Friday 25 September 2020

Bandar Gracia, Kampar


Kalau ikut hati nak ke Disneyland tapi bila ikut dompet, tak jadi la nak pergi… huhuhu. Kat mana ea dalam Malaysia ni yang ala ala macam taman tema Disney?

Searching punya searching. Kitaorang jumpa jugak tempat menarik yang ala ala Disney kat Malaysia ni, tapi kat mana ea? Jom ikut kiteorang “menjajah” kat BANDAR AGACIA di Kampar Perak. Menarik ke tak? jom sambung baca untuk lebih detail kisah “penjajahan” kiteorang.

Kalau korang nak kesini, senang saja, korang boleh waze je Bandar agacia Kampar atau boleh tekan terus Google Maps ni.
Kawasan Bandar Agacia ni tak la besar sangat dan masih banyak kedai belum disewa semasa kiteorang datang, jadi boleh la bergambar tanpa ada orang photo boom sangat. hehehehe. Konsep kedai kedai disini agak menarik sebab semua ala ala Disney.. warna yang digunakan memang menarik la dengan gaya ala ala inggeris gitu.. Tapi tu la masa kiteorang datang sini, cuaca agak panas dan lepas balik dari kellie castle so agak letih sikit la… Walaupun cuaca panas, tapi ada kebaikan jugak sebab kalau korang tangkap gambar Nampak ceria dengan langit membiru. 
Jom cuci mata dulu dengan gambar gambar yang sempat kiteorang tangkap.
kedai kampar
restoran disney
Di telpon gak diangkat angkat
Sampai sini dulu kisah “penjajahan” kiteorang kat Bandar agacia, bila korang dah sampai sini janganlah buang sampah merata rata. Kalau bergambar tu biarlah berpada pada, jangan nak memanjat sana sini, kalau tangan korang patah xpa, jangan tempat tu rosak.
Sebelum terlupa,, alang alang korang dah sampai ke Kampar better korang ke Gua tempurung. Best jugak kat sana. Water Rafting dan Masuk Gua...

Sekian dulu cerita ku...

Monday 14 September 2020

Gunung Yong Yap Dayhike / Daypack

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
 
Plan Dayhike tetiber Hari Jumaat 11 September 2020 Jam 3 ptg... Jam 3.30 ptg terus bayar pada Gogo Ajul (Ajul Adventura Empire).. Dan bermula kisah di malam nya bekumpul di Restoran Waritha... Actually hakak xdan nak makan situ... Tengok semua pendaki bekumpul disitu.. Hakak tapau nasi puteh n ayam goreng kunyit jer.... Ok, setelah sessi tapau makanan.. Terus gerak menuju ke Masjid Loging.. Sampai disana jam 12 mlm agknya.. Tak dan nak tgk... Yang pasti, dari Masjid loging terus menuju Kg Orang Asli Renggil...

Hujan rintik2 jelas menampakkan bahawa akan berhujan lagi masa dalam perjalanan.. Jam 3 pagi, semua dah bekumpul.. Bacaan doa dan beberapa pergerakan warming-up  dimulakan dan terus bejalan menuju ke Jambatan Starting point Jam 3.30 pagi... 

Gunung Yong Yap adalah gunung yang dikategorikan sebagai Gunung G7 iaitu antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Jadi, Yong Yap ini bukan biasa-biasa yak. Tidak semudah memanjat Bukit Batu Suloh ataupun Bukit Batu Puteh, Gopeng DAN tidaklah sependek Bukit Kledang Treknya.. 

Berikut tentatif Gunung Yong Yap Depek

Yong Yap Single Dayhike 12 Sept 2020 by AAE
Tentative Yong Yap via Kg Renggil Dayhike
Date : 12 Sept 2020 (Saturday)

Meetpoint : Masjid Lojing
0030 : Meeting at masjid lojing 
0100 : Bergerak ke Kg renggil
0130 : Tiba di Kg Renggil
0300 : Warm up,bacaan doa ,briefing
0330 : start hike
0530 : Simpang YY/TN
0730 : Kem Agas ( Solat Suboh /breakfast)
0815 : Continue hike
0915 : Kem Sg Jeruk 
1030 : Kem Balak Pecah
1230 : Simpang Bubu/YY
1330 : Peak Yong Yap 
Rest,lunch,group photo
1345 : Continue Descending
1430 : Simpang Bubu/YY
1630 : Kem Balak Pecah / Rest
1700 : Kem Sg Jeruk
1930 : Kem Agas
2200 : Simpang YY/TN
2330 : Pos Renggil ( Finished hike)

Trail course : 38.6km return
Total elevation gain : 2000m++
Level difficulty: 7/10

Starting point untuk ke Gunung Yong Yap ini adalah sama dengan Tok Nenek iaitu di Kg. Rengil.. Misi kami adalah menawan puncak Yong Yap selain mencari pewai yaaamat... Hehehehe.... Perjalanan berpandukan torchlight yang sekejap ado sekejap xdo.. merunsingkan hakak...Last2 ieka pinjam pada budak dibelakang kami... Dengan bermula dengan jalan yang berbatu dan ada kebun-kebun orang Asli di sebelah kiri dan kanan. Jalan yang kami lalu itu adalah jalan balak yang mana jalan itu pernah digunakan untuk mengangkut balak daripada hutan.

Akhirnya sampai di penghujung jalan balak dan bertemu dengan jambatan sungai. Dulu redah je sungai, skrg dah de jambatan.. Untong org zaman skrg.. Bermulalah perjalanan berkilometer panjang nya yang mengambil masa yang agak lama.. Sehinggalah berjumpa sungai besar yang patut dilintasi.. Wah, best ni.. Air yang agak deras, kenalah pegang tali tu kuat2.. Ye dakkkk... Kang hanyut...

Perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai di Kem Y.. Kat Kem Y ni adalah simpang antara Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap. Kalau pergi ke kiri, korang akan naik Tok Nenek, kalau ikut kanan, treknya menghala ke Yong Yap. Kat sini juga adalah pertemuan dua anak sungai dari Tok Nenek dan dari Yong Yap yang membentuk hurug Y dan sebab itulah dinamakan Kem Y. Korang imagine sendiri lah yer.. Kat sini kami semua berhenti rehat dan regroup semula menantikan rakan2 yang lain..

Selepas Regroup, perjalanan diteruskan. Trek selepas Kem Y ni pun agak landai dan tak ada memacak tapi ada banyak pohon buluh yang terpaksa kami merangkak dan part plg tak best pokok dan buluh yang tumbang.. Part ni antara part yang paling tak suka. Kena merangkak dengan beg yang dok sangkut dan tak lepas walaupun beg Depekk... Banyak pokok dan buluh tumbang.. Mungkin disebabkan hujan dan angin yang kuat.. Hujan tetap turun dengan syioknya...Akhirnya sampai di Kem Agas.. Berehat untuk regroup semula ..Perjalanan diteruskan ke Kem Sg. Jeruk..




Trek selepas Kem Agas ni agak mental sikit. Naik turun dan menyeberangi sungai.. Ada dekat 16 anak sungai.. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.. Macam ulau.. Trek yang melelahkan sebabnya dok menharung kelenjunan pakaian yang sedia basah dek ujan.. Hati tu dok berbisik2, bila la nak ada penghujung. Mental sudah rabak bila tak nampak mana penghujungnya. Akhirnya lebih kurang setengah jam menempuh trek menyeberangi anak sungai, Sampai juga di Kem Sg. Jeruk... Makan n minum dulu... Dah lapau... Ujan masih tidak reda..




Mata dok tgk anak bukit menuju laluan ke Puncak.. Adoiiiii, nak hadap berejam2 lagi untuk sampai ke Peak... huhuhuhu... Akhirnya dok pikir, follow je la naik ke puncak... Nanti sorg2 la pulak kat Kem.... Bermulalah episod megadap pacak sampai ke Peak.. 

Sampai ke Kem Balak Pecah.. Namanya bersempena dengan balak yang tumbang, lepas tu dia pecah. Mungkin sebab itu kem mendapat nama.. Kem Balak Pecah inilah pernah berlaku misteri kehilangan seorang pendaki bernama Hassan Ayat. Asalnya kem ini diberi nama Kem Hassan Ayat sempena nama beliau yang dikatakan hilang sudah lebih dari 10 tahun semasa mendaki Gunung Yong Yap. Namun nama kem ini ditukar nama ke Kem Balak Pecah kerana ada  pendaki yang pernah melihat kelibat seorang lelaki yang dikatakan Hassan Ayat disekitar kawasan tersebut.. Wallahualam.. 

Tiba Di situ sudah ada semua line up, so berehat la hakak.. Peha dah krem dek kesejukan.. Mungkin ujan yang x benti.. Urat peha dah menegang...

Perjalanan diteruskan ke sampai di Helipad. Helipad ini adalah tempat helikopter mengambil seorang pendaki beberapa tahun yang lalu kerana mengalami kecederaan. Itu pasal tempat ni mendapat nama helipad. Ketika itu boleh nampak ada beberapa batang pokok yang sengaja ditebang untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pokok tersebut terpaksa ditebang untuk memudahkan kerja helikopter dan pasukan penyelamat menjalankan operasi mereka..


Perjalanan diteruskan ke Simpang 

Bubu YY.. Hujan semakin turun dengan lebat dan kesejukan.. Suasana hutan pada ketika itu betul-betul mendamaikan jiwa. Udara yang sangat segar memenuhi paru-paru. Maka nikmat mana lagi yang patut kita bersyukur kepada Tuhan Pencipta Alam..
Akhirnya tiba di Simpang Bubu. Semua duduk dalam keletihan dan bebalut plastik hujan.. Siannya.. Hakak mencari port untuk berteduh... Masih menuggu di pohon untuk berteduh.. Tak tahan oooo tunggu.. Akhirnya amik keputusan sendiri begerak pelan2 dan sendu... Kekejangan peha membuatkan perjalanan hakak mak jemah naik ke peak... Bertabahlah naik ke puncak Yong Yap ini.. Pacak 90 darjah.. xde diskaun yaa.... Dengan hujan dan angin yang takada belas kesian pada orang tua ni... hehehehehe
Akhirnya berjaya juga sampai dalam keadaaan lenjun, kekejangan dan kelaparan.. Keadaan Puncak YongYap dipenuhi air.. Hujan semakin lebat membanjiri kawasan sekitar... Fuhhhh Sejuk nya.... Capai signboard Yong Yap terus tangkap...


Regroup bergambar dan terus turun.. Tak larat nak tunggu dah... Adegan lutut bengkok pulak... aduyai menjunam ke bawah... Layan je la... Jam 5 akhirnya sampai ke Kem Sg. Jeruk.. Berehat seketika.. Lapar sangat ...

Tengah pikir perjalanan dan hadap 18 km lagi nak keluar dari sini.. Hehehehehe...
Selesai berehat, begerak menuju ke Kem Agas dan tiba jam 7 mlm.. Menunggu Solat Maghrib dan 7.45 mlm begerak ke Simpang YY.. Jalan yang agak laju selajunya.. Abg Rijal, Ika , hakak dan 2 budak Kelantan orang yang terawal tiba di Simpang YY dan terus menyeberang sungai yang agak dalam dan laju... 

Akhirnya selamat menyeberang sungai yang terlalu deras dan berjalan menuju ke jambatan.. Yahooooo.. Alhamdullilah... Azab jalan Yong Yap merobekkkk hatiku... Xmo dah jejak... Hahahahah.. Trip yang enjoy dan banyak pengalaman serta kenangan sebagai pelajaran dan pengajaran kepada diri sendiri. Terima kasih Ajul and Terima kasih Crew2 semua. Terima Kasih Abam Rijal, Ika, Roy n Awin... Terima kasih pada Bd n aweks, Couple Sahrun N semua line up!! Semoga Berjumpa lagi ya...

Jalan yang sama, 4 pengalaman, 

4 cerita dan 4 kisah yang berlainan..

Semakin aku berinspirasi untuk menyusun patah perkataan, tiba-tiba seluruh kawasan hutan diserang kabus tebal. Aku masih berjalan untuk smpai ke puncak.. Sungguh hebat kuasa Pencipta alam ini.

Aku teringat sangat pepatah kata pujangga. "Semakin tinggi seseorang, semakin banyak badai ujian". Memang indah hidup di atas gunung. Cuaca nyaman. Oksigen padat. Hutan menghijau.  Pemandangan dari atas memang mengasyikkan.

Selepas kabus tebal, hujan turun dengan lebat. Cuaca semakin sejuk. Kulit aku sudah tidak boleh menahan kedinginan sejuk. Aku masukkan tgn ke dlm poketku mencari sedikit kepanasan. 

Inilah habuan orang yang berada tinggi. Memang nampak hebat. Tapi ujiannya juga sama hebat. Bila ribut taufan, yang berada di atas kena dulu. Kalau kita tidak boleh menjadi seekor helang untuk menahan angin yang kuat, jadilah burung merpati. Tapi kalau dah jadi burung helang, jangan pula berlagak macam merpati. Habuan diambil. Risiko dan najis orang lain tanggung.

Selepas kabus tebal dan hujan, datang angin Yang menyusuk kalbu. Meneruskan perjalanan sehingga smpai ke puncak jam 1.30 ptg... Jam sudah menunjukkan 2 petang.  Cuaca bertukar pantas di atas puncak Yong yap. Mungkin itu juga keadaan kepada orang yang berada di atas dalam kedudukan dunia. Banyak belitan dan pancingan yang boleh meruntuhkan integriti dan kesopanan dengan mudah. Jom pulang ke bawah...Bisik ku seorang diri...

"Yang penting aku kenyang". Inilah mantiq orang 'gunung'.

Kami semua menikmati cuaca yang terang selepas hujan lebat.

Sinaran matahari  yang tidak kelihatan sebelum maghrib memang awesome... Damai dan mengasyikkan... Hari tidak selalunya cerah dan siang. Hari juga tidak sepanjang malam. Selepas malam yang gelap & hening, datang fajar menyinsing. Dalam al-Quran, ada sumpahan dengan waktu malam dan ada juga dengan waktu fajar.

Kegelapan (& kebatilan) tidak selamanya. Kebenaran tanpa sokongan eko-sistem juga akan pudar dan meresap hilang. Alam tidak pernah ambil sikap berat sebelah. Selagi matahari timbul di ufuk timur, selagi itulah ada harapan untuk menjahit sebuah kebenaran, keadilan, kesaksamaan & kebahagian untuk semua, yang tinggal di puncak gunung dan juga di kaki gunung.

Kalau bola matahari dah terbit dari barat, semuanya dah berakhir.... :)

Diella Hasan

Saturday 4 July 2020

Kayakers ( Bahagian Kayak)

Assalamualaikum SemuaKayak merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang mengemudi kayak di atas air. Aktiviti ini memerlukan teknik dan aplikasi kaedah yang betul. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan mencabar ketahanan fizikal pengemudinya.
  1. Kayak dapat dibahagikan kepada berberapa jenis. Antaranya biasa digunakan adalah:-
    • Kayak rekreasi ( untuk aktiviti rekreasi di tasik atau sungai )
    • Sea Kayak dan touring ( untuk aktiviti kayak di laut dan ekspedisi)
    Terdapat bebarapa bahagian kayak yang harus diketahui fungsinya sebelum memulakan aktiviti berkayak.
  2. Hull:Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak, la mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

    Deck (Geladak Atas):
    Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit, la berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pedayung serta memudahkan kemahinan gulingan. Dek hadapan dipanggil fbredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. 

    Toggle:
    Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang terdiri daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. la lebih selamat dan selesa
    digunakan. Eng loops pula terdiri dari seutas gelungan tali yang terletak dihujung bow dan stem. la murah dan mudah disediakan tetapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop kayak yang terperangkap dalam pusaran dan boleh mencederakan tangan anda.

    Cockpit:
    Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan diantara fbredeck dan aftdeck. la merupakan kawasan dimana pedayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.

    Seat (Tempat Duduk):
    Tempat duduk pedayung yang terletak di dalam cockpit. la terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang, tetap, tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleh dilaras. Tempat duduk yang tinggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendah pula stabil imbangannya.

    Coaming:
    Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dan memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

    Knee Brace:Terletak di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. la memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pedayung dan terkeluar apabila terbalik. la hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

    Towline/Deckllne:

    Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kin dan kanan coaming hingga ke bahagian stem. la berfungsi sebagai tali untuk menyelaroaf, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

    Keel:

    Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. la membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.

    Footrest:

    Terletak dibahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. la berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kai terhadap penghasilan daya dayungan yang baik. Selain itu ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung dan terhentak atau menggelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. 

    Eye Pit:

    Lubang yang terdapat di hujung bow dan stem sesetengah jenis kayak. Berfungsi untuk memegang loop atau toggle yang dipasang padanya.

    Hatches:

    Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsinya adalah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. la hanya terdapat pada kayak laut.

    Back Strap:

    Sejenis tali dan lapisan getah yang diikatkan pada bahagian belakang tempat duduk. Ia mempunyai berbagai-berbagai bentuk. la memberikan keselesaan kepada pedayung untuk menyandarkan bahagian belakang mereka sewaktu berdayung. Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat keselamatan yang berfungsi melindubgu bahagian belakang pedayung tercedera akibat hentakan dan belakang.







Monday 22 June 2020

Gunung Pulai & Gua Sireh

Assalamualaikum Hikers semua.. Lama x Mengupdate.. Bz training kayak.... Bebalik cerita naik Pulai Ujung Disember 2019... Gunung pulai ini terletak di baling kedah dengan ketinggian 620 meter dari aras laut... terletak bersebelahan dengan Gunung baling. 
Keseluruhan permukaa track 97% adalah berbatu dan track memang mencabar ketahanan fizikal walaupun tidak tinggi.. Permukaan berbatu jadi tidak digalakkan untuk.mendaki ketika hujan sbb memang licin.. 

Bagi yang jarang jarang mendaki silalah bersedia dgn segi mental dan fizikal sebab, sejujurnya bukan mudah untuk sampai kalau ketahanan tidak.cukup.. Tak payah impikan track hiking mcm biasa yer sbb memang sangat hatkur track dia.. pastikan lutut cantik...lengan kuat... kalau tidak masak laa lutut waktu nak turun.
MASA : 12.30 tengamlm - 4.30 pg

PESERTA : 26 Orang (14 Lelaki dan 12 Perempuan)
JARAK PENDAKIAN : 4.00 km 
TEMPOH PENDAKIAN : Naik = 3 jam ; 
Turun : 1 Jam 30 minit
KETINGGIAN GUNUNG : 616 m

TAHAP KESUKARAN : 6 /10
BEBAN : 6 kg

Fakta Tentang Gunung Pulai
Sedikit fakta tentang Gunung Pulai, Kedah.
Ketinggian gunung ini hanyalah 610 meter sahaja. Agak rendah sebenarnya. Tapi dipanggil gunung kerana struktur batu kapurnya dan laluan yang lebih mencabar berbanding sesetengah gunung lain yang ada di Malaysia. Bagi hakak, laluannya hampir menyerupai laluan ferrata Gunung Kinabalu, tetapi lebih mudah berbanding ferrata. 
Gunung Pulai adalah gunung berkembar dengan Gunung Baling. Pandangan puncak adalah 360 darjah. Puncak Gunung Baling pun jelas kelihatan dari puncak Pulai. Dari kaki gunung sehinggalah ke puncak gunung adalah batu-batuan. Hatta pokok-pokok yang tumbuh pun hanya berdiri di atas batu kapur atau dicelah-celah batuan tersebut. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan batu kapur ini semua rendah dan tidak dapat meneduhkan laluan ke puncak. Panas dan tersangatlah panas. Kulit burn jangan cerita. 


Sepanjang laluan, Pulai akan menghidangkan anda dengan batu-batu kapur yang tajam dan sesetengahnya tidak kukuh (mudah terjatuh jika dipijak). Jadi, pakailah sarung tangan dan sunblock kalau nak jaga kulit. Oh, ya! Sila bawa air 3 liter seorang. Jangan kongsi. Sebab tak kan cukup. Tapi kalau nak dehidrasi, silakanlah.
Cerita Gua Sireh

FAKTA RINGKAS :
☺Panjang gua : 400 meter
☺Panjang dari lantai gua ke syiling gua : 10 - 90 meter
☺Keluasan gua : 70,000 kaki persegi
☺Purata pengunjung sebulan : 1200 orang
☺Keunikan gua : Keluasan chamber yang besar, syiling gua 3D, bentuk batu & granit yang sangat cantik dan lelehan batu berbentuk honeycomb, pillar dan sebagainya


PERJALANAN
Untuk mudahkan perjalanan set kan Gua Sirih di Waze atau Google Map. Dari Pekan Baling ke Gua Sireh berjarak lebih kurang 5 km sahaja. Semasa memasuki kawasan kampung daripada jalan besar, jalan memang sempit, dikelilingi dusun buah-buahan, hutan semak dan berdekatan dengan kaki gunung.

Bas memang tidak boleh masuk. Biasanya jika melibatkan peserta yang ramai dan menaiki bas sendiri, bas akan berhenti di tepi jalan besar, kemudian akan ada kenderaan orang kampung yang akan tolong hantarkan kita ke lokasi Gua Sirih dengan bayaran RM 2. Jalan pun semakin lama semakin sempit sehingga jika ada kereta lain di hadapan, salah sebuah kereta kena mengalah untuk memberi peluang kereta lain jalan dulu.
STARTING POINT
Alhamdulillah, jam 3.00 petang, kami tiba di lokasi starting point dan parking di halaman sebuah rumah kampung dengan suasana kampung yang klasik. Ada banner Gua Sireh dipasang dan pendaftaran pun di buat di dalam rumah ini. Di luar rumah ada disediakan beberapa botol madu asli untuk dijual. Sebelum masuk gua, kami diberi taklimat terlebih dahulu berkaitan profil gua dan keselamatan oleh Adik guide yang berpengalaman. Comel 
CAVING
Tanpa melengahkan masa, kami pun berjalan kaki lebih kurang 200 meter atau 10 minit melalui kawasan kebun dan kaki gunung. Setibanya di pintu gua, awal-awal lagi kami dah tergamam dan teruja melihat formasi batu dan lanskap gua yang cukup menakjubkan.

Kami mula masuk dengan berjalan di atas jambatan kayu sambil terpukau melihat batu besar berbentuk sirih junjung dengan ketinggian lebih kurang 7 meter dan nampak samar-samar di celah batu tersebut ada ular betul tau seakan-akan warna putih yang sedang menjalar. Di bahagian bawah batu tersebut ada pulak laluan air cetek dan terdapat banyak siput-siput kecil. 

Di batu pun banyak  kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang mungkin usianya ratusan atau ribuan atau jutaan tahun yang menunjukkan pada zaman dahulu, Gua Sirih ini ada kaitan dengan sungai atau laut. Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Gua Sireh dan gua sekitarnya ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 - 17,000 tahun yang lalu. Woww...
Kami maju lagi ke hadapan melalui jambatan dan trek yang disediakan. Sempena sambutan kemerdekaan ni, banyak bendera Malaysia dipasang di dalam gua bagi menyemarakkan mod sambutan. Semakin jauh ke dalam semakin pemandangan yang mengagumkan. Tidak perlu guna lampu suluh kerana gua ini sudah diterangi dengan lampu yang berwarna warni sehingga menimbulkan kecantikan formasi batu di dalam gua seolah-olah berada di dunia fantasi. Semua kemudahan dan keselesaan yang disediakan melibatkan kos melebihi RM 20,000 adalah usaha orang kampung sendiri melalui Persatuan Penduduk Kampung Dalam Wang / Padang Che Mas yang menggunakan duit sendiri dan bantuan kerajaan negeri.

Titisan air bercampur kalsium yang terbentuk ribuan dan mungkin jutaan tahun telah membentuk formasi stalagmit dan stalaktit yang pelbagai dan menakjubkan seperti bentuk singa, lelaki alim, perempuan, budak kecil, serigala, love, orang mengaji, belalai gajah, orang bertapa dan sebagainya. Dinding gua juga kelihatan berombak-ombak sehingga nampak seperti lukisan 3D. Bila dinding gua dan syiling gua diterangi lampu berwarna-warni dan lampu spotlight menambahkan lagi keindahan gua.Kami sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding ombak gua dan formasi batu kapur sebagai kenangan.

Ada juga ribuan kelawar yang berterbangan bila disuluh lampu menambahkan lagi sedikit keseraman. Dulu, tahun 60 an, memang Gua Sireh ini menjadi pusat kepada orang kampung untuk mencari najis kelawar dan dijadikan baja. Sekarang dah takde lagi dan ditukar kepada pusat pelancongan pulak sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat yang baru. Tetapi, boleh nampak ada lagi kesan peninggalan aktiviti manusia mencari tahi kelawar, batu kristal dan lain-lain khazanah gua.

Guide yang sangat peramah dan berinformatif juga menunjukkan kepada kami bagaimana menghasilkan bunyi gong dengan mengetuk batu yang keras yang terdapat di dalam gua. Selain itu, guide juga menunjukkan batu-batu kristal yang boleh menghasilkan cahaya apabila di suluh dan kami juga diberi taklimat dan menyaksikan sendiri tanah batu kapur yang mempunyai lapisan warna merah jambu dan kuning. Sedang kami syok melayan pemandangan gua, tiba-tiba dikejutkan dengan suara guide menyuruh kami bergegas melihat celah-celah batu, ya Allah, besarnya 2 ekor Tarantula yang berbulu sedang menampakkan dirinya. Ouhhh...tak sempat nak ambik gambar, mungkin takut dengan manusia, cepat-cepat Tarantula ni lari dan masuk celah batu.
TURUN GUA
Kami mengambil trek yang lebih mencabar ketika turun. Sebenarnya ada je jalan yang tak bahaya dan lebih selesa. Saja je, nak menambahkan adrenalin dan kepuasan. Kami melalui celah-celah dinding gunung dan batu-batu gunung. Melalui lanskap formasi batu semulajadi yang fantastik, namun begitu perlu berhati-hati. 

Alhamdulillah, tak sedar, rupa-rupanya hampir 3 jam gak kami meneroka Gua Sirih, berjalan melihat dunia gua, mengambil gambar di setiap penjuru dan mendengar penerangan guide. Pakej yang lengkap dan berinformasi.


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...