Wednesday 19 December 2018

Gunung Ledang




Assalamualaikum dan Apa khabar semua? Alhamdulillah, sekali lagi berjaya jugak pergi ke Gunung Ledang yang dari dulunya hakak idamkan... Bukan senang nak ke Johor... Jauh tu... Terima Kasih Cik Li dan Rakan-rakan seperjuangan yang menemani hakak dari Bawah sehingga ke Puncak...Tahniah juga kepada semua yg telah bertungkus lumus untuk menjayakan xpdc ini terutamanya Gogo ATA yang diketuai Along... Tanpa kalian semua tak mungkin kita semua akan berjaya...

21 Disember 2018 Jam 3 ptg hakak n da gang bertolak dari Ipoh dan Sampai di Taman Lagenda Jam 1.30 pg... Agak keletihan atas sebab Jem sepanjang perjalanan menuju ke destinasi...  Jam 5 am bangun untuk bersiap-siap untuk persediaan mendaki ke Puncak Gunung Ledang...

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia... Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka... Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas...

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini... Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas... Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka... Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka... Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin... Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan Daerah Ledang,Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor...
Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. ..Frekuensinya dihala ke kawasan Timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke Daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang...
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
(Diharamkan untuk bergambar belatar belakang Stesen Pemancar)
Asal Usul Nama
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini... Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter bermaksud emas dan sua, atau karakter 山 bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayarMajapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'...
Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari 
bahasa-bahasa ini:

•Bahasa Ibrani, dari perkataan tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō•fēr, suatu nama persendirian Ibrani...

•Bahasa Yunani, dari perkataan tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
•Bahasa Yunani, dari perkataan auferre, 
bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang...
Cara Mendaki
Ada tiga cara mendaki:

•Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

•Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun  anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.

• Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan 
ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.
Kelebihan

Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga... Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri...
Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil
*Menu makanan Ledang*
*22hb.Disember.2018*

1. Lunch pax dibekalkan sebelum pendakian Nasi putih + Ayam Masak Merah+ Ulam kacang botol. (Namun peserta disaran bawa luch pax atau bekalan makanan tambahan masing-masing semasa ontrek.)

2. Makan malam Nasi Bryani+ Kari Daging+ Papadom + Sayur Bendi Goreng + Buah epal hijau + Kopi O + Teh O.
*23.Disember.2018*

3. Sarapan pagi Sandwich Sardin Special + Kopi O + Teh O.

4. Makan tengahari Nasi putih + ikan pari masak asam pedas + bendi sayur ulam + sambal belacan + buah tembikai + Kopi O + Teh O.

*On Request Tongkat Ali & Nescafee Hazel Nut juga disediakan*
*XPDC PENDAKIAN GUNUNG LEDANG VIA SAGIL PADA 22 & 23HB.12.2018*

*Tentatif*

Day 1 22hb.12.2018

05.0am: Berkumpul di *TAMAN LAGENDA* & solat subuh. Lunch pax berupa nasi berlauk dagihkan pada tiap peserta namun peserta disarankan membawa luch pax tambahan.
07.00am: Declare barang, Briefing,  Warm up.
08.00am: Mula pendakian  728 anak tangga
0830am: Di jangka tiba CP 1 *BUKIT SEMPUT*
0900am: Di jangka tiba CP 2 *HENTIAN MERANTI*
0930am: Di jangka tiba CP 3 *BATU ORKID* Simpang satu dua 4
1045am: Di jangka tiba CP 5 *SG SEGI TIGA* K.F.C 
( killing fitness climber )
1145am: Di jangka tiba CP 6 *GUA KAMBING* BATU HAMPAR & TAMAN BONSAI
1300pm: Di jangka tiba CP 7 *BUKIT BOTAK*

1345pm: Di jangka tiba *PUNCAK GUNUNG LEDANG* Photo Grouping & Lunch
1430pm: Mula turun pendakian
1500pm: Di jangka tiba *KEM SENGET* Solat
1615pm: Di jangka tiba *SIMPANG PENDITA*
1630pm: Di jangka tiba *SIMPANG SATU DUA 4*
1715pm: Di jangka tiba CP 3 *BATU ORKID*
1745pm: Di jangka tiba CP 2 *HENTIAN MERANTI*
1800pm: Di jangka tiba CP 1 *BUKIT SEMPUT*
1815pm: Di jangka tiba di *STARTING POINT* & check in bilik di Resort, makan malam, icebreaking, rehat & tidur.

Tempat berehat di atas Puncak
-Day2:  23hb.12.2018

7.00am: Sarapan pagi. Mandi manda di air terjun sagil.
11.00pm: Makan tengahari, berkemas utk pulang.
12.00pm: Check out, bergambar berkumpulan dan pulang ke destinasi masing-masing dgn memori indah... InshaaAllah

( Perubahan pada masa tentatif mengikut pace , cuaca dan keadaan peserta )

Monday 3 December 2018

Gunung Kerunai, Grik Perak

Assalamualaikum Hikers... Hakak aim lama dah nak pegi K2... Akhirnya telaksana bila dapat pergi Kerunai jew disebabkan Hutan Simpan Di Negeri Perak Tutup 3 Bulan.... So layannn Gunung Kerunai jew la... Gunung Kerunai ini mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (4,011 kaki) dan terletak berhampiran dengan Gunung Kenderong menyebabkan mereka digelar puncak kembar Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak...
Gunung Kerunai yang berketinggian 1000 M dari paras laut menarik minat para pendaki untuk mendaki atas keunikan 2 gunung yang seakan kembar dari jauh... Gunung Kenderong Dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana2 Banjaran... Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus... Gunung Kenderong berketinggian 1223M a.s.l dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M..
Pendakian hakak kali ini bersama dengan Group Kospen dari Kementerian Kesihatan Hulu Perak... Seawal 11.00 malam kami dikehendaki berkumpul di Stesyen Bas Grik... Sempat hakak dan rakan2 pergi beli jajan untuk dibawa ke Puncak... Bukan apa, takot lapo atas dengan kesejukan yaamat di sana nanti.... Jam 12.30 kami bertolak menuju ke Masjid Kg. Pahat yang terletak di Jalan Baling Sebelah kiri Jalan...
Kami menaiki powil yang disediakan dan bergerak menuju ke Pintu Rimba Jam 2 pagi... Setibanya di sana kami diarahkan untuk berkumpul dan diberikan taklimat serta dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang anak jati Gerik yang sudah arif tentang selok-belok Gunung Kerunai dan beberapa Jurupandu dari Anak Jati Gerik juga...
Mereka juga telah bersiap sedia dengan membawa alatan yang lengkap termasuklah peti pertolongan cemas sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan sekiranya berlaku kecederaan...
Pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam lebih dengan jalan yang amat berliku dan mencabar pada waktu malam... Para pendaki perlu mempunyai stamina yang tinggi dan mental yang kuat untuk sampai ke Puncak Gunung Kerunai... Kami tiba di Puncak Gunung Kerunai Jam 5.20 pagi...
Sampai di puncak Krill dan Ayie pasang ground untuk berehat sambil menunggu Ibu menggoreng Cucur Jagung untuk dimakan... Krill, Kak Emy, Dila Dolisa dan Ayob dah tidur nyenyak diulik mimpi.. Hakak je dok menyembang rakan-rakan pendaki yang lain... Jam 6.30 pagi kami mulai bangun untuk melihat sunrise dari Atas Puncak Kerunai..
Bergambar bersama Otai-otai yang padu
Hakak bersama Group Membawang Hikers
Apa yang menariknya mendaki gunung Kerunai ini dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka dan memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang dilihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view... Di sepanjang perjalanan hampa akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, species orkid dan juga Periuk kera...
Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi
From Kerunai With Love
…..Di puncak abadi kita akan 
mengangkat tangan
Berteriak lantang menjadi gema 
bersahut di dinding gunung
…..Di puncak abadi kita akan bersama
Bercerita, tertawa, sampai 
akhirnya kita terlena..
Gunung Kerunai 1000m

Moh balik... Kami turun jam 8.30 pagi dan setibanya di bawah jam 9.45 pagi...
Gunung Kerunai dikatakan 80 darjah pacak menaik dengan batu yang halus... Agak bahaya jika turun agak laju... Jadi berhati-hati apabila menuruni dari puncak sehingga ke akhir pintu rimba... Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai...
Trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh.. Digalakkan Semua pendaki membawa Air yang secukupnya kerana jam 9 pagi matahari naik agak terik dan sangat panas ketika turun...
Sementara menunggu tiba, kami tangkap gambar di atas powil
Muke kepenatan
Wif Kakak & Abg2 Gojes  serta Adik2 yang Chomel.. Semoga Kita berjumpa lagi...

Monday 26 November 2018

CBL Ipoh

CBL EypoH & Air Terjun Jelawang EypOh

Assalamualaikum Hikers.. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai minat yang berbeza...Kita tahu bahawa semua orang minat bercuti di tempat yang santai seperti di pantai, di SPA dan seumpamanya. Ada orang yang minat bercuti di tempat aktiviti lasak. Ada juga yang minat untuk bermain perkara yang meriah seperti rock climbing, flying fox, Water Rafting, Water Tubing, Water Abseling dan Paintball. Ada juga yang minat berkhemah di hutan-hutan belantara dan mendaki gunung. Jadi, kali ini nak bercerita Air Terjun yang paling best plak kat Ipoh ni... CBL ipoh...
Lokasi yang hakak nak cerita nih adalah rahsia sebelum ni dan belum diviralkan... Tapi kalau dah femes nanti, habislah jalan ni dan pencemaran akan berlaku dengan sampah sarap yang bermaharajalela... Tolonglah jaga keindahan Alam Bak Syurga ni... Tempat ini adalah umpama syurga buat mereka yang gemarkan alam sekitar. Sebahagian daripada Hutan ini juga telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh Kerajaan Negeri Perak. Jadi, pengunjung hanya dibenarkan melawat kawasan hutan yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan dan memerlukan permit dari pihak-pihak tertentu jika anda ingin ke kawasan yang diwartakan...
Air terjun di dalam hutan biasanya memerlukan sedikit masa untuk sampai... Ada kala masa yang diambil bukan sekadar sejam tetapi perlu berjalan beberapa jam lamanya untuk sampai. Hasilnya, memberi kepuasan yang luar biasa kerana ia boleh dianggap masih dara dan tidak terkesan dengan keadaan pembangunan di kawasan bandar...
Untuk sampai ke kawasan ini bolehlah memandu kenderaan terus Highway Ipoh Lumut dan kemudian belok ke kanan jalan sebelum Kuil Disebelah Kanan... Kemudian ikot jalan dan berhenti di persimpangan Jalan Tutup Batu Kapur.. Dari situ korang start Hiking...
Hakak dah tunjuk jalan, ikot je..
Kawasan bulat boleh parking kereta.. Garisan Hijau motor boleh lalu.. Purple kene trek
Jalan ke Waterfall tidaklah begitu susah.. Semuanya dah ditanda... Ikut je jalan yang ditanda
Tak la susah mana nak ke Waterfall CBl ni.. Hanya ikut jalan yang ditanda..
Sampai di Waterfall sempat bergambar
bersama Otai-otai.. Sapa tak kenal mereka kan... Perintis Hutan Belantara
(Jebat Pendekar Eypoh RBS RGS, Abg Bad G7 RGS, Abg GG Gogo KK, Uzzair Perintis Hutan, Cik Leha G11, Otai G11 Cik Li, Dolisa SI Chomel G7& Papa Roach RBS)
Memang syiok dan gumbira lah kan... Korang nak rasa kesejukan air Terjun nih sila berhajat nak datang sini.. Tak jauh dari Bandar Ipoh jew pun.. Tak payah pergi jauh-jauh... Ibarat Air Terjun Jelawang & CBL 
Seterusnya disebelah kiri air terjun ini laluan tempat mendaki kawasan tinggi di mana korang perlu mendaki sedikit untuk sampai.

Kawasan ini privacy tau... Tak banyak yang tau... Kawasan yang selamat buat masa nih.. Air terjun  dari atas puncak sangat menarik dengan melihat keindahan bandaraya Ipoh


Sambil mandi manda korang boleh melihat Ipoh dari Jauh... Layannnnn ooo
Setibanya di lokasi,korang tak perlu berjalan jauh untuk sampai. Lagi satu keunikan adalah air terjun itu jatuh ke batu dan tidak membentuk takungan. Tempat berenang pun tak perlu pergi jauh-jauh... Ada dikawasan sekitar je...
Pelangi yang Indah

Irama air terjun di tepian gunung
Nyanyian burung berbagai lagu
Tiupan angin melambai daun
Menarik hati insan melancong

Bila memandang kemuncak tinggi
Indahnya bersih nyaman sekali
Tenang perasaan pabila di sini
Bagai berada di alam seni

Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi

Inilah gunung menyimpan sejarah
Berlukisan batu gambaran wajah
Ramai orang datang melimpah
Menjadi tinggi gunung yang indah
Buat kajian bukannya mudah
Hakikat pasti mengenal Allah
Tuhan yang satu wajib disembah
Keadaannya air bukit yang sejuk seperti air batu ini bakal menyebabkan tubuh anda menggigil kesejukan, rasa segar dan nyaman sekali. Sudah pasti anda boleh bermandi-manda di kawasan tersebut dan anda dinasihat untuk sentiasa menjaga alam sekitar dengan tidak buang sampah di merata-rata..
Air Sungai yang mengalir itu mempunyai keindahan dari segi bentuknya, namun kolam yang menadah arus airnya tidak begitu luas dan cukup untuk 3 atau 4 orang untuk aktiviti mandi-manda. Apatah lagi, terdapat banyak batu-bata di sekelilingnya.
Sambil menikmati keindahan CBL Ipoh ni, Bolehla bekelah makan-makan
Melihat air sungai yang mengalir dari jarak dekat sememangnya memberi kepuasan tersendiri... Ia agak unik kerana berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar.
Melihat sendiri pemandangannya, memang wajar apabila ia sering menjadi destinasi 
para Pendaki untuk kesini.. Apa yang tetarik kawasan ini adalah destinasi yang para pendaki idamkan dan merindui untuk ke CBL & Air Terjun Jelawang..

Semoga kita berjumpa lagi 
CBL Ipoh
Sebelum pulang, kita Tolak ICERD demi Selamatkan Malaysia....
Apakah ICERD? ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.

Sekian

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...