong di kelantan.
10.YYBTN - Gng. yong yap, bubu, tok nenek (banjaran Titiwangsa)

Sehubungan dengan itu dan Slogan hakak yang gilang gemilang nih, Marilah kita Mendaki ... Tak kiralah Gunung Tinggi atau rendah.... Kerana aktiviti mendaki ini sangat bagus dan setiap daripada anda patut cuba mendaki walau sekali dalam hidup.... Dapat berceritakan gunung-gunung yang telah ditawan dan pengalaman sendiri.... Dan akhirnya semestinya menyimpan impian untuk memanjat Gunung Everest suatu hari nanti...

*** In syaa Allah ***

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...